..

..
Archive for October 2016

default

Mkini,KiniTV , BERSIH DAPAT DANA SOROS KONSPIRASI YAHUDI JATUHKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

on Monday, October 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebuah dokumen mengenai rancangan campurtangan asing terhadap  sistem demokrasi Malaysia didedahkan oleh laman web DC Leaks mendakwa Pengasas  Yayasan Quantum, George Soros berminat mencampuri urusan pilihan raya negara.
Menurut laporan The Malay Mail, dokumen dalam bentuk minit mesyuarat bertajuk  'Malaysia Programme — Portfolio Review Outcome Summary' merupakan usaha Open  Society Foundation (OSF) untuk mencampuri urusan politik negara.
Dokumen tersebut turut menyebut usaha OSF mencampuri urusan politik negara  bermula pada 2010 - beberapa ketika selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan  tugas sebagai Perdana Menteri.

default

BANJIR LAGI , P.PINANG TERUS TENGGELAM DI BAWAH UBAH DAP

on Sunday, October 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Banjir lagi di P.Pinang dan ia nampak tiada sebarang penyelesaian , berlaku pulak  di ketika kaum India merayakan Hari Deepavali.

Walaupun tiada pemindahan ke pusat bantuan mangsa banjir, ramai netizen rakyat P.Pinang marah dan mempersoalkan apa tindakan kerajaan Dap selama 8 tahun memerintah ?


default

NURUL IZZAH HIPOKRIT , KINI BERLAKON KONON PKR AMAL POLITIK NILAI & ETIKA

on Friday, October 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







default

PPBM SEMAKIN KELAUT , KHAIRUDDIN SENDIRI TINGGALKAN PARTI DENGAN ALASAN PALING SARKAS !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


default

KERAJAAN DAP TAK HORMATI PERAYAAN DEEPAVALI, DILAYAN SECOND CLASS CITIZEN DI PENANG - MIC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang didakwa mengabaikan sambutan Deepavali yang akan disambut penganut agama Hindu hujung minggu ini apabila tiada sebarang perhiasan diletakkan di kawasan pusat tumpuan perniagaan komuniti India di negeri masing-masing.

Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, J Dhinagaran berkata, suasana di Little India di Pulau Pinang dan Selangor kelihatan hambar dan suram tanpa sebarang daya tarikan, berbeza seperti mana yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Little India di Brickfield, di ibu negara.

“Namun malangnya, sambutan Deepavali nampaknya tidak diambil endah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy. Masyarakat beragama Hindu di negeri ini berasa diabaikan oleh kerajaan DAP sehingga perayaan kami sendiri tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

“Malah, bukan sahaja di Pulau Pinang, di Selangor juga kerajaan PKR dibawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali nampaknya gagal memberi penghormatan kepada masyarakat beragama Hindu dengan mengabaikan perayaan Deepavali di sana,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Dhinagaran berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak menghias kawasan di Lebuh Pasar yang merupakan kawasan Little India di Georgetown sedangkan ianya terletak di bawah tapak bersejarah Unesco.

“Lebih menyedihkan apabila kerajaan negeri lebih berminat untuk menganjurkan Penang Run di kawasan Esplanade berbanding membelanjakan sedikit wang untuk menghiasi Penang Little India bagi masyarakat beragama Hindu yang telah lama menetap di negeri ini. Mengapa perkara sebegini terjadi?

“Persoalanya sekarang, mengapakah masyarakat beragama Hindu di Pulau Pinang dilayan seperti ‘second class citizen’ di negeri kami sendiri? Adakah kerana kami (masyarakat beragama Hindu) adalah minoriti di negeri ini oleh itu DAP boleh melayan kami sebegini rupa sehingga perayaan kami juga tidak diendahkan oleh kerajaan negeri?” soalnya.

Beliau turut mengingatkan Ramasamy perlu ingat masyarakat India di Pulau Pinang kami juga mempunyai hak yang sama ke atas negeri itu seperti orang lain.

“Jangan hanya berselindung disebalik Ketua Menteri Lim Guan Eng dan bersikap penakut tanpa melakukan apa-apa. Masyarakat beragama Hindu tidak akan melupakan tindakan pengecut anda ini sehingga perayaan Deepavali di negeri kami sendiri disabotaj oleh kerajaan negeri,” katanya.

default

KOMTAR DIGEGARKAN , GUAN ENG KORUP DIDESAK BERCUTI , LETAK JAWATAN @RRafizal @azwanbro

on Thursday, October 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Petang kelmarin Komtar digegarkan ditawan anak muda P.Pinang  yang 1,000 peserta Himpunan Pemuda Bangkit Pulau Pinang 2.0 berkumpul di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), bagi menyerahkan memorandum mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletak jawatan susulan dakwaan dua kes rasuahnya. 

Ia diketuai  Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim, berarak dari Menara UMNO di Jalan Macalister. 

Pemuda UMNO  akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan.

"Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Guan Eng," katanya. 

default

DAP HINA PENJAWAT AWAM LAGI MEMBEBANKAN

on Wednesday, October 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Lihat pandangan pakar ekonomi DAP  Tony Pua tentang penjawat awam majoriti orang Melayu seramai 1.6 juta orang .

 Bayar gaji duduk rumah saja tak payah datang berkerja? Ingat penjawat awam lambakan macam pendatang haram ke? 

