..

..
Archive for November 2016

default

MARIA CHIN DITAHAN BAWAH SOSMA DAKWA DIUGUT BUNUH ?

on Wednesday, November 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Ketua BERSIH 5 dakwa diugut lagi kali ini dengan menghantar peluru hidup & surat.

Nampak pelik juga dengan kehadiran semakin merosot BERSIH 5 kali ini , siapa pulak nak ugutnya ?

Malah baru lepas keluar dari lokap untuk siasatan di bawah SOSMA . Siasatan di bawah SOSMA adalah dakwaan cukup besar kerana ingin menjatuhkan kerajaan dipilih sah secara demokrasi .

Apa ke bodoh untuk  mengugut kepada orang yang akan dituduh dan didakwa di bahawa SOSMA ?

Fikir-fikirkanlah ....





 Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menemukan sampul surat berisi peluru hidup dan ugutan bunuh di rumahnya pagi ini.

Maria yang hadir ke mahkamah untuk pendengaran permohonan habeas corpus-nya, membuka sampul kecil yang dikokot kelilingnya, berisi sebutir peluru berkaliber .45 automatik.
Peluru tersebut dihantar bersama beberapa helai kertas kosong, dan salah satunya bertulis ‘Last Warning If Not R.I.P Marina & Family’. (Amaran terakhir, jika tidak, RIP Marina dan Keluarga).
“Inilah jenis ancaman yang saya terima sebelum perhimpunan (Bersih 5),” katanya kepada media di luar kamar mahkamah sambil mempamerkan peluru tersebut.
“Tindakan sebegini mesti dikecam, dan saya harap tindakan akan diambil oleh pihak polis ke atas orang yang bertanggungjawab melakukan ancaman ini.” tegasnya.

default

MEMALUKAN ! LEVEL POLITIK GUAN ENG TERPAKSA GUNA KARTUN UNTUK KEKALKAN KUASA DI P.PINANG ??

on Sunday, November 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tindakan Pemuda UMNO P.Pinang pada Jumaat lepas di Komtar membantah pameran kartunis fitnah ZUNAR  tidak disangka akan menjadi isu panas minggu ini .

Semalam Zunar telah ditahan oleh POLIS hinggakan disiasat di bawah Akta Hasutan .

 Menariknya pameran ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng  dan beliau yang membenarkan pameran  Zunar dilakukan di KOMTAR bagi memalukan Perdana Menteri dengan lukisan berbaur fitnah jijik dan penipuan .




Jadi , siapa sebenarnya yang mengamalkan politik jijik fitnah dan emosi bagi memburukkan pemimpin politik lain ?? 

 PKR menuduh Pemuda UMNO P.Pinang yang hadir membantah kartun kerana takut tetapi mereka mendakwa melawan fitnah dan penipuan karya kartunis Zunar.  

Begitu terdesak sungguh Guan ENg menggunakan KARTUN bagi memburukkan Perdana Menteri untuk mengekalkan kuasa DAP di P.Pinang . 

Sudah ketandusan isu ke Guan Eng untuk pancing undi rakyat P.Pinang ?? 





default

PEGUAM NEGARA JAWAB ISU PENAHANAN MARIA CHIN DI BAWAH SOSMA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA
(ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4​
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PENAHANAN PUAN MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 [AKTA 747]

Jabatan Peguam Negara amat prihatin terhadap pandangan dan persepsi masyarakat berhubung penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan undang-undang negara sentiasa dihormati dan dikuatkuasakan sewajarnya.
Berhubung isu penahanan Puan Maria Chin Abdullah, perlulah difahami bahawa Akta 747 adalah merupakan suatu undang-undang prosedur yang mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas berhubung penangkapan, penahanan dan penyiasatan berkaitan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Akta 747 mentakrifkan “kesalahan keselamatan” sebagai bukan sahaja terhad kepada kesalahan berhubung dengan keganasan tetapi turut meliputi antara lain, kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Justeru, penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah seksyen 4 Akta 747 yang bertujuan untuk membantu siasatan pihak Polis Diraja Malaysia kerana dia disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, adalah teratur dari segi undang-undang.
Oleh yang demikian, Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kelak.

TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI
PEGUAM NEGARA MALAYSIA
25 November 2016

default

BEKAS TKM P.PINANG FAIRUS KHAIRUDDIN BIDAS SHARIF OMAR PERTAHAN GUAN ENG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Saya adalah mantan TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG di bawah kerajaan PKR-DAP dahulu.

 Saya membantah sekerasnya kata2 sumbang Shariff Omar ini jika benar dia berkata demikian. 

DAP memang adalah sebuah kumpulan Kafir Harbi yang terus konsisten dengan sikap Anti - Melayu dan Anti-Islam serta anti institusi Raja2 Melayu! 

Telah banyak yang saya dedahkan bukti khianatnya DAP terhadap teras induk Ketuanan Islam dan Melayu! 

