..

..
Archive for April 2016

default

DEMI JATUHKAN NAJIB , MAHATHIR SANGGUP DIHINA DALAM FLYERS DAP ??

on Saturday, April 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Adakah berbaloi Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang terutamanya DAP semata-mata mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ?

 Inilah yang menjadi persoalan ketika ini apabila DAP secara terang-terangan menikam bekas perdana menteri itu dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11, 7 Mei depan.

 Menerusi risalah kempen yang diedarkan kepada orang ramai ketika hadir mengikuti ceramah DAP, Tun Mahathir dihina konon pada mulanya mengamalkan Amanah, Bersih, Cekap (ini pun salah sepatutnya Bersih, Cekap, Amanah).

 Tetapi kemudian pada kolum sebelah kanan di risalah politik DAP itu dengan jelas menyatakan Tun Mahathir selepas beberapa tahun didakwa mengamalkan skandal penyelewengan di Malaysia yang melebihi berbilion-bilion ringgit.

 Adakah ini balasan DAP ketika mana mereka sanggup terima Tun Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat termasuk demonstrasi haram Bantah GST di ibu negara baru-baru ini, pada masa sama menghina Tun Mahathir.

 Pengedaran risalah DAP itu jelas menyerlah sifat hipokrit parti tersebut sanggup berbuat apa sahaja termasuk tikam sekutunya sendiri yang bekerja keras menggulingkan Najib dengan dijadikan bahan kempen PRN kali ini. Inilah wajah sebenar DAP apabila rakan sesama Pakatan Harapan pun sanggup ditikamnya inikan pula Tun Mahathir.

 Malah tak sedar dek untung apabila Tun Mahathir sanggup bekerjasama dengan mereka demi mengusahakan Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

default

ADUN PKR SEBERANG JAYA KALAH SAMAN FITNAH , DIKEHENDAKI BAYAR GANTIRUGI RM280 RIBU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat BN kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Adun Telok Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid; Adun Permatang Berangan, Omar Abd Hamid dan Adun Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada keempat-empat plaintif itu berserta faedah lima peratus.

Ketika membenarkan saman fitnah difailkan oleh empat wakil rakyat BN itu, Chong Fong berkata, mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh Dr Afif pada Himpunan Reformasi 2.0 bertarikh 17 April 2014 adalah fitnah terhadap kesemua plaintif.

"Mahkamah juga mendapati pembelaan defendan untuk justifikasi gagal kerana defendan tidak mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong rayuan justifikasi," katanya.
Lim dalam penghakimannya juga berkata mahkamah turut mendapati pembelaan komen berpatutan adalah gagal kerana ucapan yang dibuat ADUN PKR itu adalah pernyataan fakta dan bukan komen.

"Selain itu didapati ada unsur fitnah kerana defendan sepatutnya tahu fakta berkaitan isu bantahan penjualan tanah TUDM ini daripada beberapa artikel yang dilaporkan dalam surat khabar sebelum tarikh 17 April 2014," katanya.

Pada Julai 2014, Shabudin, Jahara, Omar dan Muhamad Yusoff selaku plaintif pertama hingga keempat menfailkan saman terhadap Dr Afif dengan mendakwa Dr Afif telah membuat ucapan berbaur fitnah terhadap mereka.

Menerusi pernyataan tuntutan, kesemua plaintif itu mendakwa Dr Afif telah membuat ucapan fitnah di hadapan serta didengari oleh semua yang hadir dalam Himpunan  Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 17 April 2014.

Kesemua plaintif mendakwa pernyataan fitnah yang dibuat defendan bermaksud bahawa plaintif pertama hingga keempat telah menjual tanah  TUDM Butterworth kepada syarikat kroni.

Mereka juga mendakwa kenyataan itu juga turut menunjukkan kesemua plaintif terlibat dengan penjualan tanah TUDM Butterworth tanpa melalui proses penjualan yang  betul serta terlibat dengan penyelewengan penjualan tanah itu kepada pembeli yang berkepentingan peribadi.

Oleh itu kesemua plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan , faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Keempat-empat plaintif diwakili peguam Azmer Md Saad manakala Dr Afif diwakili peguam Datuk CV Prabhakaran.

Jahara ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah itu yang sekaligus telah membersihkan nama beliau dan tiga rakannya daripada tuduhan terbabit.

