..

..

FOREST CITY : TUDUHAN MAHATHIR FITNAH BESAR KEPADA JOHOR & MALAYSIA

on Saturday, January 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





– Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kedaulatan negara akan terkorban berikutan tindakan menarik pelaburan dari luar negara dalam projek pembangunan Forest City di Johor Bahru merupakan satu fitnah besar terhadap kerajaan negeri itu dan Malaysia secara keseluruhannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, bekas Perdana Menteri itu juga membuat kenyataan palsu apabila mengaitkan penjualan tanah kepada pelabur China kononnya bertujuan memberikan taraf warganegara secara percuma kepada mereka. 

Dalam hal itu, beliau menjelaskan, usaha kerajaan dalam menggalakkan pembangunan adalah semata-mata untuk mengembangkan ekonomi negara sekali gus meletakkan Malaysia dalam kedudukan antara tertinggi di mata dunia. 

 “Ini Dr. Mahathir saya gelar dia u-turn sebab dia buat terlalu banyak kenyataan palsu, fitnah besar kepada kerajaan Johor dan Malaysia kononnya kita nak bagi kewarganegaraan kepada mereka. Mereka ini warga China, ekonomi dunia terbesar, mereka kaya raya, mereka tidak ada hajat pun nak jadi warganegara Malaysia,” katanya di Desa Pandan, di sini hari ini. 



Baru-baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa Najib memberi takrif baharu kepada pelaburan langsung asing (FDI) melalui penjualan tanah sama seperti menjual Singapura kepada British pada zaman negara dijajah dengan mengaitkan projek Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China yang didakwanya akan didiami 700,000 orang dari negara tersebut. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, program Malaysia MySecond Home juga tidak melayakkan warga asing mendapat status warganegara, sebaliknya mereka mempunyai hak untuk tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu sekali gus mampu menjana ekonomi negara. 

Beliau turut menjelaskan kunjungan beliau ke China baru-baru ini adalah bertujuan menarik pelaburan dari negara itu dengan mengukur kejayaan Dubai dalam membuat tindakan sama apabila kini telah berubah menjadi sebuah bandar metropolis hebat dan rakyat mereka mendapat pendapatan tinggi walaupun satu ketika dahulu hanya memiliki kawasan-kawasan padang pasir. 

“Apabila warga asing tinggal di sini, mereka membelanjakan duit di Malaysia. Mereka membina keluarga, datang tiga atau empat bulan di negara ini, jadi siapa yang untung? 

Kitalah yang untung kerana mendapat pendapatan lebih, kita gunakanlah duit itu untuk mengecat flat contohnya. 

“Tetapi kalau tidak ada pembangunan, daripada mana saya nak dapat duit kalau tidak ada hasil? 

Inilah realiti sebenarnya. Janganlah mengaburi mata rakyat dan menghasut rakyat,” katanya.


One Response

  1. burn bp says:

    AKU ANAK NEGERI JOHOR....
    JIKA RUMAH HAK MILIK KEKAL BUKAN PAJAKAN 99 TAHUN, SIAPA YANG MENIPU?? ADAKAH NAJIB SIPEROMPAK MALAYDIA ATAU KHALED MB JOHOR?? AGAK2 EMPUNYA RUMAH AKAN DAPAT TAK KERAKYAATAN PERCUMA? MAKLUMLAH BELI RUMAH BERJUTA2 YANG STATUS HAK MILIK KEKAL.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.