Saya berhijrah meninggalkan mereka dan disokong kuat oleh sahabat saya merangkap salah seorang guru saya iaitu amarhum Tuan Guru Dato'Dr. Haron Din, adalah kerana terbukti jelas segala sikap anti-Islam dan anti-Melayu yang dilakukan oleh DAP!

 ALLAH swt dan RasulNya jua menjadi saksi segala kebenaran saya! 

We have all the evidences.

FB : Datuk Seri Fairus Khairuddin 

default

KENAPA ZUNAR TAK PAMERKAN LUKISAN BERKAITAN KETUA MENTERI DITUDUH RASUAH ? - @RRafizal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang menafikan dakwaan mengatakan mereka sengaja membuat kacau selain bertindak samseng ala gangster di pameran solo hasil karya kartunis terkenal, Zunar di Komtar semalam. 

 Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda Umno Pulau Pinang mengganggu pameran berkenaan adalah fitnah. 

default

ZUNAR KARTUNIS FITNAH JIJIK DITAHAN POLIS SELEPAS LAPORAN POLIS DIBUAT PEMUDA UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi.

Mior Faridalathrash berkata, kartunis berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang.

default

RUU BABI LULUS P.PINANG, RUU355 UMAT ISLAM DIBANTAH

on Saturday, November 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang

Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

default

PEMUDA UMNO PERTAHAN PM @NajibRazak DIHINA , SERBU PAMERAN ZUNAR DI KOMTAR

on Friday, November 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Hari ini Pemuda UMNO P.Pinang diketuai Rafizal Abd Rahim menyerbu KOMTAR  di mana membuat pameran di aras 3  yang mempamerkan lukisan  kartunis Zunar yang jelas bermotifkan politik dan menghina Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak . 


Pada mulanya Pemuda UMNO memberi tempoh 1 jam agar Zunar menurunkan semua lukisan beliau tapi enggan berbuat demikian .

default

VIRAL VIDEO PENGUATKUASA MELAYU DIGANGGU PASANGAN CINA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






Video aksi pasangan Cina memperlekehkan  penguatkuasa wanita Melayu  bukan pertama kali berlaku . Sebelum ini ia pernah berlaku di negeri P.Pinang  dan isu ini diselesaikan kerajaan DAP dengan menawarkan wang sagutahati . 

Insiden menimpa penguatkuasa MBSA kali ini lebih dasyat kerana telah melakukan provokasi melampau termasuk melakukan gangguan seksual terhadap mangsa . 

Netizen di media sosial cukup marah dan mengecam perbuatan pasangan Cina ini terhadap penguatkuasa wanita ini . Mereka mendesak PDRM segera bertindak menangkap pasangan ini Cina segera. 



Persoalannya , kenapa sejak akhir-akhir ini  penguatkuasa Melayu sentiasa menjadi sasaran dipelekehkan dan dihina oleh kaum cina yang majoriti  merupakan pengundi  DAP  ?

Apakah bangsa ini semakin besar kepala setelah DAP menguasai 2 negeri ini ?? 






default

DATUK MUSA BAKAL GEGARKAN BAHAS ISU RAKYAT #PAU2016

on Thursday, November 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




NIBONG TEBAL: UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai landasan membawa pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.


 Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Noor Ahmad, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).

default

POLIS TEMUI BUKTI AKTIVITI MUDARATKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN PUNCA TAHAN MARIA CHIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan beliau bukan disebabkan perhimpunan haram Bersih 5.0 lalu tetapi dibuat selepas pihak polis menemui bahan bukti serius ketika menggeledah pejabatnya pada 18 November lalu.

default

MARIA CHIN BERSIH PATUT MINTA DUDUK HOTEL SAJA - IBRAHIM ALI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Memang pedas kritikan Datuk Ibrahim Ali @ Tok Him ini kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin.

Ye la dok sembang kononnya diri seorang pejuang , baru masuk 3 hari penjara di bawah SOSMA sudah merungut minta tilam dan bantal .   Ia berbeza di   zaman Tun Mahathir berkuasa   kerana beliau menahan ramai pemimpin politik di bawah ISA  selama 2 tahun termasuk Ibrahim Ali sendiri . 

Sembang kemaih la pejuang tapi manja bila dok lokap !! 




Dalam perkembangan lain, beliau menempelak sikap ‘manja’ penganjur perhimpunan Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah yang banyak merungut selepas dipenjarakan dan sikap itu tidak menggambarkan beliau sebagai seorang pejuang.

“Mahu jadi pejuang kita kena tahan, dulu saya dua kali masuk penjara kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), paling lama saya ditahan dua tahun, ini baharu masuk penjara tiga hari sudah minta tilam, minta bantal. Lebih baik minta dimasukkan ke dalam hotel saja,” katanya

default

ALAHAI DR AFIF HANYA JAGUH KAMPUNG BIADAP KERAJAAN DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Berlaku kekecohan dalam sidang DUN Pulau Pinang semalam sehingga kesemua wakil-wakil daripada Barisan Nasional bertindak keluar dewan.

