..

..
Archive for February 2016

default

AZALINA PERSOAL MOTIF MUHYIDDIN DIBERI TAKLIMAT GANI PATAIL

on Monday, February 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman berkata adanya konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam apa yang dikatakan sebagai rampasan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mendakwa beliau diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila mereka masih menyandang jawatan masing-masing mengenai 'bukti' dakwaan jenayah terhadap Najib.

Beliau berkata tindakan peguam negara itu yang secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan anggota UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, adalah tidak beretika.

"Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi," katanya dalam kenyataan kepada media pada Sabtu malam.

Azalina berkata Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam satu konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalah guna sistem perundangan bagi menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Berdasarkan kenyataannya itu, Muhyiddin juga secara tidak langsung mempersoal kredibiliti peguam negara sekarang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azlina berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Jan telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung wang derma.

"Jadi, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam menjalankan pendakwaan, mereka tidak mempunyai sebarang asas untuk mencabarnya," katanya.

Azalina juga mempersoalkan mengapa Muhyiddin membuat pengakuan itu sekarang iaitu selepas beliau digantung jawatan sebagai timbalan presiden.

"Adakah tindakannya boleh dianggap sebagai bersubahat kerana beliau mendakwa mempunyai maklumat mengenai tindakan jenayah yang dikatakan dilakukan tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga hari ini," katanya.

default

TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS KEPADA RAFIZI KERANA FITNAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 28 Feb. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akhirnya membuat laporan polis terhadap Rafizi Ramli selepas Ahli Parlimen Pandan itu terus mendakwa agensi tersebut memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, Tabung Haji Heavy Engineering Berhad (THHE)

Menerusi satu kenyataan hari ini, Tabung Haji menjelaskan langkah itu diambil untuk menjaga kepen­tingan pendeposit dan reputasi Tabung Haji sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia.

Tabung Haji berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin.

“Tabung Haji sekali lagi menafikan tuduhan memberi jaminan korporat kepada THHE.

“Selain itu, kami juga minta Rafizi menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat Tabung Haji seperti didakwa beliau,” kata kenya­taan itu.

Tabung Haji sebelum ini menafikan dakwaan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR bahawa pihaknya memberi jaminan korporat kepada THHE.

Agensi itu juga menyifatkan tuduhan pelaburan mereka dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion sebagai tidak berasas.

Bagaimanapun, Rafizi pada Jumaat lalu bertegas bahawa terdapat jaminan korporat oleh Tabung Haji kepada THHE.

Mengulas lanjut, Tabung Haji menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas serta berunsur fitnah, selain kesal dengan penyebaran dokumen melalui laman sosial secara rambang.

“Dakwaan yang dibuat oleh Rafizi itu memberi impak negatif kepada Tabung Haji dan pada masa sama menjejaskan kepentingan para pendeposit,” jelas kenyataan itu.

default

MT UMNO GANTUNG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UNTUK PERKUKUHKAN PARTI @dzainalabidin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

on Friday, February 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Akhirnya keputusan tepat dan berani  diambil oleh sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan menggantung tugas jawatan Timbalan Presiden UMNO    sehingga ke pemilihan parti akan datang ,

Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyalahkan diri sendiri kerana semasa PAU 2015 , beliau telah diberikan peluang  tetapi ia tidak diendahkan dan terus mengkritik Presiden parti tanpa fakta kukuh  kononnya membawa suara rakyat . Selain itu ,  jawatan Timbalan Presiden UMNO digalas beliau jelas tidak membantu &  mengukuhkan parti

Jadi , elok ada pemimpin lain memangku jawatan berkenaan demi  meneruskan kelangsungan mencapai cita-cita parti, kita tidak perlu menoleh ke belakang lagi dan harus tekadkan hati untuk terus bekerja menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang

Syabas Ahli MT UMNO kerana berani membuat keputusan besar demi kepentingan parti & survival orang Melayu    tanpa melibatkan PM dan TPM .


Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, penggantungan itu berkuat serta merta berikutan perilaku Muhyiddin sebelum ini yang tidak membantu Presiden dalam menjalankan tugas untuk mengukuhkan parti.
MT 02Tambahnya, keputusan itu adalah selaras dengan perlembagaan UMNO 10.15 dimana segala langkah boleh diambil bagi memelihara kesempurnaan perjalanan parti.
“Majlis Tertinggi bersetuju untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta, tempoh penggantungan adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang, jawatan Tan Sri Muhyiddin yang lain dalam UMNO masih dikekalkan.
“Segala keputusan tersebut adalah mengambil kira suasana politik semasa dimana perilaku beliau tidak cerminkan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden bagi membantu Presiden untuk mengukuhkan parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
MT 01Tambah beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu meminta kebenaran untuk tidak mahu hadir dalam keputusan yang diambil Majlis Tertinggi bagi membincangkan usul tentang penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.
Katanya lagi, Muhyiddin bagaimanapun sudah dimaklumkan terlebih awal tentang mesyuarat MT hari ini, namun telah menyatakan yang beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut melalui faks ke ibu pejabat parti.
Mengulas tentang perkara itu, kata Tengku Adnan segala tugas-tugas yang dipikul Muhyiddin sebelum ini akan diambil alih oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

default

ADUN PKR PERSOAL KERAJAAN DAP PECATNYA KERANA PERTAHAN HAK RAKYAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Cheah Kah Peng mempersoal tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatannya dalam syarikat milik kerajaan (GLC) negeri yang disifatkan beliau tidak wajar serta berat sebelah.

Kah Peng yang juga ADUN Kebun Bunga turut melontar persoalan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada menjadi kesalahan baginya mempertahankan hak rakyat negeri ini.

Malah, beliau turut mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan sama ada menjadi kesalahan baginya meminta supaya kerajaan negeri mendengar pandangan orang ramai berhubung projek tambak laut yang dirancang di negeri ini.

“Kenapa perlu ada ahli politik yang suka bermain wayang? Adakah kerana ini kami dipecat? Kerajaan negeri perlu beri penjelasan mengenainya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kah Peng sebelum ini ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pemecatan itu dipercayai kerana tindakannya bersama lima lagi ADUN PKR memilih berkecuali terhadap usul tambak laut yang dibawa Barisan Nasional (BN) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.

Selain beliau, turut ditamatkan perkhidmatan dalam GLC ialah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen yang sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties Bhd (IGP), sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Tiga lagi ADUN PKR lain iaitu Lee Khai Loon (Machang Bubok); T. Jayabalan (Batu Uban) dan Dr. Norlela Ariffin (Penanti) setakat ini belum dikenakan apa-apa tindakan.

Sementara itu, Kah Peng turut menempelak Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendakwanya ‘menikam dari belakang’ ekoran pendirian tersebut dengan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.

Menurut beliau, isu berkenaan tambak laut yang dibangkitan ADUN BN itu sendiri tidak melibatkan perbincangan menyeluruh dalam kalangan wakil kerajaan negeri sebelum dibentangkan dalam sidang DUN.

-

default

KAJIAN KERAJAAN MUNGKIN BERTUKAR PRU14 ADALAH PROPAGANDA PSWAR PEMBANGKANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ramai penyokong kerajaan  merasa gerun dan kecut bila membaca artikel portal pembangkang . Malah ada yang menyalahkan Perdana Menteri dan kepimpinan parti ekoran kajian rakyat semakin hilang kepercayaan dan akan kalah di PRU14 akan datang. 

Sebenarnya kalau diikutkan kajian-kajian  mereka sejak PRU13 ,  kerajaan Malaysia sekarang  sudah ditadbir Pakatan dan Anwar Ibrahim menjadi PM .  Mana ada kajian mereka yang menyebelahi kerajaan . Malah di setiap PRK pun , mereka sentiasa meramalkan kajian mereka di internet yang calon BN akan kalah seperti di Rompin dulu. 

Kajian-kajian propaganda dimuatkan di portal pembangkang adalah merupakan strategi psywar  pembangkang menggunakan kaedah reverse psychology  . Mereka akan terus memainkan cerita fantasi rekaaan , memetik kenyataan rakyat pelbagai peringkat dan akhir sekali buat public opinion untuk menarik pengundi percaya retorik mereka . 

