..

..
Archive for June 2016

default

DAP HIPOKRIT DESAK PM BERCUTI TAPI KES RASUAH GUAN ENG TAK PERLU #DAPRASUAH #LGExit

on Thursday, June 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sama seperti bagaimana parti DAP  telah mendesak Najib untuk mengambil cuti disebabkan oleh kebimbangan siasatan  1MDB.

Tetapi yang membezakan antara Najib dengan Guan Eng ialah dia  tidak  terlibat dan tidak disabitkan dengan sebarang salah laku kewangan.

Hari ini  Guan Eng didakwa jelas di mahkamah  untuk 2 pertuduhan rasuah.

Mengapa DAP sokong kekalkan jawatan Guan Eng yang mana sudah tiada intergriti bergelar Ketua Menteri lagi ??

DAP ternyata parti  cakap tak Serupa bikin .

 Guan Eng perlu mengambil cuti segera dari jawatan Ketua Menteri berdasarkan prinsip yang sama pembangkang gunakan untuk  untuk menekan  PM.

Adakah rakyat P.Pinang boleh terima seorang Ketua Menteri yang  KORUP RASUAH  memerintah negeri ini ??

Ini bukan soal konspirasi BN seperti dituduh Guan Eng  sebaliknya salahlaku ini dilakukan beliau sendiri kerana membeli rumah dibawah harga pasaran .

Pembelian rumah yang dibawah harga pasaran ini tiada mengena dengan kerajaan BN . Tuduhan beliau mengaitkan kerajaan Pusat adalah tidak berasas dan terdesak .





GUAN ENG PERLU LETAK JAWATAN KETUA MENTERI  - UMNO P.PINANG

*Kenyataan Media*
_*Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman*_
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Khamis, 30 Jun 2016

_*Penahanan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendakwaan di Mahkamah Pulau Pinang di bawah Seksyen 23, Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.*_

" Kita percaya penahanan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang oleh SPRM semalam untuk didakwa di Mahkamah pada pagi ini bagi kesalahan melakukan rasuah di bawah Seksyen 23, Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibuat setelah pihak Pejabat Peguam Negara berpuas hati dengan Kertas Siasatan yang telah dikemukakan oleh SPRM kepada Pejabat Peguam Negara."

" Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM."

" Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

" Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti."

" Sebelum Lim Guan Eng, belum ada mana-mana Ketua Menteri Pulau Pinang atau bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan salah laku rasuah."

" Sehubungan dengan dua pertuduhan salah laku rasuah terhadap dirinya telah di bawa ke Mahkamah, Lim Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain jawatan yang disandangbeliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai. Tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan."

Terima kasih.

default

" PADAN MUKA " ITU KENYATAAN DATUK HUAN UNTUK GUAN ENG #DAPRasuah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Hari ini Guan Eng telah dihadapkan ke Mahkamah dengan 2 pertuduhan rasuah  dan antara kenyataan oleh pemimpin politik paling pendek ialah Datuk Huan Cheng Guan iaitu ' Padan Muka"

Beliau antara pemimpin politik di PP yang lantang mendedahkan salahlaku dan rasuah melibatkan Guan Eng selain Pemuda UMNO .  Kini kerjanya sudah selesai dan sedang  melihat kejatuhan seorang  pemimpin DAP yang kuat menipu , angkuh, zalim  dan dianggap TOKONG dalam Pakatan . 



Press Statement by PCM VP Datuk Major (R) Huan Cheng Guan

30 June 2016.

For Immediate Release

THE ISSUE OF THE PENANG CHIEF MINISTER CHARGED IN COURT FOR CORRUPTION

"Padan muka"

Datuk Huan Cheng Guan.
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia


default

2 PERTUDUHAN RASUAH & SALAHGUNAKUASA UNTUK GUAN ENG #DAPRasuah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan rasuah sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Mahkamah Tinggi George Town, Datuk Azmi Ariffin membenarkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta.
Beliau dibenarkan menyimpan pasport tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi dua hari sebelum keluar negara.
Manakala Li Koon dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.
Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.
Terdahulu di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.





default

TERKINI ! KES RASUAH GUAN ENG BERPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI #DAPRasuah #skandalBanglo

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perkembangan terkini kes 2 pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri  Lim Guan Eng telah pagi ini  ialah kes ini  dipindahkan ke Mahkamah Tinggi . 
Pendakwaan akan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang semalam mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon.
Hari ini dianggarkan 200 orang sahaja penyokong Guan Eng hadir di perkarangan mahkamah yang dikawal ketat oleh POLIS . 





default

DRAMA PESTA LILIN PENYOKONG GUAN ENG MALAM INI DEPAN PEJABAT SPRM

on Wednesday, June 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Skrip lama diulang semula ... itu yang boleh digambarkan kepada pengikut tegar DAP yang dikerahkan oleh pimpinan DAP P.Pinang untuk memberi sokongan kepada Guan Eng yang kini ditahan SPRM atas pertuduhan rasuah dalam kes pembelian banglo .

