..

..
Archive for September 2016

default

MEMALUKAN ! KENA TUDUH RASUAH TAPI MASIH PEGANG JAWATAN PENJAWAT AWAM ! @dzainalabidin

on Friday, September 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Hari ini dalam sejarah P.Pinang , seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah masih lagi tidak melepaskan jawatan tertinggi dalam penjawat awam negeri .

Itu bezanya taraf seorang  pemimpin politik pembangkang yang dituduh rasuah dengan penjawat awam lain yang dikenakan juga kes seumpama. Contohnya kes  terbaru Pengarah JKR Melaka dituduh rasuah dan ubah wang haram sudah  tidak lagi memegang jawatan samada bercuti atau digantung tugas. 


Tetapi bila pemimpin  pembangkang dituduh rasuah , mereka menggunakan alasan konspirasi dengan pelbagai putar belit untuk membohongi penyokongnya dan rakyat . HIPOKRIT !! 





Pagi tadi , berlaku sedikit kekecohan antara penyokong Guan Eng dengan NGO yang turut hadir melakukan flashmob mendesak Guan Eng meletak jawatan .

Tekanan seperti ini akan berterusan selagi Guan Eng tidak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri .



KES RASUAH  BANGLO DAN PROSIDING KOMITAL TERHADAP YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

“ Kenapa Ketua Menteri  Pulau Pinang masih belum melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah didawa dengan DUA pertuduhan salah laku rasuah (Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan) di Mahkamah pada 30 Jun 2016 lalu.

“ Tindakan Lim Guan Eng untuk tidak melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar ke atas pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan nanti bila bicara kes rasuah terhadap beliau dimulakan.

“ Selain pertuduhan rasuah ke atas dirinya, Lim Guan Eng turut berhadapan dengan tindakan dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggugat pentadbiran keadilan, sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah setelah permohonan Peguam Negara dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 September 2016.

“ Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian terhadap sistem Kehakiman dan Keadilan Negara adalah perlakuan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri atau seorang Ketua Eksekutif Negeri. Satu perlakuan atau tindakan yang mencemarkan jawatan yang disandangnya.

“ UMNO Pulau Pinang sekali lagi mendesak Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatan atau bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kes rasuah terhadapnya selesai dibicarakan oleh Mahkamah. Ini bagi memastikan agar integriti dan kehormatan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang  terjamin dan terpelihara dan tidak terpalit dengan rasuah.

" Seseorang Ketua Menteri yang beretika  dan bermaruah akan meletakkan jawatan atau bercuti dari jawatannya bila menghadapi pertuduhan rasuah atau jenayah di Mahkamah demi menjaga integriti jawatan yang disandang. Malah seseorang pegawai kerajaan atau penjawat awam perlu  bercuti bila menghadapi pertuduhan yang serupa.

" Ternyata Lim Guan Eng terlalu "sayang" untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipegangnya sekarang. Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri samada beliau adalah seorang yang gila jawatan dan gila kuasa atau tidak.

Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

default

TUN M MARAH NAJIB PASAL TAK BOLEH DIGULINGKAN , CUBA SABOTAJ PELABURAN RM1.5 BILLION @mpkotabelud

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




KEJAYAAN lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan.

Mungkin untuk menutup rasa malu itu, serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman.

2. Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak. Justeru, tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.

3. Sekali lagi, Dr Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras.

Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam.

Beliau marah kerana perancangannya gagal untuk mengguling Kerajaan yang dipilih secara demokratik supaya anaknya dapat menjadi Perdana Menteri.

4. Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ.

5. Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman - negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu. Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.
Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

default

PEMBANGKANG UTAMAKAN SERANG 1MDB DARIPADA SELESAIKAN MASALAH AIR SELANGOR

on Wednesday, September 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat dalam hal tersebut.
Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah membuktikan bahawa tuduhan ini tidak benar.
Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.
Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.
Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh. 


Sedangkan hari ini, rakyat negeri yang di perintah pembangkang Selangor, sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.
Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

Apa sahaja cubaan dibuat untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Hakikatnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan sumber air sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan rakyat.
Dalam kes di Selangor, semua aspek Pengurusan air negeri itu adalah berada dibawah tanggung jawab kerajaan negeri, nak menafikan macam mana lagi?
Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih sahaja telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
2 Menteri Besar berbeza tapi masalah masih sama.
Jika kerajan negeri pembangkang Selangor memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi masalah air lagi. Kerana sibuk masuk campur hal seperti 1MDB yang tidak nampak menyusahkan sesiapa , rakyat negeri itu kini terabai dari aspek bekalan air.
Dengan isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai, sedangkan isu bekalan air masih tidak nampak jalan penyelesaiannya ini, membuktikan pembangkang hanya berminat mempolitikkan isu, bukan menyelesaikan masalah rakyat. – Beruang biru

