..

..
Archive for December 2016

default

EZAM KELUAR PPBM SERLAHKAN DIRINYA POLITIKUS KAKI KENCING

on Friday, December 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Agak mengejutkan bila Ezam keluar PPBM yang disertainya baru 3 bulan selepas keluar dari UMNO .

Kali ini apa pulak alasannya keluar dari PPBM ?  Sebelum ini beliau keluar UMNO dengan  mengatakan sebab isu akta OSA dan rasuah.

Dalam facebook bukan main lagi garang menghentan pemimpin dan rakan2 dalam kerajaan dan UMNO dengan mempertahankan Mahathir dalam isu BR1M yang mengeluarkan fatwa adalah rasuah.

Kini dia sendiri yang keluar dari parti Mahathir dan kononnya nak tumpu kepada NGOnya  HISBAH .

Lepasi ni .. Apa lagi yang Mat Kotak ini nak KENCING ye ??





Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber yang memberitahu FMT.

Sumber memberitahu FMT, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.
FMT masih gagal menghubungi Ezam bagi mengesahkan perkara itu.
Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia.
Ezam bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR.
Sumber memberitahu FMT, Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Sumber turut memberitahu FMT, lebih ramai aktivis PPBM yang menyertai parti serpihan Umno itu akan mengikut jejak Ezam dan Khairuddin.
“Sebab itu kini PPBM gagal menarik masuk ramai ahli baru kerana parti ini kelihatan seolah-olah milik eksklusif individu tanpa bersikap inklusif,” kata sumber itu, sambil mempersoalkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih “bercuti di Eropah” ketika ahli pembangkang “berjuang di peringkat akar umbi di seluruh negara”.
“Gerak kerja PPBM cukup lemah setakat ini dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menjadi ahlinya,” tambahnya. – freemalaysiatoday.com

default

PROJEK TAMBAK LAUT KERAJAAN DAP DIARAH HENTI

on Thursday, December 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semalam  Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri Sumber Asli& Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaid Tuaku Jaafar   telah mengarahkan kerajaan DAP P.Pinang mnghentikan semua projek tambakan laut bagi membolehkan kajian Impak Alam Sekitar DEIA dan EIA masuk untuk laksanakan kajian terperinci .

Pastinya arahan ini memberi tamparan hebat kepada projek utama kerajaan DAP ini yang rakus meluluskan projek menambak laut bagi mengaut keuntungan dan tidak memberi faedah kepada rakyat .

Apakah reaksi kerajaan DAP dan Guan Eng dengan arahan terbaru ini ?







default

SELEPAS ANINA , KINI PRESIDEN PPBM PULAK MAHU DIGULINGKAN

on Monday, December 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Inikah parti yang kononnya parti yang bersih dan menggantikan UMNO ??  Kalau tanya GPB mengapa pemimpin dalam parti ini bergaduh , sebabnya puak-puak inilah parasit dan kaki cucuk dalam UMNO yang kini sudah dinyahkan !


 Pelbagai isu dalaman  dan pergaduhan berlaku sesama mereka kini Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin dipecat  hari ini ekoran skandal peribadinya . 

Lebih mengejutkan , bekas pengasas PPBM yang juga anak emas Tun Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan mendesak  Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal.


" Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jika Anina tidak dilantik ke jawatan ketua Srikandi PPBM disebabkan viral kes skandal seks beliau; ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu,” kata Khairuddin.




Jadi , GPB menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan disingkirkan dari PPBM tidak lama dan penggantinya adalah tidak tidak bukan ialah  Muhkriz Mahathir .

Ini bagi memudahkan bapaknya Tun Mahathir menamakan anaknya Muhkriz sebagai calon Perdana Menteri Malaysia untuk Pakatan Harapan . Sebelum ini nama Tan Sri Muhyiddin dicadangkan DAP untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri adalah Datin Seri Wan Azizah .





default

UCAPAN KRISMAS GUAN ENG BERBAUR KEBENCIAN POLITIK DIBIDAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Ini lah Guan Eng , satu satunya pemimpin pembangkang yang berpolitik kebencian sepanjang masa tatkala semua pemimpin lain memberi ucapan sempena Krismas dengan menyeru ke arah perpaduan. 

Tak kira apa perayaan pun di negara yang diraikan setahun sekali  , beliau tentunya akan memberi ucapan berbaur kebencian kepada kerajaan BN .

Kalau nak sangat berpolitik , pergi  sewa dewan dan ceramahlah sepuas-puas 24 jam . 



KENYATAAN MEDIA
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

24 Disember 2016

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah benar-benar jujur dalam menyampaikan ucapan bersempena dengan apa-apa sambutan di Malaysia ini.

2. Ini kerana, sekali lagi ucapan Guan Eng bersempena dengan sambutan Hari Natal telah dicemari dengan unsur manipulasi fakta, hasutan dan tuduhan jahat yang bermatlamatkan politik sahaja.