Bayangkan kalau DAP berjaya duduk di Putrajaya , antara yang awal akan dibuat mereka ialah membuang separuh  kakitangaan awam yang majoriti orang Melayu termasuk yang dok menjadi macai pembangkang . 


default

SURAT TERBUKA UNTUK TUN MAHATHIR

on Tuesday, October 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Oleh: Azman Hussin
KEHADAPAN Tun Dr Mahathir,
Pada tahun 2001, dalam menghadapi gelombang Reformasi, tuan berkata, “apakah untuk mendaulatkan pemerintahan mengikut undang-undang, maka mereka perlu bertindak menyalahi undang-undang dengan merusuh di jalan-jalan, menyekat perjalanan kereta, memaksa kedai-kedai ditutup dan mengganggu keamanan rakyat?”
Itu petikan ucapan tuan di Perhimpunan Agung Umno pada 21 Julai 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, yang telah dibukukan dengan tajuk Melayu Mudah Lupa (Pelanduk Publications, 2001).
Hari ini tuan pula yang bersekongkol dengan golongan yang tuan kecam ini untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, hanya kerana tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib, tuan Perdana Menteri, yang kononnya menyeleweng wang negara. Hari ini tuan menggalakkan perkara yang sama, iaitu melakukan tunjuk perasaan dan demonstrasi untuk menyuarakan bantahan.

default

VIDEO : HUSNI SERANG 1MDB IBARAT MELUDAH TERPALIT MUKA SENDIRI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Satu ketika dahulu, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah merupakan seorang Menteri Kewwangan yang sentiasa tenang dan sabar menjawab semua persoalan yang membabitkan 1MDB. Beliau boleh berbicara tentang hal ini secara langsung di mana-mana medium sekalipun samada di pentas ceramah atau dalam media massa.

Kelibat beliau cukup mudah untuk dilihat bersama-sama Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang saban hari hebat menangkis segala tohmahan pembangkang tentang 1MDB. Malah, menerusi percaturan perniagaannya bersama-sama Arul Kanda, beliau berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda 1MDB sehinggalah beliau memilih untuk meletakkan jawatan selaku Menteri Kewangan Kedua.

Semasa meletakkan jawatan, antara alasan yang diberikan adalah untuk mendalami ilmu agama. Beliau pernah berkata, beliau mahu mengasingkan diri dari dunia politik buat seketika demi mahu mencapai hasratnya mendekati agama dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

default

KELEMAHAN BAJET PAKATAN HARAPAN , TIADA INSENTIF BONUS KAKITANGAN KERAJAAN

on Friday, October 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



default

DAP JANGAN BERSANDIWARA MENIPU ORANG KONON MEMBANTU ORANG MELAYU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Zaidi Mohd Said mengingatkan pemimpin Dap agar tidak terus membuat kenyataan palsu terutama menyatakan pendirian parti mereka yang kononnya sentiasa membantu orang Melayu yang terpinggir dan menyokong kedudukan hak istimewa bumiputera.

 Jelasnya, jika renung kembali segala tindak tanduk Dap selama ini ternyata ia tidak sedikitpun menggambarkan bahawa mereka menyokong kedudukan hak istimewa bumiputera.

“Dap jangan buat-buat lupa sebelum ini mereka dan rakan sekutu begitu lantang bersuara menidakkan keistimewaan hak bumiputera kononnya untuk kesamarataan sedangkan ini adalah cara mereka untuk menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme.

 “Mereka juga mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu, bumiputera termasuk MARA, UiTM, biasiswa, hak dalam urusan agama Islam dan lain-lain. 

Sebab itu mereka mempertikaikan hak istimewa orang Melayu yang telah dimaktubkan Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153 yang memberi rizab kepada orang Melayu membabitkan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi termasuk hal berkaitan tanah rizab Melayu.

 “Adakah ini yang menggambarkan mereka itu menyokong hak bumiputera… agaknya mereka lupa apa yang pernah mereka katakan dulu tetapi jangan lupa, rakyat masih ingat,” ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Zaidi, di Pulau Pinang sendiri telah terbukti bagaimana kepimpinan Dap sebagai kerajaan negeri seakan mengenepikan pembelaan terhadap orang Melayu.

 “Perkampungan Melayu seperti Kampung Tanjong Tokong, Kampung Mutiara di Batu Feringghi dan Kampung Batu Uban menjadi mangsa kerakusan kerajaan Dap untuk memberi laluan kepada projek pembangunan mewah yang tidak mampu dimiliki golongan yang tidak berkemampuan.

 “Bukan itu sahaja malah satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu dirobohkan di Pulau Pinang. Apakah ini yang dikatakan membela nasib Melayu terpinggir?, soalnya. 

 Justeru tegas beliau, Dap tidak perlu terus bersandiwara dan mereka mesti ingat mereka boleh menipu semua orang pada sesuatu masa tetapi mereka tidak boleh menipu semua orang sepanjang masa . – MediaUMNO

default

BILA KIT SIANG CAKAP DAP BANTU MELAYU MUNDUR & TERPINGGIR ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Lim Kit Siang hari ini dinasihatkan agar belajar malu pada diri sendiri apabila bercakap tidak serupa bikin dengan menyatakan pendirian Dap yang sentiasa membantu orang Melayu yang terpinggir dan mundur, demikian selar Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Tegas beliau cukuplah melihat keadaan pentadbiran kerajaan Dap di Pulau Pinang di mana masyarakat Melayu miskin dan terpinggir bukan sahaja tidak dibantu malah dianiaya secara halus.

Bagaimana yang dikatakan membela nasib orang Melayu terpinggir sentiasa menjadi pendirian mereka sedangkan orang Melayu yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan diganggu… barang perniagaan dirampas, bazaar ramadhan juga diganggu…

“Ini belum lagi keperluan rakyat seperti rumah tidak dibina… kampung tempat tinggal asal juga mereka robohkan tanpa pampasan yang sepatutnya. Mana rumah kos rendah? Apa jadi dengan tanah wakaf?

