..

..
Archive for August 2016

default

TAHNIAH MELAYU SELANGOR , ANDA KINI TAK PERLU DISKAUN BUMIPUTRA BELI RUMAH SEPERTI NEGERI LAIN !

on Tuesday, August 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Keputusan Kerajaan  PR Selangor membuat menghapuskan diskaun 10 % untuk Bumiputra  bagi pembelian seperti pangsapuri  jelas membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.
Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun  itu kepada bumiputera walaupun telah memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik.
Sebelum keputusan ini dibuat , beberapa pemimpin DAP terlibat dalam agenda ini antaranya Tony Pua pada  Julai 2010  pernah mencadangkan supaya diskaun antara 5 hingga 7 peratus kepada bumiputera dalam pembelian rumah dimansuhkan. 

Maka bertempiklah orang Melayu ketika itu. Pas yang tidur sebantal dengan DAP pun marah-marah, maklum sahajalah nak dekat PRU, bertegang leher Pas membantah kononnya cadangan itu memberi kesan buruk kepada nasib orang Melayu. 

DS Anwar Ibrahim pula ketika itu sekadar membisu, takut cakap lebih-lebih taiko DAP marah. Tidak lama selepas itu, cadangan itu senyap begitu sahaja sementelah menunggu perang PRU-13. 

Namun, kerajaan PR Selangor yang menang bergaya pada PRU-13 lalu, semalam mengumumkan akan memansuhkan diskaun  ,  tindakan yang dianggap satu tamparan hebat kepada orang Melayu.

Sejak bertahun-tahun lamanya diskaun diberikan, kali ini orang Melayu di Selangor terpaksa menerima hakikat, perkataan "diskaun  bumiputera" tidak akan tertera lagi di mana-mana flyers atau promosi pembelian rumah di negeri itu. 



Ini bermakna, kepada orang bumiputera di Selangor, istilah "bumiputera" yang ada pada anda tidak lagi terpakai untuk mendapat keistimewaan jika hendak membeli rumah seperti dinikmati selama berdekad lamanya sebelum ini. 

Anda sama sahaja dengan bangsa lain. Jika hendak beli rumah, kenalah bersaing secara sama rata. Ya, konsep sama rata yang diperjuangkan DAP selama ini akhirnya berjaya direalisasikan di Selangor. 

Tahniah DAP, Tahniah pengundi  Melayu Selangor pilih DAP untuk berkuasa  !




Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri ini akan dimansuhkan bermula 1 September ini.

Mohamed Azmin berkata, sebaliknya diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.
“Untuk perumahan mampu milik ini sama ada pangsapuri perkhidmatan, SOHO atau SOVO atau kemudahan lain atas nama mampu milik dan kos rendah, kerajaan ne­geri tidak mengenakan syarat mengikut kaum.

“Kalau bicara soal kemiskinan, ia meren­tasi kaum dan agama manakala prinsip kerajaan negeri ialah membantu golongan berkenaan.

“Dalam soal penyelarasan semula harga jualan (pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO mampu milik dan kos rendah) ini, ada beberapa garis panduan yang kita telah persetujui. Tetapi prinsip kerajaan negeri adalah kemiskinan tidak kenal warna kulit, agama dan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembe­rita selepas melancar­kan buku bertajuk Ins­titusi Seni Khat dari Semenanjung Tanah Arab ke Yayasan Restu di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pela­buran, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Khim.

default

MUHYIDDIN KALAU ANAK JANTAN TUNJUK BUKTI BUKAN TUDUH BERSANDARKAN KHABAR ANGIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Muhyiddin Yassin nampaknya sudah mengikut jejak  seperti Ezam yang terkenal semasa dalam PKR menjaja KOTAK kononnya bukti rasuah pentadbiran Mahathir dulu . Bila ditanya di mana kotak itu , dia hanya beritahu  maklumat kotak itu didengar &   dicerita dari mulut DSAI sahaja .. 
Manakala Muhyiddin pulak mendakwa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi. Sumber maklumat beliau adalah TS Gani Patail kononnya berkongsi maklumat dengannya . 
Persamaan mereka ini ialah mereka tiada bukti sebaliknya hanya mendengar cerita orang sampaikan !
Kalau benar tuduhan Muhyiddin ini , kenapa tidak menunjukkan bukti saja seperti dicabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ? 
Malu lah mengaku diri anak ustaz tapi membuat tuduhan tanpa bukti yang boleh disabitkan kesalahan memfitnah ! 