3. Sekali lagi, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merupakan Negara yang gagal berdasarkan prinsip ‘Empat Kebebasan” yang dirujuk daripada Presiden AS ke-32, Franklin Roosevelt dan ditafsirkan mengikut pandangannya sendiri.

4. Guan Eng mendakwa bahawa Malaysia telah menggunakan ketakutan untuk mendiamkan mereka yang mengkritik Negara, namun yang sebaliknya yang berlaku.

5. Sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan prinsip yang sedemikian, sudah tentu Guan Eng dan rakan-rakannya dari Pakatan Harapan tidak akan dapat bersuara dari hari ke hari.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang sebaliknya menggunakan faktor ketakutan dengan mengambil tindakan ala-gangster untuk mengganggu premis-premis yang mana pemiliknya telah mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di surat khabar Cina.

7. Begitu juga dengan niat untuk menyaman NST yang akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan juga niat untuk mengarahkan Sin Chiew supaya menulis ikut arahannya.

8. Maka, kerajaan manakah yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya sekarang?

9. Di dalam ucapannya lagi ada menebut tentang ketakutan mereka yang bukan beragama Islam tentang hak dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya bakal mengadaptasi undang-undang Islam yang akan selari dengan undang-undang ala-hudud.

10. Guan Eng sengaja mahu menimbulkan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak patut menjadi satu isu pun di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

11. Fakta pindaan RUU355 bukanlah undang-undang hudud dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam adalah satu fakta yang sengaja disembunyikan oleh DAP semata-mata untuk meracuni fikiran dan menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang bukan beragama Islam.

12. Dalam teks uacapan sepanjang 547 patah perkataan, Lim Guan Eng hanya mengucapkan Selamat Menyambut Krismas pada ayat yang pertama sahaja dan perkataan krismas pula digunakan sekali sahaja.

13. Lim Guan Eng langsung tidak mengambil perasaan dan suasana perayaan ini untuk mengucapkan perkara yang baik-baik malah telah meggelarkan Malaysia sebuah Negara yang gagal di saat rakyat Malaysia yang beragama Kristian yang mahu menyambut Krismas dengan perasaan yang gembira dan hati yang riang, bukannya diberitahu bahawa mereka tinggal dalam sebuah Negara yang gagal.

14. Perlu diingatkan, sekiranya Lim Guan Eng mengambil rujukan Empat Kebebasan daripada Presiden AS yang ke-32 dengan mengikut tafsirannya sendiri, maka negeri Pulau Pinang juga sebuah negeri yang gagal kerana tidak berjaya menegakkan kebebasan bersuara, baik sebagai seorang rakyat Pulau Pinang mahupun sebagai ahli parti DAP itu sendiri!





default

UMNO PERMATANG PAUH RINGANKAN BEBAN IBUBAPA DENGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN @dzaidisaid @dzainalabidin

on Sunday, December 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Seramai 800  murid dari Parlimen  ini menerima sumbangan beg  sekolah & wang tunai   RM100 daripada  UMNO Bahagian Permatang Pauh  bagi meringankan beban keluarga mereka .

Ketua  UMNO Bahagian , Datuk Mohd Zaidi Mohd Said   berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris murid berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka.

Selain itu   Anugerah Penghargaan berupa wang tunai RM200 , beg sekolah & cenderamata kepada   94 Pelajar Cemerlang UPSR 5A,6A, 7A dan 8A Sekolah- Sekolah  dalam  Parlimen Permatang Pauh turut disampaikan  .




Malah perlancaran Kelas Abad 21 Melibatkan 21 Buah Sekolah Kebangsaa dalam  Parlimen  yang menerima RM 15 ribu untuk  permulaan bagi membeli & mengubah suai satu bilik darjah setiap sekolah. 




Ternyata UMNO Bahagian di sini sentiasa ke depan membela nasib rakyat di Parlimen bagi meringankan beban  untuk musim persekolahan tahun 2017 .

Syabas Datuk Zaidi dan usaha murni ini diharapkan dapat membuka mata pengundi di sini bagi memilih pemimpin yang benar2 membela rakyat

default

10 SOALAN TAK MAMPU DIJAWAB PANELIS FORUM PKR

on Saturday, December 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Begitu terdesak sungguh YB Afif Baharidin &  PKR cuba mengelirukan orang Melayu di Seberang Jaya hingga terpaksa letak tajuk UMNO hilang kuasa. 

Alahai Afif , tak perlu nak bincang dan berforum kerana rakyat negeri ini terutama orang Melayu sudah rasa kesannya sejak 8 tahun DAP berkuasa di P.Pinang. 