Kekecohan tersebut bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang , membentangkan resolusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi membidas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan penggunaannya terhadap Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Dr Afif , Adun Seberang Jaya kemudiannya bangun membahaskan usul tergempar tersebut dan pada ketika inilah berlakunya kekecohan apabila Adun Pinang Tunggal , YB Datuk Roslan Saidin bangun mencelah.

default

ADUN DAP PERSOAL GUAN ENG DITUDUH RASUAH MEMEGANG JAWATAN KETUA MENTERI

on Wednesday, November 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




A DAP assemblyman today questioned why the Penang government was allowing Lim Guan Eng to continue as chief minister of the state despite the latter facing corruption charges.
Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) said the right thing to do was to ask him to go on temporary leave pending the outcome of his trial.
He said this when debating the state’s 2017 Budget in the State Assembly.
Lim is facing corruption charges pertaining to purchase of a bungalow at below market price and a land deal.
Meanwhile, Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) when debating the budget lambasted the state Public Accounts Committee for not including recommendations made by the BN assemblymen in it and even from PKR, a partner in the DAP-led Penang government, on the undersea tunnel project to link the island with the mainland as well as three highway projects mooted for the state.
The PAC report on the controversial projects was tabled at the current sitting of the state assembly after having been postponed twice.
The assembly sits again tomorrow. — Bernama
-

default

GUAN ENG JANGAN MENIPU & SEMBUNYI STATUS PEMBANGUNAN PULAU JEREJAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, DS Zainal Abidin Osman mempersoalkan tindakan Guan Eng dan Kerajaan DAP yang mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status pembangunan Pulau Jerejak.

Zainal juga mendesak pihak kerajaan DAP negeri agar menjelaskan 5 persoalan utama didalam isu Pulau Jerejak, yang perlu difahami dan diketahui oleh rakyat negeri ini tanpa sebarang putarbelit.

Didalam kenyataannya, Zainal mahu pihak kerajaan DAP negeri menjelaskan sama ada pembangunan seluas 80 ekar yang telah diluluskan di Pulau itu akan disusuli dengan aktiviti penambakan laut.

Ini dikhuatiri projek penambakan laut dikawasan berkenaan akan memusnahkan alam sekitar serta merosakkan dan mencemarkan laut.

Beliau turut mempersoalkan bilakah status hutan simpan Pulau Jerejak yang di wartakan sejak dari tahun 2008 dahulu, hendak dilaksanakan oleh kerajaan DAP negeri?

Sepatutnya, kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan haruslah bebas dari sebarang pembangunan berhampiran yang boleh mengancam alam sekitar.

Selain itu, Zainal turut mahu Guan ENG menjelaskan mengenai syarikat Ideal Group yang dikatakan mempunyai banyak projek pembangunan hartanah dengan kerajaan DAP negeri. Apakah ini secara kebetulan atau sebaliknya?

Begitu juga dengan harga jualan equity PDC yang perlu dijelaskan sama ada, ianya dijual secara leasehold 99 tahun atau ianya dijual secara freehold kepada syarikat berkenaan.

Menurut Zainal lagi, kerajaan DAP juga dikatakan merancang membanggunkan perumahan mewah di Pulau berkenaan. Persoalannya, apakah ada perancangan bagi mewujudkan rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau terbabit?

Inilah persoalan yang masih kabur kepada rakyat negeri ini. Guan Eng wajar menjelaskan satu persatu jika mereka benar-benar telus dan juga tidak mempunyai agenda tertentu.

default

KENALI SIAPA MARIA CHIN BERSIH DITANGKAP BAWAH SOSMA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





MENGENALI SIAPA MARIA CHIN SEBENARNYA
Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)
Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.
Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.
Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.
Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).
Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR...
Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..

ResearchUCCmsia

default

SIAPA TAK SUKA DAP BUKAN KAWAN TUN MAHATHIR , IBRAHIM ALI JADI MANGSA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hala tuju politik yang mahu dibawa Tun Mahathir semakin haru biru, 

Beliau kini dilihat  pelindung utama untuk DAP , parti chauvinis dan rasis pernah dilabel beliau suatu ketika dulu.

Terbaru seorang sahabatnya Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kini dimalukan begitu teruk  gara-gara tidak mahu sertai PPBM ekoran berkerjasam dengan DAP . Ibarat kacang lupakan kulit , Tun Mahathir berkata malu berkawan dengan  Tok Him . 


Kini kita boleh simpulkan siapa TOUCH DAP , dia  adalah musuh Tun Mahathir !

Kini ..Matlamat menghalalkan cara.. habis kawan semua dibuang kerana mempunyai agenda bersama DAP . 





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau malu menyebut bahawa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali adalah kawannya.
“Saya malu, dia kawan saya tapi tak mahu masuk BERSATU pasal kita kawan dengan DAP," kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah "jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat.




Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.