Apa mereka ingat nyalakan lilin ini boleh membantu bebaskan Guan Eng yang terpalit rasuah  ?

Esok beliau dijangka berhadapan dua tuduhan rasuah apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen iaitu Seksyen 23 dan 165 

“Seksyen 23 Akta SPRM kerana mengizinkan permohonan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblen dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah bawah nilai pasaran,”



1-  Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009

2-  Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Melihat kepada petuduhan , nampak berat kerana bukti  pembabitan Phang Li Koon iaitu pemilik banglo jelas ada kaitan dan hubungan dengan kerajaan negeri .





default

SPRM TAHAN GUAN ENG , DAP TIDAK LAGI PARTI POLITIK PALING BERSIH MALAYSIA @MPKotaBelud

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
29 Jun 2016
SIARAN SEGERA
RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
1. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Sebulan selepas siasatan dalaman dan perbincangan secara terbuka yang tegang, saya berasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.
2. Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran.
3. Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini. Ketelusan dan kebertanggungjawab mesti diamalkan, bukan sekadar diperkatakan.
4. Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan

default

TERKINI ! GAMBAR GUAN ENG DITAHAN SPRM DI KOMTAR KES RASUAH BANGLO #DAPRasuah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments















Petang ini Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah ditahan SPRM untuk didakwa di Mahkamah  esok  atas pertuduhan kes rasuah pembelian Banglo TERLAJAK MURAH  di Jalan Pinhorn . 

Merujuk tweet oleh Exco Kerajaan DAP , Dr Afif Bahardin , SPRM turut membawa waran tangkap untuk Guan Eng.  

Guan Eng telah  membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta

Pemimpin yang dianggap bersih dari RASUAH  oleh penyokong DAP & Melayu Pakatan  kini sudah terpalit  malu dek kerana kes pembelian banglo .

Pembangkang  sering bercakap tentang intergriti, membasmi penyelewengan & rasuah berkenaan dengan  pemimpin BN  , tetapi hari ini pemimpin tertinggi DAP sendiri yang melakukan dan   telah MEMALUKAN RAKYAT P.PINANG !!

Mungkin inilah pembalasan  di atas semua penganiayaan & kezaliman   dia terhadap rakyat miskin P.Pinang terutama Melayu dan Islam .


Apa kata Tun Mahathir , Muhkriz dan Muhyiddin yang kononnya hebat  memuja  prinsip KEBENARAN ??

Skandal RASUAH ini   berlaku sendiri kepada pemimpin DAP yang juga sekutu dalam Deklarasi Mahathir- Kit Siang .

Jadi , KEBENARAN apa lagi yang 3M ini cari dengan bersekongkol dengan pemimpin DAP yang terpalit RASUAH ??


Pastinya berita ini turut menggembirakan musuh DAP iaitu PAS yang kini sudah boleh bertepuk tangan mendapat berita ini . Mungkin ada nanti akan  sudah  komen  ' BARU  PADAN MUKA HANG "

Kita tunggu esok drama di Mahkamah pulak selepas ditahan hari ini beserta dengan waran tangkap .






default

KOMTAR DISERBU SPRM UNTUK TANGKAP GUAN ENG #DAPRASUAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.
Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.
Sementara itu, exco kerajaan negeri, Dr Afif Bahardin mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan waran tangkap ke atasnya di bangunan Komtar.
"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," katanya dalam laman sosial.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.
Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA pulag menunggu di tingkat bawah.
Lim akan dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.
Belaiu akan didakwa mengikut Seksyen 23 dan 105 Akta SPRM.
Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.
Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.
Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama

default

MUHYIDDIN - MUHKRIZ NAK TUBUH PARTI BARU BELUM MAMPU SAINGI UMNO - PAK LAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Mengapa Muhyiddin dan Muhkriz masih lagi berfikir untuk tubuh parti baru untuk melawan UMNO ?