Ini yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim , Sotong Lapiji dan  DAP  buat kepada PDRM , Mahkamah , Peguam Negara sejak dulu daripada zaman reformasi hingga rakyat percaya institiusi ini jahat dan menjadi pekakas UMNO .

 Ibarat kalau kita nak pergi berperang , jika ada seorang yang membawa berita dan menghasut kita akan kalah dengan pihak musuh , akhirnya pasukan kita akan tewas. 

banner #BEBASAnwar merupakan pswar pembangkang 
hina keputusan Mahkamah 

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.
Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.
Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu.
Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.
Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.
Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).
“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.
Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.
Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.
Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.
"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.
"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial."
Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.
Perbezaan pendapat kini merebak
Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.
"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar."
Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.
"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim.
Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. – 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepercayaan-makin-merosot-kerajaan-mungkin-bertukar-lepas-pru14-kata-pengan#sthash.FFHRF5sU.dpuf

default

PANEL PPO SPRM TAK CUKUP NAFI , PERLU SAMAN ARTIKEL MALAYSIAN INSIDERS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kredibiliti SPRM sebagai badan intergriti  penyiasatan semakin terhakis . Begitu mudah mereka dipermainkan oleh media pembangkang dan terbaru isu kebocoran kenyataan ahli panel PPO SPRM pulak . 
Yang memainkan isu ini portal fitnah The Malaysian Insiders yang memetik kononnya sumber panel PPO menyatakan cukup bukti mendakwa PM isu SRC. Mungkin disebabkan berita  itu , SKMM telah menyekat portal ini.

Terbaru Pengerusinya terpaksa menafikan mereka tiada kaitan langsung dengan laporan The Malaysian Insiders  . 
Sepatutnya PPO kena buat siasatan dalaman  antara mereka tentang isu ini mencari dalang bukannya menafikan tiada kaitan . Jika benar panel mereka tidak terlibat diharapkan PPO saman portal pro pembangkang ini !! 

KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia “mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider hari ini.
Pengerusinya Tan Sri Hamid Bugo berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel.
“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak”.
Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.
Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.
Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh Panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.
“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM,” katanya. “Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.” – BERNAMA

default

BEBASKAN DIRI ANDA DARIPADA DITIPU DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



AIDCNews – 24/2/16 – “Bebaskan diri anda dari ditipu hidup-hidup oleh DAP”, seru aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.
Ia merujuk kepada dua sandiwara DAP (gambar di atas) yang dibuat secara terbuka dan tersembunyi
Sandiwara terbuka adalah rakaman video parodi lakonan Tony Pua dan Teo Nie Ching bersempena dengan Tahun Baru Cina bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan.
Walau bagaimana pun kerana pelakonnya, Tony dan Teo beragama Kristian, mereka tidak menyedari lakonan parodi mereka telah mempersendakan Tuhan Kemakmuran yang dihormati masyarakat Cina.
Sandiwara kedua dibuat secara tertutup, iaitu majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 penasihat DAP Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.
“Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya orang Cina dan golongan pencinta sosialisme.
“Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua Lim Kit Siang tu didermakan kepada Tony Pua,”ulas Azman Haj.


Sebelum ini, Minda AIDCNews mengulas majlis majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Kit Siang itu dibuat secara tertutup dan tanpa publisiti meluas kerana bimbang imej kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim akan terdedah kepada orang ramai.
“Sebabnya, program itu bertentangan imej DAP yang cuba paparkan kepada rakyat Malaysia. Majlis itu berimejkan bourjois (bangsawan) yang bertentangan dengan imej marhaen yang cuba ditonjolkan kepada umum sebelum ini.
“Meskipun memperjuangkan konsep sama rata, namun sambutan hari jadi ke-75 di hotel lima bintang di Pulau Pinang melambangkan keluarga Lim telah memasuki zon golongan bourjois.
“Kerana hanya golongan yang kaya raya, mempunyai aset peribadi yang banyak sahaja mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuja dan mengagungkan hari kelahiran dalam satu malam.
“Golongan marhaen tidak mampu menyewa hotel lima bintang untuk menyambut hari kelahiran, apatah lagi membeli atau menyewa pakaian yang mahal-mahal setaraf dengan majlis itu yang diserikan dengan acara muzik berbayar.
“Belum lagi dikira dengan kos makan-minum percuma kepada tetamu-tetamu terpilih yang diundang.”