Lihat video sikap munafik Presiden PPBM dengan DAP dahulu...




default

LEMBU PUNYA SUSU , GUAN ENG DAPAT NAMA

on Tuesday, November 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Terbaik wayang  actor Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng ..

Kalau bab  mencari publisiti murahan dia memang terer ...

Kalau sekolah agama pun dia pergi rasmi baru-baru ini di Penanti , tak heran la bila tengok dia senyum potong ribbon   merasmikan pembukaan semula jalan persekutuan di Teluk Bahang yang runtuh baru-baru ini.


Sebenarnya  Jalan tersebut telah siap dibaiki dengan menggunakan dana persekutuan dan tanpa perasaan malu, Guan Eng muncul untuk merasmikannya seolah-olah ia dibiayai oleh kerajaan negeri.




Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan P.Pinang DS Zainal Abidin Osman
meninjau keadaan jalan persekutuan yang rosak akibat tanah runtuh 
bersama Adun BN Teluk Bahang .


Peribasa  “Lembu punya susu, sapi dapat nama” memang sesuai untuk GUan Eng . 



Apa tujuan Guan Eng berlakon memotong ribbon dan juga berlagak merasmikan jalan tersebut dengan  siap buat live facebook   ? 

Semasa tanah itu runtuh dan jalan rosak , beliau menyalahkan kerajaan Pusat dan mendesak segera dibaiki dan bukannya tanggungjawab kerajaan negeri. 

Tetapi bila jalan sudah siap dia berlakon memotong ribbon depan rakyat bagi mendapat publisiti murahan. 


Difahamkan ramai penduduk di situ marah  pembangunan lereng bukit dan juga penerokaan tanah dikawasan semakin tidah terkawal  dan membahayakan bila berlaku hujan lebat. 

Sepatutnya kerajaan DAP perlu dipertanggungjawabkan kejadian tanah runtuh ini dan menyiasat  semula syarat kelulusan   yang membenarkan penerokaan tanah di lereng bukit di kawasan terbabit . 




default

RUMAH UNTUK RAKYAT MISKIN PULAU PINANG BERTUKAR JADI HOMESTAY

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Selepas mendedahkan sebuah pangsapuri kos rendah di Bukit Gambar di sini dibeli golongan berkemampuan, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mendakwa pangsapuri sama turut dijadikan ‘inap desa’ (homestay).

Menurut Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan, keada­an itu sudah berlanjutan sejak tahun lalu meskipun aduan sudah dibuat penghuni pangsapuri berkenaan yang kurang selesa dengan perkara tersebut.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan bagaimana rumah kos rendah tersebut yang sepatutnya ditawarkan kepada golongan miskin boleh dijadikan inap desa oleh pemiliknya yang sudah tentu merupakan golongan berkemampuan.

“Sebelum ini, pendedahan kita mengenai terdapat unit rumah kos rendah ini dibeli golongan kaya pun masih belum mendapat tindakan kerajaan negeri.

“Sekarang rumah ini turut dijadikan inap desa sekali gus me­nunjukkan pembelinya tidak berminat untuk tinggal di situ yang dikhususkan kepada orang miskin. Jadi apa penjelasan kerajaan negeri berhubung perkara ini?,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di luar bangunan Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) di sini hari ini selepas menyerahkan memorandum berkenaan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo yang diterima pegawainya, Fakhurrazi Ibnu Omar.



Sebelum ini, PCM mempertikai ketelusan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam memilih pembeli unit pangsapuri berkenaan yang dikhususkan kepada golongan miskin selepas didakwa turut dibeli golongan kaya.

Malah, PCM turut melahirkan rasa hairan selepas unit pangsapuri itu diiklankan untuk disewa serta dijual sedangkan mengikut syarat pemiliknya yang merupakan golongan miskin perlu mendiami rumah berkenaan.

Sementara itu, penghuni pangsapuri itu, K. L. Soh, 50, berkata, dia berasa terganggu selepas unit bersebelahan rumahnya di tingkat enam pangsapuri berkenaan dijadikan inap desa oleh pemiliknya.

Menurutnya, sebagai golongan orang kurang upaya (OKU), dia bimbang dengan keselamatannya serta keluarga selepas unit yang dijadikan inap desa tersebut di­sewakan kepada orang asing.

“Mereka yang menyewa inap desa itu pula bebas berbuat sesuka hati termasuk bising ketika tengah malam dan tidak mengurus sampah-sarap dengan baik sehingga menganggu jiran lain,” katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa jiran lain sudah membuat beberapa aduan kepada pihak pe­ngurusan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak tahun lalu, namun sehingga kini pemilik berkenaan masih bebas mengiklan unit itu untuk disewa menerusi internet.

default

WARGA EMAS MENGAMUK SAMAN PARKING,DIARAH JUMPA EXCO

on Monday, November 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hari ini seorang warga emas Cina  mengamuk dan menjerit di luar pagar bangunan DUN selepas dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Exco Kerajaan P.Pinang  Phee Boon Poh.