Mengapa tak berani tubuh terus jika sebelum mereka sering berkata mempunyai sokongan yang ramai terutama di media sosial .

Jawapan untuk persoalan itu telah dijawab oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi .


 "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.

Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.

Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.

"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.


Pandangan Pak Lah jelas ada benarnya kerana sudah setahun gerakan ANC diketuai Tun Mahathir dengan dibantu media asing & pembangkang  untuk  membadai Presiden dan UMNO.

Tetapi hasilnya BN masih lagi mampu bertahan dengan cemerlang selepas menang besar di PRK baru-baru ini.

Ahli dan pimpinan UMNO ternyata sudah matang berdepan dengan pelbagai ujian , akhirnya mereka mampu menilai  yang mana benar dan tidak terpengaruh agenda pihak tertentu . 

Dengan gerak kerja pimpinan UMNO di bahagian2 terus membantu rakyat ,  UMNO masih lagi menerima sokongan ramai pengundi Melayu . 

Malah menurut pandangan  Pengarah Merdeka Centre , Ibrahim Suffian bahawa pembentukan  parti baru tidak akan bertahan lama tanpa persefahaman dengan parti2 lain yang mana pasti akan berlaku pertembungan beberapa penjuru memecahkan undi. 

Pengalaman di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga telah membuktikan dan kekuatan BN sukar digugat dengan dibantu  jentera parti di peringkat akar umbinya .

Hanya persepakatan dan kerjasama dalam pakatan pembangkang meletak satu calon sahaja melawan BN . 

Kalau Muhyiddin dan Muhkriz  beranggapan  ramai penyokongnya dalam UMNO akan melompat ke parti mereka mengikut mereka , sebenarnya dia sudah silap besar ..





default

PROJEK TEROWONG DASAR LAUT DAP ADA 2 HARGA , RAKYAT PULAK TERUS DITIPU

on Tuesday, June 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan DAP yang sentiasa melaungkan mengamalkan sistem CAT terus menonjolkan pentadbiran tidak cekap dan telus .

Bagaimana projek mega terowong dasar laut boleh ada 2 harga yang berbeza ?? Ehh ..bukan sikit harga yang beza iaitu sebanyak RM200 juta !!!

Kerajaan negeri cakap kos projek RM3.7 billion tapi laporan PAC negeri menunjukkan kos ialah RM3.5 billion . 

Adalah kerajaan DAP akan memberi jawapan silap taip  ??

Rakyat P.Pinang perlu tahu harga sebenar kerana sudah ikut figure sudah tidak sama dan jumlahnya amat besar. 

 Guan Eng sudah tidak boleh membisu dan melarikan diri  , dia perlu menjawab dakwaan ini ke mana lagi RM200 juta itu pergi ??






Gerakan Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP supaya menyatakan kos sebenar projek terowong dasar laut yang didapati mempunyai dua jumlah berbeza.

Pemangku ketua pemudanya, Jason Loo, berkata, kerajaan menyatakan projek itu berharga RM3.7 bilion, tetapi laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) pada 2015 menunjukkan kosnya ialah RM3.5 bilion.

"Bagaimana boleh ada dua harga bagi satu projek. Siapa yang hendak dipercayai, kerajaan negeri atau laporan PAC?

"Bagaimana mereka (kerajaan negeri) boleh terus menyebut RM3.7 bilion, sedangkan dalam laporan PAC, kosnya adalah berbeza. Dokumen ini sangat penting," katanya

Loo berkata, baki RM200 juta lagi boleh digunakan untuk membina 4,762 unit rumah kos rendah untuk manfaat lebih 15,000 orang.

"Mungkin, bagi kerajaan negeri, jumlahnya tidak penting, tetapi mereka boleh membantu rakyat Pulau Pinang, terutama golongan muda, untuk memiliki rumah setiap seorang," katanya.

Oleh demikian, Loo meminta kerajaan negeri pimpinan DAP itu menyatakan kos sebenar projek berkenaan.

Projek terowong dasar laut yang dicadangkan itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai, manakala tiga pakej lebuh raya berkenaan pula ialah Jalan Pantai Utara (menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang), pintasan dari Air Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dan pintasan dari Gurney Drive ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu bernilai RM6.3 bilion. - BERNAMA

default

ROMBAKAN KABINET & HIKMAH KEPUTUSAN UNTUK PENCEN AHMAD HUSNI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Petang tadi   resshuffle kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri . Ada  berita gembira kepada mereka yang naik pangkat & dilantik ke Menteri penuh , tapi ada juga yang berita yang mengecewakan .

Tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan Umno hari ini menimbulkan pelbagai spekulasi hingga pembangkang sudah mula pukul canang kononnya beliau berbuat demikian sebab prinsip dan tidak menyokong dalam isu 1MDB 

Semua jawatan kecuali Ahli Parlimen Tambun , bekas  Menteri Kewangan Kedua itu telah melepaskan jawatan  Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.


Ramai bertanya apa punca Ahmad Husni meletakkan jawatan ??   Tetapi kisah Husni berundur telah tersebar meluas dikalangan pengiat sosial media pro UMNO dengan mendakwa beliau kecewa ditukarkan ke kementerian lain 

Malah dalam jawapan  setiausaha akhbarnya , Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp hanya  menjawab: “Pencen.”

Sewajarnya Ahmad Husni perlu terima sebarang keputusan  pertukaran ini kerana segala keputusan rombakan kabinet adalah untuk mengkukuhkan penjalanan pentadbiran . Dia tidak boleh kecewa dan selaku orang lama dalam politik sepatutnya faham akan lumrah dalam dunia politik dan perlu setia parti  .

Tindakan meletak semua  jawatan dalam parti seolah-olah MEMPROTES di atas keputusan   reshuffle kabinet dilakukan PM.  Kalau ya pun tak suka keputusan kabinet  , tak perlu rasanya nak letak semua jawatan dalam UMNO.  

Pastinya selepas rombakan ini untuk menuju  PRU14  ,  masa depan Parlimen Tambun akan bakal menerima  calon Wakil rakyat baru ekoran  Husni telah  mengumumkan pencen dari kerajaan dan parti  hari ini .  

Walaubagaimanapun ,  pengunduran orang lama seperti Husni sebenarnya   juga ada  hikmah bagi membolehkan UMNO terus dapat meremajakan parti dengan menampilkan muka baru untuk menjadi wakil rakyat di situ akan datang.

Bukan mudah untuk menyuruh politikus lama sejak 1995 berundur dari jawatannya tetapi keputusan hari ini telah membuka jalan untuk Presiden parti . 







default

UMNO PAGOH PERLU DIGANTUNG , SAKI BAKI PENGIKUT MUHYIDDIN PERLU DIBERSIHKAN

on Monday, June 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Saranan wakil Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh yang mendesak UMNO Pusat menggantung UMNO Bahagian Pagoh memang wajar bukannya meletakan pemangku untuk mengetuai bahagian itu .

Ia wajar kerana pembersihan pengikut tegar Muhyiddin perlu dilakukan kerana ia akan terus meracuni pemikiran ahli cawangan dan memburukkan pimpinan UMNO Pusat ekoran pemecatan ini .

Sudah tentunya pemangku jawatan itu nanti adalah dikalangan  pengikut tegar Muhyiddin kerana bakal dilantik daripada jawatankuasa bahagian di situ .

Jadi , kaedah gantung UMNO Bahagian Pagoh merupakan langkah tepat untuk mengembalikan semula perpaduan dikalangan ahli parti di kawasan itu. Penerangan daripada pimpinan negeri dan Pusat juga perlu diberikan ekoran pemecatan ini agar ahli di akar umbi fahami.


default

ZAHID PERNAH DIPENJARA ISA ZAMAN BAPA MUHKRIZ TAPI TAK KHIANATI & SETIA PARTI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Muhkriz yang sering bercakap soal dirinya kononnya  masih setia kepada parti bukan pemimpin     wajar mendengar luahan kisah hidup dari Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahidi Hamidi  .

Cerita Zahid Hamidi  yang pernah ditahan ISA zaman bapak Muhkriz menjadi Perdana Menteri pada 1998 lebih besar ujian dan dugaanya .


 Menjawab soalan Harith mengenai pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO, semalam, Naib Presiden UMNO itu berkata ahli UMNO perlu setia kepada parti. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau setia kepada parti walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998. 

"Saya sabar, ikut arus dan setia kepada parti dan kini saya berada di sini... kesetiaan adalah penting," katanya. Menurutnya, arena politik masa kini lebih canggih dengan cabaran baharu perlu diberi perhatian terutama membabitkan generasi muda. "Perubahan minda berlaku dan emosi mereka juga berubah kerana golongan ini kini lebih cerdik, pandangan yang lebih kritikal, ...ini apa yang kita panggil Gen Y dan Z," katanya. 