Sementara itu, Prabhakaran pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Turut hadir di mahkamah pada prosiding hari ini ialah Dr Afif dan Muhamad Yusoff. - Bernama






default

PKR AJAK FOKUS PENGUNDIAN SEBENARNYA RAYUAN GAGAL & DIMALUKAN TOKONG DI KOMTAR #PRNSARAWAK

on Friday, April 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini jika kita meneliti kenyataan  PKR  mengajak fokus pengundian dan melupakan pertembungan sesama sendiri di PRN Sarawak , itu menunjukkan 3 orang iaitu  Jijah , Izzah, Pudin TELAH GAGAL MERAYU  untuk parti mereka    bila   jumpa Guan Eng di Penang.
Tindakan merayu dilakukan 3 pemimpin PKR jelas cukup MEMALUKAN dan seolah-olah merayu seperti Tokong DAP ini  macam Raja. 
Menurut sumber  ,  mereka  ini  merayu agar dan pujuk DAP menarik diri di 2 DUN iaitu Batu Kitang dan Murum  dan sebagai balasan PKR akan undur 4 kerusi di  Mulu , Simanggang dan Ngemah . 
 Menurut sumber,solusi ini di panggil 4-2, apa yang mengejutkan apabila tokong memberikan kata dua kepada Wan Azizah,Nurul Izzah dan Saifudin. Selagi Azmin yang membuat keputusan DAP tidak akan berganjak malah tokong turut menyesal apabila membantu Azmin menumbangkan Tan Sri Khalid daripada kerusi MB Selangor.
 Keputusan Tokong ini jelas mengecewakan dan pulang hampa Izzah , Azizah dan Pudin kerana dimalukan sebegitu rupa. 
Apa maksud Nurul Izzah parti akan menguruskan selepas 7 Mei ? 
Sebenarnya perancangan mereka ialah  PKR - DAP akan buat wayang damai depan rakyat. 
Kelemahan PKR ialah Anwar ,  DAP akan bagi gula-gula sokong ANWAR bebas, semua akan pulih. 
Mereka juga  akan pastikan AZMIN tunduk bawah DAP. DAP sanggup gugat kerusi MB SELANGOR macam mana DAP jatuhkan KHALID.
Ini kerana Azmin dilihat keras kepala dan tidak tunduk kepada DAP .  DAP parti ala diktator ini memang tidak suka siapa menentang keputusan mereka dan lihat apa mereka lakukan kepada PAS . 



Di sebalik keengganan PKR dan DAP untuk berundur dari bertanding di enam kerusi yang sama dalam pilihan raya negeri Sarawak, PKR memilih untuk tidak memandang ke belakang dan terus fokus kepada proses pengundian tersebut.
"Saya memilih untuk tidak menumpukan kepada ini (pertembungan kerusi). Biarlah kita melangkah ke depan," Naib Presiden PKR yang juga pengarah pilihan rayanya, Nurul Izzah Anwar berkata pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.
Tanpa mengulas lanjut, beliau berikrar partinya akan menguruskan perkara itu selepas 7 Mei ini. 
"Kami pasti akan kendalikan apa yang perlu dilakukan selepas 7 Mei," katanya.
Nurul Izzah, yang juga ahli parlimen Pantai, yakin isu yang sama tidak akan berjangkit ke Semenanjung Malaysia, dengan ikatan antara komponen parti dalam Pakatan Harapan adalah lebih kukuh.
Hari ini, Datuk Zaid Ibrahim yang pernah berjuang bersama PKR berhasrat menyatakan kepada DAP agar tidak lagi perlu bersama dalam gabungan dengan PKR.

default

KRITIKAN ADUN PAKATAN HARAPAN KEPADA GUAN ENG BUKTI PEMERINTAHAN DAP HANYA RETORIK @dzainalabidin

on Thursday, April 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, kritikan yang dilempar pemimpin Pakatan Harapan terhadap kepimpinan buruk Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ibarat bangkai gajah busuk yang tidak mampu selamanya disorokkan lagi.

 Jelasnya, jika pada awal pemerintahan Dap di Pulau Pinang, segala kesalahan diletakkan kepada Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah terdahulu, kini Dap tidak boleh lagi menuding jari kepada pihak lain.

 Ini kerana tegas beliau pemimpin mereka sendiri yang sudah mula bersuara yang ternyata sudah jelak dengan retorik Dap yang terlalu pentingkan kuasa sehinggakan kepentingan rakyat terabai.

 Jahara berkata demikian mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

 “Apa sahaja usul yang dilihat berpotensi untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran Guan Eng maka ianya akan tolak. Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama. Dulu mereka salahkan BN tapi kini ADUN mereka sendiri membidas.

 “Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan Dap hanya penuh retorik dan tidak demoktratik. Mereka tidak mahu menerima sebarang kritikan dan kerana itulah pentadbiran mereka semakin lemah,” ujar beliau.

Tambah beliau, pemimpin Pakatan Harapan kini tidak mampu lagi menjadi lembu dicucuk hidung dan hanya melihat rakyat menjadi mangsa kepada Dap yang tamak. 

“Oleh itu rakyat harus membuka mata dan sedar bahawa hanya BN yang mampu merubah dan mengotakan janji.
Berilah peluang untuk BN kembali memerintah BN dan bandingkanlah betapa kami jauh lebih baik daripada Dap.