Tujuan beliau datang  sebab kecewa dan marah dengan pemerintahan kerajaan DAP yang tidak berhati perut dalam isu saman parking .

"Saya nak buat batu nisan untuk ibu mentua pun kena saman, kerajaan ini memang sangat tidak berhati perut.

"Saya bukan hendak membuat kacau di sini, saya cuma hendak membuat luahan perasaan ini kepada Exco Kebajikan,"

Beliau mendakwa sudah membayar saman tetapi ekoran sikap angkuh dan  bertanggungjawab penguatkuasa MBPP , dia  diarahkan pulak  untuk berjumpa dengan Exco terbabit.


"Saya ke pejabat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), ada seorang kakitangan MBPP mengarahkan saya ke sini untuk berjumpa Exco.

"Apabila sampai di sini, pengawal keselamatan tidak membenarkan masuk ke dalam DUN. Saya terpaksa menjerit dari luar untuk meluahkan perasaan saya," katanya yang datang dalam keadaan bertongkat.

Lihatlah sendiri   bagaimana penguatkuasa kerajaan DAP  memperlakukan sebegini  kepada seorang  warga emas yang hanya mahukan penjelasan tentang saman parking .

Birokrasi dan keangkuhan melampau !!







default

BERSIH 5 : Satu Lagi Siri Kegagalan Pembangkang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PERCAYAKAH kalian bahawa BERSIH 5 tiada kaitan dengan tuntutuan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil sepertimana dicanang mereka?

Mana tidaknya, apa kena mengena dengan laungan “undur Najib! undur Rosmah!” dengan pilihan raya?

Apa pula kena mengena membawa kanak-kanak yang masih belum layak mengundi di pilihan raya?

Maka dari pada awal lagi pun BERSIH 5 telah gagal membuktikan perjuangan mereka sebenar.

Pada hakikatnya, BERSIH 5 bertujuan untuk membalas dendam dan menunjukkan kemarahan politik sesetengah pemimpin pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika dahulu Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP menjadi tonggak utama hala tuju BERSIH, sekarang mereka telah dibantu pula oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bayangkan Pengerusi PPBM sendiri sanggup pulang dari Sudan dengan menaiki sebuah pesawat mewah hanya dikhaskan untuk dirinya sahaja semata-mata demi menyertai BERSIH 5 pada petang Sabtu di KLCC. Inilah gambaran betapa hitamnya hati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed itu terhadap anak didiknya sendiri, Najib.

Gerakan mahu menggulingkan anak didik sendiri ini sebenarnya telah dimulakan oleh Mahathir sendiri sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 lagi. Mahathir sudah mula sedar bahawa tiba masanya untuk dia bergerak menjatuhkan Najib segera. Maka, dia meminta agar Kerajaan Malaysia jangan boros dengan mengaitkan tahap kewangan negara yang kununnya telah defisit.

Seterusnya Mahathir bergerak ke Dewan Rakyat memasang strategi untuk menjatuhkan Najib melalui ahli Dewan Rakyat, semasa itu Mahathir masih belum berkawan rapat dengan pembangkang, maka terbukti ahli-ahli Dewan Rakyat dari kerajaan lebih mempercayai Najib berbanding Mahathir.

Setelah gagal menghasut ahli Dewan Rakyat, Mahathir terpaksa mencuba kaedah baharu dengan bergabung bersama pembangkang melalui ‘Deklarasi Rakyat’ yang dia sendiri katakan mempunyai 1.2 juta tanda tangan bersetuju Najib dilucutkan jawatan.

Akhirnya teknik membeli data rakyat Malaysia telah terbongkar dan ini sekali gus membusukkan nama Mahathir kerana telah menipu data berkenaan.

 Bukan sahaja Mahathir bertindak menipu rakyat, malah dia juga telah menipu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana senarai ‘Deklarasi Rakyat’ itu dipersembahkan kepada Istana Negara.

Dipendekkan cerita akhirnya Mahathir terpaksa melepaskan dendam kesumatnya itu melalui turun ke BERSIH 4 dan BERSIH 5 yang disertai oleh lebih dari 80 peratus bangsa Cina. Walaupun Mahathir berseronok berucap di hadapan mereka berbaju kuning pada sabtu lalu, namun dia tidak sedar bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH sudah mula pudar dengan amat ketara.

Semasa BERSIH 4 tahun lepas, dilaporkan oleh Malaysiakini bahawa seramai 500,000 orang telah hadir, namun pada BERSIH 5 kali ini pula dianggarkan maksimum seramai 20,000 orang sahaja hadir.

Adakah Mahathir tidak nampak bahawa rakyat sudah mula muak dengan dirinya yang pernah ‘hijack’ BERSIH 4 dan berulang kembali pada BERSIH 5 ini?