default

WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG TAK FASIH BAHASA MELAYU PATUT LAGI MALU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Nampaknya pembangkang dan penyokongnya   sudah ketandusan idea hinggakan sanggup  bermain politik murahan dengan menghentam mengapa TPM tidak menggunakan bahasa Malaysia ketika berucap di UNGA ekoran tidak petah berucap dalam Bahasa Inggeris . 
Walhal ucapan TPM DS Ahmad Zahid  intipati  yang banyak menyentuh kepentingan umat Islam sejagat,keamanan dan krisis kemanusian tidak dipandang. 
Inilah masalah orang Melayu , bila ada orang Melayu cuba bercakap Bahasa Inggeris diperlekehkan  bangsa sendiri . Itulah yang terjadi kepada pelajar2 dan graduan Melayu sekarang bila nak nak bercakap bahasa Inggeris  . 
Sekurang kurangnya TPM mempunyai keberanian berucap di  pentas antarabangsa tanpa memerlukan text ucapan.
Beliau hanyalah seorang anak Jawa dari  kampung Bagan Datoh  bukannya  produk berlatar belakang sekolah Inggeris seperti Penang Free School , MCKK, Kolej Tentera , Victoria Institution atau  yang mendapat pendidikan di sekolah elit berasrama .
Latar belakang keluarga beliau pun bukannya daripada golongan bangsawan pegawai kerajaan ataupun pemimpin UMNO tetapi hanya daripada kalangan   rakyat biasa. Ini bermakna beliau bukan dilahirkan dalam golongan silver spoon. 
Jadi , mahu atau tidak sebagai pemimpin negara, beliau perlu menghadapi ujian ini dan pentas UNGA merupakan platform antarabangsa yang besar buat dirinya . 
Sebagai rakyat , kita sepatutnya memberi kredit di atas usaha TPM  ini dan apa intipati ucapan  yang disampaikan mudah difahami . 
Beliau boleh saja menggunakan Bahasa Malaysia seperti ditegur Exco Kerajaan Selangor Iskandar Abd Samad tetapi masih memilih Bahasa Inggeris yang lebih  sukar . 
Alahai Naib Presiden PAS , jangan jadi pemimpin hipokrit .  Anda menyuruh TPM bercakap Bahasa Melayu tetapi anda komen di FB  " for benefit of facebook friends all over the world" 
Sebenarnya  soal pelat @ loghat  tak menjadi masalah .. kita tengok Ban Kim Moon atau PM India  .. ada kita dengar bangsa Korea dan India  persoalkan loghat Inggeris mereka?

Kepada YB Iskandar dan rakannya terutama  dari DAP yang sedang ketawakan TPM , mereka sepatutnya cermin diri dulu adakah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan baik .
Ini kerana ada wakil rakyat DAP sendiri yang berbahasa Malaysia ketika berucap di Parlimen pun kelaut  dan itu sepatutnya yang patut dimalukan !!



Tahniah TPM DS Zahid Hamidi dan pedulikan kritikan dan sindiran oleh puak sebelah sana seolah-olah mereka pakar dan petah berucap dalam Bahasa Inggeris. 



default

MAHATHIR NAK MUHYIDDIN VS DAP NAK ANWAR JADI PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



GILA KUASA ...itulah antara lirik dalam lagu OPERA HIDUP oleh kumpulan Wings yang ditujukan tepat kepada Mahathir dan pakatan pembangkang .

Wahyu dari London telah turun daripada Pengerusi PPBM  untuk  meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi PRU14 .

Hebat betul Pengerusi PPBM lebih besar daripada Presiden parti . Ini juga  bermakna Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan dan akan merujuk terlebih dahulu keputusan Pengerusi . Muhyiddin hanya  jadi tunggul dan boneka PM  saja untuk Mahathir 

Seorang yang tidak menjadi wakil rakyat melalui sistem pilihanraya tetapi boleh menentukan keputusan dibuat seorang Perdana Menteri.  Itu yang cuba dilakukan Mahathir terhadap Najib tetapi beliau tersalah  langkah dan gagal  .

Manakalah Pakatan Harapan diketuai DAP pulak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri bukannya Muhyiddin pilihan Mahathir . Anwar Ibrahim juga akan mengikut telunjuk  DAP kerana parti iut   lebih dominan serta memiliki kerusi Parlimen paling banyak  dalam Pakatan pembangkang .

Malah kajian palsu IDE bahawa kononnya rakyat Selangor mahu Anwar jadi PM hanya sebagai propaganda persepsi untuk menguatkan lagi kononnya dia calon pilihan .

Negara boleh jadi cacar marba jika Pakatan pembangkang menawan Putrajaya . Siapa nak jadi PM pun masih lagi bergaduh . Rakyat boleh menilai masa depan negara seperti ini yang dimahukan .

default

PEMIMPIN UMNO JANGAN CEPAT MELATAH CYWAR HAPRAK KAJIAN INSTITUT KERAJAAN PKR @Zahid_Hamidi @HishamuddinH20

on Tuesday, September 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari  ini Institut Darul Ehsan (IDE) milik kerajaan PKR  Selangor mengemukakan hasil kajian persepsi pengundi di Selangor berhubung kononnya  siapakah tokoh dalam Umno yang popular menjadi pengganti Najib Razak.



Empat tokoh diletakkan IDE untuk ditinjau dari kalangan 1,761 respondan. Mereka ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Mustapa Mohamed dan Annuar Musa.

Kajian itu mendapati Hishamuddin paling popular dengan mendapat 32 peratus undi didikuti oleh Zahid mendapat 31 peratus undi. Bezanya hanya satu undi sahaja. 




Agak pelik kenapa IDE milik kerajaan PKR Selangor secara tiba-tiba mengemukakan kajian siapa PM untuk menggantikan Najib  dipilih rakyat Selangor .  