Timbalan Perdana Menteri itu berkata tidak wajar bagi Muhyiddin membuat tuduhan berdasarkan khabar angin terhadap Najib dan memintanya mengemukakan bukti sekiranya memiliki.
“Minta beliau kemukakan bukti jika ada,” ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya pada Isnin.
“Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin,” jelas Ahmad Zahid lagi.
Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum ‘derma Arab’ itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.
“Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
“Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
“Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak,” soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan baru-baru ini.

default

BAGAIMANA KERAJAAN DAP PILIH KONTRAKTOR BINA PROJEK TEROWONG ADA REKOD KEMALANGAN MAUT ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kemalangan kren hempap orang awam di kawasan memang jarang berlaku di negara ini. Tetapi kini ia sudah berlaku membabitkan kontraktor syarikat BUCG yang sedang membina projek berdekatan Pavillion . 

Syarikat ini juga dilantik kerajaan DAP iaitu Guan Eng untuk membina projek mega  terowong dasar laut . klik di sini

Kemalangan maut ini pulak kebetulan melibatkan rakyat negeri kerajaan DAP  yang mana sudah tentu memberi isyarat kepada seluruh warga P.Pinang akan kemampuan syarikat kontraktor ini membina terowong . 

Hingga sekarang tiada siapa mahu bertanggungjawab di atas kemalangan ini kerana pengendali kren pun sudah melarikan diri. 

Malah ahli keluarga mangsa akan mengumumkan dalam masa terdekat untuk menyaman syarikat BUCG ini sekaligus menimbulkan keraguan akan  kredibiliti syarikat pilihan kerajaan DAP dan  Guan Eng ini . 




Ahli keluarga wanita yang maut dihempap besi penyangkut sebuah kren di ibu negara, kelmarin, hanya akan mengumumkan sama ada tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat pembinaan terbabit, selepas selesai upacara pengebumian mangsa.
Abang mangsa yang juga seorang artis tempatan, Chin Khoon Ying ketika ditemubual China Press semalam berkata, keluarganya sedang sibuk menguruskan pengebumian adik perempuannya, Chin Khoon Sing ketika ini.
Jenazah mangsa yang dibawa dari Kuala Lumpur, tiba di Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang pada jam 11.50 malam tadi.
Sementara itu, Malay Mail Online memetik syarikat pembinaan Beijing Urban Construction Group (BUCG) (M) Sdn Bhd berkata, projek berkenaan sudah dihentikan buat sementara sehingga dimaklumkan pihak berkuasa terbabit.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan menghubungi mereka atau wakil bagi menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
BUCG mengesahkan ia mengetuai projek pembinaan hotel oleh Harmoni Perkasa Sdn Bhd, di mana Yekon Equipment (M) Sdn Bhd adalah pemilik kren yang dikendalikan Sufiyan Enterprise.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Mohtar Musri yang dipetik The Star Online semalam berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan polis untuk menjejaki pengendali kren yang bertindak melarikan diri dari tempat kejadian di Jalan Raja Chulan.
“Ada banyak pihak yang kami sedang siasat. Pertama ialah kontraktor dan kemudian syarikat yang membekalkan kren itu.
“Jadi, sekarang kami cuba cari pihak yang bertanggungjawab secara langsung ke atas kemalangan itu,” katanya.
Dalam kejadian 7.20 malam Khamis itu, besi penyangkut berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan selepas dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan itu

default

MEMALUKAN ! VIDEO PAU RASUAH UNTUK MEMILIKI RUMAH KOS RENDAH KERAJAAN DAP DIDEDAHKAN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila DAP berkuasa, punya nak mencekik duit rakyat hinggakan  diminta rasuah sebagai balasan untuk mendapat rumah kos rendah . Yang buat keja songlap ini pulak bapak Adun DAP  sendiri  !