“Adakah ini yang dikatakan membela nasib orang Melayu terpinggir?,” ujarnya

Tambah Rafizal, tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin yang rata-ratanya adalah dari orang Melayu malah di Balik Pulau di mana majoritinya penduduknya adalah orang Melayu dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas.

“Dek kerana tidak mampu untuk memiliki rumah, akhirnya ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain. Inilah agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang”, katanya.

Oleh itu tegas Rafizal, Kit Siang seharusnya malu pada diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan tidak serupa bikin itu.

default

JAKIM INSTITUSI AGAMA ISLAM JADI MANGSA FITNAH SPIN MELOYAKINI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





JAKIM, ANJING DAN BODOH.

" JAKIM ni bodoh. Nama tidak menggambarkan makanan tersebut tidak halal. Kami tidak perlukan JAKIM" 

Berikut merupakan komen yang disampaikan nitizen dikebanyakkan laman portal MalaysiaKini. 

Tidak kurang hebatnya ahli ahli politik daripada MCA, GERAKAN, PAS dan BN sendiri yang mempersendakan JAKIM itu sendiri.

Paling menghairankan, mufti juga mengeluarkan kenyataan berunsur 'ejekan' kepada JAKIM.

JAKIM bodoh dan tak berguna?

Tahukah anda, JAKIM merupakan badan terbaik dalam penilaian HALAL? JAKIM juga dirujuk oleh beberapa negara luar untuk mendapatkan pengesahan halal. Ketegasan JAKIM dalam soal halal dan haram ini mendapat pujian dari negara luar antaranya Arab Saudi.

Banyak aspek dan peringkat yang dilepasi bagi mendapat sijil Halal dari JAKIM. Dari proses bahan mentah, nama produk, pengilang, pekerja, kebersihan dan lain lain faktor lagi.

Dalam kes Auntie Anne's , JAKIM tidak pernah mengharamkan produk berkenaan. Terdapat beberapa faktor teknikal antaranya dokumen sokongan bahan mentah. Namun, Auntie Anne's telah membuat beberapa penambaikkan dan proses audit halal bagi central kitchen (dapur berpusat) sedang dijalankan.

Berkenaan dengan nama Pretzels Dog, bagi saya ia juga perlu ditukar kepada nama yang lebih baik. A&W tidak ada halangan menukar, kepada Auntie Anne's perlu berdepan masalah?

Rujuk dalam syarat pensijilan halal JAKIM, terdapat salah satu syarat yang berbunyi

" produk yang menggunakan nama atau nama sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, charsiew dan seumpama dengannya "

JAKIM sememangnya menitik beratkan soal makanan berkonsepkan Halalan Tayibban, bukan sekadar halal, malah Tayib.

Antara ciri ciri Tayib adalah bersih, baik dari aspek penyediaan, baik dari aspek bahan dan baik dari aspek nama (tidak mengelirukan dan jijik).

Nama melambangkan keperibadiaan. JAKIM mengambil pendekatan " SAD DHARAI " iaitu menutup pintu pintu yang boleh mengelirukan makanan orang Islam pada masa akan datang.

Pernah anda mendengar berkenaan dengan kedai makan bertanda "FREE ALCOHOL" dan "FREE PORK"? Lihat, berapa banyak Muslim makan disana. Benar, ianya tiada arak dan babi tetapi adakah proses pembuatannya dan penyediaannya diyakini? Jauhi perkara yang mendatangkan was was. Itu sebaiknya.

Kepada Non Muslim, tidak perlulah mengambil tahu hal berkenaan dengan Muslim dengan terlalu melampau dengan mengeluarkan kata kata sarkastik. Sama ada haram atau tidak, sang penguasa tidak menghalang anda dari memakannya!

p/s: Tahukah anda bahawa Perancis telah mengharamkan untuk menamakan anak dengan nama Nutella dan Strawberry? atas sebab apa?

Sumber:

Ustaz Izhar
Firdaus Wong Wai Hung
JAKIM







10 PERKARA PERLU FAHAM MENGENAI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM)
(Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI -DAWD)

1. Hanya JAKIM, MAIN yang boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jelas memperuntukkan hanya JAKIM, MAIN sebagai pihak berkuasa atau autoriti yang berwibawa untuk pengeluaran SPHM atau untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah HALAL mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif HALAL) 2011.

2. Pensijilan Halal Malaysia bersifat sukarela - bukan wajib atau paksaan.
Tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada JAKIM atau mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Ini juga bermakna JAKIM mahupun MAIN tidak sewenangnya mengharamkan atau membuat pengisytiharan TIDAK HALAL kepada mana-mana syarikat atau produk yang keluarkan.