 “Jika sudah orang mereka sendiri mula bersuara sehinggakan ada yang menangis semasa meluahkan perasaan dalam sidang Dun, bayangkanlah betapa teruknya pemerintahan Dap ini,” tegasnya lagi.

default

PKR BAKAL DITENDANG DARI GABUNGAN DENGAN DAP - AMANAH ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semakin panas suhu ketegangan hubungan antara DAP  - PKR .  Bekas Ahli PKR Zaid Ibrahim cuba menjadi panel pemikir Pakatan Harapan pulak dengan merancang mahu singkirkan PKR daripada gabungan dengan DAP  - AMANAH .

Beliau juga mendakwa PKR tidak boleh dipercayai berbanding pakatan DAP dengan AMANAH selepas 6 kerusi di PRN Sarawak bertembung sesama sendiri .

Kita tunggu akan drama ini adakah akan terus panas selepas PRN Sarawak .



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim merancang mengundang pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang ke majlis makan malam menjelang pilihan raya Sarawak 7 Mei ini. Dalam acara itu yang digambarkan mewah itu, beliau berhasrat menyatakan kepada DAP agar tidak lagi perlu bersama dalam gabungan dengan PKR.

 “Dalam majlis makan malam itu saya akan cadangkan ini: Lupakan kerjasama pilihan raya bersama-sama. 

 “Ia tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak. "

Harapan terbaik untuk pakatan pembangkang yang boleh dipercayai adalah antara DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya. DAP dan PKR kini bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas gagal menyelesaikan pengagihan kerusi.

 Zaid yang pernah berjuang bersama PKR selepas meninggalkan Umno berkata beliau sedih melihat Lim perlu memohon maaf kepada rakyat Sarawak kerana kengganan PKR mematuhi perjanjian. 

"Pembangkang sentiasa ada puak-puaknya tetapi untuk menunjukkan hasrat untuk berpecah seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya Sarawak ini tidak boleh dimaafkan," katanya.

 Mengulas lanjut cadangannya, Zaid berkata pakatan DAP-AMANAH juga boleh mempunyai susunan longgar dengan PKR, sama seperti Asean + 2, bagi maksud menganjurkan ceramah bersama dan persetujuan untuk bidang utama pembaharuan.

 "Mempunyai hadirin ramai akan meningkatkan semangat pembangkang dan penyokong mereka tetapi mempunyai pakatan pilihan raya di mana agihan kerusi dipersetujui terlebih dahulu antara DAP-AMANAH dan PKR akan menjadi pembaziran masa dan boleh membawa kepada pertelingkahan lebih teruk serta menggembirakan BN," katanya.

 PKR, kata Zaid mengandaikan bahawa pemimpinnya akan dilantik menjadi perdana menteri selepas kejatuhan Umno.

 "Ada yang percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri. Jika itu berlaku, (naib presiden) Nurul Izzah dan Rafizi Ramli dan (bekas Setiausaha Agung) Saifuddin Nasution Ismail akan mempunyai jawatan penting penting.

 "Sebaliknya, kita ada (Timbalan Presiden PKR) Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan rakan-rakan yang percaya bahawa PKR hari ini tidak sama dengan PKR pada tahun 2004 dan bahawa parti itu di bawah kawalan mereka, maka mereka mahu membuat keputusan penting yang diputuskan sendiri.

 "PKR di bawah Azmin akan menjadi fleksibel dan tidak mustahil bahawa PKR + PAS atau PKR + pemberontak Umno akan disajikan untuk pertimbangan pengundi," katanya

default

GUAN ENG PERLU LETAK JAWATAN JIKA GAGAL BUKTIKAN RAHMAN DAHLAN MEMFITNAH @dzaidisaid @MPKotaBelud

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu meletakkan jawatan sekiranya masih gagal untuk membuktikan Datuk Abdul Rahman Dahlan menfitnah dirinya berkaitan isu penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn.

Jelasnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telahpun meminta Guan Eng agar mengambil tindakan saman sekiranya benar apa yang didedahkan berkaitan isu tersebut adalah satu fitnah.

“Sebelum ini Guan Eng begitu pantas akan mengambil tindakan undang-undang jika merasakan dirinya berada dipihak benar. Tapi adakah kali ini dia berasakan dirinya bersalah dan kerana itu dia hanya mendiamkan diri tidak mahu saman.

“Atau dia takut lebih banyak pekung akan terbuka… Jika dia tidak bersalah maka inilah landasan terbaik untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan membuktikan dia memang mangsa fitnah,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Zaidi, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan saman bagi membuktikan apa yang didedahkan Rahman adalah satu penipuan untuk memburukkan dirinya.

Kini katanya, beban terletak di atas bahu Guan Eng… Seharusnya Guan Eng menggunakan landasan ini sebaik mungkin untuk menyatakan kepada rakyat bahawa penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah tidak menyalahi undang-undang.