Sekarang GERAKAN P.Pinang sudah mempunyai bukti video menunjukkan terdapat kegiatan RASUAH dalam projek perumahan kerajaan negeri !

Ia jelas menafikan hak rakyat lain yang layak  untuk memiliki rumah .

Di mana CAT kerajaan DAP ??

Kalau Ketua Menteri pun kaki rasuah inikah pulak macai2  di bawah menekan rakyat .






Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang daripada DAP, Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes
seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.

Lim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah.

"Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar
pengetahuan saya dan saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.




Lim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang, ADUN Padang Lalang Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Lim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, mendedahkan bapanya Lim Kiat Seong, 68, adalah seorang pesara dan dia (Lim) tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan itu dan tidak berbuat sesuatu yang salah bagi pihaknya.

"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan di kawasan saya berhubung amalan rasuah seperti yang didakwa untuk mendapatkan unit-unit rumah kos rendah dan saya nasihatkan semua mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan,"
katanya.

Sebelum itu, naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri.

Oh berkata kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa Lim dilihat bersama seorang orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah itu.

"Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap," katanya.

Oh berkata kerajaan negeri terutamanya pengerusi jawatankuasa perumahan, perlu tampil ke depan dan nyatakan di khalayak ramai sama ada terdapat kaedah bagi permohonan segera untuk unit-unit rumah kos rendah.

"Kami berharap pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo akan menjelaskan perkara berhubung amalan rasuah dalam mendapatkan sebuah rumah kos rendah," katanya.

-Bernama

default

LAGI TANAH DIJUAL DI PULAU PINANG , KERAJAAN DAP DIDESAK JAWAB @mpkotabelud

on Sunday, August 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak menjawab dakwaan wujudnya penjualan tanah di negeri ini yang mencecah nilai puluhan bilion ringgit.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat laporan yang menyebut, transaksi berkenaan melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang de­­­ngan be­be­rapa syarikat pemaju dan didakwa sekitar RM40 bi­lion.

“Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini kerana ia berkait dengan kepentingan mereka.

“Penjualan tanah banyak ber­laku di ne­geri ini walaupun mereka (kerajaan negeri) ada alasan tertentu, tidak cukup dengan itu, kawasan laut turut menerima kesan akibat ditambak,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.




Abdul Rahman berkata, penjelasan berkenaan penting kerana tanah-tanah yang didakwa telah dijual itu terletak di kawasan strategik di negeri ini.

Beliau menegaskan, walaupun Guan Eng sering kali mendabik dada mengatakan kerajaan ne­geri mengamalkan perbelanjaan berhemah kerana berjaya me­ngurangkan hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan daripada RM600 juta kepada RM30 juta sahaja, namun perkara sebenar tidak didedahkan.

“Selepas membuat semakan, kita mendapati pengurangan hutang ini bukan disebabkan kecekapan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sebaliknya adalah ke­rana ihsan Kerajaan Pusat ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung pengurusan air,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh disifatkan gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat negeri.


default

KERANA DEDAH SKANDAL AZMIN , CHEGUBARD DIPECAT PKR ?

on Friday, August 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Hari ini sah Chegubard telah dipecat oleh PKR disebabkan mendedahkan salahlaku rasuah melibatkan Azmin Ali . 



Inilah parti PKR kononya parti yang telus dan bersih daripada rasuah. Bila melibatkan pemimpin parti mereka terus dipecat kepada ahli yang mendedahkan kepada SPRM . 







default

SULTAN JOHOR BIDAS TUN MAHATHIR , PUNCA SEGALA MASALAH DALAM NEGARA

on Thursday, August 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Apa kata penyokong Mahathir dan pemimpin Pakatan tentang titah Sultan Johor ini ? Target parti pembangkang melalui parti Pribumi, DAP  dan Amanah ialah menawan Johor  daripada tangan UMNO . 
Kalau beginilah sound oleh Istana Johor , ia memberi isyarat jelas tiada tempat untuk parti Mahathir dan pembangkang bertapak di negeri ini . 