3. Pemegang Sijil Halal Terikat dengan beberapa Standards Halal dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
Walaupun tidak wajib, mana-mana syarikat yang memilih untuk mendapatkan SPHM, maka mereka hendaklah memohon melalui prosedur yang telah ditetapkan sekaligus dengan sendirinya terikat dengan segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Analogi mudahnya ialah apabila hendak memasuki rumah orang, maka bukan sahaja perlu minta izin tetapi dengan sendirinya kena patuh dan terikat dengan peraturan tuan rumah tersebut.
4. Pensijilan Halal Malaysia bersifat komprehensif.
Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja mengambil kira aspek HALAL dari perspektif hukum syarak tetapi mesti TAYYIB. Aspek halal jelas, manakala TAYYIB mempunyai makna yang luas termasuk aspek kebersihan, baik dari aspek penyediaan, aspek bahan juga aspek nama. Dengan kata lain pematuhan HALAL dan TAYYIB mengambil kira semua faktor dan meliputi seluruh aspek rantaian pengeluaran (supply chain) sesuatu produk.
5. Nama produk atau makanan yang baik juga adalah termasuk dalam kategori Tayyib
JAKIM, MAIN turut memberi penekanan terhadap pemilihan nama produk atau makanan yang baik-baik dalam Standards halal berkaitan dan Manual Prosedur Pensijilan Halal yang dipersetujui oleh semua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia. Ini adalah bertujuan bagi menjaga kemaslahatan agama yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membawa konotasi menjijikkan dikalangan masyarakat Islam. Ini mengambil kira rungutan ramai pihak termasuk persatuan-persatuan pengguna kerana terdapat banyak produk makanan yang telah mengelirukan umat Islam seperti “Non Alcoholic Beer”, “NO PORK” dll. Atas prinsip fekah ‘Sadd Dzarai’, iaitu menutup segala pintu-pintu ke arah kemudaratan, maka penambahbaikan garis panduan halal dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM dan MAIN dalam menambahbaik garis panduan SPHM yang merangkumi aspek Halal dan Tayyiba.

6. Sijil Halal Malaysia dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa

Dunia hakikatnya menyanjung tinggi sijil halal Malaysia sehinggakan negara-negara maju yang terkenal dengan dasar yang amat ketat dalam hal pengimportan barang-barang makanan ke negara mereka seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, New Zealand, Australia dan banyak negara maju yang lain. Sehingga hari ini 33 buah negara telah memohon agar JAKIM mengiktiraf sijil-sijil halal yang dikeluarkan, 56 Badan Pensijilan Antarabangsa yang telahpun diiktiraf JAKIM.

7. 56 Badan Pensijilan HALAL dari 33 buah Negara Ikut Piawai HALAL JAKIM

Bagi negara-negara yang telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, mereka dikehendaki mengikut sepenuhnya piawai, garis panduan dan peraturan Halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

8. Pensijilan Halal JAKIM tidak rigid atau konservatif

JAKIM sentiasa bersedia melakukan perubahan, penambahbaikan dan mengambil kira aspek kelaziman masyarakat asalkan tidak menimbulkan fitnah atau kekeliruan. Contohnya jenama Hot Dog bagi sosej yang telah diguna pakai sekian lama, mahupun kuih-muih tradisi yang terkenal seperti Tahi Itik, Badak Berendam dll tidak sewenangnya diharamkan. JAKIM juga terbuka dalam berbicang dengan pengusaha yang memohon secara sukarela Sijil Halal Malaysia untuk melakukan pengubahsuaian terhadap nama-nama yang boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam.

9. AUDIT secara berterusan

Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak hanya terhenti di peringkat penyerahan dan pengeluaran Sijil Halal tetapi meliputi aspek pengauditan secara berterusan. Audit pemantauan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali terhadap syarikat yang memegang SPHM.

10. SIJIL HALAL boleh ditarik bila-bila masa


JAKIM mahupun MAIN tidak bertanggungjawab menentukan mana-mana syarikat ataupun makanan sebagai HARAM/TIDAK HALAL kecuali bagi syarikat-syarikat yang telah memperolehi SPHM. JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat SPHM. Jika didapati mereka melanggar mana-mana peraturan termasuk tidak lagi HALAL dan TAYYIB, maka sijil mereka boleh digantung dan seterusnya ditarik pada bila-bila masa

default

MENTERI JAWAB SUBSIDI MINYAK MASAK TIDAK DIMAHSUH #BAJET2017

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tindakan sabotaj oleh pembangkang termasuk spin oleh akhbar cina Oriental Daily menjelang perbentangan Bajet 2017 memang dijangka . Modus operandi menyerang dengan viralkan  berita palsu seperti kadar GST akan naik 8 % dan terbaru harga minyak masak . 

Ini bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN .  Walaubagaimanapun , kita tunggu perbentangan bajet petang esok dan akan ada berita baik dan inisiatif kerajaan kepada rakyat . 





KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan memansuhkan subsidi untuk minyak masak bermula bulan depan seperti yang didakwa beberapa media, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiada sebarang keputusan untuk memansuhkan subsidi minyak masak dan ketika ini, harganya masih kekal seperti biasa.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berusaha memastikan subsidi minyak masak tidak disalah guna oleh pihak tertentu.

"Subsidi dan harga minyak masak kekal seperti biasa, sebaliknya KPDNKK mahu pastikan subsidi yang diberikan kepada pengguna itu tidak disalah guna untuk tujuan eksport. Itu yang mahu dan sedang dikawal.

"Ketika ini, penggunaan minyak masak adalah sekitar 45,000 metrik tan sebulan, manakala kerajaan keluarkan subsidi hampir 85,000 metrik tan sebulan. "

Kerana itu, kerajaan mahu pastikan tiada ketirisan berlaku," katanya ketika ditemui di Parlimen, di sini, hari ini. Semalam, akhbar Oriental Daily melaporkan harga beberapa kategori minyak masak akan naik bermula bulan depan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

http://www.bharian.com.my/node/204220

default

MARIA CHIN BERSIH PERLU DIHERET DAKWA AKTA HASUTAN

on Thursday, October 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Desakan dan tekanan oleh rakyat semakin kuat menggesa Penganjur Bersih 5, Maria Chin wajar ditahan Polis  dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Ini kerana perhimpunan Bersih 5 mengheret rakyat berhimpun untuk membenci kerajaan sekali gus memperlihatkan banyak insiden perpecahan rakyat dan pencabulan keharmonian negara.