Semalam Muhkriz dan Muhyiddin membayangkan mereka bakal sertai parti politik lain atau menubuhkan parti baru .

Ternyata kini  mereka telah menunjukkan diri sebenar mereka .

Level kesetiaaan mereka nampaknya  masih belum cukup untuk menjadi seperti mana Zahidi Hamidi , Pak Lah , TS Isa Samad dan lain-lain.






default

TAAT & SETIA PARTI ADALAH HARGA PALING MAHAL AHLI UMNO @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Pemecatan terhadap Muhyiddin & Muhkriz pastinya menimbulkan kemarahan segelintir ahli UMNO terutama  penyokong tegar mereka di GKCM  .  Tetapi itulah nasib yang mereka harus terima apabila tidak SETIA dan TAAT kepada pimpinan dan parti .


Seperti disebut Timbalan Perdana Menteri , Ketaatan serta kesetiaan kepada parti dan pucuk pimpinan merupakan harga paling mahal yang perlu dibayar setiap pemimpin serta ahli UMNO.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka dididik untuk taat dan setia sepenuhnya kepada kepemimpinan tertinggi parti.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu, perkara sama juga telah dilakukan di bawah kepemimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sudah tentu pelbagai tafsiran boleh dilakukan namun keutamaan hendaklah diberikan kepada menyatupadukan kepemimpinan parti dan juga memberi kebolehpercayaan akar umbi kepada kepemimpinan.

“Jika kebolehpercayaan itu dirungkaikan maka tentu ada har­ga yang patut dibayar dan kita terima keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka serta berlapang dada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Pasar Raya Besar LuLu di CapSquare, Jalan Munshi Abdullah di sini hari ini.


Sebenarnya tindak tanduk gerakan mereka ini diketuai Dr Mahathir sudah lama diikuti dan ia boleh meletakkan orang Melayu dan UMNO dalam bahaya. 

Mereka membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri dan juga bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerang parti .

Pakatan pembangkang  tentunya  goyang kaki  dengan apa yang berlaku dalam UMNO kerana mereka tidak perlu bersusah payah menyerang kerajaan dan parti itu kerana 'gerakan terancang 3 M ini telah membuat kerja menyerang dari dalam .



GPB yakin  keputusan itu telah dimuktamadkan dan badan tertinggi UMNO ini pastinya akan diterima ahli parti dengan hati yang terbuka kecuali penyokong tegar mereka . 

Malah pemerhati politik dan  pengundi atas pagar yang sedang memerhatikan  masalah dalaman  UMNO  ini tentu bersetuju dengan keputusan MT UMNO   .  Ini kerana  mereka cukup  menentang keras tindakan Dr. Mahathir bekerjasama dengan DAP dan paling menyakitkan mata melihat bagaimana beliau sanggup menjulang tangan pemimpin-pemimpin parti itu semata-mata mahu melaksanakan agendanya menjatuhkan Najib . 


Menjelang PRU14 akan datang selepas menyelesaikan kemelut 3M ini ,  mengukuhkan perpaduan parti adalah elemen penting untuk menyiapkan  kesiapsiagaan UMNO menghadapi pilihanraya untuk terus relevan dipiliha oleh rakyat . 





default

AKHIRNYA MUHYIDDIN & MUHKRIZ DIPECAT KEAHLIAN UMNO @NajibRazak @dzainalabidin

on Friday, June 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat keahliannya daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin terhadap parti, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Katanya, pemecatan tersebut dibuat berikutan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan-ucapan bersama dengan mereka dan menyerang pimpinan parti dan UMNO.

“Itu adalah kesalahan yang besar dari segi disiplin parti. Oleh itu, berdasarkan kepada kelakuan ini maka Majlis Tertinggi (MT) UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn hari ini.

 “Untuk Datuk Seri Shafie, MT mengambil keputusan untuk menggantung keahliannya sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin.”

 Dalam masa yang sama, beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bahawa MT telah meminta pihak kerajaan memutuskan segala sumbangan kewangan kepada pihak Yayasan Kepimpinan Perdana sama ada dari segi peruntukan kewangan, penyelenggaraan ataupun kakitangan yang dibekalkan kepada yayasan tersebut.