 Sultan Johor dengan tegas menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir bahawa konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.
"Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.
"Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.
"Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya," titah Sultan.
Dr Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.
Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.
Dr Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah kerana negara akan makmur sekiranya semua bersatu.
Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti “Bangsa Johor” yang merupakan hak kebebasan, tetapi Dr Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.
"Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan," kata Dr Mahathir.
Sultan Ibrahim pada Rabu bertitah, Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan.
"Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu," titah Sultan.
Sultan Ibrahim menitahkan Dr Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan.
"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut."
Sultan Ibrahim bertitah, Dr Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.
"Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.
"Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.

default

TANGKAPAN ISA : ANAK MEGAT JUNID SANGGAH TUDUHAN TUN MAHATHIR TERHADAP BAPANYA

on Wednesday, August 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang suka menyalahkan orang lain semasa mentadbir negara didedahkan lagi, terbaru anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pula menafikan tuduhan dibuat bekas perdana menteri itu terhadap bapanya.

Datuk Megat Fairus Megat Junid kurang senang dengan Dr Mahathir yang mengaitkan bapanya dengan penahanan individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

 Beliau sebaliknya mendakwa sebarang tindakan atau keputusan yang diambil oleh Allahyarham bapanya sebelum ini berhubung ISA adalah di atas arahan serta persetujuan Dr Mahathir.

 “Malah kemungkinan besar ia adalah atas arahan beliau (Mahathir) yang juga turut memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu,” katanya ketika sidang media di Kelab Tasik Putrajaya pada Selasa. Sebelum ini, menerusi blog Chedet.cc, Tun Mahathir mendakwa tindakan penahanan ISA telah ditandatangani Megat Junid.

 Beliau berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Dr Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

 Dalam pada itu, Megat Fairus memaklumkan bahawa beliau merasa pelik dengan dakwaan tersebut memandangkan bagaimana kuasa sebesar itu boleh diberikan kepada timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dari seorang menteri.

 “Selaku waris, saya dan keluarga amat sedih dan kesal atas dakwaan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada insan yang sudah tiada,” katanya. Tambah beliau, pihaknya berharap agar Dr Mahathir tidak mengulangi pertuduhan dan memburukkan nama Allahyarham yang sudah meninggal dunia.

default

NAJIB DEDAH PEMBANGKANG NAK JATUHKAN KERAJAAN DENGAN SERANG KETUA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca musuh-musuh politik menyerang kepimpinannya dengan menyifatkan ia sudah menjadi lumrah kehidupan apabila seorang ketua dijadikan sasaran.

Mengambilkira konteks semasa, Najib berkata dalam mana-mana strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan, pihak lawan akan mencari kelemahan ketua untuk menjatuhkan mana-mana institusi kerajaan.

Kita mesti apa orang kata, ada sesatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran.

“Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua.


“Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh,” kata beliau semasa wawancara ’60 minit bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Kembara Mahasiswa Nasional 18 Ogos’ yang dimuatnaik dalam blognya Najibrazak.com pada Isnin.

Beliau juga memberikan contoh semasa kejatuhan empayar atau kesultanan dimana ketua dijadikan sasaran pihak musuh.

“Macam dulu kalau nak jatuhkan empayar atau apa-apa kesultanan, sultan jadi target.

“Jadi kalau kita dalam konteks politik kerajaan kita hari ini, kalau nak jatuhkan kerajaan, sasarannya mestilah ketua.

“Jadi tidak hairanlah siapa jadi ketua, pada mana-mana (keadaan). Kalau kita tengok sejarah, siapa jadi ketua dia akan jadi sasaran. Natural. Itu peringkat kerajaan. Kalau peringkat bahagian, orang nak jawatan Ketua Bahagian, Ketua Bahagian jadi sasaran. Jadi itu dah jadi macam asam garam. Kita kita kena terima falsafah itu,” katanya.

Menurut Najib lagi, pihak lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menumbangkan mana-mana pemimpin walaupun ada perkara baik yang dilakukan mereka tetap tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya mencapai hasrat dan cita-cita mereka.