Atas faktor kegagalan ini difahamkan pada tahun hadapan, ada pihak akan sekali lagi menganjurkan BERSIH 6 di KLCC. Menurut sebuah sumber yang rapat dengan ‘orang besar’ BERSIH, siri keenam demonstrasi itu dijadulkan pada 28 hingga 29 Januari 2017 bermula 10 pagi hingga 10 pagi keesokan harinya.

Ia mengambil faktor 'tuah tahun Ayam' yang menjadi pegangan kaum Tiong Hwa.

Menurut kepercayaan ini, tahun Ayam adalah pekerja keras, tegas dalam mengambil keputusan dan mudah mengutarakan pemikiranya.

Oleh kerana ini, tahun ini lebih cenderung menjadi pemimpin. Ini menjadi faktor lebih baik kununnya untuk demonstran BERSIH menuntut perjuangan mereka.

Adakah Mahathir akan mempergunakan BERSIH 6 sekali lagi untuk mengheret mereka kepada perjuangan diri sendirinya?

Tidak mustahil ia akan berlaku lagi sepertimana yang telah dia lakukan pada BERSIH 4 dan 5 kali ini. Mungkin 'tuah tahun Ayam' kali ini akan digunakan sepenuhnya oleh Mahathir untuk menghasut rakyat, jika benar bagai dikata oleh sumber berkenaan.

Apa pun, Bersih 5 sudah gagal. Ianya sebahagian daripada siri kegagalan pembangkang ini. Sudah sudahlah. Tunggulah pilihanraya.


default

BERSIH 5 TAJAAN SOROS HAMBAR DOMINASI CINA BERTERUSAN

on Sunday, November 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Perhimpunan haram Bersih yang pada asalnya diadakan bagi menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil kini ternyata hanya menjadi platform kepada pakatan pembangkang untuk melunaskan agenda politik mereka.

 Berikutan itu perhimpunan ter­sebut yang diadakan di sini hari ini dianggap hambar dan ha­nya menjadi medan kepada ribuan kaum Cina yang dipercayai penyokong DAP menguasainya untuk membangkitkan isu-isu yang sama sekali tiada kaitan dengan pilihan raya.

 Penunjuk perasaan berkenaan yang mula berkumpul sejak pukul 8 pagi di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berhampiran Dataran Merdeka sebelum sebahagiannya bergerak ke KLCC melaungkan pelbagai slogan anti kerajaan termasuklah membawa sepanduk menghina pemimpin negara.

 Keengganan Pas untuk bersekongkol dan menyo­kong Bersih memungkinkan jumlah orang Me­layu yang menghadiri perhimpunan berkenaan terus merudum dan ia juga memberi tamparan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN – dua buah parti yang diharapkan oleh DAP dan PKR untuk menarik sokongan kaum tersebut menyokong pembangkang.

 Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja pulang dari menghadiri persidangan antarabangsa di Sudan turut menyertai perhimpunan dan menyampaikan ucapan di hadapan KLCC namun ia tetap tidak mampu menarik orang Melayu menghadiri­nya.

Begitu juga dengan kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Razak. Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pre­siden PAN, Mohamad Sabu; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin; bekas Pengerusi Bersih, S. Ambiga dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain.

 Berdasarkan pemerhatian wartawan Ming­guan Malaysia, isu-isu yang dibangkitkan le­bih berkisar kepada perkara yang dipejuangkan oleh pembangkang termasuklah 1MDB, pembalakan di Kelantan, tuntutan untuk rakyat Sabah dan Sarawak serta beberapa isu lain yang tiada kaitan dengan pilihan raya.

 Ia membuktikan Bersih yang Pengerusinya, Maria Chin Abdullah mengakui pernah menerima dana daripada organisasi dikuasai ahli perniagaan, George Soros bukan sahaja sudah menyimpang jauh daripada matlamat asal penubuhannya malah kini menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

 Justeru ia mewujudkan persoalan, apakah gerakan yang dilakukan melalui perhimpunan haram tersebut semata-mata berkaitan pilihan raya atau bermotifkan politik sehingga wujudnya pandangan adakah perhimpunan berkenaan satu gerakan bagi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan?

 Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya memastikan perhimpunan tersebut tidak mencetuskan kekacauan biarpun di beberapa lokasi berlaku provokasi antara penyokong baju kuning dan baju merah.

 Penangkapan beberapa individu termasuk darpada Gerakan Baju Merah ketika perhimpunan berlangsung kerana cuba mela­kukan provokasi telah membuk­tikan pasukan keselamatan ter­sebut menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

 Penyokong Bersih dan Baju Merah bersurai secara aman kira-kira pukul 5 petang dan sekaligus membolehkan pihak polis membuka hadangan ke Dataran Merdeka yang dipasang sejak semalam. - See more at:

default

PEJABAT KM KAUT PERUNTUKKAN TERBESAR BAJET DEDAH TEMBELANG HIPOKRIT PEMBANGKANG @dzainalabidin

on Friday, November 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini lah sikap HIPOKRASI  pembangkang di Malaysia diketuai  DAP .. 

bila Pejabat Ketua Menteri telah menambah peruntukan (RM707.61 juta) sebanyak 4 kali ganda berbanding pada 2016 (hanya RM161.59 juta)  ,  terus membisu dan buat bodoh pendokong2  anti pembaziran dan rasuah seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua . 