JAWAB 10 SOALAN INI DARIPADA KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN DATUK IR DR SHAIK HUSSEIN MYDIN DULU SEBELUM BERCAKAP SOAL KUASA MELAYU HILANG BILA UMNO KALAH.




Persoalan bagi Panelis PKR dan sekutunya dalam Forum KUASA MELAYU HILANG BILA UMNO KALAH? Di Seberang Jaya Pulau Pinang pada 21/12/16

1)Mampukah PKR dan Lain2 parti kembalikan peruntukan tanah wakaf bagi surau dan masjid bagi pembangunan baru di Penang..semua tapak surau dan masjid telah digazetkan sebagai tapak rumah ibadat dan tidak perlu diwakafkan seperti zaman BN?

2) Mampukah PKR dan lain2 memastikan kuota bumiputra bagi tanah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak kurang 70%..projek jkp jelutong disyaratkan 70% bukan Melayu?

3) Mampukah PKR dan lain2 pastikan rumah kos rendah yang diperuntukan oleh pemaju dimiliki 70% oleh bumiputra..kerajaan negeri syaratkan 50/50 sekarang...sedangkan peratus yang miskin di pulau pinang lebih ramai Melayu..malahan ada hanya 1 dari keseluruhan peruntukkan rumah mampu milik diperuntukkan kepada melayu di penang?

4)Mampukah wakil exco agama PKR mengembalikan Tapak Masjid Bayan Mutiara yang telah dijual oleh kerajaan negeri DAP?
YB Malik PKR pernah berjanji tapak akan digantikan ditempat lain apabila isu ini ditimbulkan tapi sehingga kini diam seribu bahasa?

5) Mampukah PKR memastikan gerai2 milik Melayu tidak lagi diganggu sehingga semua gerai2 bukan Melayu distruktur semula dan dilesenkan memandangkan gerai2 bukan Melayu lebih lama telah bertapak di Pulau Pinang tetapi masih dibiarkan contohnya di Jalan Raja Uda dan Jalan Perak?

6) Mampukah PKR memastikan bahawa lebih banyak rumah kos rendah dibina oleh state pada kadar harga RM25K seperti dulu atau 42K atau rumah disewakan dan bukannya wayang silap mata DAP yang memperkenalkan "rumah tidak mampu milik" pada kadar harga yang tidak munasabah untuk orang Melayu..hampir kesemua rumah kos rendah di Pulau Pinang dibina dan diserahkan oleh pemaju kepada state dan tidak dibina oleh state.?




7) Kerajaan Negeri DAP juga telah menjual Tanah Laut milik Rakyat Miskin Pulau Pinang sebanyak  4211 ekar hanya dalam masa 8 tahun berbanding BN yg hanya menambak laut seluas 1474.55 selama 40 tahun, Mampukah PKR pastikan sekurang kurang 30% tanah tersebut dapat dibina perumahan untuk orang2 Melayu atau dapat dimiliki oleh orang2 miskin pulau pinang?

8)memandangkan ramai nelayan di Penang adalah Melayu..minta panelis terutamanya yb exco pkr Melayu tolong jawab dengan terperinci bagaimanakah pertandingan warna warni,buat sandwich,gotong royong dan tanam 500 pokok bakau dapat menyelesaikan masalah nelayan terutamanya nelayan bumiputra yg rata2 kurang berkemampuan yg hilang pekerjaan akibat penambakan laut?utk makluman strategi penyelesaian diatas adalah abstract dari pelan mitigasi rasmi kerajaan negeri pulau pinang








9) Mampukah PKR menghalang agenda memecahkan umat Islam dan Melayu Pulau Pinang apabila pertandingan jawatan Kariah Masjid diperkenalkan oleh kerajaan negeri DAP yg mana sudah pasti pertandingan dan kempen mampu memecahbelahkan orang2 Islam dan Melayu yg berada disaf yg sama dimasjid walaupun berbeza parti?

10)Mengapakah PAS yang dikenali berjuang bagi Memperkasa Islam meninggalkan pakatan rakyat yang ditunjangi oleh DAP..sedangkan mereka berada di dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. bukankah mereka lebih faham agenda Anti Islam DAP?

DAP@PKR@PRIBUMI@AMANAH BOLEH JAWAB???

TERBUKTI DENGAN FAKTA PULAU PINANG MELAYU DAN ISLAM AKAN HILANG JIKA DAP BERKUASA DAN UMNO KALAH

default

ALAHAI.. KE MANA PEMIMPIN ISLAM KERAJAAN DAP UNTUK SAMPAIKAN BANTUAN ZAKAT ?

on Friday, December 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu urusan ZAKAT sekali lagi menjadi agenda politik pemimpin DAP di P.Pinang. 

