..

..
Archive for March 2016

default

SHAIK HUSSEIN SEDIA BANTU SIASATAN SPRM TENTANG ISU RUMAH BANGLO MURAH GUAN ENG #LGERasuah

on Saturday, March 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Lim Guan Eng diingatkan agar tidak mengelak isu pembelian rumahnya pada harga lebih murah daripada harga pasaran dengan isu projek rumah rakyat di Taman Manggis.
Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata, beliau tidak pernah menarik balik dakwaan penyelewengan dalam proses tender ‘Skandal Taman Manggis’, ketika menyelesaikan kes saman antara beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Untuk rekod, Guan Eng menyaman Shaikh Hussein pada 2012 kerana mendakwa memfitnahnya menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Center (KLIDC) berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis.
Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan projek perumahan rakyat fasa kedua namun dijual kerajaan Pulau Pinang kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta.
Bagaimanapun, Guan Eng menarik balik saman itu tanpa sebarang syarat pada 5 Oktober 2012.
Dalam sidang media hari ini, Guan Eng dilaporkan berkata, adalah tidak benar mengaitkan pembelian rumahnya pada 2015 dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada 2012 melalui tender terbuka yang kompetitif.
Menjawab kenyataan Guan Eng itu, Shaikh Hussein berkata;
“Untuk makluman semua saya hanya menarik balik kenyataan ini dalam kes penyelesaian luar mahkamah. Dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Centre”
“Saya langsung tidak menarik balik perkara-perkara penyelewengan yang telah saya bangkitkan dahulu terhadap proses tender, penilaian tanah, penilaian tender, perolehan tender, penglibatan pihak berkepentingan dalam Skandal Taman Manggis,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Katanya, beliau sanggup memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan semua dokumen yang berkaitan dengan perkara terbabit.
“Jika SPRM memerlukan kenyataan dan dokumen kukuh yang saya ada untuk membuktikan justifikasi harga jualan banglo yang jauh lebih murah dari harga pasaran.
“Diharapkan siasatan SPRM dan sabitan kes ini nanti akan mengembalikan hak rakyat miskin Pulau Pinang dengan terbinanya rumah projek perumahan rakyat termiskin sewa di bandar George Town,” katanya.

default

RAHSIA JUMLAH ANGOTA TENTERA DIDEDAHKAN SECARA TAK SENGAJA KEPADA DUNIA ??

on Thursday, March 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Siapa la penulis ucapan perutusan  Menteri Pertahanan ini ?? Secara tidak sengaja secara didedahkan jumlah anggota tentera (LLP) paling utama sebagai benteng utama negara kepada media dan dunia amnya .  
Setakat aset tentera kita , mungkin risikan negara asing tahu kerana boleh search melalui internet dan sebagainya , tetapi jumlah anggota tentera secara kasar tidak diketahui . 
Tetapi bila didedahkan seperti ini sebagai berita baik melalui kenaikan gaji , ia sebenarnya  telah memberitahu musuh secara basic  kekuatan  anggota pasukan  kita.  
Sepatutnya tidak perlu disebut jumlah anggota hanya menyebut anggota lain lain pangkat (LLP) sahaja .
Kini ia telah tersebar meluas ke seluruh dunia atas kesilapan sendiri yang cuai !


Kuala Lumpur: Seramai 76,771 (70 peratus) anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) yang sedang berkhidmat akan dinaikkan gaji mulai 1 Julai ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan gaji menerusi kelulusan pemakaian Band 5 bagi semua kemahiran akan membabitkan 131 Tred anggota LLP dalam Sistem Tred dan Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, penambahbaikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM58.89 juta.
"Kelulusan ini bukan saja memberi manfaat dari segi peningkatan gaji, malah satu bentuk pengiktirafan terhadap kepakaran dimiliki anggota," katanya dalam perutusan tahun baru 2016 di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga memberi satu kenaikan Band secara one-off kepada 19,436 bekas anggota LLP yang tamat perkhidmatan mulai 1 Januari 2013 hingga 30 Jun tahun ini membabitkan peruntukan RM56.62 juta.- HARIANMETRO- 

default

TMJ UCAP TERIMA KASIH PM & KERAJAAN PUSAT BERI DANA RM1JUTA UNTUK JDT #RespectMyPM

on Monday, March 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi dana penghargaan sebanyak RM1 Juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam pada itu bertitah, baginda berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat masuk campur dalam isu wang hak penyiaran bagi menyelesaikan pembayaran tertunggak kepada pasukan dalam Liga Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut.
“Saya lebih gembira jika Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.
“Manakah wang RM1 atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan” titah baginda dalam satu soal jawab seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Media semalam melaporkan pasukan JDT mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.
JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.
Dengan sumbangan itu, ia diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor.
Sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City di Johor.
Tunku Ismail dalam pada bertitah, beza diantara baginda dengan pesaingnya dalam sukan bola sepak ibarat memandu kereta yang laju.
“Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka,” titah Tunku Ismail. – mynewshub.cc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.