Hari ini  Ahli Parlimen BN Kuala Selangor , Datuk Irmohizam Ibrahim berkata  Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.

“Himpunan ini perlu dibersih­kan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.
“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,” 


default

MUFTI KL JAWAB , FAIZZNUR HANYA PEMEGANG AMANAH TIDAK BOLEH GUNA DUIT TUJUAN PERIBADI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan bapa saudara kepada anak Allahyarham pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang terbunuh dalam  kemalangan di Lebuhraya DUKE Mei tahun lalu, hanya pemegang amanah.
Menurut Dr Zulkifli, sepatutnya Muhammad Faizznur Asyraf Husain tidak boleh menggunakan wang sumbangan orang ramai kepada Nur Firuza Amira, 8 tahun dan Nur Firuza Aqila, 4 tahun bagi tujuan peribadi beliau.
zahidanak2
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi i antara melawat kedua-dua anak yatim
“Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya pemegang amanah (mutawalli) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (maslahah) dan sumbangan atau sedekah kepada kedua anak yatim berkenaan dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab.







default

JAMAL MERAH DITANGKAP , ORANG MELAYU BENCI DAP & BERSIH 5 MENINGKAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




1.  Hari ini penangkapan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos oleh POLIS di KLIA    satu nama yang cukup ditakuti BERSIH 5 didalangi Cina DAP menjadi topik utama berita di Malaysia  berbanding berita mengenai   Perdana Menteri sendiri  .  

2.  Penangkapan  oleh POLIS terhadap  Datuk  Jamal  hari ini merupakan permulaan  buat  HERO baru dikalangan  penyokong kerajaan dan juga silent voters orang Melayu . Biarpun di media sosial hari ini RBA begitu hebat menyerang dan mencaci Jamal di comment posting  facebookers Geng Merah , ia tidak sedikit pun mengugat semangat mereka melawan BERSIH 5. 


default

KERAJAAN NAFI TUDUHAN MEDIA SOSIAL NAIKKAN KADAR GST KE 8 %

on Wednesday, October 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada enam peratus sedia ada dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mematahkan cakap-cakap bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST sebanyak dua peratus.
"Tidak benar (kenaikan)," katanya selepas pembukaan Persidangan dan Pameran Biz Dunia Islam 2016 di sini hari ini.
GST dilaksanakan di Malaysia pada 1 April tahun lalu.
Beliau berkata, kadar semasa adalah yang terendah di ASEAN.


Mengenai kemungkinan menambah lebih banyak barangan dalam senarai berkadar sifar dan dikecualikan GST, Johari juga berkata, kerajaan tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai semasa walaupun mendapat permintaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

default

MAHATHIR & PPBM LULUS UJIAN , JUAL PRINSIP SETUJU SOKONG BERSIH 5

on Tuesday, October 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Akhirnya parti PPBM diketuai TS Muhyiddin dan Tun Mahathir telah lulus ujian pertama untuk dijadikan sekutu Pakatan diketuai DAP  bersama PAN dan PKR . 

Artikel  GPB sebelum ini http://sejarahmelayu.blogspot.my/2016/10/sertai-bersih-5-ujian-pertama-untuk.html   nampaknya kini menjadi kenyataan . 

Mahathir selaku Pengerusi PPBM di dalam satu program di Selangor  mengesahkan parti itu menyokong penuh BERSIH 5 manakala semalam kenyataan TS Muhyiddin terbaru  membidas Geng Merah iaitu rival kepada BERSIH 5 sebagai punca ketegangan kaum 

default

BILA KETUA MENTERI KORUP TUDUH MALAYSIA NEGARA PALING KORUP @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Inilah rasanya   tahap tertinggi  politik kebencian dimainkan DAP dan pembangkang.

 Walaupun diri sendiri  berdepan tuduhan rasuah banglo  , Guan Eng terus menuduh dan mengulangi propaganda Malaysia tersenarai negara paling korup di dunia.

Mungkin dia tidak sedaq bahawa dirinya juga adalah penyumbang kepada jumlah kes rasuah di Malaysia !!

default

KDNK : GUAN ENG JANGAN TEMBERANG & KELIRUKAN ORANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Lim Guan Eng cuba mengelirukan rakyat berhubung jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri ini ,kata Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata kenyataan Lim bahawa pakatan pembangkang berjaya meletakkan Pulau Pinang di kedudukan pertama daripada tercorot pada zaman pentadbiran BN dalam kadar pertumbuhan KDNK per kapita negeri pada tahun 2014 hingga 2015, adalah mengelirukan.