Kita tidak kisah jika urusan penyampaian bantuan zakat ini disampaikan oleh pemimpin Islam   waima dari PKR  sekalipun  , tetapi ini DAP  yang menjadikan duit zakat dibayar orang Islam  ia sebagai agenda  politik mereka .

Seperti kata Datuk Seri Zainal Abidin Osman , lebih elok urusan zakat diurus oleh dan disampaikan oleh orang Islam kepada orang Islam sendiri . Apakah pemimpin Islam dari PKR dan PAN sudah pupus dan sibuk hingga terpaksa pemimpin DAP bukan Islam menyampaikan ? 

Apa kata Mufti PERLIS yang berasal dari P.Pinang ??  Jika dulu beliau pernah menegur pengurusan zakat dan kali ini apa pandangannya pemimpin bukan Islam menyampaikan sumbangan wang zakat dari orang Islam ?






default

SYABAS MALAYSIA , DESAK MYANMAR BENARKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAN

on Wednesday, December 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




– Malaysia meminta pertimbangan kerajaan Myanmar untuk membenarkan misi bantuan kemanusiaan memasuki wilayah Rakhine yang didiami masyarakat Islam Rohingya.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, perkara itu telah ditekankan oleh bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan semasa melawat kawasan bergolak itu awal bulan ini.

Menurut beliau, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia juga bersedia membantu kerajaan Myanmar dari segi penyaluran bantuan kemanusiaan.
“Kami turut mencadangkan agar ASEAN menyelaraskan misi bantuan kemanusiaan ke Rakhine seperti yang dilakukan semasa bencana taufan Nargis pada 2008.

“Pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) juga perlu dibenarkan memasuki kawasan terbabit bagi menilai situ­asi di sana dan membantu penyaluran bantuan,” kata­nya ketika berucap pada Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di Yangon, Myanmar hari ini.
Selain itu, Anifah menambah, Malaysia mengesyorkan supaya ASEAN menubuhkan pasukan penyiasat bebas dianggotai sekumpulan pakar dan tokoh ter­kemuka bagi menyiasat serta melaporkan situasi yang berlaku di Rakhine.

Beliau memberitahu, pasukan tersebut seterusnya akan mengemukakan cadangan bagi tindakan selanjutnya kepada ASEAN.
“Langkah ini akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang mapan bagi menangani situasi di Ra­khine,” jelasnya.

Anifah turut menegaskan pendirian Malaysia yang menggesa kerajaan Myanmar mengambil langkah yang perlu bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan di kawasan konflik.
“Kami berharap kerajaan Myan­mar berupaya menangani situ­asi tersebut secara adil dan sak­sama dengan berlandaskan kepa­da prinsip-prinsip antarabangsa tentang perlindungan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Piagam ASEAN serta Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, janji yang diberikan oleh Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk menangani punca konflik di Rakhine seperti isu kewarganegaraan akan membantu meredakan ketegangan serta merintis jalan penyelesaian yang realistik dan mapan.
Anifah memberitahu, pihak berkuasa Myanmar seharusnya bertindak melindungi setiap penduduk tanpa mengira latar belakang etnik atau agama mereka manakala dakwaan berhubung pencabulan hak asasi manusia di Rakhine mesti disiasat.

default

LELAKI CINA PUJI NAJIB URUS EKONOMI NEGARA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 TULISAN DANIEL GOH TENANG CARA EKONOMI MALAYSIA DIURUS


Saya tidak pernah menyukai Najib. Saya menyalahkan beliau kerana keputusan pemilihan UMNO 1987 yang membawa kepada Mahathir mengetatkan cengkaman kuku besi beliau terhadap negara. Kemudian pada tahun 2009, beliau adalah calon pilihan Mahathir untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang baru mula memperkenalkan beberapa pembaharuan yang amat diperlukan kepada negara selepas 22 tahun disalah tadbir, amalan kronisme, rasuah dan sikap autoritarian Mahathir. Saya menjangkakan keadaan akan kembali seperti dahulu tetapi saya silap.

Jika ada satu perkara yang saya belajar daripada 25 tahun dalam pasaran kewangan, ia adalah jika anda membuat kesilapan, mengakuinya, letak had kerugian anda dan melihat semula sekali lagi dari perspektif yang segar dan dengan fikiran yang lebih jelas, tergantung pada dogmatik kesilapan boleh menjadi sangat berisiko, ia boleh menjatuhkan anda. Dan itu adalah apa yang betul-betul saya lakukan berkenaan dengan Najib dan saya mula suka apa yang saya lihat.