GPB tertanya-tanya Prof kangkung  IDE ini apakah waktu dan ketika ini   Najib sudah nak letak jawatan  akibat serangan Mahathir & pakatan pembangkang      ?? 


 fahami dulu NO RETREAT NO SURRENDER  


Mengapa Selangor ?? Adakah rakyat  Selangor sahaja berhak menentukan siapa PM ? 

Sebenarnya GPB  melihat   kajian ini adalah usaha terdesak PKR menggunakan IDE  sebagai alat untuk melakukan propaganda untuk memecahbelahkan perpaduan   kepimpinan tertinggi  UMNO iaitu 2 orang Panglima setia Najib iaitu DS Zahid & DS Hishamuddin . 

Kita semua tahu semasa 2015 , Najib diserang bertubi-tubi dari dalam UMNO dan di luar parti  . Siapa yang mempertahankan beliau ??

2 orang Naib Presiden inilah iaitu DS  Zahid Hamid & DS Hishamuddin yang turun ke semua negeri menerangkan kepada akar umbi tentang isu 1MDB ,  mempertahankan institusi Presiden dan parti . 

Jadi , taktik jahat untuk memecahbelahkan hubungan mereka ini perlu dilakukan  dan inilah kerja mereka melalui kajian haprak  prof kangkung yang entah betul atau tidak  ! 


Mengapa IDE tidak melakukan kajian persepsi  siapa MB pilihan rakyat Selangor ??  Adakah  Azmin lebih popular atau individu lain seperti TS Khalid ? 



Selain itu , timing  kajian IDE dibentangkan juga bagi menutup kelemahan kepimpinan  dalam Pakatan pembangkang yang kini sedang bergelur untuk  merebut kuasa siapa bakal menjadi PM jika menang PRU14. 

Hari ini Penasihat parti PRIBUMI  ,  Mahathir sudah meletakkan nama  bonekanya Muhyiddin sebagai calon PM  manakala  Pakatan Harapan tetap memilih Anwar sebagai PM . 

Mengapa IDE tidak membuat kajian siapa PM dari  pembangkang  ?? 

 Sekurang-kurangnya BN sudah ada calon PM iaitu Najib tapi pembangkang masih lagi bertelagah siapa lebih layak !!








default

HUSAM , CHANG BUTA FAHAMI PROSEDUR MAHKAMAH AS AKHIRNYA MAKAN DIRI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


hanya cubaan meraih populariti politik tanpa memahami prosedur mahkamah di Amerika Syarikat membuatkan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad,  peguam Matthias Chang bersama bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terpaksa menggugurkan tuntutan saman sivil yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap penerbit filem The Wolf of Wall Streetu, Red Granite.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan kedua-dua individu tersebut juga dilihat sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak menghormati institusi kehakiman.
"Di dalam kenyataannya bertarikh 24 September 2016, beliau (Husam) menyatakan bahawa penarikan balik saman itu dibuat bertujuan untuk menyesuaikan saman tersebut ekoran beberapa perkembangan-perkembangan terkini, adalah tidak dapat diterima. Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk membuat penambahan fakta, ianya boleh dilakukan tanpa menggugurkan tindakan menerusi prosedur permohonan tambahan.
"Mereka bukan sahaja cuba untuk memalukan Malaysia, malah tindakan mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan keperluan asas bagi pemfailan 'Class Action'.
Tindakan mereka juga dilakukan atas tujuan politik dan mereka terburu-buru di dalam perkara ini semata-mata untuk mendapat publisiti dengan menyalahgunakan mahkamah," katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Jelas Azalina, keputusan Husam dan Chang menggugurkan 'Class Action' terhadap syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan individu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak bermerit dan tidak berasas.
"Tiada mana-mana individu, termasuk di Malaysia atau mana-mana di dunia, boleh menyalahgunakan proses mahkamah. Tiada pihak sepatutnya menimbulkan isu yang tidak berasas atau mempertahankan sesuatu tindakan yang tidak mempunyai justifikasi perundangan.
"Sekiranya seseorang individu itu sedar bahawa sesuatu tuntutan itu tidak bermerit, tetapi masih meneruskan tuntutan tersebut dengan tujuan yang hanya diketahui oleh individu itu sendiri, maka ianya adalah suatu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak menghormati institusi kehakiman," tegas Azalina yang juga arif tentang undang-undang.
Secara umumnya, permulaan 'Class Action' akan ditentukan berdasarkan kepada empat pra-syarat yang ketat menurut Peraturan 23(a) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat (FRCP-USA).
Walau bagaimanapun, Peraturan 11 FRCP menyatakan setiap tindakan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan hendaklah bermerit dan bukan bagi tujuan yang tidak sewajarnya.
Pengenaan syarat tersebut adalah juga untuk mengelakkan tindakan melambatkan sesuatu kes secara sengaja atau taktik penyalahgunaan oleh mana-mana peguam serta bagi menyelaraskan proses litigasi dengan mengurangkan tindakan yang tidak bermerit dibawa ke mahkamah.
Oleh yang demikian, litigan mempunyai tugas untuk memastikan bahawa tindakan yang akan diambil dalam lingkungan Peraturan 23 dan Peraturan FRCP.
Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas Wall Street Journal (WSJ) dan media Barat lain kerana tidak melaporkan tentang penolakan saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

"Saman oleh konco-konco Tun (Dr) Mahathir itu menjadi berita dan mencetuskan kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos (2016). Tetapi, anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa semalam, saman itu ditolak," katanya dalam kenyataan hari Sabtu.