“Jangan kelirukan orang, jangan temberang. Satu kita kena faham apa itu KDNK ?per kapita dan definisi KDNK.

default

GUAN ENG KETUA MENTERI GAGAL URUS EKONOMI P.PINANG, PELABUR MULA LARI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di­saran mendapatkan nasihat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi membincangkan langkah terbaik untuk mengembalikan ekonomi negeri tersebut ke landasan yang betul.
Perkara itu berikutan Guan Eng didakwa gagal menguruskan ekonomi Pulau Pinang dengan lebih berkesan sehingga meletakkan Pulau Mutiara itu pada kedudukan paling bawah antara semua negeri berdasarkan pengi­raan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di Pulau Pinang pada 2007 ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan tahun lalu.
Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, walaupun KDNK per kapita Pulau Pinang pada tahun lalu menyumbang sebanyak RM44,847 berbanding RM31,039 pada 2007, kadar pertumbuhan bagi dua tahun itu hanya mencatat peningkatan sebanyak 44.5 peratus, iaitu paling rendah daripada semua negeri jika dibuat perbandingan.
“Meskipun, KDNK per kapita Kelantan pada tahun lalu menyumbang pendapatan paling rendah iaitu sebanyak RM12,075 berbanding RM6,943 pada 2007, namun kadar pertumbuhan ekonomi negeri itu dilaporkan 73.9 peratus, jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang yang ha­nya mencatat 44.5 peratus bagi tahun 2007 dan 2015.
“Ini adalah perkara serius dan beliau (Guan Eng) dilihat tidak melaksanakan tugas Ketua Menteri dengan baik, khusus­nya dalam bidang pengurusan ekonomi negeri itu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara PGRM, di sini hari ini.
Jelas Teck Meng, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga seorang pakar ekonomi, disaran memberi cadangan kepada Guan Eng berhubung perkara itu.
Dalam pada itu beliau berkata, statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menunjukkan prestasi pelaburan di Pulau Pinang semakin merosot sejak tahun 2010 sehingga sekarang.
“Kedudukan Pulau Pinang semakin jatuh dari tangga pertama pada tahun 2010 dan 2011 kepada tangga kelima pada tahun lalu. Pada masa sama, kami terkejut melihat kos pengurusan negeri naik mendadak berkali ganda daripada RM283.15 juta pada tahun 2008 hingga RM745.54 juta (2014).
“Justeru, saya menganggap Guan Eng merupakan Ketua Menteri yang berprestasi pa­ling rendah dalam pengurusan ekonomi negeri,” ujarnya.
Tambahnya, Guan Eng juga tidak patut menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kelemahannya dalam menguruskan ekonomi Pulau Pinang kerana peruntukan sebanyak RM1.4 bilion pada 2008 dan RM5.7 bilion pada tahun lalu telah disalurkan bagi membantu membangunkan negeri tersebut.
Selain itu beliau turut mendakwa, kerajaan negeri Pulau Pinang menjual tanah-tanah kerajaan negeri bagi membantu mengekalkan pendapatan negeri tersebut.
“Ini bukan satu model yang baik. Mereka tidak harus terus menjual tanah negeri atau hutan simpanan untuk tujuan komersial,” katanya mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendedahkan sekurang-kurangnya dua hutan simpan di Pulau Pinang telah diceroboh dan dikhuatiri boleh mengancam habitat semula jadi.

default

PENGUSAHA GUEST HOUSE PENANG DEMO BERANG TINDAKAN GUAN ENG & KERAJAAN DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Kelmarin di depan Hotel E & O , 30 orang pengusaha Guest House di Bandar Georgetown membantah tindakan penguatkuasaan Kerajaan DAP menerusi PBT iaitu Majlis Bandaraya P.Pinang ke atas pengusaha Guest House .

Kesan daripada ini boleh  menyebabkan bisnes mereka boleh gulong tikar jika terpaksa mematuhi semua   syarat dikenakan kerajaan DAP bagi mengusahakan Guest House.

Apabila dijanjikan bagi menyelesaikan masalah ini melalui dialog , ternyata ia hanya janji palsu . Sebaliknya diumumkan peraturan yang perlu dipatuhi dan boleh menyebabkan mereka terpaksa memberhentikan perniagaan guest house . 

Inilah UBAH  yang dijanjikan Guan Eng dan DAP kepada rakyat P.Pinang semasa PRU13 .  Bila mereka diberi KUASA , rakyat yang mahu  menyara keluarga  di negeri sendiri  ditindas .

Sebaliknya tauke-tauke syarikat hotel besar diutamakan dan rakyat marhaen mengusahakan rumah tumpangan @ guest house secara kecil kecilan   cuba dihapuskan perniagaan mereka dengan menggunakan cara  undang-undang penguatkuasaan . 





“We are paying for temporary permit, we are not conducting our business illegally, we just want to be fully licensed,” he said. 

Ong said guesthouses are not hotels and do not have much financial support.
With the little they have, guesthouse operators have rented, renovated and brought to life old pre-war houses, he added.

“Unfortunately, now the authorities want to impose the same regulations on us since there is only one set of rule for lodges.”

Ong said the state government used to dialogue with them and promised to meet them for a follow-up to resolve their issue. 

However, state officials have yet to fix any date for the coming meeting but announced regulations that would stop them from doing business.
“It is like passing a death sentence on us,” Ong said.

"We just want to earn a living, we are not gangsters. Is Guan Eng still a people-centric chief minister, or just a Star chief minister?” he asked.



default

NEGARA BANGKRAP : PEMBANGKANG GUNAKAN TAKTIK KEMPEN KEBENCIAN DAN FITNAH

on Monday, October 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa membidas sikap pembangkang yang lebih suka menyebarkan fitnah terhadap kerajaan untuk mewujudkan kebencian di kalangan rakyat dalam usaha mereka untuk memburuk-burukan pemerintahan kerajaan yang yang sedia ada hari ini.

Menurut beliau, pembangkang menggunakan taktik kempen kebencian dengan menabur fitnah terhadap usaha-usaha kerajaan serta kepimpinan negara.

 “Sebab itulah dalam Islam, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Hari ini pembangkang lebih gemar bercerita tentang isu-isu yang tidak benar untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Cerita pasal cincin Datin Rosmah, cerita pasal rambut Datin Rosmahlah, cerita pasa 2.6 bilion, cerita tentang negara mahu bankrap, GST dan bermacam-macam lagi. 