“Jika Guan Eng masih terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan saman maka rakyat akan menganggap apa yang didedahkan oleh Rahman adalah satu kebenaran dan oleh itu Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

“Saya sendiri berasa hairan apabila Guan Eng tidak mahu menggunakan peluang di depan mata untuk membuktikan dirinya berada di pihak benar,” ujarnya lagi.

Isu penyelewengan Taman Manggis dan pembelian rumah banglo Guan Eng ini mula menjadi perbualan hangat apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya mendedahkan perkara ini di dewan rakyat baru-baru ini.

default

PAKATAN CACARMARBA TANDING SESAMA SENDIRI, RAKYAT SARAWAK BOLEH MENILAI @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Rakyat Sarawak termasuk 1.13 juta pengundi boleh menilai sendiri wajarkah pembangkang diberi peluang memerintah kerana dalam memutuskan pengagihan kerusi-kerusi bertanding pun pakatan itu sudah menjadi cacamarba.

Menarik perhatian pertembungan calon DAP dan PKR sesama sen­diri di enam kerusi Dayak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah terang lagi bersuluh pakatan pembangkang tidaklah semantap permuafakatan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Jika tidak mana mungkin ada kalangan mereka yang bertan­ding dalam kerusi yang sama. Harap rakyat di negeri ini boleh menilai sendiri bagaimana jika pakatan itu memerintah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jabatan Sukarelawan (Rela) Bersama Pemimpin di Rumah Panjang, Rumah Margretta Kerangan Buloh di sini semalam.
Sehingga jam-jam terakhir pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang menyimpan hajat untuk menang lebih besar dalam pi­lihan raya negeri (PRN) ke-11 ini berbanding PRN 2011, mereka akhirnya gagal mencari titik pertemuan.

Kesudahannya, DAP-PKR bertembung di kerusi-kerusi majoriti Dayak.
Kali ini DAP bertanding di 31 ke­rusi, dengan 14 majoriti Cina, 16 ke­ru­si Dayak dan satu kerusi majoriti Mela­yu. PKR pula bertanding di 40 kerusi.

Terdahulu Ahmad Zahid meng­u­mumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi pembinaan jalan menghubungkan rumah panjang ber­kenaan yang sempit dan RM50,000 la­gi bagi menaik taraf balai raya yang rosak serta menambah baik tangki air di sini.
Kementerian Dalam Negeri yang diketuai beliau juga akan mengagihkan 300 pengusung untuk 300 rumah panjang di negeri ini bagi memudahkan penduduk menguruskan jenazah yang dibawa keluar selain bantuan Rela di tempat berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam BN terdapat satu atau dua kes yang mana bekas ahli komponen BN bertanding berdasarkan kepenti­ngan individu, bukannya parti.

“Malah calon terlibat tidak diiktiraf parti komponen dan mesra BN,” ujarnya.

Mengulas peranan Rela di negeri ini, Ahmad Zahid berkata, sumba­ngan Rela Sarawak terbukti tidak ketika pilihan raya sahaja tetapi setiap masa dengan sentiasa berada di garisan hadapan.

Oleh itu, kata beliau, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memperuntukkan RM8 juta dan beliau sendiri menambah RM8 juta lagi bagi memastikan kelengkapan Rela dalam menjalankan aktivitinya.

“Pilihan raya ini akan menentukan calon BN mendapat sokongan daripada rakyat terutama daripada anggota serta pegawai Rela di seluruh negeri ini yang merupakan kira-kira 35 peratus pengundi Sarawak.

“Anggota Rela adalah penggerak utama mendukung hasrat kerajaan kerana Rela berada di lapisan ke­se­lamatan kedua. Kalau sesuatu berlaku di Sarawak yang memerlukan penglibatan Rela, saya yakin Rela sanggup membantu pasukan polis dan tentera untuk pertahankan Bumi Kenyalang ini,” katanya.

default

PERLANTIKAN MOHAMAD IBRAHIM GABENOR BANK NEGARA BARU BUKTI WSJ PENIPU & KAKI FITNAH

on Wednesday, April 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Akhirnya desas desus siapa pengganti TS Zeti Akhtar Aziz terjawab .   

Tahniah kepada Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yang diberi tanggungjawab sebagai Gabenor Bank Negara yang baru berkuatkuasa  1 Mei 2016 selama 5 tahun ini . 

Ini bermakna FITNAH dan PENIPUAN oleh Wall Street Journal terhadap Malaysia .

WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


WSJ TERNYATA HANYA SUARA DAJJAL UNTUK MENGJAHANAMKAN MALAYSIA ...






Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.- BERNAMA


default

DAP BERNIAT JAHAT SABOTAJ USAHA KERAJAAN BEBASKAN MANGSA PENCULIKAN #PRNSARAWAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DAP harus dipertanggungjawabkan jika keselamatan empat mangsa culik dari Sibu terancam berikutan perbuatan parti itu mengheret keluarga kesemua mangsa ke pentas ceramah dan perhimpunan kempen pilihan raya negeri ini.

