..

..

KEMURKAAN SULTAN JOHOR : APA PENDIRIAN KIT SIANG TERHADAP KRITIKAN MAHATHIR ?

on Tuesday, January 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DAULAT TUANKU: TUN M "IS NOT STUPID, JUST SELFISH AND OPPORTUNISTIC".
"Here, we have Tun Mahathir creating fear, using race, just to fulfill his political motives. He's not stupid, he's just selfish and opportunistic", he added (Sultan Johor).
1. Itu kenyataan Tuanku Sultan Johor yang tajam dan tepat ketika mengulas kritikan Tun M mengenai kemasukan pelabur asing dari China ke Johor.
2. Kenapa kemasukan pelabur asing daripada negara lain tidak menjadi isu? Jawapannya mudah. Kemasukan pelabur asing daripada China mudah dieksploitasi dengan sentimen kaum. Kerana ia isu sensitif dan cepat laku dalam politik Malaysia. Memang benar Tun M bukan bodoh. Dia juga membawa masuk pelabur asing selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Tetapi Tuanku Sultan Johor lebih arif menyelami apa yang tersirat di hati Tun M . Dia mahu menimbulkan rasa takut di hati orang Johor kerana motif politik. Sebab itu Tun M memainkan isu yang dipetik daripada Bloomberg iaitu 700,000 rakyat China akan mendapat kewarganegaraan akibat kemasukan pelabur China ke Johor.
3. Tun M mahu menjadikan Johor sebagai negeri tumpuan untuk parti barunya (PPBM) bertapak dan membina pengaruh. Dia memang tidak bodoh. Dia opportunist. Sebab itu Tun M boleh membuat pusingan U sekelip mata. Tun M sekarang ini sanggup mengatakan DAP bukan parti cauvinis. Walapun sebelumnya semasa 22 tahun berkuasa dia menuduh Lim Kit Siang adalah anti Melayu dan pelampau perkauman.
4. Isunya sekarang, apa pendirian Lim Kit Siang? Sebagai orang Johor dan kini ahli Parlimen Gelang Patah apakah dia bersetuju dengan Tun M? Lim Kit Siang wajar dicabar untuk menyatakan pendirian terhadap kritikan Tun M dan teguran Tuanku Sultan Johor. Apatah lagi pelaburan dari China itu akan mendatangkan manfaat kepada Parlimen Gelang Patah.
5. Lagi pun anaknya sendiri Lim Guan Eng paling banyak membawa masuk pelabur asing dari China ke Pulau Pinang.
6. TS Muhyiddin Presiden PPBM juga wajar menyatakan pendirian kerana turut senada dengan Tun M bila mengkritik penglibatan pelabur dari China untuk projek ECRL dan Bandar Malaysia.
7. Justeru teguran Tuanku Sultan Johor wajar membuka minda rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya siapa yang bermain politik dan benar benar mahu membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Daulat Tuanku!
Datuk Dr Puad Zakarshi


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.