Tapi bila Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri , merekalah  meroyan  mempertikaikan peruntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri naik 2 kali ganda walhal dibawahnya ada 61 agensi !

Inilah wajah temberang parti PEMBANGKANG yang rakyat harus tahu .

Malah jawapan dan alasan mengapa bajet tambahan kepada Pejabat KM   oleh Ketua Menteri korup dituduh rasuah ini cukup mengelirukan , putar belit  dan menimbulkan keraguan . 


Tambahan Bajet Pejabat KM : Guan Eng Jangan Cuba Perbodohkan Rakyat





Mengelirukan dan penuh persoalan! Itulah yang disimpulkan oleh Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid terhadap alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng berkaitan isu peningkatan lima kali ganda peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berbanding hanya RM161.59 pada 2016.
Jelasnya, alasan yang diberikan oleh Guan Eng kononnya peningkatan mendadak tersebut adalah kerana RM609 juta akan dipinjamkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta pula akan dipinjamkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanyalah satu alasan mengelirukan dan seakan ada sesuatu yang disembunyikan.
“Soalnya sekarang mengapa ia dimasukkan di bawah peruntukan pejabat ketua menteri kerana sebelum ini ia di bawah peruntukan pembangunan.
“Satu lagi yang dipertikaikan, jika pinjam mesti kena bayar balik dan bagaimana cara untuk membayar itu… nanti pada penghujungnya jika ada lebihan wang dan Guan Eng akan cakap lebihan ini adalah kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri tapi sebenarnya dia hanya putar belitkan angka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Jahara, Guan Eng seakan mahu memperbodohkan rakyat dengan bermain angka dan ini sememangnya sudah menjadi cara Dap yang sering mengelirukan rakyat dengan ‘permainan angka’ seperti salah kira undi pemilihan CEC.
Seperkara lagi ulasnya, mampukah Guan Eng bersikap jujur dalam pengendalian bajet tersebut kerana ketelusannya sendiri sedang dipertikaikan apabila sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah. – MediaUMNO

Bajet Pejabat KM P.Pinang Naik Lima Kali Ganda. Kenaikaan Kadar Sukar Diterima Akal

PULAU PINANG, 16 Nov – Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan Bajet 2017  yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang tidak munasabah apabila terdapatnya peningkatan secara mendadak bagi peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

Menurut beliau, peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu merupakan jumlah tertinggi di dalam keseluruhan bajet tersebut dan ianya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan rakyat, kenapa pejabat Ketua Menteri memerlukan peruntukan sebegitu besar yang meningkat lima kali ganda daripada peruntukan bajet pada tahun 2016 yang lalu.

“Kita merasa sedikit pelik dan ajaib apabila melihatkan pejabat Ketua Menteri sendiri menerima bajet yang begitu besar sebanyak RM 707.61 juta, yang mana peruntukannya meningkat secara mendadak lima kali ganda berbanding tahun lalu.

“Bajet yang begitu besar yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri ini saya lihat tidak munasabah dan  dibimbangi ianya boleh menjurus kepada salah guna kuasa memandangkan kelulusan untuk bajet tersebut di atas kuasa ketua Menteri itu sendiri.

“Peruntukan tambahan kepada pejabat Ketua Menteri yang melonjak begitu tinggi sebanyak RM 546.02 juta berbanding RM161.59  lebih sebelum ini memperlihatkan seolah-olah wujudnya agenda atau perancangan tertentu oleh kerajaan negeri, atau Ketua Menteri itu sendiri yang tidak diperjelaskan kepada rakyat di dalam pembentangan bajet tersebut.

“Kenaikan peruntukan pejabat Ketua Menteri secara mendadak dan terlalu banyak itu juga merupakan satu  petunjuk kepada kelemahan pengurusan perancangan kewangan kerajaan negeri sehingga terpaksa membuat tambahan peruntukan yang terlalu tidak munasabah,”.

Tambah beliau lagi, pembangkang sebelum ini telah mempertikaikan sedikit kenaikan dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri di dalam Bajet 2017, namun kerajaan Dap Pulau Pinang sendiri telah memberikan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri melalui bajet 2017.

“Sikap pembangkang ini boleh kita umpamakan seperti pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka sebelum ini mempertikaikan sedikit kenaikan peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam bajet 2017 baru-baru ini, namun penambahan peruntukan yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri terlalu mendadak kenaikannya berbanding peruntukan tahun lalu.