 “Ini kerana yayasan tersebut digunakan sebagai pusat untuk merancang menjatuhkan secara tidak demoktratik kerajaan yang ada dan mereka menggunakan cara yang tidak sah di sisi undang-undang,” tegasnya lagi. – MediaUMN

default

PEMUDA UMNO MAHU KERAJAAN HENTI DANA KE YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA @azwanbro

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dalam satu move yang tidak disangka-sangka tengah hari Khamis, Pemuda UMNO memanggil sidang media yang dilakukan oleh orang nombor duanya Khairul Azwan Harun mendesak kerajaan menghentikan segera bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Menurut Khairul Azwan, Pemuda UMNO memandang serius tindakan Tun Mahathir Mohamad memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Pemuda mengecam tindakan Tun Mahathir memburukkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kerana bertentangan dengan Perlembagaan serta sistem demokrasi.
"Justeru, Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera...bantuan termasuk kewangan, harta tetap termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada hendaklah dihentikan segera," kata beliau.
Yayasan Kepimpinan Perdana mempunyai 22 kakitangan yang dibayar gaji oleh kerajaan.
Jelas Khairul Azwan, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri untuk memberitahu pendirian Pemuda UMNO itu secepat mungkin dan membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
"Kita sedia maklum Yayasan ini juga menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, tapi hari ini saya mendesak supaya dana yang berasal dari kerajaan dihentikan," katanya.
Difahamkan, Mahathir sering menjadikan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya ini sebagai tempat untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi menggulingkan Najib.
Sementara itu, Khairul Azwan mahu Tun Mahathir menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Beliau sendiri yang menjadikan kedua-dua pilihanraya itu sebagai referundum kepada Najib. Rakyat sudah bersuara dan mereka yang memilih Najib lebih ramai dari yang sebelum ini. Tun Mahathir sebagainya menghormati keputusan ini dan berehat,"kata beliau ketika menjawab soalan wartawan.
"Saya nak tanya beliau sekarang berkempen hendak jatuhkan Najib mewakili parti mana...? atau itu hanya agenda peribadinya, kerana jika agenda parti... parti mana? adakah beliau ahli PAN, kerana beliau tolong kempen calon PAN tempoh hari?
"Jika sebaliknya atas kepentingan peribadi saya serah pada rakyat untuk menilai... kalau beliau benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan agenda PAN atau DAP molek beliau bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan menjadi ketua pembangkang mewakili PAN atau DAP,"katanya

default

MAHFUZ BEAN MELAWAK KEMBALI , JADIKAN SAKIT MB KEDAH SEBAGAI BAHAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Siapa tak kenal Mahfuz Bean , pemimpin PAS tapi berhati PAN yang mulut longkang sentiasa menggunakan kemahiran sindiran lawaknya kepada pihak lawan. 

Kali ini kepada MB Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah yang diketahui umum sedang dirawat di HPP selepas menjalani pembedahan . 

Sewajarnya di bulan Ramadhan ini , beliau mendoakan kesihatan yang baik kepada MB Kedah tetapi sebaliknya Mahfuz menjadikan ia sebagai modal lawak bodohnya menyindir mesyuarat Exco dilakukan di wad . 

Tidak pelik rasanya mesyuarat Exco dilakukan di hospital kerana sebelum ini sudah  ada MB yang berbuat demikian . 

Mahfuz dilihat mempunyai agenda  walaupun  menampakkannya dirinya tidak matang berpolitik dengan menyindir keadaan MB Kedah . 

 Isu pemangku MB Kedah yang disebut beliau jelas menunjukkan niat tidak baiknya cuba mahu menggangu urusan pentadbiran kerajaan Kedah dan dalaman parti BN . 

Mahfuz diketahui  umum adalah penyokong tegar Mahathir dan Muhkriz dan tentunya beliau cuba menjadi batu api dan take advantage daripada keadaan kesihatan MB Kedah .

Lebih baik beliau muhasabah diri terlebih dahulu sebelum nak mengata orang lain . 







“Tidak lama lagi, pusat pentadbiran Kerajaan Kedah akan berpangkalan di wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang (HPP), tempat di mana (Datuk Seri) Ahmad Bashah (Md Hanapiah),” demikian sindir Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat Exco Kedah yang terpaksa diadakan di wad kecemasan hospital terbabit semalam memandangkan menteri besarnya, Ahmad Bashah masih berada dalam tahanan wad yang sedang menjalani rawatan akibat komplikasi usus.