Saman itu diketepikan pada tengah hari Jumaat, tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya.
Menurut Salleh, saman itu sebahagian daripada rancangan Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Dan semua ini adalah atas sebab politik peribadi, semata-mata untuk memberi manfaat kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal," katanya. -26/9/2016

default

BARU SEBULAN PARTI PRIBUMI DAH CACAR MARBA & PEREBUTAN KUASA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments








Semalam saya sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan kami, berikut yang saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.

Belum sebulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.

Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang dijanjikan.


Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali, Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM.

Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya.

Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.

Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY. Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak berasingan.

Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak.

Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah.

Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan membawa diri ke London untuk beberapa ketika. Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal, terbaru (semalam) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara menunggu PRU 14.

Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dan kepada UMNO mereka akan kembali.

Sekian
Jazakallahukhairan Kathira
Md Kamal Haji Salleh.
Batang Kali
Selangor

default

MAHATHIR SERANG 1MDB KERANA INDUSTRI TENAGA TAK LAGI DIKUASAI KRONINYA - RAJA PETRA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin mendakwa, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurut beliau, Dr. Mahathir sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalannya terhadap industri tenaga berakhir.

“Jadi, beliau melakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion. 

“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini. 




Raja Petra berkata, Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

Beliau memberitahu, Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Apabila Najib men­jadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir,” jelasnya.

 Menurut Raja Petra, meman­dangkan Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.-

SUMBER  :  UTUSAN -

default

GUGUR KES 1MDB & TARIK BALIK SAMAN ANINA TUNJUKKAN KEGAGALAN MANIPULASI MAHATHIR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Kebenaran akhirnya telah  muncul  , itulah keyakinan PM tahun lalu yang pernah disebut beliau selepas berdepan teruk serangan fitnah untuk menjatuhkannya daripada kumpulan anti Najib diketuai mamak  Mahathir .




DOJ ternyata  yang hebat tu pun kena kencing  oleh geng2 Enam Jahanam Mahathir ..100 tahun dlm sejarah kehakiman AS tak pernah berlaku.

Apa pelik kenapa media barat  tidak melaporkan tentang penolakan saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). klik di sini 

Ternyata saman oleh konco-konco  Mahathir yang  menjadi berita dan mencetuskan kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan bulan Ogos , tetapi bila ditolak  WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan !!






Makcik Langkawi Anina yang konon sangat hebat dan garang macam singa  menjadi  srikandi penentang utama DS Najib apabila skandal 1MDB mula direkayasa oleh kroni2 bekas PM, tetapi  hari ni menarik balik saman. Tapi kenapa ditarik balik? Sudah tiada kes ka? Atau tuduhan mereka selama ini adalah fitnah semata-mata

Ternyata kini kita baru  tahu maksud disebalik  laungan No Retreat No Surrender di PAU 2015  oleh Presiden UMNO .  


Mahathir ternyata tersalah langkah walaupun pelbagai cara digunakan dalam mensabotaj 1MDB dan ekonomi Malaysia .

Manipulasi mereka kini memakan diri !!







Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan “No Retreat, No Surrender” pada Perhimpunan Agung UMNO  lalu, ramai yang tidak mengetahui bahawa laungan itu bukan ditujukan kepada marhaen, tetapi ia untuk tiga individu yang berada di dalam dewan PWTC pada masa itu.

Sebenarnya pergeseran antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Najib adalah permainan tinggi rebutan kuasa yang mempunyai kisah di belakangnya.

Namun disebabkan Mahathir mengetahui dirinya amat popular, maka beliau membawa pergeseran antara mereka berdua kepada persada rakyat.

Beliau mengetahui rakyat boleh dimanipulasikan dengan emosi dan jahil akan kisah sebenar, maka lebih mudah dipersembahkan isu yang mereka kurang arif untuk ditelan.

Itulah sebabnya ketika Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim dan DAP serta pembangkang yang lain menyerang Presiden dan parti UMNO, Mahathir sedikit pun tidak mahu mempertahankan UMNO dan Presidennya. Ini kerana serangan dan hentaman dari mereka ini amat diperlukan oleh Mahathir.

Disebabkan Mahathir juga sudah merencanakan untuk menyerang Najib dan UMNO, maka apabila beliau melakukan serangan itu, ia umpama menambah garam dan perasa sahaja, kerana sebahagian besar kerja groundwork menghentam UMNO telah dilakukan oleh musuh UMNO lebih awal lagi.

Mahathir tetap akan menyerang Najib kerana tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri melebihi satu penggal kerana ia bakal mengganggu rencana yang sudah dilakarkan beliau seawal tahun 1991 lagi.

Itulah sebabnya juga Mahathir tidak menyerang melulu seawal 2012 kerana beliau tidak mahu kelihatan gelojoh dan beragenda. Beliau membida pada masa yang sesuai dan apabila terlihat ada isu, barulah Mahathir menyerang.

Berbalik kepada topik kita, Najib ada prinsip, Mahathir cuma ada matlamat. Kami tidak silap dalam hal ini kerana Mahathir bukan sahaja tidak berprinsip malah beliau juga tiada kesetiaan.

Mahathir cuma ada matlamat dan itu sahaja yang dipegangnya. Sama ada untuk mencapai matlamat itu halal atau haram, betul atau salah, itu belakang kira.

