..

..

Forest City hanya sekadar Logik Mahathir bukan fakta

on Wednesday, January 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Belum pernah saya dengar sesebuah negara menghalang warga negara asing untuk membeli hartanah. Jika ada peraturan pun tujuannya untuk melindungi jenis2 hartanah bernilai rendah untuk diberikan keutamaan kepada rakyat tempatan agar mampu memiliki rumah.

Dalam isu Forest City ternyata tujuan pembangunan itu mensasarkan kepada pembeli warganegara asing selaras dengan peraturan2 pemilikan hartanah.

Rakyat Malaysia yang berkemampuan pun mempunyai peluang untuk memiliki hartanah di Singapura seperti yang pernah kecoh seketika dahulu dalam isu NFC.

Namun apa yang cuba dibawa oleh Tun Mahathir dalam menjawab pertanyaan Sultan adalah sekadar telekan atau forecasting beliau secara peribadi dan menyuntik logik dikalangan rakyat bahawa PENDATANG CINA amat merbahaya kepada negara ini berdasarkan kekacauan politik yang dihasilkan oleh orang cina sedia ada melalui parti politik DAP. Jika benar beliau bimbang kenapa beliau kini bekerjasama dengan DAP?



Telekan Tun bagi saya adalah terlalu berlebihan dan melampau. Pemilikan hartanah di Johor oleh rakyat asing bukanlah baru dan ketika zaman pemerintahan Tun sendiri telah banyak berlaku pemindahan hak pemilikan hartanah secara besar-besaran kepada warganegara Singapura. Namun syarat ketat pemberian taraf kewarganegaraan antaranya tidak boleh pulang ke negara asal selama 5 tahun berturut-turut yang terpaksa dilakukan ibu saya sendiri bukanlah mudah untuk dipenuhi. Tun sepatutnya membentangkan statistik jumlah kebanjiran warganegara Singapura yang telah berhijrah kerana mempunyai hartanah di Johor dan kemudiannya diterima sebagai warganegara untuk menyokong telekan beliau itu.

Bukan mudah untuk warganegara asing melepaskan kerakyatan negara asal mereka hanya semata-mata kerana mempunyai milikan hartanah di negara luar. Hak kewarganegaraan mereka dinegara asal sudah tentu lebih berharga kerana dari situlah asal sumber ekonomi mereka hingga mempunyai kuasa membeli yang cukup luar biasa. Kebiasaan bagi mereka yang bersungguh2 untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di negara ini adalah kerana desakan hidup atau percaya Malaysia menawarkan sumber pendapatan dan masa depan yang lebih baik berbanding negara asal. Bukan kerana milikan hartanah.

Ternyata telekan Tun Mahathir hanyalah imaginasi liar beliau sendiri yang tidak berpandukan apa2 kajian dan fakta. Namun bagi sebahagian besar pengikut beliau apa saja yang dikatakan oleh Tun Mahathir adalah sama nilainya dengan pemberitaan kedatangan hari kiamat dalam Al Quran yang wajib dipercayai sungguhpun ada banyak bukti keputusan2 yang cuai dan lemah dilakukan oleh orang yang sama menyebabkan kerugian yang amat besar kepada negara dan menyusahkan rakyat sepanjang 22 tahun beliau memerintah.

http://zulhairifetani.blogspot.my/2017/01/hartanah-yang-menakluk-hanya.html?m=1


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Kalau apa yg Tun kata itu benar?
    Forest City developer ada china. Aku hampir pernah nak supply bahan2 tempatan pada mereka tapi aku tarik diri.

    Tarik diri sebab kontrak dlm bahasa mandrin tiada english..melayu lagi lah tak ada..semua pekerja developer adalah drp china..drp segi kerja...mereka lain drp kita..

    Dan setahu aku..drp 2014 lagi..mmg target forest city utk warga china..

  2. Anonymous says:

    imaginasi boleh menjadi kenyataan.

  3. Anonymous says:

    oh ya, kita sekarang begitu akrab dgn Negara China, sudah byk tanah milik dijual kepadanya..malah nak kawal sempadan minta tolong China..MEMANG LOGIK..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.