Selepas Lehman mencetuskan Krisis Kewangan Dunia, hampir setiap negara terpaksa mencetak wang baru, dengan alasan pelonggaran kuantitatif, untuk merangsang ekonomi mereka dan kebanyakannya tidak banyak kesan kecuali untuk mewujudkan buih dalam hartanah dan aset kewangan walaupun pendapatan sebenar sudah tidak berkembang atau jatuh. Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara yang menggunakan gabungan rangsangan monetari tetapi lebih fiskal untuk memulihkan semula ekonomi dan keputusan menunjukkan bahawa kita secara konsisten berkembang antara 4% kepada 7% untuk setiap suku tahun sejak itu atau apa yang ekonomi panggil pertumbuhan mampan selaras dengan potensi jangka panjang kita.

Tetapi ada satu halangan dengan rangsangan fiskal; ia adalah populis dan membawa kepada ketagihan. Jika anda tidak berhati-hati, anda akan jadi seperti Greek atau Venezuela. Inilah sebabnya mengapa tidak kira betapa buruk ekonominya, Singapura tidak akan menyentuh rizab mereka kerana bagi sebuah negara dengan saiz sekecil mereka, mereka mempunyai sangat sedikit "leveraj" yang tinggal jika mereka melakukannya.

 Malah, idea keseluruhan pemilihan Presiden adalah untuk memastikan Presiden menghentikan mana-mana PM yang cuba untuk melakukannya. Negara dan pemimpin yang terpaksa melakukannya, biasanya gagal keluar daripada keadaan itu tetapi tidak Malaysia, tidak Najib. Sebaik sahaja ekonomi stabil, dia mula menetapkan sasaran dan had ke atas hutang Negara dan defisit Belanjawan. 

Disiplin seperti itu memang jarang berlaku dalam pemimpin-pemimpin negara demokrasi yang perlu menghadapi pilihan raya buat masa ini dan akan datang terutamanya seseorang seperti Najib, yang kehidupan politiknya sentiasa terancam.
Tetapi Najib tidak berhenti di situ. 

Beliau mula memperkenalkan GTP untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan penghantaran dan ETP untuk mempelbagaikan ekonomi, mencapai keseimbangan antara sektor awam dan swasta, menghentikan kronisme pada masa dahulu dan menyediakan negara untuk ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk tujuan ini dia juga memansuhkan ISA disebalik potensi periuk api yang dia terpaksa hadapi kerana dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, perlu ada keseimbangan antara aliran maklumat dan kepentingan politik.

Di peringkat antarabangsa, beliau mendekati negara jiran kita dan kuasa-kuasa Barat dan Timur sama rata dan menarik FDI bukan kerana kita tunduk kepada mereka tetapi kerana kita berkecuali dan daya tarikan kita sebagai tempat pelaburan dalam kedua-dua dari segi kesesuaian peraturan dan pembangunan infrastruktur. Paling penting, mereka tahu mereka dialu-alukan di sini.

Saya masih ingat bahawa tahun lepas, apabila RM pertama kali melanggar kepentingan secara psikologi 3.80 dan kemudian 4.00, ramai orang menghantar mesej kepada saya dan bertanya apa yang perlu atau yang boleh kerajaan lakukan dan jawapan saya adalah tiada apa-apa ..... kerajaan telah melakukan segala-galanya yang perlu dilakukan, pengenalan GST dan penghapusan subsidi merupakan dua daripadanya. Buat pertama kali dalam sejarah kita, kita telah berjaya menjangkakan dan bersedia untuk sesuatu masalah sebelum ia berlaku dan bukannya bertindak balas terhadap masalah selepas ia berlaku, yang kebiasaannya sudah terlambat.

Saya memberitahu orang-orang ini tajuk-tajuk utama akhbar tidak akan bermakna tulisan itu itu baik, mengutuk walaupun begitu patut abaikan sahaja mereka. Kesimpulannya, kehidupan anda akan kurang terjejas dan saya rasa telah dianggap benar setakat ini, pujian kepada Najib dan pasukannya di Kementerian Kewangan.

Kepada mereka yang memanggil diri mereka wartawan kewangan, ahli ekonomi, penganalisis, agensi penarafan dan lain-lain, saya mempunyai mesej ini. Jika harga minyak adalah ujian, jadi terima kasih kepada Najib, Malaysia telah melepasinya dengan cemerlang. Semua simpanan dalaman dan luaran kita telah kekal stabil sebahagian besarnya walaupun harga minyak jatuh dan kita telah mengalahkan banyak negara pengimport minyak dari segi pertumbuhan. Fikirkan tentang apa yang kita berpotensi untuk capai jika harga minyak mula naik kembali.

Berhenti berfikir dan beritahu kami bahawa kami akan gagal hanya kerana anda semua fikir ujian ini adalah sukar bagi kami dan berhenti memberi kami markah yang rendah hanya kerana anda fikir harga minyak pada masa ini bukan salah satu tajuk kegemaran kami apabila kami telah jelas mengalahkan beberapa pelajar anda yang kononnya lebih pintar.