Kata Mahfuz, beliau turut bersimpati dengan keadaan kesihatan yang menimpa Ahmad Bashah, bagaimanapun katanya, pemimpin BN itu sendiri sepatutnya perlu mendahulukan Kedah dan rakyat.
“Berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama Kedah akan ditadbir dari wad ICU Hospital Pulau Pinang? Berapa lama pula Ahmad Bashah perlu bercuti sakit atau berehat selepas keluar dari hospital?

“Ini sangat penting untuk rakyat Kedah. Bagi rakyat Kedah, mereka mahukan perjalanan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang menteri besar dari Wisma Darulaman bukan dari wad ICU hospital,” katanya lagi.

Ahmad Bashah sebelum ini dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Mergong, Kedah sebelum disahkan komplikasi usus.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah ditukarkan ke HPP untuk proses pemantauan berterusan.

“Pegawai perubatan perlu memberikan penjelasan tentang berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu berada di wad ICU. Apakah perlu ada pemangku Menteri Besar Kedah untuk memastikan perjalanan sebuah kerajaan yang lebih licin dan efisien?

default

FAKTA ANTARA RM500 DENGAN BONUS RAYA KERAJAAN P.PINANG & SELANGOR @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan Persekutuan umumkan Bantuan Raya 2016 dengan nilai sebanyak RM 500 kepada setiap Penjawat Awam pada Gred 54 dan ke bawah saja. Bonus tersebut telah selamat tiba di dalam akaun bank masing² semenjak 13 Jun 2016 yang lepas. 

Ada suara² dari longkang yang dok membebel katanya nilai yang diterima tersebut sedikit disebabkan kerajaan Persekutuan dah nak bankrap kerana jika hendak dibandingkan dengan nilai bonus lumayan seperti diumumkan kerajaan negeri lain terutamanya di Selangor & Pulau Pinang.
Selangor : 1 bulan + 1/2 bulan gaji
Pulau Pinang : 3/4 bulan gaji

Mungkin yang bercakap ala² profesor Matematik tu pernah menuntut ilmu hisab dari Rafizi Ramli. Sebab tu nampak bengong je persoalan yang dilontarkan.

Berikut jumlah Penjawat Awam semasa ;

Persekutuan : 1.6 juta
Selangor : 17,428
Pulau Pinang : 1,486

Seperkara lagi, jangan lupa kerajaan Persekutuan juga turut memberikan bantuan yang sama bernilai RM 250 kepada 743,000 pesara². Ok berbalik kepada cerita asal. Kenapa sedikit jumlah bonus nya?

1. Jumlahkan terlebih dahulu Penjawat Awam Persekutuan + Pesara². Secara confirmnya jumlah tersebut lebih banyak berbanding kedua² negeri tersebut. Di Selangor & Pulau Pinang tidak dinyatakan sama ada pesara diberikan bantuan raya atau tidak. Nampaknya macam tiada jer kan.

Walaupun nilai jumlahnya sikit tapi jumlah keseluruhannya mereka yang merasai faedah Bantuan Hari Raya ini jauh lebih ramai.

2. RM 500 ini adalah Bantuan Hari Raya 2016. Bagaimanapun kerajaan Persekutuan telah mengumumkan melalui Bajet 2016 mengenai pemberian bonus yang telah dilaksanakan pada 4 Januari 2016.

3. Di kedua² negeri tersebut tidak dinyatakan juga siapa & gred mana yang layak menerima bonus raya seperti kerajaan Persekutuan tegaskan hanya mereka di bawah Jusa atau di bawah Gred 54 sahaja.

4. Mungkin benar dakwaan poster di atas bahawa Perdana Menteri DS Najib Tun Razak tidak menerima bonus tetapi Menteri Besar Selangor & Ketua Menteri Pulau Pinang tetap menerima 'bantuan' raya seperti mereka yang lain. #MeriahnyaRaya

5. Jumlah kutipan GST lebih tapi kenapa ini saja pulangannya kepada rakyat? Tahun lepas kerajaan berjaya mengutip lebih RM 30 bilion tapi takkan lah nak habiskan jumlah tersebut untuk diberikan bonus kepada Penjawat Awam.

Yang kaki complaint macam Rafizi tu tak mahu kira ker hal² lain termasuk subsidi perubatan, pendidikan, pembaikan jalan raya, infrastruktur, penambahbaikan perkhidmatan awam dan pelbagai lagi yang rakyat boleh rasai secara tidak langsung. Mungkin ini alasan yang agak klise tapi ianya fakta yang tak boleh dinafikan.