default

HIMPUNAN UMAT ISLAM BANTAH PERTUBUHAN DAJJAL FREEMASON DI P.PINANG

on Thursday, February 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tahniah kepada umat Islam P.Pinang yang membantah persidangan pertubuhan rahsia Yahudi iaitu FREEMASON  di Bayview Beach Resort . Difahamkan mereka membatalkan persidangan ini selepas pihak hotel mengarah hentikan program ini,

Orang dulu mungkin tidak tahu apa itu FREEMASON , hari ini umat Islam sudah tahu pertubuhan Yahudi ini melalui pendedahan di buku dan internet .

 Pastinya kerajaan DAP P.Pinang tersentap dengan bantahan ini kerana sebelum tersebar meluas satu surat derma RM40 ribu oleh kerajaan negeri kepada pertubuhan ini . klik di sini

Sebelum itu laporan POLIS juga telah dibuat oleh NGO Melayu dan Islam di negeri ini . 





default

LAPORAN POLIS DIBUAT DESAK TANGKAP WANITA HINA TPM DI FACEBOOK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

UMNO Bahagian Bagan Datoh dan Pulai hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tujuan menghina.



Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh membuat laporan polis petang tadi terhadap Doris Jones yang menghina Timbalan Perdana Menteri menerusi FB.

Seramai 21 ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Bagan Datoh diketuai oleh Naib Ketua, Abdul Aziz Mokhtar membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan jam 4.37 petang. Abdul Aziz, 40, ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, pihaknya mendesak polis segera melakukan siasatan dan menahan pihak yang terbabit dan membawanya ke mahkamah agar dikenakan hukuman setimpal.

 UMNO Bahagian Pulai pula membuat laporan polis jam 3.15 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian Pulai, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad, berkata beliau menerima satu pesanan daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penghinaan itu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, beliau bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik akaun FB yang menggunakan nama Doris Jones. "Pemilik FB ini sudah melakukan provokasi melampau dan tidak bertamadun terhadap Timbalan Perdana Menteri dan kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan wanita ini yang biadap," katanya.

Sementara itu di IPOH, Pemuda UMNO Perak menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, tiada maruah dan tiada sifat seorang manusia berilmu.

Ketuanya, Hairul Anwar Mohamed Noor, sehubungan turut meminta polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran kepada orang lain untuk menghormati sistem undang-undang di Malaysia, termasuk mereka yang berada di luar negara.

default

LAPORAN WSJ MENIPU , KEWARTAWANAN TAK BERTANGGUNGJAWAB - SALLEH KERUAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengenai apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab oleh The Wall Street Journal:
Petikan:

1. Serangan berterusan The Wall Street Journal (WSJ) ke atas Malaysia dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah berdasarkan dakwaan yang tidak berasas dan sumber tanpa nama yang mungkin tidak langsung wujud, merupakan contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungjawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib.

2. Artikel mutakhir membangkitkan dakwaan lama mengenai siasatan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung.

3. Mereka mendakwa kononnya “Seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai derma berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini” - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang derma itu memang datang dari negaranya!

4. Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

5. Dan WSJ bergantung kepada siapa sebenarnya untuk mendapatkan maklumat mereka? Mereka mendakwa kononnya mendapat tahu daripada “seorang menteri kabinet,” “seorang pegawai Saudi” dan versi ekstrem laporan Ketua Audit Negara “tahun lepas” yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka. Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu?

6. Berikut adalah apa yang dikatakan oleh Margaret Sullivan, editor New York Times yang bertanggungjawab mengenai standard: “Tidak menamakan sumber merupakan pilihan terakhir. Editor mempunyai peranan di sini...dalam memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan bahan daripada sumber-sumber yang tidak dikenali, terutama yang menggunakan petikan, bagi disiarkan. Pembaca berhak untuk membantah apabila mereka melihat sumber yang tidak dinamakan yang tidak sepatutnya diterbitkan.”