“Kalau kita sebaik-baik manusia pun, dia akan cari juga macam mana nak mencontengkan arang ke muka kita. Kalau tidak ada dia akan adakan, kalau fitnah pun akan jadi senjata.

“Sebab orang boleh makan dengan fitnah, dengan cerita. Sebab bila jadi pemimpin ini cerita itu lagi sedap. Orang lain punya cerita tidak sedap, cerita pemimpin sedap.

“Jadi boleh percaya ‘betul ye, barangkali betul ye’. Padahal dia tidak tahu pun, tidak siasat pun, dia kata ‘eh boleh jadi betul’.

“Jangan cakap pasal pemimpin, macam pembangkang dulu dalam pilihanraya lalu dalam saat-saat akhir dia kata kita bawa 40 ribu pengundi Bangladesh jadi pengundi hantu. Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya.

“Padahal kalau dia fikir sejenak, dia kata ‘eh kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya) satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada. Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh,” katanya

default

PENGAKUAN MAHATHIR TUNJUKKAN LAPORAN POLIS KHAIRUL AZWAN HARUN BERASAS @Azwanbro

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada  orang UMNO  yang menghentam Azwan Bro kerana  membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri pengawai tinggi kerajaan  sebelum ini mesti terkejut  sekarang.

Ini kerana pengakuan Tun Mahathir sendiri mengesahkan bahawa 3 pegawai tinggi kerajaan yang  dituduh bersubahat telah dikhianati .  Malah jika mereka tidak dikhianati , nasib PM sudah tidak seperti sekarang digulingkan oleh mereka ini secara tidak demokratik .



Dalam masa yang sama mengulas tentang keputusan pihak polis itu , Azwanbro menyifatkan tindakan tersebut adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kepimpinan negara dan juga presiden parti.

"Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.


Persoalan siapa yang mengkhianati gerakan jahat gulingkan PM ini ? Sewajarnya pihak POLIS perlu membuka semula kertas siasatan terhadap laporan polis oleh Azwan Bro berdasarkan kepada pengakuan terbaru Tun Mahathir . 





KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang.

 "Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka. "Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.

Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib.

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya.




Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan. "Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap.

Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya. Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal. - sumber-

default

PENYOKONG BERSATU JELES AHLI UMNO HADIR RAMAI SOKONG PRESIDEN DI TASEK GELUGOR ? @dzainalabidin

on Tuesday, August 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments





Kehadiran 10 ribu ahli UMNO menyambut Presiden parti DS Najib Tun Razak ke Tasek Gelugor merupakan isyarat bahawa sokongan ahli akar umbi tetap utuh.  Sebelum itu PM berada di Sungai Petani juga merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian . 

Biarpun pelbagai fitnah dan serangan oleh parti baru Pribumi BERSATU yang terdiri daripada geng kecewa dan penyokong tegar Mahathir ,  keyakinan ahli akar umbi tidak goyang.

Apa yang GPB perhatikan di komen  media sosial  , taktik lama pernah digunakan  pembangkang  untuk memburukkan program PM diulangi  puak ini yang dulunya ahli UMNO .

Menuduh bas ditaja dan wang diberi dalam bas untuk hadir jelas taktik lapuk . Kalau disediakan bas pun , kalau ahli sudah meluat dia tetap tak  akan hadir juga. 

Seperti kata PM ketika berucap  , beliau selaku Presiden amat menghargai sokongan ahli2 parti yang hadir dalam keadaan cuaca panas terik dan bukannya datang sebab  berjawatan besar. 

Walaubagaimanapun , seperti yang diseru oleh Presiden  sebagai ahli parti kita perlu pertahankan maruah parti kerana UMNO lah yang diyakini mampu membela nasib orang MELAYU . 













– Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dasar dan polisi negara tidak ditentukan oleh seorang individu tertentu, sebaliknya berteraskan kemahuan rakyat dan kehendak parti.
Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, beliau memilih menjadi pemimpin yang mendengar kehendak rakyat dan parti, berbanding mengikut telunjuk seorang pemim­pin.
Mengakui dasar kerajaan hari ini tidak sempurna sepenuhnya, namun menurut beliau, perkara itu tidak bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diruntuhkan apatah lagi oleh bekas pemimpin parti sendiri.

