..

..

BUKAN SAHAJA PAS KECAM PUDIN , DALAM PKR SENDIRI BERGOLAK DESAK LETAK JAWATAN !!

on Sunday, January 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Sebenarnya perlantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri P.Pinang menjelang PRU14  bukan sahaja dikecam PAS sebagai  ' DEDAK" bagi mengikat PKR , malah di dalam parti  itu sendiri sudah mula sangsi .

Menurut sumber dalaman PKR , sudah timbul desakan dari dalam pimpinan Pusat supaya Setiausaha Agung PKR ini meletakkan jawatan memandangkan  komitmen kini beliau akan lebih fokus kepada politik  P.Pinang sebagai Penasihat KM bukan lagi di pejabat PKR .

Malah ,  jawatan Setiausaha Agong PKR dipegang Saifuddin juga dibimbangi  akan mengugat kedudukan PKR ketika perbincangan soal agihan kerusi DUN dan Parlimen bersama DAP .

Biarpun hari ini Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Rashid Hasnon mempertahankan tindakan perlantikan ini bagi meningkatkan sokongan orang Melayu kepada Pakatah Harapan. 





Misi dengan menabur  DEDAK jawatan Penasihat  untuk menipu orang Melayu P.Pinang bagi  terus menyokong DAP sebenarnya adalah alasan sebaliknya ialah mengikat orang penting PKR  untuk terus ikut telunjuk mereka. 

Apakah Pudin boleh menjalankan 2  kerja di 2  pejabat iaitu di KOMTAR dan Pejabat PKR Pusat ?






Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang, sebagai “dedak” oleh DAP bagi mengikat PKR.

“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya. “Itulah ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat,” menurut komen yang diterbitkan akhbar berkenaan semalam.

Ia menganggap keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS. Menurutnya, pelantikan “orang penting PKR” dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR “masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku”.

“Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR. 

“Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu,” menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelantikan Saifuddin menerima sokongan Biro Politik PKR Pusat.

Saifuddin memulakan tugasnya dari pejabar pentadbiran negeri di Komtar, di tingkat sama pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PH disebabkan keanggotaan DAP dan Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS pada 2015. Parti itu bagaimanapun belum memutuskan hubungan dengan PKR, dan beberapa siri ceramah menonjolkan pemimpin PAS, PKR dan PPBM diadakan baru-baru ini.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    SUAGONG PKR JADI HAMBA ABDI LIM DAYNASTI.....PUNYALAH NAK JAWATAN. APA LAGI NAK BUAT....KERBAU PKR DAH DICUCUK HIDUNG OLEH DAP....MAMPUSLAH PKR. KALAU DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT STRATEGIK PAKATAN HAPRAK KE?/HAPAK KE? TAK APA LAGI INI KHAS UNTUK DAP.....

  2. Anonymous says:

    "Kita guna Maulayu Boloh untuk SKREW Maulayu !"

    - Kata2 hikmah pimpinan parti kapir anti Melayu dan anti Islam DOGS AND PIGS

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.