..

..

NGO MELAYU BIDAS PEMBANGKANG IKTIRAF UEC SEBAGAI JANJI PRU14

on Wednesday, January 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tidak mengejutkan apabila sudah hampir PRU14 , pelbagai janji ditabur pembangkang yang dituntut kaum Cina dijandikan janji politik bila menang .

Saiffudin Abdullah sebagai bekas Timbalan Menteri Pendidikan tentu faham implikasi jika iktiraf tuntutan Dong Zhong ini tetapi memandang ketagih undi kaum Cina terpaksa digadaikan maruah bangsa sendiri .

Orang Melayu wajar menilai semula sikap pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang semakin menggila dan rakus untuk menang PRU14 hingga sanggup menggadaikan hak bangsa sendiri dan mengangkat tuntutan kaum lain sebagai keutamaan .




KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Per­ka­sa Malaysia (Perkasa) meng­gesa orang Melayu supaya menolak mana-mana pemimpin yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dengan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semata-mata mahu mendapatkan sokongan politik.

Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh yang kecewa dengan kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Pembangkang, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa gabungan parti itu akan mengiktiraf UEC sekiranya mereka menang pilihan raya umum akan datang. Beliau pada masa sama turut membantah pemimpin-pemim­pin Melayu lain yang kebelakangan ini semakin ‘ketagih’ dengan undi kaum Cina sehingga sanggup menjadikan UEC sebagai bahan tawar menawar politik.

 “Sikap pemimpin yang sanggup menggadai prinsip, maruah agama dan bangsa semata-mata un­tuk undi pilihan raya merupakan pengkhianatan terbesar kepada orang Melayu. Apakah mereka tidak sedar bahawa UEC jelas tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Apakah pemimpin ini tidak sedar bahawa pendidikan merupakan satu-satunya instrumen yang paling berkesan untuk membentuk generasi baharu yang bersatu padu supaya dapat menjamin perpaduan nasional demi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saifuddin dalam satu majlis anjuran DAP di Bentong kelmarin menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengiktiraf UEC sekiranya mereka menang pilihan raya umum akan datang. Jelas Saifuddin, pihaknya menyifatkan isu UEC sebagai penting, malah mendakwa lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan itu sejak diperkenalkan pada 1975.

 Dalam pada itu, Sirajuddin memuji ketegasan dan langkah berani Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak mengiktiraf UEC.

 “Perkasa sangat berharap agar pemimpin Melayu tidak memen-tingkan faedah politik jangka pendek semata-mata sehingga sanggup menggadaikan kepentingan nasional. Pemimpin-pemimpin Melayu sewajarnya bermuafakat ke arah membentuk dan memperkasakan pendidikan satu aliran.” jelas beliau. -


One Response

  1. Anonymous says:

    gadai jangan tak gadai...mcm lancau

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.