Mahathir boleh duduk di dalam parti UMNO selama berpuluh tahun dengan mengambil nikmat dan kekayaan, tetapi beliau boleh meninggalkannya apabila kemahuannya tidak dapat dilayan. Bukan sekali bahkan dua kali keluar UMNO. Kesetiaan jenis apakah itu?

Selain itu, Mahathir juga boleh mendidik ahli UMNO sekian lama untuk membenci musuh-musuhnya dengan pelbagai cerita tetapi sebaik sahaja beliau merasakan keperluan untuk membenci, beliau sanggup menelan kahak dan menerima musuhnya tanpa ada rasa bersalah langsung.

Ternyata sekali Mahathir tidak  berpendirian.

Mahathir boleh sujud kepada DAP dan sembah kepada Anwar. Mereka ini adalah pihak yang ditolak dan dicaci olehnya dahulu kala. Mahathir menelan kahaknya sendiri sambil penyokongnya mengejek dedak.

Mereka jahil antara dedak dan kahak, kahak lebih jijik sejuta kali. Dedak itu akhirnya dimakan juga oleh manusia dengan memakan ayam yang memakan dedak.

Sementara itu, ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu, ketika Najib melaungkan ‘No Retreat No Surrender” banyak cerita dibelakang tabir yang menyebabkan ia dilaungkan di depan Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Yang satu tidak habis-habis dengan kisah legasi dan pewarisan kuasa dan harta, yang satu lagi ketagih hendak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia tidak membolehkan dia menunggu lebih satu penggal dan lagi satu pula kawan baik yang tidak nampak bagaimana beliau boleh pertahan jawatan sedia ada serta mahu ditukar ke negeri asal dengan jawatan nombor satu, tetapi tidak dilayan. Maka jadi rebellious kelihatan lebih mulia dari tewas.

Tanyalah diri kita sendiri apakah tindakan harus dibuat jika kita berada di dalam kasut Presiden? Melayani kesemua kehendak? Kepada Mahathir, berhentilah berbohong kepada rakyat dengan menggunakan isu ciptaan sendiri. Jika ia terbukti benar, sudah tentu anda sudah membawanya ke mahkamah.

Musuh semalam boleh jadi kawan untuk hari ini dan kawan semalam boleh jadi musuh esok, hanya kerana “matlamat”. Mahathir hanya setia dan sayang pada keluarga dan anak beranak sahaja. Itu tetap.

Mahathir boleh mencampak Muhyiddin ketepi esok jika beliau mahu, sama seperti yang dilakukan kepada kepada tiga Tan Sri yang enggan melayaninya lagi. Kesemua mereka hanya menjadi alat belaka.

Kepada ahli UMNO,  berpegang erat kepada Presiden yang mempertahankan parti. UMNO untuk semua ahli dan rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir dan kroninya yang bukan pun ahli UMNO.

Lihatlah kepada Mukhriz dan Muhyiddin, mereka bercakap seolah olah mereka sudah ada bersama pembangkang sejak 100 tahun lalu. Mereka lupa hanya beberapa bulan yang lalu mereka ada di dalam kerajaan yang mereka kutuk hari ini.

Mereka menghina kerajaan yang ayah dan idola mereka sendiri pimpin sejaksekian lama. Jika perkara semudah ini pun mereka boleh lupa, apa harapan kepada rakyat Malaysia jika mahu bergantung kepada mereka?

Malaysia akan lebih selamat jika rakyat berhenti mendengar berita kebencian yang palsu yang dibawa mereka.


Beruang Biru
BB60, Isnin
26 September 2016

default

TUGAS BERAT KHAIRY JAMALUDDIN & PEMUDA UMNO PASTIKAN SOKONGAN BELIA DENGAN BN

on Monday, September 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai tanggungjawab dan tugas besar bagi memastikan soko­ngan belia tidak bera­lih arah sekali gus me­nyer­tai parti baharu yang ditubuhkan bekas pemimpin UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, parti baharu yang ditubuhkan bertujuan menentang Barisan Nasional (BN) dianggap serius dan memerlukan Pemuda untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan BN terus menjadi pilihan.

“Pemuda memandang serius dan tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu ini. Saya berpesan kepada semua pemim­pin Pemuda bahawa kita mempunyai tugas besar untuk memastikan sokongan sedia ada tidak beralih kepada parti baharu.

 “Saya sering ingat­kan pada setiap per­temuan dengan pe­mim­pin Pemuda ba­hawa mereka kini menggalas tanggungjawab untuk memastikan UMNO dan BN kekal menjadi pilihan belia termasuk di Sabah,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan. Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas majlis penyerahan replika cek peruntukan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 pe­ringkat Sabah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan peruntukan kira-kira RM2.7 juta kepada 2,985 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) bagi menjayakan HSN 2016.

Khamis lalu, bekas Naib Presi­den UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada di Sabah yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, Khairy turut berharap, generasi muda terutama di Sabah terus rasional melihat kepada kestabilan politik yang dibawa oleh BN terutama ketika UMNO berada di negeri ini. -

default

KALAU MALAYSIA NAK BANGKRAP , MOTOROLA TAK BODOH PINDAH OPERASI KE SINI @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Pembangkang dan geng Tun Mahathir sering menyebarkan berita palsu kononnya ekonomi Malaysia sudah nak bangkrap di bawah kerajaan BN tahun ini di media sosial . Ia bagi memburukkan kemampuan kepimpinan negara di mata rakyat dan membangkitkan perasaan resah dan kebencian ./

Semalam terpampang di akhbar MOTOROLA sebuah kilang multinational dari AS telah membuat pengumuman akan memindahkan operasinya di 2 buah negara ke MALAYSIA  ! 