Saya rasa apa sahaja yang berlaku seterusnya, ia hanya adil jika rakyat Malaysia memberikan Najib masa yang cukup untuk menyiapkan apa yang beliau ingin lakukan dan kemudian mengadili beliau dari situ.

Bagi saya, saya percaya beliau sudahpun menjadi PM terbaik yang Malaysia pernah ada dan sejarah yang akan membalas jasa baik beliau.

Diterjemah oleh : KKMM

default

KENAPA CALON PM ADALAH WAN AZIZAH BUKAN AZMIN ATAU MUHYIDDIN ? @ dzainalabidin @RRafizal

on Tuesday, December 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Game politic pembangkang semakin cacar marba & bertelagah  menjelang PRU14 yang dijangkan diadakan tahun depan .

Masalah utama sedang menghantui Pakatan Harapan kononnya mahu menggantikan BN ialah 

- Calon PM 

- Pembahagian kerusi bertanding PRU14


Pakatan Harapan akan mengumumkan calon PM tidak lama tetapi peliknya Kit Siang sudah awal-awal lagi mengumumkan calon PM interim iaitu Wan Azizah manakala Muhyiddin sebagai TPM .

PM sementara ? 

Ingat memerintah negara ini macam  jual kacang kuda ka ? 

Agak malas dan segan konon nak jaga cucu serah jawatan PM  bagi kepada suami seperti dulu ketika PRK Pmtg Pauh dengan letak jawatan sebagai ahli parlimen .


Seperti kata  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang  mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.
“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Lihatlah politik  pembangkang menggunakan kecerdikan Rafizi . 

Demi rakus mahu laksanakan agenda mereka , rakyat bakal diheret untuk satu lagi Langkah Kajang dengan  mengadakan satu lagi Pilihanraya kecil selepas PRU14 bagi menabalkan Anwar sebagai PM . 



 Hairannya ,  kenapa Kit Siang tak mencadangkan Muhyiddin atau Azmin terus sebagai calon PM ?  Adakah DAP tidak mempercayai Azmin & parti PPBM ?? 

Muhyiddin adalah ex TPM negara manakala Azmin adalah MB Selangor , pengalaman mereka mentadbir kerajaan sudah ada berbanding Wan Azizah yang mana Langkah Kajang pun gagal menempatkan beliau di kerusi MB .


Jadi ,   rakyat negara ini  janganlah memperjudikan nasib dengan memberikan undi kepada sebuah gabungan parti yang tidak stabil dan bila-bila masa saja boleh berpecah belah. 

Bagaimana kita mahu memberikan kuasa kepada satu gabungan parti yang tidak stabil untuk mentadbir negara untuk masa depan anak cucu kita  ?