Mengingatkan parti pimpinan Lim Kit Siang itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perbuatan DAP itu tidak boleh diterima sama sekali kerana akan merosakkan usaha rundingan sekali gus mengganggu proses pembebasan mangsa culik.

Menurut beliau, kerajaan menye­dari motif DAP itu mahu ‘memperlihatkan’ kepada rakyat terutama pengundi Sarawak kononnya pihak polis tidak mengusahakan sebarang tindakan untuk menyelamatkan mangsa.

Sedangkan, katanya, pihak berkuasa berusaha melakukan yang terbaik menerusi rundingan bukan sahaja dengan pihak berkuasa Fi­lipina malahan dengan penculik.





‘‘Emosi keluarga mangsa culik tidak seharusnya diganggu. Saya ingin beritahu rakyat Sarawak khususnya keluarga mangsa bahawa usaha sudah dan sedang dijalankan untuk membebaskan mangsa penculikan ini.

“Malah, pegawai kanan polis baru pulang dari Manila semalam untuk mengusahakan sesuatu. Berikan keyakinan kepada pihak berkuasa walaupun ia ambil masa sedikit kerana perbuatan ini dilakukan untuk mendapat wang tebusan.

“Ini semua diketahui oleh DAP tetapi sengaja memanipulasikan (insiden ini) supaya rakyat terkeliru. Jika penculik tertekan kerana tindakan DAP mengheret keluarga mangsa (dalam ceramah politik) dan mangsa tidak dibebaskan, maka DAP harus bertanggungjawab,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Jabatan Sukarelawan (Rela) Bersama Pemimpin di Rumah Panjang, Rumah Margretta Kerangan Buloh di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, An­thony Nogeh Gumbek; Ahli Parlimen Julau, Josep Salang Gandum; Ketua Pengarah Rela, Datuk Kamariah Mohd. Noah; calon Barisan Nasio­nal (BN) Meluan, Roland Duat Jubin dan Tuai rumah, Margretta Tujang.

Ahmad Zahid berkata, keluarga mangsa harus meletakkan tanggungjawab kepada DAP atas tindakan mengheret mereka memanipulasikan insiden penculikan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan parti politik memainkan isu penculikan dan mengheret keluarga mangsa ke dalam kempen mereka akan menyukarkan lagi usa­ha pihaknya untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

“Kami faham situasi keluarga mangsa yang sentiasa inginkan bantuan bagi membawa pulang ke­semua mangsa yang diculik.

“PDRM berharap perkara ini tidak dipolitikkan dalam usaha me­raih sokongan orang ramai,” katanya di Petaling Jaya.

default

SERANGAN KEMPEN #SEMUASALAHAZMIN KERANA ISU PERTEMBUNGAN CALON #PRNSARAWAK

on Tuesday, April 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Musuh Azmin Ali dalam PKR terutama dari kem Jijah   kini sudah mula pint point kepada beliau dalam  isu pertembungan Calon PKR - DAP di PRN Sarawak .

Itu bukan  perkara pelik dalam PKR ini kerana sejarah  PKR bila berdepan masalah dalaman mereka akan mula mencari salah orang tapi kali ini mereka tuduh Azmin bukan BN .






Ini kerana mesej whasapp untuk ahli PKR  sudah mula bertebaran dari kem Azmin mempertahankan bos mereka dalam isu calon PKR bertembung DAP   di Sarawak ini .

Mesej whasapp ini juga menggambarkan kem Azmin kini sedang  berdepan dengan  musuh dalam parti mereka  serta juga DAP .




RISALAH TOLAK PAIP - Pemuda Anti Ilmu Pengetahuan

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2016 - SIAPA TAMAK & ANGKUH ?

Terdapat 5 kerusi (Mulu, Murum, Ngemah, Mambong & Simanggang) yang bertindih selepas proses penamaan calon pagi tadi.

FAKTA 

N78 : Mulu - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Belaga. Pada tahun 2011, DUN ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

N66 : Murum - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Telan Usang. Pada tahun 2011, DUN ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

N49 : Ngemah - Kerusi ini pada tahun 2011 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

N19 : Mambong - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Bengoh. Pada tahun 2011, kerusi ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

APA YANG BERLAKU ?

1. Azmin Ali dan Nurul Izzah telah diberikan mandat selaku Timbalan Presiden & Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya untuk berunding dengan tuntutan DAP terhadap kerusi ini.

2. Biarpun telah dipersetujui secara prinsip untuk pertandingan 1 lawan 1, PKR Negeri Sarawak tetap meminta pimpinan pusat untuk mempertahankan kerusi terbabit memandangkan kerusi tersebut asalnya disandang oleh PKR dan calon-calon PKR telah bekerja sejak sekian lama biarpun tewas dalam PRN 2011.