 Kita berceritalah macam mana sekalipun untuk menerangkan kebenaran ini, mereka akan putar kenyataan untuk terus membenarkan fitnah-fitnah yang mereka lemparkan itu kepada kepimpinan kerajaan.

 “Mereka cerita negara nak bangkrap sedangkan hakikatnya, biarpun kita kehilangan pendapatan negara sebanyak RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak dunia, namun kerajaan masih lagi mampu membayar BRIM, gaji guru kerajaan dinaikkan, petani, nelayan terus dibantu dan banyak lagi kerana negara kita mempunyai sistem percukaian yang lebih baik apabila GST dilaksanakan. 

“Perkara-perkara kebaikan seperti ini pembangkang tidak akan bercerita sebaliknya mereka lebih suka menghasut rakyat tentang keburukan GST berbanding bercerita kebaikan sistem cukai itu untuk rakyat dan negara berdasarkan situasi ekonomi dunia hari ini,” ujarnya dalam program Himpunan Jentera Penerangan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

 Tambah beliau lagi, sememangnya sikap pembangkang lebih gemar bercerita tentang keburukkan kerajaan berbanding banyak kebaikan yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat dan negara hari ini. “Apakah di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib hari ini tidak ada langsung kebaikan? Kenapa pembangkang tidak cerita, dalam satu laporan antarabangsa, indeks perkembangunan pembangunan perniagaan peruncitan global, negara Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berada di kedudukan nombor tiga dalam dunia daripada 200 buah negara.

 “Baru-baru ini pula, Bank Dunia membuat penarafan bahawa Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berada di tempat ke empat sebagai negara yang terbaik pentadbiran dan memberikan perlindungan kepada pelabur daripada 200 buah negara di dunia. Ini bukan laporan daripada Mat Sabu, ini bukan laporan daripada Harakah, tetapi ini adalah laporan bank dunia.

 “World Economy Forum baru-baru ini, membuat kajian antara negara-negara yang mempunyai daya saing, Malaysia diiktiraf sebagai negara ke 18 yang terbaik di dunia daripada segi daya saingnya. World Economy Forum juga membuat laporan berhubung pembangunan pasaran kewangan di seluruh dunia, di mana Malaysia berada di nombor sembilan daripada 200 buah negara di seluruh dunia,” tegasnya.

 Justeru itu, beliau menegaskan bahawa segala apa yang didakwa oleh pembangkang itu hanyalah semata-mata fitnah dan dakwaan mereka bahawa negara sudah mahu bankrap itu hanyalah semata-mata taktik propaganda pihak pembangkang untuk memburukkan pentadbiran kerajaan hari ini. 

“Setiap kali tiba bulan September, pembangkang akan uar-uarkan negara kita akan bangkrap. Namun hari ini adakah negara kita sudah bankrap. Adakah rakyat di negara ini terpaksa menjual tanah, rumah untuk membayar hutang-hutang negara? 

 “Tahukah kita bahawa Malaysia mempunyai rezab bank negara yang amat kukuh iaitu sebanyak RM 391 bilion, antara simpanan paling besar yang pernah dicapai oleh negara semenjak Datuk Seri Najib mengetuai pemerintahan negara. 

 “Kenapa pencapaian ini tidak mereka ceritakan? Begitu banyak kebaikan yang telah berlaku di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib, namun pembangkang menyembunyikannya sebaliknya lebih suka menggembar gemburkan fitnah untuk memburukkan negara dan juga pemimpin, dengan isu-isu remeh yang langsung tidak ada kebenarannya. 

 “Tidak lain tujuan mereka adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dan untuk memburukkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sedangkan apa yang mereka dakwa itu tidak lebih sekadar fitnah-fitnah yang amat jauh dari kebenaran dan hakikat pencapaian negara yang sebenarnya,” ujarnya.

 Sementara itu, Annuar juga turut melancarkan aplikasi jentera penerangan UMNO untuk telefon pintar, Malaysia4All yang boleh dimuat turun melalui laman web www.malaysia4all.com, khusus bagi ahli-ahli UMNO sebagai saluran untuk memudahkan ahli di peringkat akar umbi mendapatkan sebarang maklumat berhubung program kerajaan termasuk kenyataan balas untuk menyanggah dakwaan pembangkang –MediaUMNO


default

BEZA ANWAR IBRAHIM DENGAN MUHYIDDIN

on Sunday, October 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




1. Semasa DS Anwar Ibrahim dipecat pada September, 1998 ribuan malah jutaan rakyat jelata berkumpul di rumahnya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bukan satu hari, bukan satu minggu, bukan satu  bulan tetapi bertahun lamanya. Manakala, semasa TS Muhyiddin dilepaskan jawatannya, tidak sampai 100 orang berkumpul di rumahnya, itupun yang ramai hanya wartawan. 

2. Sebelum Anwar dipenjarakan pada tahun 1999, di setiap ceramahnya, lautan manusia berduyun-duyun, hujan dan panas. Mereka tidak ada ketakutan kepada pasukan keselamatan, begitu ghairah dan bersemangat mereka. Manakala, ketika Muhyiddin dilepaskan jawatannya, untuk mengumpul 1000 orang dalam satu majlis pun tidak terdaya. Nasib baiklah ada bantuan sikit daripada DAP, PAN dan PKR.

