..

..

MAHATHIR SUDAH KETERLALUAN MELEMPARKAN TUDUHAN HAJI DITAJA 1MDB TIDAK MABRUR

on Sunday, January 1, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Tak cukup dengan fatwa duit BR1M adalah rasuah olen Madey , kini 1000 orang Islam terdiri Imam , bilal dan JKKK yang menunaikan haji ditaja 1MDB pulak didakwa tidak mabrur. 

Alasan Madey sebab dia cakap duit itu Najib curi. 

Nauzubillahiminzalik...



Semoga Madey diberi hidayah dan bertaubat kerana tuduhan ini  cukup berat  seolah-olah mempersoalkan hal ibadat orang lain . 

Siapa Madey   hendak mempersoalkan ibadat orang lain? 

Tidak wajar Madey cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT. 

Tindakan Mahathir mempermainkan agama untuk memburukkan kerajaan pemerintah sudah keterlaluan dan melampau.











5 Responses

  1. Anonymous says:

    kepala otak Mahathir,dia bagi apa pada zaman pemerintahannya,dia bagi kroninya kaya raya Vincent tan samy ling liong sek semua dia halal ka haram,cuba Tanya.nasib baik lah zaman dia kurang bloggers dan viral kalau tidak dah mampus awal lagi kena serangan jantung.

  2. Anonymous says:

    1MDB membiayai haji itu antara usaha kerajaan membantu rakyat dan ia sikap yg terpuji.

  3. Cik Minah says:

    THE PROMISED LAND : PUNCANYA MERAGUKAN

    Bismillahirrahmanirrahim.

    WARTAKAN DARI MANA PUNCA KEWANGAN YAYASAN 1MDB? 1.ADAKAH DARI HASIL PERNIAGAAN 1MDB?

    Semua tahu bahawa hanya Rm1juta telah didahulukan oleh kerajaan sebagai model bagi memulakan perniagaan. Selebihnya seperti yang kita semua maklum beberapa bidang tanah yang strategik di ibukota telah diberikan ataupun dijual kepada 1MDB pada harga dibawah pasaran. Berbekalkan tanah yang sememangnya bernilai ratusan juta itu yang didapati pada harga murah maka dengan berbekalkan development plan yang canggih ditambah dengan belaian dari Kerajaan Najib maka penilaian terhadap property tersebut meningkat walaupun pada ketika itu cadangan tersebut hanya terukir pada selembar proposal. Begitulah indahnya sehingga kan Bank bank yang melihat nya terpersona.
    Tetapi pada kebenarannya, keberanian bank untuk membiayai projek tersebut adalah kerana projek tersebut berkiblat kepada Najib saja dan tidak lebih dari itu.
    Begitu juga dengan syarikat 1MDB,syarikat ini ditubuhkan untuk menjana dana melalui hutang. Melalui sukuk atau Bond yang diterbitkan untuk 1MDB dan dicagar kepada pembeli luar negara atas jaminan Kerajaan Malaysia berserta pulangan yang agak tinggi maka langganan sukuk tersebut berjaya dilakukan. Tetapi harga yang dibayar kepada Goldman Sachs sebagai pengatur amatlah tinggi dan ini merugikan.
    Keunggulan 1MDB yang ditatang Najib tidak tahan lama, kegagalan nya didalam membuat IPO untuk Edra Energy menemui kegagalan. Kegagalanya kerana hutang yang ditanggung 1MDB amat tinggi dan ada kalanya bayaran hutang mereka tertangguh dan ini tidak menyakinkan Bank untuk mereka menanggung risiko lagi. Akhirnya semua bank menarik brek.
    Kini semua harta milik 1MDB sudah pun tergadai dan hutang yang terbeban melalui sukuk yang di terbit kan berserta interest yang terpaksa ditanggung telah melebihi RM53 Billion. Kini semua hutang tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan terbeban dibahu Kerajaan. Siapa yang susah kini?

    Tidakkah kita sebagai rakyat yang terpaksa menanggungnya?

    bersambung di laman bawag

  4. Cik Minah says:

    sambungan artikel Chaya Almajid di atas;

    Oleh itu dari mana datangnya dana Yayasan 1MDB untuk membiayai mereka mereka yang dipilih untuk pergi menunaikan Haji oleh Kerajaan? Kalau dana Yayasan 1MDB ini berpunca dari dermawan ataupun dari Jutawan mahupun.billionair Melayu maka tiada siapa akan mempertikai kannya tetapi sekiranya semua dana ini berpunca dari imbuhan Bond atau sukuk yang diterbitkan kan 1MDB maka hukumnya haram.
    Sebab nya yang pertama, dana yang digunakan adalah dari hasil hutang yang diterbitkan dan pulangan yang diterima dari hasil ini terketegori dalam hukum riba. Menggunakan hasil riba untuk mengerjakan ibadah samaada haji atau umrah lebih lebih lagi kalau dijadikan darah daging maka haram sifat nya.
    Kedua, umat Islam telah diajar sedari dahulu bahawa segala bentuk pembiayan atau dana yang ingin digunakan untuk tujuan ibadah terutama Haji dan Umrah semestinya dari hasil yang halal puncanya. Itulah sebaik baik hasil kalau mereka benar benar beriman pada Al Quran dan Nabi Muhammad saw. Menggunakan hasil dari keringat orang serta kepayahan orang lain dalam mencapai niat sendiri untuk menunaikan suruhan Allah dan Allah Quran amatlah dibenci Allah SWT. Begitu lah yang ditakrifkan terhadap usaha Yayasan 1MDB dalam menghantar jemaah ke Mekah seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir.
    Kini semua tahu bahawa 1MDB tiada keupayaan dalam menjana pendapatan oleh itu dari mana datangnya dana yang diagih Najib kepada jemaàh untuk Haji? Najib dan kerajaan perlu meniliti bahawa kini semua hutang 1MDB ditanggung setiap rakyat samada yang beragama Islam mahupun bukan Islam. Lantas dimana kewajara Yayasan 1MDB dalam membiayai program Najib ini?
    Ketiganya, bolehkah hak bukan Islam digunakan dalam program ibadah haji ini. Hak yang diambil secara paksa? Oleh itu layakkah Menteri Kerajaan mahupun Mufti Perak untuk menyebut ', haji mabrur,' dalam kes.ini

    Ikhlas dari : Cahaya Al Majid Dicatat oleh Cahaya Al Majid

  5. Anonymous says:

    Dah pandai bercakap pasal hukum plk dah....masa berkuasa dulu ada semak hukum ke nak buat apa2.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.