“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan sedemikian (mengikut telunjuk)? Mana mungkin hanya seorang individu yang mahu menentukan dasar negara?

“Meskipun ada rasa tidak puas hati sesama kita, jangan hampakan seramai tiga juta ahli UMNO yang selama ini berjuang setiap hari mempertahan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Bulan Kemerdekaan dan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya serta barisan pemimpin UMNO dan BN ne­geri.

Lebih 3,000 orang menghadiri majlis itu yang mencatat sejarah tersendiri selepas buat pertama kali Presiden UMNO merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor.
Majlis itu turut menyaksikan seramai 10 veteran UMNO Tasek Gelugor diberi penghargaan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Dalam majlis sama, Najib turut meluluskan bantuan pembinaan masjid baharu di dua kawasan Parlimen Tasek Gelugor iaitu di Kampung Banggol, Pokok Sena dan di Permatang Bogak, Sungai Dua.

Dalam pada itu, Najib menggesa barisan pemimpin BN ne­geri supaya terus memainkan peranan membela kepentingan dan kebajikan rakyat negeri ini meskipun atas kapasiti sebagai parti pembangkang.

Sementara itu, Najib berkata, sambutan Bulan Kebangsaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata tetapi mempunyai makna yang lebih besar.

Jelas Perdana Menteri, setiap rakyat perlu menyemat semangat mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara dalam apa jua keadaan sekali pun dan tidak sesekali membenarkan pihak luar campur tangan dalam urusan negara.

Kata beliau, semangat patriotisme yang dipertahankan rakyat keseluruhannya sehingga kini menjadi antara tonggak dalam memastikan kestabilan negara seperti dikecapi hari ini.
“Kita perlu berdiri tegak sebagai bangsa yang bermaruah, jangan sampai ‘misai’ terkena bumi. Inilah nilai patriotisme yang wajib kita pertahankan,” katanya

default

TPM YAKIN UMNO DI SABAH TIDAK GOYAH WALAUPUN DISERANG BEKAS PEMIMPIN - @Zahid_Hamidi

on Monday, August 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sabah akan terus menjadi kubu kuat UMNO, itu keyakinan yang dilontarkan oleh Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun terdapat usaha untuk menggoyahkan kedudukan UMNO di negeri tersebut.

Zahid percaya UMNO Sabah mampu mengatasi cabaran getir meskipun terdapat pihak tertentu termasuk bekas pemimpinnya untuk menggoyahkan kedudukan UMNO dengan menubuhkan parti baharu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri di Bawah Bayu bukan hanya retorik, sebaliknya sudah memperlihatkan prestasi cukup baik di negeri ini.

Katanya, sejarah politik di Sabah juga membuktikan jangka hayat parti baharu yang ditubuhkan atas rasa kemarahan dan kebencian tidak akan berkekalan, namun perkara itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya perlu ada solidariti dalam kalangan ahli UMNO.

“Sejarah politik Sabah sudah buktikan ketika itu USNO menjadi pemerintah dan ada parti lain ditubuhkan atas hasrat mahu balas dendam, rasa kekecewaan, kemarahan dan kebencian… jangka hayat parti itu tidak lama.

“Biarlah parti apa pun datang, soal kesatuan dan solidariti mesti jadi keutamaan asalkan kita bersatu hati dan tindakan, saya yakin Sabah terus jadi simpanan tetap UMNO,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon Lima di Dewan Sri Libaran pada Ahad.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun. UMNO Zon Lima merangkumi bahagian Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti yang kekal adalah parti keramat UMNO yang terus berjuang dengan rekod serta prestasinya sudah terbukti.