3. Azmin tegas mempertahankan maruah PKR dan anggota yang telah bekerja keras sekian lama. Azmin cuba menghubungi Lim Guan Eng berkali-kali sehari sebelum penamaan calon tetapi tidak dijawab dan mendapat maklum bahawa Lim Guan tidak mahu meneruskan rundingan.

3. DAP yang diwakili oleh Lim Guan Eng tidak mahu meneruskan rundingan biarpun dirayu oleh PKR sehingga ke saat akhir. DAP tetap berkeras. Lihat bagaimana Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar merayu kepada DAP demi maruah parti. [ https://m.malaysiakini.com/news/339028 ]

SEKALI LAGI SIAPA YANG TAMAK & ANGKUH ???

LEBIH PENTING, SIAPA PIMPINAN YANG RELA MENGGADAIKAN MARUAH PARTI KEPADA DAP ? 

UNTUK MENUTUP PEKUNG 'BELIAU', DI BERITAKAN BAHAWA INI SEMUA SALAH 'AZMIN'

default

Bila Orang kuat Guan Eng sound PKR Go To Hell ! #PRNSarawak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 Semakin panas isu tikam belakang antara PKR dan DAP yang berebut kerusi bertanding di PRN Sarawak.  Puak ultra kiasu  DAP meroyan dakwa mereka ditipu PKR.

Malah Ng Wei Aik atau panggilan manjanya YB Tong Gas telah menghina PKR sebagai Ask PKR Go To Hell !!

Manakala PKR pulak mendakwa mereka pertahankan hak mereka kerana di PRN lepas mereka yang tanding di DUN berkenaan.

Sebenarnya kedua - dua parti patut Go To Hell dari Sarawak kerana mereka ini adalah perosak dan penghasut kepada ketenteraman masyarakat berbilang kaun di sini.




default

FAKTA MENARIK HARI PENAMAAN CALON PERLU ANDA TAHU #PRNSARAWAK #TEAMADENAN #BARISANASIONAL

on Monday, April 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK (25 APRIL 2016)

1. DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baru.

2. PERDANA MENTERI dan Ketua Menteri Sarawak menunaikan Solat Hajat sebelum berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon N.3 Tanjung Datu.

3. DUA calon BN telah menang tanpa bertanding di N.82 Bukit & N.79 Bukit Kota.

4. PERTEMBUNGAN 5 penjuru di 5 DUN.

5. PERSAINGAN 4 penjuru di 12 DUN

6. PEREBUTAN 3 penjuru di 28 DUN

7. PERTEMUAN satu lawan satu di 35 DUN.


8. PERTIKAMAN sesama Pakatan Pembangkang melibatkan di 17 DUN di PRN Sarawak kali ini.

9. BN akan bertanding di 80 DUN, PKR (40 DUN), DAP (31 DUN), Parti Amanah Negara (13 DUN), PAS (11 DUN), STAR (11 DUN), PBDS Baru (5 DUN) selebihnya 35 calon Bebas.

10. KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan menentang calon daripada PKR di N3 Tanjung Datu.

11. SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

12. SEBANYAK 230 kertas pencalonan dikemukakan namun dua calon menang tanpa bertanding dan kertas pencalonan bagi dua calon lain ditolak.

13. CALON termuda berumur 25 tahun dan calon paling tua berusia 73 tahun.

14. CALON BN, Gerald Rentap dan Allan Siden akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna, selama sembilan penggal.

15. DUA Ahli Parlimen yang bertanding kali ini ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga (MP Betong) dan Tan Sri William Mawan (MP Saratok).

UNDI BARISAN NASIONAL

default

PKR - DAP BERTEMBUNG SESAMA SENDIRI IBARAT PERANG SECARA RASMI ! #PRNSarawak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Proses Penamaan Calon Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini menjadi detik permulaan secara rasmi agenda tikam menikam sesama sendiri dikalangan DAP, PKR, PAS, DNP, Amanah dan Bebas.
Jika sebelum ini DAP dilihat sekadar tidak bersetuju dengan Hudud PAS dan PKR mengkritik Pemerintahan DAP Pulau Pinang, hari ini mereka telah mengistiharkan perang secara rasmi dan bertembung di beberapa kawasan PRN Sarawak.
Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :
1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH


Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

default

CERAMAH DAP TAMPILKAN GUAN ENG GAGAL MENARIK RAKYAT DI MIRI #PRNSarawak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam ceramah DAP menampilkan   Cheap Minister Penang Guan Eng yang terpalit skandal banglo murah & penjualan tanah Taman Manggis di DUN Senandin , MIRI jelas gagal menarik ramai pengundi di situ .

 Jika mengambil kira sokongan pengundi bandar majoriti CINA di Parlimen itu kepada DAP pada PRN lepas , sepatunya kehadiran ke ceramah adalah 3 ribu orang.tetapi jumlah sebenar SEMALAM   hanya 300 orang .