7. Selain daripada Tony Pua daripada DAP, semua orang yang dipetik dalam artikel WSJ itu tidak dinamakan. Menyebut suatu sumber tanpa nama merupakan etika kewartawanan paling teruk. Jadi mengapa editor-editor WSJ membenarkan perkara ini? Tiada apa yang berlaku secara kebetulan pada akhbar seperti WSJ.

8. Rakyat Malaysia tidak harus dikelirukan oleh propaganda, pembohongan dan penyamaran jijik sebagai berita.
9. Cerita sebenar mengenai Malaysia adalah berbeza - kedudukan ekonomi baik, walaupun dalam keadaan ekonomi global tidak menentu. Perdana menteri mempunyai perancangan, dan ia berjalan dengan baik. Sebagai contoh, Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji kerajaan kerana menjaga keselamatan negara dengan mengekalkan kestabilan, dan mengatakan bahawa “ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik “. Dan baru semalam Fitch mengesahkan Malaysia berada pada tahap ‘A-’ dengan prospek stabil

10. Mengapa perkara ini tidak disebut dalam artikel terbaru WSJ? Sebenarnya ia tidak begitu menye­nangkan bagi WSJ. Agenda anti-Malaysia mereka menjadi lebih jelas setiap hari. –BERNAMA

default

FITCH RATINGS JADI BUKTI EKONOMI NEGARA DIURUSKAN KERAJAAN DIYAKINI ANTARABANGSA @NajibRazak

on Wednesday, February 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pengesahan terbaru unjuran badan penarafan antarabangsa, Fitch Ratings sebagai bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia.

Tambah Annuar, Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil juga sebagai pengiktirafan besar kepada kepimpinan negara.

"Paling menarik adalah penarafan yang baik oleh agensi penarafan antarabangsa ini turut memberi beberapa pengiktirafan besar ke atas dasar dan kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengendalikan ekonomi negara," kata Annuar melalui kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, beliau juga menyifatkan penarafan ini menunjukkan tindakan pengubahsuaian Bajet 2016 adalah langkah tepat.

Ini terutamanya mengenai langkah kerajaan untuk tidak sesekali berkompromi terhadap apa yang betul untuk negara dan rakyat, khususnya dengan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpasakkan falsafah 'people's economy'.

"Sudah tentu laporan ini bukan berita gembira buat pengkritik dan pembenci Perdana Menteri.

"Di sebalik kecaman dan kritikan pembangkang, tidak sampai pun sebulan pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan oleh Perdana Menteri, tindakan ini telah diakui betul oleh Fitch.

"Sekali gus menggambarkan pandangan jauh Perdana Menteri dalam menguruskan ekonomi negara," kata Annuar yang juga Pengerusi Mara.

Fitch dalam kenyataannya semalam memaklumkan penarafan baik ini antara lainnya didorong oleh komitmen terhadap usaha pengukuhan fiskal, pertumbuhan rizab, kestabilan ringgit dan ekonomi yang kukuh.
"Penarafan baik Fitch ini pada akhirnya adalah satu tamparan hebat ke muka siapa sahaja yang beria-ia mahu mencalar imej positif Perdana Menteri.

"Kepada mereka "If it ain't broke, don't fix it. (Kalau tidak rosak, jangan betulkan)," ujar Annuar.

default

PKR TAK UBAH SEPERTI MACAI DI P.PINANG DIKUASAI DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PKR bakal ‘ditelan’ dan mengalami nasib yang sama seperti Pas jika masih kekal menjalin kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

 Huan Cheng Guan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, beliau difahamkan DAP akan meletakkan calon-calon mereka di lima kawasan PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu dakwa beliau, DAP juga akan meletakkan calon-calon Melayu untuk bertanding di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas dalam tempoh tersebut.

“Langkah tersebut jelas membuktikan DAP secara halus cuba memonopoli Pulau Pinang dan sanggup bertindak kejam menyingkirkan PKR walaupun menyedari parti itu bersama dalam pembangkang. 

“Dalam situasi ini, PKR tidak ubah se­perti ‘macai’ kerana kepemimpinan mereka langsung tiada peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

default

KETUA BAHAGIAN SUDAH BERSUARA, MUHYIDDIN PERLU DIKENAKAN TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian hari ini mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat enggan bekerjasama de­ngan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta berterusan mengkritik parti menerusi saluran yang salah.