“Sabah memerlukan UMNO serta BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri, sekali gus terus maju dalam Malaysia,” katanya.

default

KEBODOHAN AHLI PARLIMEN DAP YANG HENTAM RTM PASAL LIVE BADMINTON SUKAN OLIMPIK RIO 2016

on Thursday, August 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Simpan sikit bodoh tu YB untuk masa depan, nak guna lagi nanti.Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang, Ng Wei Aik berjaya meraih emas untuk kedangkalan mengenai waktu perlawanan final badminton beregu campuran Sukan Olimpik di Rio malam tadi.

Wei Aik menghentam RTM kerana 'gagal' menyiarkan perlawanan final beregu campuran antara Malaysia dan Indonesia walhal perlawanan itu belum bermula lagi.

default

FAKTA KERAJAAN PUSAT BANTU P.PINANG YANG TIDAK DISEMBUNYIKAN KERAJAAN DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menggesa agar pihak-pihak tertentu berhenti daripada membuat tuduhan mengarut sebaliknya buktikan dengan fakta kononnya kerajaan pusat memberikan layanan buruk kepada negeri itu.
Jelasnya, dakwaan tersebut tidak lebih dilihat hanya berniat untuk memperlekehkan kerajaan persekutuan sedangkan selama ini semua negeri dilayan dengan sewajarnya walaupun ia ditadbir oleh pembangkang.
“Pihak terbabit jangan hanya pandai cakap pukul borong sahaja, politik mengarut tetapi kena buktikan apa yang menyokong dakwaan itu. Jika tidak, mereka patut diam dan berusaha untuk membela nasib rakyat. Sepatutnya kerajaan Dap Pulau Pinang berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah banyak membantu negeri Pulau Pinang.
“… mereka ambil alih negeri ini pun dalam keadaan infrastruktur dan prasarana yang sudah hebat hasil pembangunan Barisan Nasiona (BN). Jadi dia tidak perlu memburukkan kerajaan pusat.. merengek-rengek macam budak kecil yang tidak dapat mainan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, banyak projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat sepanjang Dap menjadi pemerintah di Pulau Pinang antaranya projek lebuhraya di Batu Maung, Bayan Lepas, pembesaran lapangan terbang, naik taraf hospital dan sekolah malah membina sekolah baru.
Malah baru-baru ini katanya lagi berkaitan isu pembinaan jambatan ketiga juga kerajaan pusat telah memberi jaminan untuk mengkaji jika ada keperluan pembinaannya malangnya kerajan negeri sendiri gagal menghantar dokumen yang diminta.
“Maka adalah tidak adil jika pihak berkenaan terus-menerus menuduh kerajaan pusat tidak membantu Pulau Pinang. Kerajaan pusat telah membantu sedaya mungkin tanpa mengira fahaman politik.
“Daripada sibuk memburukkan imej kerajaan pusat adalah lebih baik kerajaan Pulau Pinang fokus kepada projek demi kesejahteraan rakyat contohnya projek tebatan banjir, rumah kos rendah dan tidak menaikkan apa-apa lagi caj atau kadar yang akan membebankan lagi rakyat negeri ini,” katanya.
Untuk rekod, antara projek kerajaan pusat di negeri Pulau Pinang adalah meningkatkan kemudahan kesihatan dengan kos RM726 juta iaitu menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (HPP) dengan kos RM20 juta, pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HPP (RM250 juta) dan menaik taraf HPP fasa 2 dengan kos RM16 juta.
Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi pembinaan projek blok bertingkat Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan kos RM400 juta. Pembinaan blok itu untuk menampung kesesakan di hospital berkenaan termasuk RM15 juta bagi projek naik taraf sistem sokongan dan teknikal bangunan HSJ dan pembinaan klinik kesihatan di Bandar Perda dengan kos RM25 juta
Bagi kemudahan pendidikan, sebanyak RM92.16 juta diperuntukkan bagi projek pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan di Bumbung Lima, Kepala Batas dan pembinaan sekolah baharu mengandungi 24 bilik darjah di Tasek Gelugor.
Kerajaan Pusat juga meluluskan dua projek meningkatkan pelaburan dan peningkatan ekonomi bernilai RM20.91 juta serta tiga projek meningkatkan kesejahteraan rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM123.22 juta. – MediaUMNO

