..

..

INVOKE RAFIZI GUNA KAJIAN CPI RESPONDEN BAGI MEMBURUKKAN BN

on Wednesday, January 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





NGO INVOKE milik Rafizi jelas mencabuli hak demokrasi rakyat bila melalui talian menghubungi rakyat Malaysia kononnya mahu melakukan kaji selidik parti mana dipilih melalui PRU14 .

Tetapi lebih mengejutkan , ia menyamar mewakili parti politik BN  dan jelas memburukkan parti BN di mata rakyat. 



Tuduhan telah dibuat kononnya, CPI adalah sebuah badan kajiselidik kerajaan yang sudah terdesak untuk mengetahui jumlah sokongan yang akan diterima pada PRU. UMNO, BN bahkan Najib Abdul Razak dimaki hamun tanpa mereka mengetahui siapa atau apa sebenarnya CPI.

Parti mana yang akan diundi nanti adalah rahsia. Para pengundi berhak mengundi sesiapa pun atau mana-mana parti pun. Membuat pertanyaan seperti itu, hanyalah meningkatkan kemarahan dan kebencian selain menimbulkan persepsi negatif, terutama kepada kerajaan dengan dakwaan, kerajaan sedang ketakutan. 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa HANYA TERDAPAT SATU SAHAJA CPI yang aktif menjalankan kajiselidik di Malaysia sekarang ini.

 CPI tersebut dipelopori oleh INVOKE !!  

Jadi awas taktik  kotor INVOKE pembangkang menggunakan CPI  !! 







[MOHON DISEBARKAN] BERHATI-HATI DENGAN MODUS BARU RAFIZI UNTUK MEMBURUKKAN NAMA BARISAN NASIONAL

-----

RESPONDEN DAKWA KAJIAN CPI CABULI HAK DEMOKRASI RAKYAT

Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700 untuk menjalankan soal selidik sokongan politik dengan bertanyakan beberapa soalan sensitif seperti pilihan parti pada pilihan raya umum dikritik respondennya.

Salah seorang responden yang menghubungi Selangor Press mendakwa soal selidik dilakukan CPI itu merupakan cubaan mencabuli hak demokrasi mereka memilih mana-mana parti politik tanpa perlu diketahui pihak lain.

Malah menurut responden terbabit juga, cara soal selidik itu dijalankan mengelirukan apabila pihak yang menghubunginya memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah parti politik.

Namun hasil semakannya pula mendapati bahawa dakwaan pihak tersebut tidak benar memandangkan parti politik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam kajian terbabit.

Seorang responden lain pula mendakwa soal selidik itu sebenarnya dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Invoke Malaysia.

Menurut responden berkenaan, dia mengetahui mengenai penglibatan NGO tersebut setelah pihak yang menghubunginya mengakui bahawa CPI ditubuhkan oleh Invoke Malaysia untuk menjalankan kajian berkaitan sosio-politik negara, selain mengumpul data untuk tujuan tertentu.

Tambah responden itu, sehingga kini CPI masih giat menghubungi rakyat Malaysia untuk menjalankan soal selidik tersebut yang tidak diketahui kepentingannya.

Hasil semakan Selangor Press melalui enjin carian mendapati CPI Invoke Malaysia dinaungi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Maklumat mengenai CPI itu boleh diakses melalui laman sesawangnya di http://cpi.invokemalaysia.org

_*SUMBER http://www.selangorpress.net/nasional/2017/01/responden-dakwa-kajian-cpi-cabuli-hak-demokrasi-rakyat/*_


One Response

  1. Anonymous says:

    baru td dpt cal dr no di atas menanyakan adakah kenaikan harga brg disbbkan oleh kerajaan.. bila kita jwb tidak terus diputuskan talian..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.