Ini sekaligus membuktikan selama ini tuduhan fitnah pembangkang adalah TIDAK BENAR bahawa ekonomi  Malaysia bakal bangkrap .

APAKAH MOTOROLA SYARIKAT YANG  BODOH BERPINDAH OPERASI KE MALAYSIA JIKA NEGARA INI AKAN BANGKRAP ? 

Sudah tentu tidak dan mereka tentunya telah mengkaji kedudukan  ekonomi dan kestabilan negara bagi melakukan pelaburan.

Syabas kepada Timbalan Perdana Menteri YAB DS Ahmad Zahid Hamidi dan MITI yang berjaya menjalankan tanggungjawab tugas  diamanahkan   dan ini hasilnya . Bukan seperti Guan Eng di P.Pinang yang tidak membuat apa-apa di negerinya hingga banyak kilang tutup operasi. 




default

PERSEMPADANAN SPR : GUAN ENG TUDUH MENANGKAN BN SEBALIKNYA UNTUNG DAP P.PINANG @dzainalabidin

on Thursday, September 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak melibatkan negeri itu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya. Jelas pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman, sekiranya SPR mahu melakukan persempadanan semua maka libatkanlah semua negeri memandangkan sudah hampir 13 tahun persempadanan ini tidak dilakukan.

 Kajian semula persempadanan ini katanya dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada tahun 2003. Oleh yang demikian beliau turut membidas pihak pembangkang yang cuba menggambarkan seolah-olah persempadanan semula kawasan pilihan raya ini adalah bertujuan untuk membantu Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

 “Kita UMNO juga bantah terhadap perkara ini jadi tidak wujud mengatakan SPR buat persempadanan semula ini kerana nak menangkan BN. Ini semua adalah bertujuan untuk memburukkan imej BN dan UMNO. 

 “Saya agak kecewa kerana persempadanan semula ini tidak dibuat di negeri Pulau Pinang. Jadi saya berharap SPR akan memikirkan kembali perkara ini dan libatkanlah semua negeri,” ujarnya kepada UMNO-Online. 

 Justeru itu Zainal turut melahirkan rasa hairan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan saman terhadap SPR berkaitan isu ini.

 Seharusnya kata beliau lagi Guan Eng tidak panas punggung malah harus bersyukur kerana persempadanan ini tidak melibatkan Pulau Pinang dan sekaligus memberi kelebihan kepada Dap.

 “Seharusnya Guan Eng gembira kerana ia memberi kelebihan kepada parti Dap. Terdapat 13 kawasan Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini tidak terlibat jadi apa yang mereka marahkan sehingga mahu mengambil tindakan saman. 

 “Sudahlah marah tidak kena tempat… tuduh pula kononnya nk bantu BN menang. Sekarang ini kita juga tidak bersetuju dengan persempadanan semula ini. 

Siapa sekarang ini yang sedang bermain sandiwara politik…,” sindir Zainal. 

Guan Eng dipetik berkata, kerajaan negeri akan memfailkan bantahan itu sebelum 14 Oktober ini, selain menyifatkan persempadanan itu sebagai percubaan untuk memastikan UMNO dan BN memenangi semula Pulau Pinang.

 Guan Eng seharusnya faham persempananan ini dilakukan sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan pengundi.

 Ia hanyalah proses belah bahagi membabitkan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang disifatkan lebih kepada prosedur pentadbiran SPR.

 Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas. Semua pihak diberikan masa selama sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing. – MediaUMNO

default

GUAN ENG BAKAL DIHERET LAGI KERANA TINDAKAN HINA MAHKAMAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Prosiding komital bagi memenjarakan Guan Eng, berikutan kenyataannya di media cetak dan media sosial yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara berhubung pendakwaan rasuah terhadapnya.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan sebelah pihak dikemukakan Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh di kamar beliau, dalam pengurusan kes saman pemula difailkan pada 18 Ogos lalu.
Dalam saman pemula itu, Peguam Negara memohon Guan Eng dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak dan media sosial, yang beliau tahu ia akan menggugat pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman.

default

ANAK MELAYU JANGAN HANYA HEBAT DI FACEBOOK TAPI MENGUNDI TAK DAFTAR

on Wednesday, September 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



" kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa " ... Itulah lirik lagu Anak Kecil Main Api yang cukup mendalam maksud dan bertepatan dengan kepentingan  daftar sebagai pengundi . 

Gambar di atas kelihatan berpusu-pusu anak muda Cina berumur 21 tahun ke atas mendaftar mengundi di Sungai Choh , Selangor dianjur DAP bagi mengundi di PRU14 tidak lama lagi. 

Ini kerana mereka tahu kepentingam 1 undi ini untuk mempertahankan kerajaan DAP di Selangor dan menjatuhkan kerajaan BN diterajui UMNO di Persekutuan . 


Selain itu , mereka juga tahu bahawa kaum mereka tidak ramai seperti orang Melayu yang majoriti penduduk negara ini .  Keluarga Melayu kalau diikutkan sejak dulu mempunyai  anak ramai berbanding keluarga Cina .  Di situ memang kita Juara  kerana bagi kita anak itu adalah rezeki daripada Allah bukan seperti mereka yang mana ada menganggap sekarang kos sara hidup tinggi dan tak perlu anak yang ramai .