default

BEREGU BADMINTON MERINTIS KEMUNGKINAN MELAKAR SEJARAH MENGENGGAM PINGAT EMAS #OLIMPIK2016

on Tuesday, August 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pingat Sukan Olimpik sudah dalam genggaman Goh V Shem-Tan Wee Kiong cuma warnanya belum dapat dipastikan selepas beregu lelaki negara itu melakar kejutan mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei pada separuh akhir di Riocentro, Brazil hari ini. V Shem-Wee Kiong, yang menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang Sukan Olimpik kali ini mengetepikan pasangan No. 5 dunia itu 21-18, 12-21, 21-17 dalam aksi berlarutan selama 68 minit.

Dengan kemenangan itu, V Shem-Wee Kiong kini hanya selangkah lagi untuk menggapai pingat emas Olimpik dan akan turun dalam perlawanan akhir pada pukul 10.50 malam, Jumaat ini.

Siapa lawan mereka di final bagaimanapun belum diketahui dan ia bergantung kepada keputusan satu lagi saingan separuh akhir di antara pasangan No. 4 dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan dari China dan beregu No. 22 dunia dari Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge yang akan berentap sebentar lagi. Jika berdepan Haifeng-Zhang Nan, V Shem-Wee Kiong memegang kelebihan psikologi selepas mengalahkan pasangan itu dalam pertemuan mereka di peringkat kumpulan.

 Kejayaan V Shem-Wee Kiong, tanpa mengira mereka menang atau tidak dalam perlawanan akhir nanti sudah memastikan kontinjen Malaysia pulang dari Rio dengan pencapaian terbaik mereka selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terlebih dulu mengesahkan pingat dengan melangkah ke final awal pagi tadi.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perebutan emas pada pukul 11.30 malam esok. Terdahulu, Malaysia meraih pingat pertama dalam acara terjun menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong yang meraih perak acara 10 meter platform seirama wanita. - UTUSAN ONLIN -

default

RUMAH PPR DIBUAT SEWA BELI TANPA DEPOSIT & BAS PERCUMA KE SEKOLAH BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mana lagi kita nak dapat kerajaan yang prihatin dan mendengar rintihan rakyat seperti BN. 

Bukan sahaja sistem projek rumah PPR akan dibuat sistem sewa dan beli tanpa deposit , kini ditambah lagi diberi perkhidmatan bas sekolah perucma untuk hantar anak ke sekolah .

Ini membuktikan kerajaan BN sentiasa mendengar masalah kos sara hidup rakyat di bandar terutama penghuni rumah PPR . 






Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengumumkan bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem ‘sewa dan beli’ tanpa bayaran deposit.
Beliau berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kemiskinan bandar membabitkan masalah penempatan bagi meringankan beban rakyat.

Menurutnya, dalam usaha meringankan beban golongan miskin bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan diarah untuk turut memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penghuni PPR.

“Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya melaksanakan (kemudahan itu) melalui DBKL supaya semua PPR dibuat sewa beli tanpa bayar deposit.

“Untuk anak-anak sekolah di semua rumah PPR, saya arahkan supaya berikan bas sekolah secara percuma,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini.

Yang turut hadir ialah Tengku Adnan merangkap Setiausaha Agung UMNO; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Jumlah PPR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meliputi 33 kawasan selain Perumahan Awam (PA) DBKL yang dibina di 37 kawasan membabitkan jumlah penghuni seramai 180,000 orang.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, masalah kemiskinan bandar merupakan isu realiti yang dihadapi semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

Maka, kata beliau, kerajaan perlu adil dalam menyelesaikan masalah berkenaan dan perlu segera mena­nganinya kerana mereka yang tinggal di bandar sudah sekian lama dihimpit kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup.

“Soal kemiskinan bandar merupakan satu realiti, bukan sahaja orang Melayu menghadapi masalah ini. Maka dasar kerajaan perlulah adil kepada semua kaum dan masalah kemiskinan bandar mesti diatasi.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap masalah masyarakat miskin bandar tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Jadi sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikannya kerana sudah lama rakyat ini dihimpit kesusahan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.