Difahamkan  Ceramah tersebut yang sepatutnya bermula pukul 7:30 malam itu juga terpaksa dilewatkan ke pukul 9 malam ekoran  kehadiran penyokong DAP yang sangat mengecewakan.

 Guan Eng seperti biasa  didalam ceramahnya mendabik dada bahawa beliau telah memajukan P.Pinang dan berjanji akan turut menjadikan Miri seperti negeri berkenaan jika pengundi disini memilih wakil DAP pada Pilihanraya Negeri kali ini.


Itu semua hanya wayang dan auta saja oleh Guan Eng kepada pengundi di MIRI . Selepas menang , mereka akan hilang  lari balik Semenanjung .

Pengundi Sarawak harus bijak menilai dan tidak terpengaruh janji DAP ini



default

RIDHUAN TEE NASIHAT PENGUNDI SARAWAK TOLAK PARTI ULTRA KIASU DAP #PRNSARAWAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tolak ultra kiasu di Sarawak (Sinar Harian 25.4.16)

Walaupun saya dihalang ke Sarawak, saya tetap menyeru pengundi Sarawak menolak parti perkauman ultra kiasu dalam PRN ke-11 negeri itu. Saya harap rakan saya, Dr Juanda Jaya akan menang di kawasan yang ditandingi, begitu juga calon lain. Pas dikatakan mustahil untuk mendapat anak sulung, namun dalam politik tidak ada yang mustahil.

Semua maklum, parti ultra kiasu hanya boleh dimenang di kawasan majoriti Cina. Sebab itu, mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti bukan Cina. Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka.

Tahniah! Kepada Ketua Menteri Sarawak kerana turut menghalang pemimpin ultra kiasu untuk berkempen di sana. Tidak mengapalah saya tidak dibenarkan ke Sarawak. Banyak tempat lain yang boleh saya pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dae. Amat malang sekali, apabila ada pemimpin membuat sesuatu keputusan tanpa mendengar dan mengenal hati budi seseorang. Panggillah berhadapan. Tidak mengapalah, masa ini masa dia. Mungkin akan tiba masa saya.

Ketika berada dalam kelas memberi kuliah, saya sentiasa memberi kredit dan menjadi pelajar-pelajar Sabah Sarawak sebagai contoh 1Malaysia. Jika mahu melihat 1Malaysia, pergilah ke Sabah Sarawak. Begitu banyak etnik, tetapi dapat hidup aman harmoni serta saling menghormati. Bukan seperti Semenanjung, hanya ada tiga kumpulan etnik, perang mulut tidak pernah habis.

Semua pihak meramalkan pasukan Adenan Satem akan menang besar dalam PRN ke 11. Selaku pengkaji politik, saya pun berpandangan sedemikian. Cuma bagaimanakah cara untuk memastikan ultra kiasu tidak menang atau menambah kerusi. Tetapi jangan terlalu yakin dan angkuh, kerana politik adalah sesuatu yang serba mungkin. Menang boleh jadi kalah, kalah boleh jadi menang.

Pertama, pengundi Sarawak mesti sedar bahawa ultra kiasu adalah parti perkauman. Sampai bilapun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti. Tindak-tanduk mereka tdak menampakkan sedemikian. Pengikhtirafan UEC dan bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada mereka. Tetapi biasanya, mereka tidak pernah merasai cukup, kerana itulah ultra kiasu.

Kedua, jika Umno tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, atas sebab-sebab tertentu. Sudah sampai masanya juga parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di sana diharamkan operasinya. Kadangkala saya merasa pelik, Umno tidak dibenarkan ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu yang jelas perkauman dibenarkan. Siapa lebih bahaya Umno atau ultra kiasu? Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang menghasut rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia, sedangkan Umno begitu aman di Sabah.

Ketiga, apakah kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua? Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang Tambak.

Keempat, saya harap kerajaan tidak terlalu bersangka baik terhadap ultra kiasu. Lihatkan serangan yang dilakukan terhadap Zakir Naik sempena jelajah dakwahnya di negara kita baru-baru ini. Jika masih ragu-ragu bacalah buku karangan pemimpin PKR seperti Becoming Hannah a Personal Journey dan The Long Awakening. Saya harapkan pemimpin Islam PKR buka mata. Pastikan PKR tidak menjadi Parti Kristian Rakyat.

Kelima, saya tidak menentang orang bukan Islam yang baik-baik. Ramai rakan bukan Islam saya seperti itu. Tetapi bukan Kristian Evengalis yang mempunyai perancangan busuk sama sepert Yahudi. Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.

Keenam, ramai yang marah dengan jelajah Zakir Naik, atas alasan kenapa agama lain tidak boleh dibenarkan melakukan perkara sama. Jawapannya saya mudah. Perlembagaan tidak membenarkan, walaupun sebagai individu Muslim saya tidak mempunyai masalah untuk agama lain melakukan jelajah yang sama. Jangan pula ada yang bersangka baik mereka tidak melakukan perkara yang sama. Pergilah mendengar khutbah mereka di salah satu gereja di bandaraya, di situ kita akan ketemukan bagaimana penceramah mereka menanamkan kebencian dan sentimen perkauman.