Persoalannya , di mana hilangnya anak muda Melayu  yang masih tidak lagi mendaftar mengundi ?

Difahamkan juga ada ahli Pemuda , Puteri UMNO sendiri masih lagi tak mendaftar mengundi ?

Jangan kita hanya bangsa yang  gah di facebook mengkomen mengutuk orang , troll dan menviralkan saja isu politik  tapi bila ditanya mengundi tak daftar pun .

Sanggupkah  kita nak membiarkan bangsa lain menentukan KUASA  di tanahair sendiri ???

Jadi , mulai hari ini semua AYUH ANAK MUDA MELAYU ,,,jadi lah bangsa yang ada MARUAH dengan menjadi PENGUNDI  demi masa depan anak cucu kita .

#JOMDAFTARMENGUNDI 



default

PAS ULANGI TOLAK KERJASAMA DAP , HAJAT 1 LAWAN 1 SEMAKIN SAMAR @dzainalabidin

on Tuesday, September 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Cadangan dari Amanah , PKR dan PPBM mahu meletakkan calon 1 lawan 1 dengan BN di PRU14  nampaknya semakin samar. 

Isu penghinaan DAP terhadap Arwah Datuk Dr Haron Din terus membuatkan PAS semakin muak dengan sikap kurang ajar dan biadap parti chauvinis ini . 

Pendirian Presiden PAS untuk tidak bekerjasama dengan DAP terus diulangi .

Walaupun terdapat beberapa pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang cuba main politik playsafe tetapi hasratnya jelas  lebih cenderung mahu  melihat parti itu bekerjasama dengan DAP - PKR- Amanah . 

Jika DAP terus dengan sikap angkuh tidak mohon maaf dalam kes Jeff Oii ini, memang sukar lah hubungan tahaluf siyasi seperti dahul akan terlaksana. 




MARANG – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk menjalinkan kerjasama baharu melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang agenda Islam.

“DAP mungkin tidak kerana sikap parti itu yang menentang Islam. Tiada kerjasama (baharu) dengan DAP.

"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” katanya.

Walaupun belum ada keputusan, namun Pas dilihat bersedia memberi ‘pertimbangan’ kepada parti pembangkang yang lain dalam mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP.

“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.
 

default

KILANG BANYAK TUTUP , PENANG DI BAWAH KERAJAAN DAP SEMAKIN HILANG DAYA SAING

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Penang losing its competitive edge under DAP-led state government? Lim Guan Eng, what's happening to Penang under your watch?



NEWS of yet another foreign investor calling it quits in Penang after six years should not be dismissed so lightly. United States-based Rubicon Technology Inc, an investment presence in Malaysia since 2010, announced last week it was winding up operations in the state on Nov 30. Just two months back, two American investors — Seagate Technology Plc and Western Digital Corp (WD) — announced that they, too, were pulling out a major portion of their operations here. More than 3,000 jobs are likely to be affected as both companies leave Penang. And, earlier this year, Intel Technology announced it would lay off up to 12,000 workers globally, an exercise affecting 1,000 employees in Penang and Kulim, Kedah. With the latest announcement, more heads will be on the chopping board, especially in the current economic scenario. 

Penangites are asking the DAP-led state government, particularly Chief Minister Lim Guan Eng, what is really happening to the state’s thriving industrial sector, seeing that foreign investors are uprooting from the Pearl of the Orient one by one. 

Netizens have taken to social media to voice their worries and concerns, with Penang Gerakan Bayan Baru division chairman Teh Leong Meng saying, “Another factory closing down in Penang. Penang is going down hill...” while Shalhuddin Shah asked “What happened... Penang government?”. Indeed, there is no room for any blame game here. 

However, that does not mean that the state government should just keep mum and let speculation fly. More importantly, it should not come out with excuses to cover the truth and deceive the people. 

Have the state authorities conducted a post mortem as to why these established companies are leaving the state? Could it be that Penang has lost its competitive edge? Is something wrong with our industrial sector? Or could it be due to poor leadership?

 All these deserve detailed explanations. What about those who have been laid off? Have the state authorities assisted them in looking for alternative employment? What will happen to them before they are able to secure another job? 



What about the many mouths at home dependent on them? Does the state even keep track of the number of those retrenched this or last year, when foreign investors were carrying out massive restructuring exercises, either through mergers or acquisitions? Also, what is Penang doing to retain the existing pool of investors, both domestic and foreign, and lure new ones, which it does on and off? 


Is there a specific blueprint for this? As of now, there remains more questions than answers. The state should provide us with satisfactory answers if it is genuinely concerned about what is going on. 

Although the state authorities may argue that this is a global phenomenon, Penang’s reputation as the “Silicon Valley of the East” is being put under the spotlight with the latest developments. Penang’s dip in investment figures is not helping to soothe the situation either.

 According to official figures released by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Penang came in fifth in terms of investment figures between January and September last year, with RM5.4 billion. Johor registered the highest investment with RM30 billion, followed by Sarawak (RM11.8 billion), Malacca (RM6.8 billion) and Selangor (RM5.9 billion). Penang topped MIDA’s investment list by getting RM12 billion, or a quarter of the total RM47 billion of approved projects, in 2010. 

All said, the DAP-led administration cannot just absolve itself for the declining economy. For the past eight years, since it came into power, almost everything in Penang centred on “playing politics”. The people are already fed up. The time is more than ripe for the state government to stop playing politics for the sake of Penang and her people. It has to bear in mind that not everything that happens in Penang is about playing politics. 