default

10 HUJAH MEMBIDAS DAIM TUDUH MALAYSIA DALAM KRISIS

on Monday, December 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Para pemimpin pembangkang sering keluarkan kenyataan bahawa Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya. Bahkan angin propaganda ini sentiasa berlegar-legar dan viral di laman media sosial.
Mari kita selidik 10 petunjuk sama ada Malaysia dalam krisis atau tidak dengan perbandingan antara tahun 1998 hingga 2016.
๐Ÿ”น1. Indeks saham Bursa Malaysia
Indeks saham kini  jelas menunjukkan bahawa Malaysia bukan dalam krisis. Buktinya,  indeks saham hari ini masih lebih dua kali ganda dari indeks tahun 2009 sejak Najib Razak mula mentadbir. Sebaliknya, indeks saham pada tahun 1998 iaitu zaman Mahathir dan Anwar, menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat.
๐Ÿ”น2. Pendaftaran Kenderaan Baru
Penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh pada paras yang tinggi berbanding tahun 2015 – walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara. 
Sebaliknya, jualan dan pendaftaran kereta baru pada tahun 1998 menjunam – jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.
๐Ÿ”น3. Matawang Ringgit ke USD
Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kenaikkan Ringgit tahun 2009-2013 kepada tahap USD1 = RM 2.93 kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia akibat kemelut ekonomi Amerika Syarikat.
Pada tahun 2014, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.
Tetapi pada tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat – tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang. Inilah punca Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu.
Situasi sekarang tahun 2016 tidak memerlukan kerajaan tambat matawang kerana kestabilan matawang masih terkawal. Lebih-lebih lagi, matawang-matawang negara pelanggan dan yang besaing dengan Malaysia juga turun berbanding dengan USD.
๐Ÿ”น4. Kadar Faedah Pinjaman Bank
Pada tahun 2016, kadar pinjaman bank adalah rendah iaitu pada tahap 4.5% – malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini. 
Sebaliknya pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. 
Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat seterusnya mengakibatkan banyak yang muflis dan ratusan projek gagal.
๐Ÿ”น5. Projek-projek terbengkalai
Pada tahun 2015-2016, tiada sebarang projek yang terbengkalai. Sebaliknya, usaha untuk memulihkan projek Plaza Rakyat dan projek hotel Duta Grand Hyatt sudah bermula.
Sebaliknya tahun 1998, banyak syarikat besar mahupun kecil gagal kerana terdesak kadar faedah pinjaman yang naik mendadak. Akibatnya, banyak projek pembangunan terbengkalai.
๐Ÿ”น6. Nisbah Pinjaman bank yang bermasalah
Kadar faedah pinjaman bank tahun 1998 telah menyebabkan banyak syarikat dan individu tidak lagi mampu membayar pinjaman bank. Ini menyebabkan kerugian kepada bank-bank di Malaysia. Nisbah hutang yang tak dibayar (Non-performing loan), NPL industri bank pada tahun 1998 naik sehingga 14.9%. 
Tahun 2016 amat berbeza. Nisbah ini hanya tahap 1.6% – suatu kadar yang sangat selamat.
๐Ÿ”น7. Prestasi bank-bank di Malaysia
Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan kritikal ini memaksa karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.
Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat.
๐Ÿ”น8. Menarik pelaburan projek berbanding meminta pertolongan pinjaman cemas
Pada 2016, langkah proaktif Najib Razak menarik pelaburan dan pinjaman dari negara China untuk projek pembangunan di Malaysia bukan satu bukti negara dalam krisis. 
Sebaliknya, pinjaman wang segera dari Singapura dan Jepun bagi mengatasi krisis ekonomi negara merupakan bukti negara dalam krisis ketika itu. 
๐Ÿ”น9. Pertumbuhan KDNK (GDP)
Walaupun ada kelembapan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, namun pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 20 yang terbaik di dunia. Malah pada suku ketiga 2016, pertumbuhan KDNK sudah mula meningkat semula. Pertumbuhan GDP Malaysia 2017 juga dijangka lebih baik berbanding 2016.
Berbanding tahun 1998, GDP Malaysia pada tahap -7.4% sahaja. Ini baru dikatakan krisis.
๐Ÿ”น10. Nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Debt-to-GDP ratio
5 tahun pertama Mahathir memerintah, nisbah ini dinaikkan dari 44% tahun 1981 sehingga 103.4% tahun 1986.
Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 53.4% sekarang?
Malahan nisbah 53.4% ini adalah selamat. Kalau Malaysia dianggap sudah bankrap pada nisbah 53.4%, maka 70 lagi negara lain yang juga sudah bankrap termasuk kebanyakkan negara-negara yang maju.

default

PATUT LA RAMAI KENA TIPU RAFIZI , RUPANYA BINGAI BILA KANTOI FITNAH @TUNFAISAL

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Selepas salah fakta tentang MRT bila dikantoi Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abd Rahman Dahlan , Rafizi dilihat tertekan bila ramai netizen mula ketawakan faktanya . 

Jadi , dia mula menyerang & memviralkan   JASA  melalui Ahli Pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz kononnya telah memberi jawapan kurang cerdik kepada orang kampung bernama Pak Mael .


Siapa Pak Mael ?? Dari mana Rafizi kutip print screen FAKE ini untuk memburukkan Tun Faisal Ismail Aziz ? Betulkah itu jawapan Tun Faisal ?? 







Sumber rujukan Rafizi memang tak boleh dipakai, sekarang dia kantoi lagi menyebarkan poster 'screen shot' palsu.
Saya baru saja menyebut tentang Rafizi Ramli dari segi ketidak cerdikan seorang graduan akaun sepertinya yang mengira kos projek dengan pelbagai faktor penyumbang kos menggunakan pengiraan secara kadar langsung. Tidak semena-mena dipanjangkan pula kepada saya posting Rafizi yang membuktikan kepandirannya dalam memilih sumber berita. Posting grafik di bawah kononnya adalah dari Pak Mael kepada saya dan respon balas saya kepada Pak Mael.
Saya cuma nak bagitahu Rafizi, inilah akibat selalu menyebar fitnah, sampai fitnah yang dibuat oleh suku sakat caitro sendiri pun dia dah tak kenal lagi. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
Siapa Pak Mael? Saya pun tak kenal. Saya tak pernah berwhatsapp dengan Pak Mael. Rafizi bukan saja tak pandai cari sumber untuk buat projection pendidikan percuma sampai projection yang dia buat tak praktikal, salah cari sumber sampai boleh kira kos projek MRT guna kadar terus dan sekarang salah rujuk sumber sehingga percaya posting palsu di bawah.
Mungkin

 1. SKMM boleh bantu untuk lihat apakah bentuk tindakan yang boleh diambil di bawah AKMM ke atas posting Rafizi ini.

 2. Peguam Tun Ammar Aziz boleh bantu tengokkan apa bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas Rafizi ini.


TUN FAISAL ISMAIL AZIZ 



Jadi di sini jelas terbukti RAFIZI adalah KAKI PENIPU & PEMBOHONG BESAR.  

