..

..

KETUA MENTERI SARAWAK NAFI SEBARAN PALSU KENYATAAN AMARAN TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL

on Tuesday, January 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini berlegar  di media sosial Whasapp kononnya kenyataan amaran oleh Ketua Menteri baru Sarawak kepada PM . Jika kita membaca ayatnya jelas seperti ayat budak sekolah  dan bukannya kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Ketua Menteri . 

Rakyat sewajarnya harus memeriksa dulu  kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada pihak lain kerana sudah banyak kenyataan palsu disebarkan untuk memecahbelahkan kepimpinan kerajaan .




AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERGHADAP KERAJAAN NAJIB !

KUCHING _ ABANG JOHARI:

"Menyedari kuasa saya sebagai ketua menteri kerajaan sarawak yang setaraf kuasa seseorang yang memegang jawatan perdana menteri dalam tampuk kepimpinan di kerajaan persekutuan,dan setelah meneliti,mengambil kira kepentingan suara rakyat bumi kenyalang hatta meneliti aspek kemunduran yang masih tiada perubahan sepanjang 53 tahun bergelar sebagai salah satu negara bersekutu dalam persekutuan Malaysia

"dengan rasa penuh patriotik saya ketika ini sebagai anak jati sarawak,
di sini,hari ini saya dengan rasa berat hati namun atas dasar mengutamakan kebajikan anak bangsa sarawak,saya ingin  memberi kata dua,yang mana jika sekiranya kepimpinan kerajaan pusat masih terus berdolak dalih dalam perlaksanaan serta enggan menghormati segala yang telah disepakati dan telah termeterai siap ditandatangani bersama dalam dokumen perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Maka,"Saya tiada lagi pilihan lain selain mahu bubarkan parti barisan nasional di bumi sarawak dan seterusnya akan menubuhkan kerajaan negara sarawak yang baru,dari kalangan parti-parti politik tempatan sarawak sendiri,yang akan memimpin serta bersama mengemudi kerajaan Sarawak dalam kabinet saya tanpa ada lagi campur tangan kuasa kerajaan dari luar sarawak yang menguasai kepimpinan saya,malah juga kepimpinan kerajaan generasi masa datang sarawak."

Hari ni juga Abang Johari Tun Abang Haji Openg Telah membuat Kenyataan yang sama seperti yang ditegaskan oleh Al marhum Tan Sri Adenan Satem iaitu bahasa english adalah muktamad sebagai bahasa rasmi pendidikan serta urusan rasmi kerajaan Sarawak,

tambah beliau,"bahasa english adalah bahasa Universal,yang di guna pakai untuk berhubung Di seluruh dunia,dan setiap negara mempelajari nya,justeru saya mahu melihat seluruh org di sarawak bertutur dalam bahasa english selepas ini."

Dan bagi menghormati jasa pengasas serta penubuh Sarawak iaitu Sir Rajah James Brooke yang malangnya telah dicatat di dalam buku pendidikan sejarah sebagai penjajah british,beliau melaungkan,"saya akan melakukan sesuatu berhubung banyak kesalahan fakta-fakta sejarah sebenar Sarawak yang telah diputar belit yang malah saya lihat semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik di Malaysia ini sehingga sanggup untuk memperbodohkan anak bangsa Sarawak dengan momokan fakta sejarah putar alam."


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.