3. Semalam saya bertemu dengan seorang Johor, saya sangat terkejut apabila dia memberitahu saya Muhyiddin akan menghadapi masalah besar di Pagoh. Katanya, Muhyiddin bukan orang Pagoh sebaliknya Muhyiddin orang Muar. Kedua, Muhyiddin katanya tidak pernah menduduki jawatan Ketua Pemuda seperti DS Anwar, DS Hishammuddin dan YB Khairy Jamaluddin, maksudnya Muhyiddin tidak mempunyai pengikut hakiki sejak zaman Pemuda. Ketiga katanya, Muhyiddin tidak mempunyai penyokong yang besar. Keempat, amat mengejutkan apabila dia berkata kemunduran Pagoh sangat terserlah berbanding jiran-jiran parlimennya yang lain.

4. Semasa saya di Amerika Syarikat dua minggu lalu, seorang wartawan dari Kuala Lumpur berkata kepada saya. Muhyiddin bergaya 'lama' dan tidak mesra. Berbanding DS Zahid, katanya DS Zahid sangat mesra, menyapa dan mengingati/mengecam wartawan dan duduk sekali makan dan minum bersama wartawan.

5. Saya tidak berapa terkesan dengan cerita-cerita di atas, bolehlah menjadi lelucon, cuma saya ingin bertanya beberapa perkara.

Pertama, seorang bekas Timbalan Menteri yang menyeberang semula ke PKR berkata kononnya mereka akan melawan BN 1 vs 1. Isunya, parti mana yang hendak beri kerusi kepada Parti Pribumi? Kalau ada, sebanyak mana? Saya tidak percaya PAS akan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada Pribumi ! Parti PAS adalah parti yang beristiqamah tinggi, tidak mereka akan menjual satu kerusi pun kepada Pribumi.

Kedua, parti PAN hendak bertanding di mana? Boleh kah PAN menyaingi PAS?

Ketiga, mahukah DAP, PAN dan PKR berketuakan Muhyiddin? Saya tidak percaya DAP, PAN dan PKR akan melupuskan keberketuaan mereka kepada DS Anwar Ibrahim. Mereka juga istiqamah, Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan adalah DS Anwar Ibrahim, bukannya Muhyiddin mahupun Tun Dr. Mahathir.

Keempat, prinsip Tun Dr. Mahathir dan Parti Pribumi adalah untuk menjatuhkan DS Najib sahaja. Jika mereka berjaya menjatuhkan DS Najib, mereka mahu melantik orang dari parti Pribumi sebagai Perdana Menteri. Bukannya DS Anwar Ibrahim!

Dengan keadaan-keadaan yang cacamerba ini, saya bersetuju dengan Prof Datuk Dr. Mohd. Redzuan Othman (UNISEL) di sini, bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 nanti.

Sebabnya satu sahaja, parti-parti pembangkang semakin cacamerba sejak kemasukan Parti Pribumi. 

Selamat Berhari Minggu.
Selamat Membaca.
KLIA.

SUMBER : JENTAKUABAKA 

default

EZAM GADAI PRINSIP , DULU TUDUH PENGKHIANAT PEROSAK KINI SERTAI PARTI MAHATHIR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ezam "Kotak" atau Ezam " Katak" ..itulah gelaran untuk joker politik seperti beliau .

Dulu sertai UMNO pada tahun 2008  atas prinsip  iaitu untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Kini Ezam  membuat keputusan keluar daripada UMNO sertai PPBM  adalah demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

Menariknya PPBM merupakan parti Mahathir yang cukup ditentang kuat beliau semasa zaman era Reformasi selepas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat timbalan perdana menteri dan kemudiaannya berakhir disumbat dalam penjara oleh bekas perdana menteri itu.
Ezam ini umpama parasit, kita pun tahu dia lompat sana sini. Kalau masuk PPBM pun belum tentu pimpinan dan akar umbi dapat menerimanya . 

Beliau  hanya melompat dari satu parti ke parti lain selepas tidak mendapat apa-apa lagi faedah dan jawatan biarpun prinsip tergadai. 

Pemimpin seperti Ezam ternyata hanya mengejar habuan dan jawatan bukannya perjuangan. 

Lihat video Ezam politikus  jual maruah ini ... 








KEPALA BATAS 15 Okt. – Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Noor dianggap tidak memi­liki prinsip perjuangan apabila meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama pemim­pin yang pernah dikritik­nya suatu masa dahulu.
Malah, rakyat pastinya tidak dapat menerima tindakan bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan itu yang menyertai parti yang diasaskan oleh mereka yang terlibat dengan unsur kronisme dan nepotisme.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Moha­mad Ezam itu namun tertanya-tanya mana prinsip perjuangannya dalam politik.
“Mohamad Ezam masuk UMNO selepas krisis dalam PKR pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau lantang mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu keluar daripada UMNO.
“Tapi kini beliau boleh tinggalkan UMNO kononnya parti tersebut dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita selepas Program Merakyat­kan Perkeso sempena Karnival Hari Wanita Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Menurut Reezal Merican, rak­yat tidak pelik sekiranya Moha­mad­ Ezam keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baharu namun sukar menerima apabila be­liau sanggup bersekongkol de­ngan Dr. Mahathir.
Jelasnya, sebelum ini ramai bekas pemimpin PKR yang menyertai UMNO dan mereka terus istiqamah dalam perjuangan biarpun tidak diberi jawatan.
“Kita lihat Lokman Noor Adam dan Ruslan Kassim tetap bersama UMNO selepas meninggalkan PKR biarpun mereka tiada jawatan besar berbanding Mohamad Ezam yang ada segala-galanya.
“Saya cuma boleh ucapkan semoga semuanya ‘baik’ buat Mohamad Ezam kerana beliau tinggalkan prinsip hanya kerana politik,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.