Kalau ulama sering mengatakan di akhir zaman ini adalah zaman FITNAH , inilah salah seorang dari golongan itu .  



default

PARTI MAHATHIR & PAN TIADA TEMPAT DI SELANGOR & P.PINANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Baru beberapa hari perjanjian untuk  agihan kerusi semasa parti dalam Pakatan Harapan dan mahu lawan satu lawan satu dengan BN .  Kini  PPBM dan PAS dinafikan hak mereka untuk tanding di negeri pembangkang sendiri Selangor dan P.Pinang.

Apakah PKR dan DAP mahu selesa dan lena  menduduki kerusi mudah dimenangi mereka dan membiarkan PAN dan PPBM  berpeluh memecah keringat untuk menawan kerusi dimenangi BN  ?

 Tak mustahil jika PAN dan PPBM kalah , maka dominasi kerusi pembangkang tetap dikuasai DAP dan PKR .

Sungguh memalukan parti ciptaan Mahathir ditendang macam sampah saja dan tak layak tanding di kubu negeri pembangkang. Ini muafakat ke keparat ?



PKR diingatkan supaya tidak menganggap Selangor dan Pulau Pinang sebagai milik mereka apabila tidak mahu PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di kedua-dua negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad sebaliknya berkata, PKR sepatutnya membawa perkara berkaitan kerjasama politik termasuk soal pengagihan kerusi ke dalam mesyuarat tertutup melibatkan kepemimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM.

"Selangor dan Pulau Pinang bukan milik PKR. Saya mencadangkan agar semua perbincangan mengenai agihan kerusi dilakukan dalam mesyuarat kepemim­pinan pakatan pembangkang.

"Ia menggambarkan betapa terdesaknya pihak yang mencadangkan perkara itu. Saya berharap cadangan-cadangan pramatang ini tidak lagi dibuat," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dalam kenyataannya mem­bayang­kan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.
Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-nege­ri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

default

RAFIZI SALAH FAKTA TAK MENGAKU TAPI SALAHKAN ORANG LAIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




YB Rafizi Ramli mesti bertanggungjawab terhadap kesilapannya dan salahkan orang lain 

 1. Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli, adalah dinasihatkan untuk memeriksa fakta-fakta beliau betul sebelum membuat sebarang kenyataan umum lanjut atau dakwaan pada masa akan datang. 

 2. Semalam, YB Rafizi telah mengelirukan orang ramai bahawa Perdana Menteri kita berkata bahawa kos bagi projek MRT 1 adalah RM21 bilion untuk 21 kilometer (km). Berdasarkan ini, YB Rafizi dengan niat jahat kepada orang ramai bahawa kos pembinaan projek MRT adalah RM1 bilion setiap km.

 3. Ini adalah salah kerana semua laporan berita memetik jelas Dato 'Sri Najib Razak telah menyatakan kos RM21 bilion adalah untuk keseluruhan MRT 1 projek itu 51 km. 

 4. Dalam kenyataan lewat semalam, MRT Corp juga telah diperbetulkan YB Rafizi dan mengesahkan bahawa RM21 bilion adalah untuk 51km MRT 1 projek penuh, iaitu RM2 bilion di bawah kos yang dianggarkan sebanyak RM23 bilion. 

 5. Walau bagaimanapun dalam kenyataan lanjut hari ini, YB Rafizi mengakui kesilapannya tetapi menyalahkan pada MRT Corp kerana tidak jelas dalam kenyataan mereka sebelum ini dan mendakwa bahawa dia terpaksa bergantung kepada pelbagai laporan berita. 

 6. Ini walaupun majoriti orang ramai dengan jelas memahami kenyataan Perdana Menteri bermaksud 51km - sedangkan dia sahaja seolah-olah menjadi tidak jelas. ketidakupayaan 

7. YB Rafizi  untuk mengakui kesilapan sendiri ketika cuba untuk menyalahkan orang lain adalah mengejutkan dan tidak bertanggungjawab. 

 8. Walaupun beliau sebelum ini mengakui secara terbuka bahawa tugasnya adalah untuk menghasut orang ramai setiap hari, tidak ada alasan untuk mengelirukan orang ramai dengan tuduhan liar terang-terangan seperti ini. 

 9. YB Rafizi diingatkan supaya lebih bertanggungjawab pada masa akan datang - sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dan ahli politik. Dia tidak perlu mengulangi kesilapan semalam. Dia perlu menyemak fakta-fakta dengan sempurna dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum mengeluarkan apa-apa dakwaan serius yang berfungsi untuk mengelirukan orang ramai.

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN 
Pengarah Komunikasi  Strategi
Barisan Nasional 
 18 Disember 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.