6. Ada yang berkokok, dakwanya bonus kerajaan Persekutuan berikan ini adalah saguhati untuk Pilihanraya Umum yang dijangka dalam tempoh terdekat. Ini adalah salah satu telahan yang amat 'menusuk kalbu' kerana kerajaan negeri juga melakukan perkara yang serupa dan bolehkah ianya dianggap saguhati Pilihanraya juga kepada Penjawat Awam di negeri tersebut? Atau sebenarnya ianya adalah dedak berkala?

7. Saban tahun cukai tanah, pintu dan perniagaan dinaikkan oleh kedua² kerajaan negeri ini, begitu juga dengan kos tol meningkat di mana syarikat konsesi dimiliki kerajaan negeri. Tapi sebanyak ini sajakah hasil yang dipulangkan kepada Penjawat Awam? Itu belum cerita hasil yang dinafikan untuk mereka yang tidak bergelar Penjawat Awam.

8. Kerajaan negeri mempunyai pelbagai hasil pendapatan dan begitu juga dengan kerajaan negeri. Tapi kan lebih baik berikan juga kepada penduduk negeri tersebut. Seorang RM100 pun jadi lah kan untuk Raya tapi langsung takda.

9. Di Pulau Pinang, tidak sampai 1,500 saja menerima 'dedak' daripada kerajaan DAP. Lagi macai nak bangga dengan keputusan teragung yang dibuat kerajaan negeri ini. Hasil daripada jual tanah dan penerokaan hutan simpan secara senyap, tak nak dikongsikan bersama penduduk negeri ni ker Guan Eng?

Selain pembayaran khas di atas, kerajaan telah bersetuju untuk memberi faedah berikut untuk menghargai Penjawat Awam yang bakal merasai lagi nikmat lumayan daripada kerajaan Persekutuan bermula 1 Julai 2016 ;

a. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion.

b. 
Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.

c. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

d. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ianya melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

e. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak.

Kesimpulan untuk keseluruhan cerita di atas adalah Malaysia belum bankrap dan tidak bercadang untuk bankrap. Harap maklum. Jika bankrap pun, ianya akan bermula dari Pulau Pinang sebab dah takda tempat lagi nak diteroka

default

HARON DIN PERTIKAI PRINSIP MAHATHIR BERSEKONGKOL MUSUH ISLAM DAP

on Thursday, June 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan me­ngundang banyak perkara negatif.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.

Haron yang juga Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berpandangan, Dr. Mahathir mungkin bersikap emosional kerana hasratnya untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya.

Beliau memberitahu, hasrat Dr. Mahathir sebelum ini dikatakan semuanya dapat dicapai.
“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah,” jelasnya.

Menurut Haron, sebagai seorang ahli politik veteran yang matang, Dr. Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau lakukan.

“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” katanya

default

BOS MYWATCH DITAHAN POLIS , PERAS UGUT RM25 RIBU SEBULAN TAUKE JUDI EKOR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Kononnya menjadi NGO pemantau untuk POLIS bagi membanteras jenayah tetapi rupanya kaki pau serupa gangster kepada tauke judi ekor .

Bahaya individu seperti ini dekat dengan POLIS dan tauke2 judi, maksiat .. ibarat dia ni sudah makan 2 kolam .  Duit boleh sapu setiap bulan dengan ugut dan kegiatan disembunyikan sebab NGO nya membantu POLIS .

Patutlah kaya raya dalam usia yang muda dan sudah menjadi Datuk .  Beliau juga bekas Ketua AMK di Negeri Sembilan dan tidak mengejutkan puak PKR ini terlibat denga kegiatan seperti ini .

Depan rakyat tunjuk HERO OF MALAYSIA tapi sebaliknya gangster besar !!



Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan menerima wang hasil peras ugut lebih RM300,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, pengerusi bergelar Datuk itu melakukan peras ugut terhadap pengusaha judi ekor haram di seluruh negara.

"Antara pengusaha kedai judi ekor haram yang diugut berada di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

"Jumlah tertinggi yang dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk berkenaan mencecah RM25,000 sebulan," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.

Sumber berkenaan turut memaklumkan siasatan polis juga mendapati suspek merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun tidak memaklumkan sejauh mana penglibatannya dalam kumpulan haram itu.

Terdahulu pengerusi yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap itu ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.

Menurut laporan Berita Harian dalam versi dalam taliannya,  pengerusi terbabit yang berusia dalam lingkungan awal 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.

Sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk tersebut sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
"Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," lapor akhbar itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.