Also, Lim’s administration must realise that it cannot work alone and must work hand in hand with the federal authorities to take Penang to greater heights in the future. It may take some time before Penang can bounce back but with cooperation from every level, the time frame may be reduced. 

Audrey Dermawan is NST Penang bureau chief.

default

SUPERMAN DAP DEDAH MAHATHIR HANYA KUDA TUNGANGAN KIT SIANG UNTUK JATUHKAN NAJIB

on Monday, September 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dulu geng dalam parti PPBM tuduh PAS jadi kuda tungangan DAP ..


Kini yang jadi  kuda ? 

Siapa kuda dan siapa pula diperkudakan?

Hew Kuan Yau kata, Lim Kit Siang perkudakan negarawan Mahadet ...

“We will save Mahathir, then use Mahathir to topple Najib, who is the enemy of the rakyat.” -Screwloseman Hew Kuan Yau


Jadi ,  jangan kita terkejut dengan  tiba2  status  pengikut tegar Mahathir  kini sedang menjilat dan mencuci taik  DAP  hinggakan ada mendakwa DAP bukan punca cetusnya peristiwa 13 Mei 1969 .

Sebab mereka kini sudah jadi KUDA TUNGANGAN DAP seperti mana Melayu DAP seperti Rara , Dyana Sofea dan lain2.





default

NAJIB TAK HADIR UNGA PUN JADI ISU , INI JAWAPAN TPM @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PM tak hadir UNGA di AS pun jadi isu politik oleh  pembangkang  .

Walhal ia perkara biasa dan tidak mengejutkan .Pemimpin negara lain pun seperti Indonesia pun tidak menghantar Ketua Negara  sebaliknya menghantar wakil .

Lain kali kalau nak membuat spekulasi kena check juga fakta protokol ke persidangan PBB ini .



NEW YORK -  Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA). AHMAD ZAHID HAMIDI AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mewakilkan tugas mengetuai delegasi Malaysia kepada Timbalan Perdana Menteri bukan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua negara dan kerajaan masing-masing.

"Bukan merupakan sesuatu yang ganjil untuk sama ada menteri luar atau timbalan perdana menteri hadir sebagai wakil pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan ketibaan beliau di UNGA di sini pagi tadi.

 Beliau berkata, daripada 193 negara anggota PBB, setakat ini 54 negara termasuk Indonesia yang menyatakan bahawa ketua negara dan kerajaan mereka tidak akan menghadiri perhimpunan -

default

MEETING GENG JATUHKAN KERAJAAN BN TAK JEMPUT WAN AZIZAH ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Melihat kepada  kehadiran meeting menjatuhkan Kerajaan BN  seperti meeting ketua organisasi SPECTRE  dalam filem James Bond . 

Kehadiran Ketua NGO BERSIH 5 , Maria Chin menimbulkan persoalan adakah mereka sedang merancang untuk menghimpunkan dan menggerakan  penyokong pembangkang , PPBM  untuk turun himpunan haram BERSIH 5. Turut hadir sama Hishamuddin Rais , ketua geng kumpulan anarki . Ketua LGBT Ambiga  dan ketua rasis DAP Kit Siang  .

Persoalannya , di manakan Wan Azizah Presiden PKR ?? Kenapa setiap perjumpaan dihadiri Mahathir kelihatan beliau tiada bersama ? 




default

TINDAKAN JEFF OII BUKTI DAP MEMILIKI PEMIMPIN PUNYAI KEBENCIAN MELAMPAU @RazlanRafi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan rakan-rakan DAP yang menghina pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din membuktikan sekali lagi parti tersebut mempunyai pemimpin kanan yang mempunyai kebencian terlampau terhadap orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, kebencian itu bukan hanya di dalam diri mereka, malah disuarakan secara terang-terangan.

 “Setiap kali mereka mencaci orang Melayu, pasti akan ada pemimpin DAP yang meminta maaf bagi pihak mereka dan setiap kali itulah tidak akan ada apa-apa tindakan daripada parti mereka. Malah yang menghina orang Melayu akan dianggap sebagai wira.

 “Pemimpin seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Jeff Ooi akan terus dihormati. Manakala agenda DAP untuk mematikan semangat kaum Melayu akan diteruskan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Razlan, yang pastinya, Jeff Ooi dan DAP akan terus dengan agenda mengikis tembok kesucian agama Islam dan adat resam orang Melayu tanpa menjaga sensitiviti pelbagai kaum di negara ini. Sementara itu, sebanyak tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

 Desakan itu diutarakan oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC) melalui empat laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul, di sini hari ini. Turut membuat laporan ialah Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan (Kipidap), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas) dan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis).

Dalam laporan polis itu, mereka juga meminta beberapa laman sosial lain yang dilihat biadab dan cuba mencetuskan kemarahan orang Islam di negara ini turut diambil tindakan. Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, sebagai Ahli Parlimen, Jeff Ooi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap Allahyarham yang juga merupakan seorang ulama yang disanjung tinggi umat Islam.

“Tindakan biadab ini jelas me­nunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP itu. Kenyataan tersebut juga boleh melukakan hati ahli keluarga Haron Din serta saudara mara mereka,” katanya selepas membuat laporan polis tersebut - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-kebencian-disuarakan-terang-terangan-8217-1.384604#sthash.BFuMoQLB.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.