Ketujuh, kepada pengundi Sarawak, yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan negara Islam. Inilah mungkin yang cuba dibawa dan ditonjolkan oleh Adenan Satem dan Pas yang mula menapak di sana. Berilah peluang kepada mereka. Tolaklah ultra kiasu kerana mereka mempunyai perancangan busuk seperti Yahudi.


Akhir sekali, saya sama sekali tidak terjejas sedikitpun dengan tidak dapat ke Sarawak mahu pun ke Singapura ultra kiasu. Walaupun badan saya tidak berada di sana, tetapi idea saya tetap mengalir dalam dunia tanpa sempadan. Harapan saya mereka yang menang nanti dapat bertindak seperti negarawan, bukan perkauman seperti ultra kiasu.

default

VIRAL IMPIAN ADIK ADDI ASYRAAF JUMPA PM @NajibRazak TERCAPAI #RespectMyPM #PRNSarawak

on Sunday, April 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Siapa yang tidak tersentuh dengan luahan hati ibu kepada seorang kanak-kanak yang kini sedang menderita penyakit hati (allagile syndrome), Addi Asyraaf yang dikatakan hanya mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak walaupun beberapa minit demi memenuhi impian kanak-kanak berkenaan.

Setelah seminggu menjadi viral di semua medium media sosial sejak hampir seminggu lalu, akhirnya hasrat adik Asyraaf ini termakbul, apabila Datuk Seri Mohd Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meluangkan masa mereka dalam kunjungan beliau kali ke 51, hari ini.






Kunjungan Datuk Seri Mohd Najib dan isteri kerumah adik Asyraf ini nyata cukup menggembirakan adik Asyraf sekeluarga kerana hasrat dan impian anak kecil ini akhirnya didengari oleh Perdana Menteri.


Berikut disertakan beberapa keping gambar saat pertemuan Adik Asyraaf bersama idolanya, Datuk Seri Mohd Najib dan isteri sebentar tadi.



default

WARTAWAN MALAYSIAKINI PUTAR BELIT ISU AGAMA DI SARAWAK TAK TERLEPAS , POLIS BUKA KERTAS SIASATAN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nampaknya bukan sahaja pemimpin pembangkang DAN dan PKR dari Semenanjung cuba menghasut dan menimbulkan suasana tidak tenteram rakyat Sarawak , wartawan pro mereka iaitu Malaysiakini juga 2 x 5 juga. 

Kalau pemimpin pembangkang menghasut dan menghina pemimpin Sarawak di ceramah2 , media pro mereka seperti Malaysiakini menghasut di media portal berita dan isu perkauman dan agama cukup suka dimainkan mereka melibatkan kenyataan pemimpin BN . 

Sewajarnya kehadiran media seperti malaysiakini juga perlu disekat oleh kerajaan Negeri dan Imigresen kerana terbukti  hari ini  sudah ada fitnah dan putarbelit berita mereka menyentuh isu sensitif masyarakat Sarawak  . 




Seorang wartawan portal Malaysiakini telah mengeluarkan laporan yang mengelirukan sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak. Menurut sumber, pihak Editorial Malaysiakini pada jam 2 petang tadi dikatakan telah mengarahkan wartawannya, Kow Gah Chie untuk segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Laporan berita tersebut berkemungkinan membangkitkan sentimen keagamaan di negeri ini.
“Saya dimaklumkan Gah Chie telah pulang petang tadi selepas diarahkan segera balik ke Semenanjung.
“Berita fitnah itu tersebut telah menyebabkan rakyat Sarawak marah malah beberapa laporan turut dibuat ke atasnya,” katanya sebentar tadi.
Wartawan terbabit dikatakan menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6 petang ini. Sehingga kini sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat ke atas wartawan berkenaan.
Wartawan itu sebelum ini menulis berita bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’ yang dipetik dari luar konteks ucapan ADUN Nangka, Dr Annuar Rapa’ee menyebabkan timbulnya kekeliruan umum.

Dr Annuar menafikan berucap demikian dan menyifatkan laporan tersebut sebagai putar belit dan fitnah dengan tujuan menimbulkan sentimen keagamaan di kalangan rakyat Sarawak. klik di sini 







KUCHING -   Polis Sarawak hari ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan portal berhubung laporan berita yang dikatakan mampu mengganggu ketenteraman awam di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Enam laporan polis telah diterima di Sibu berkenaan laporan berita yang dikatakan telah ditulis oleh seorang wartawan portal berita berkenaan.

"Kita akan memanggil wartawan berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Wartawan itu menulis berita bertajuk 'Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak' yang dipetik di luar konteks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee di Sibu.
Laporan berita Malaysiakini itu menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kemarahan rakyat Sarawak. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.