..

..

HAPUS TOL : DAP DISARAN AMBIL ALIH TOL SG NYIOR DULU ,JANGAN JANJI KOSONG @AziziSafar

on Wednesday, January 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kerajaan Dap Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaran agar mengambil alih konsesi tol Sg Nyior sebagai komitmen awal janji menerusi Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta jambatan Pulau Pinang pertama jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. 

 Penganalisis politik, Azizi Safar bekata tidak ada maknanya sekiranya melontarkan janji baharu sedangkan tol Sg Nyior masih lagi teguh berdiri dan masih mengenakan bayaran kepada pengguna yang menggunakan laluan terbabit. 

“Sekiranya mereka benar-benar serius mahu menghapuskan tol tersebut, bukankah kerajaan negeri boleh berbincang dengan syarikat konsesi yang menguruskan tol terbabit untuk mengambil alih dan menjadi milik kerajaan negeri sepenuhnya. 

“Apabila menjadi hak milik kerajaan negeri, bukankah kuasa ada di tangan dan terpulang sama ada mahu menghapuskannya atau mengenakan separuh bayaran yang dikenakan pada hari ini. 

“Tunjukkan keseriusan dan bukannya sekadar melontarkan janji demi janji. kalau sekadar janji sesiapa pun boleh berjanji. 

Apa yang penting adalah pelaksanaan iaitu sejauh mana keupayaan kita untuk menunaikannya,” katanya Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji pakatan harapan untuk menghapuskan GST dan kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta jambatan Pulau Pinang pertama jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. 

Mengulas lebih lanjut Azizi seterusnya menegaskan bukankah tanpa menguasai Putrajaya pun mereka boleh menunjukkan keseriusan terhadap janji baharu berkenaan dengan menganggung jumlah yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi. 

“Soal menguasai Putrajaya atau sebaliknya adalah perkara kedua. Hari ini di depan mata dan mereka menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang. Takkan tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan. “Kalau benar-benar nak bagi ‘free’ , subsidi dan sebagainya itulah jalannya. Jangan lagi berpolemik dan macam-macam,” ujarnya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Artikel Sampah!!

    Blogget can go fuck spider!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.