“Penambahan peruntukan terhadap Pejabat Ketua Menteri yang naik mendadak berkali ganda itu dilihat tidak munasabah serta tidak berada pada kadar yang boleh diterima akal. Bahkan pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan negeri yang merupakan bajet defisit selama tujuh tahun berturut-turut itu turut menggambarkan kegagalan kerajaan Dap dalam mengurus tadbir ekonomi negeri dengan lebih baik,” tegasnya.

default

BANGLO MEWAH : NASIHAT PEDAS ADAM ADLI KEPADA DATUK ADAM ROSLY

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pesanan Adam Adli Kepada Adam Rosly.
Nama dah hampir sama tapi nasib jauh berbeza, seorang jutawan muda seorang dah jadi aktivis sosial yang tidak lagi aktif berpolitik.
--------------------------------------------------------------------------------
“Saya tidak ada sebarang perkara hendak kecam pada mana-mana individu, apa lagi perkara itu belum dibukti salah benarnya. Cuma suka saya berkongsi rasa dan pandangan, iaitu lazimnya, lihat balik kepada lipatan sejarah.
“Antara tanda awal bibit kejatuhan sebuah kerajaan hebat mahupun empayar besar itu adalah apabila rakyatnya sedang hidup dalam keadaan sukar, tetapi pemimpinnya pula dilihat makin mewah dan senang lenang.
“Ini telah diajar dalam sejarah moden kita sendiri. Baik di Perancis, di Iran, di Mesir, di Indonesia, di Filipina, di Rusia, di mana-mana negara sahaja di dunia ini,” tegas Adam Adli kepada portal pro kerajaan Pusat itu.
Beliau juga membangkitkan kisah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada 2008 apabila rakyat negeri itu menghukum parti pemerintah yang ‘terleka’ dan tidak menjaga kepentingan rakyat bawahan.



“Di Selangor dahulu pun, apabila rakyat melihat pemimpinnya mewah, tapi rakyatnya masih menunggu rumah kos rendah mereka tolak BN. Dan apabila jatuh pula, jangan diharapkan rakyat akan berasa simpati.


“Tiada satu pun pemimpin mewah dalam negara atau negeri yang masih lagi rakyatnya pula kena hidup susah, akan dikasihani kembali oleh rakyatnya setelah mereka itu jatuh. Malah selama-lamanya pula akan dihina.
“Maka sebab itu, saya fikir wajar untuk kita berhati-hati dalam menilai duduk letak diri jika mahu jadi pemimpin,” katanya sambil berpesan kepada Adam Rosly, supaya pemimpin muda itu berpada-pada mengumpul kekayaan.
Ini kerana sebagai pemimpin kecil dalam parti, tanggungjawab sebenar mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat marhaen yang teruk tertindas dan bukan pula hidup bermewah-mewah dengan segala macam aset mahal.
“Kita hormati hak individu masing-masing untuk kumpul kekayaan diri sendiri, untuk pilih gaya hidup masing-masing, cuma untuk bergelar pemimpin yang mewakili rakyat tertindas, maka kenalah berpada-pada juga.
“Penilaian kita biar waras. Ini saya kira pedoman yang baik untuk semua yang bergelar pemimpin. Terserah kepada pendirian masing-masing untuk menerima atau tidak,” luah Adam Adli lagi.

default

MENGAPA PERUNTUKKAN PEJABAT KETUA MENTERI BAJET 2017 NAIK HINGGA RM707 JUTA ??

on Thursday, November 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Wah .. peningkatan 4.4 kali ganda peruntukan bajet untuk Pejabat Ketua Menteri daripada RM161 juta kepada RM707 juta?
Mengapa Pejabat Ketua Menteri memerlukan lebih banyak peruntukan tahun depan? Sedangkan, adakah rakyat tahu tiada apa-apa agensi di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu?
Adakah Guan Eng mahu gunakannya untuk Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang dengan menguatkan jentera media sosial dan penerangannya ?
Malah  Pegawai Penerangan kontrak  berkerja di Pejabat KM semakin ramai dilantik antaranya  Mejar Zaidi . 

Selain itu, Perbelanjaan Mengurus untuk 2017 juga telah meningkat kepada RM1.35 bilion berbanding hanya RM280 juta pada tahun 2008, sebelum DAP mengambil alih. Meningkat 5 kali ganda lebih tinggi.
Sebelum DAP mengambil alih Pulau Pinang, mereka berkata Kerajaan BN Pulau Pinang membazir dan songlap. Sekarang ini dengan peningkatan 5 kali lebih tinggi bermakna 5 kali lebih membazir dan songlap?


RM707 juta bersamaan lebih daripada separuh daripada Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan kepada bajet Pejabat Ketua Mentei DAP Pulau Pinang 
Apakah bentuk perbelanjaan yang Guan Eng mahu lakukan terhadap wang rakyat Pulau Pinang itu? 

Dimanakah pula “pejuang-pejuang anti Rasuah” kununnya, seperti Rafizi Ramli yang bakal dipenjarakan dan Tony Pua yang pernah lari dari berdebat dengan Arul Kanda suatu ketika dahulu? Kenapa mereka ini tidak tampil mempersoalkannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.