Ini kerana menurut mereka, tindakan Timbalan Presiden UMNO itu boleh menyebabkan parti berpecah sedangkan semua pihak sepatutnya bekerjasama bagi memastikan ahli-ahli kekal bersatu dan tidak ber­puak-puak.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO perlu bertindak segera ke­rana Muhyiddin dilihat bukan sahaja mengabaikan saluran parti untuk mengkritik, malah tindakannya kini semakin keterlaluan dan boleh membawa kepada kehancuran.

Dalam situasi sekarang UMNO memerlukan kekuatan antara dua pucuk pimpinan tertinggi demi membina kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi apa yang berlaku adalah Muhyiddin semakin banyak me­lakukan provokasi terhadap parti dan saya lihat akhirnya nanti boleh membawa kepada unsur sabotaj terhadap Presiden yang sedang bekerja keras memulihkan kekuatan UMNO di semua peringkat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti dilaporkan hari ini meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika beliau tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawabnya membantu Presiden UMNO mengukuhkan parti serta kerajaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi berkata, tindakan tegas daripada Lembaga Disiplin UMNO perlu sebagai pengajaran kepada semua ahli bahawa keutamaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi.

“Saya melihat apa sahaja percakapan dan tindakannya tidak lagi menggambarkan beliau sebagai pemimpin nombor dua parti kerana semuanya lebih kepada memburuk-burukkan UMNO.

“Jadi seelok-eloknya parti mengambil tindakan tegas. Mana-mana pemimpin pun perlu sedar jika mahu mengkritik mesti meng­ikut saluran betul, bukannya sesuka hati demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya pula berkata, setiap ahli UMNO perlu berpegang kepada prinsip bahawa siapa sahaja ketua yang dilantik mesti ditaati dan jika ada perkara yang tidak dipersetujui perlu di­sampaikan dengan betul, namun jika ingkar mereka perlu sedia dihukum.

“Pada pendapat saya, terpulang kepada Lembaga Disiplin parti untuk meneliti apa ucapan yang telah beliau sampaikan selama ini. Jika dilihat menerusi YouTube, banyak ucapannya yang bertentangan de­ngan hala tuju UMNO.

“Ahli sebenar harus mentaati prinsip iaitu walaupun tidak suka kepada pemimpin atau ketua, mereka perlu tetap disokong dan dihormati kerana telah dilantik dan tegur di dalam mesyuarat MT,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, salam perpa­duan daripada Najib telah dihulur kepada Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas, tetapi ditolak yang menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Timbalan Pre­siden UMNO itu berundur.

“Presiden mahu semuanya satu nada, beliau hulur salam perpaduan tetapi ditolak. Ini bukanlah masa untuk kita terus bergaduh, sepatutnya semua kena bersatu. Kalau tidak setuju maka demi kepenti­ngan UMNO berundurlah daripada parti,” katanya.

default

ORANG MELAYU LEBIH CERDIK MENENTUKAN KEPIMPINAN NEGARA BUKAN BODOH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Orang Melayu sebenarnya lebih cerdik dalam menentukan kepemimpinan negara dan parti yang meme­rintah dengan tidak memberi sokongan kepada kalangan yang menjadi tunggangan pihak lain sehingga kuasa terlepas tanpa jaminan terhadap nasib masa depan bangsa.

Pengerusi Yayasan Minda, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah (gambar) berpendapat, sikap berhati-hati itu yang teguh itu sebenarnya sukar untuk mereka leraikan sehingga ada pemimpin parti politik sanggup mengecam mereka sebagai ‘Melayu bodoh’.

Katanya, cukup malang ke­rana Presiden PAN, Mohamad Sabu tergamak menghina bangsa sendiri setelah usaha mereka selama ini untuk mendapat sokongan mendapat sambutan dingin.

“Saya percaya kenyataan sebegitu disebabkan terlalu emosional sehingga jadi tak rasional kerana kecewa dalam politik. Beliau mesti faham, bukan soal Melayu bodoh, tapi sebab Melayu cerdiklah.

“Itu sebab dia hendak Melayu sokong PAN baharulah Melayu cerdik. Tak betullah itu, orang Melayu pun boleh fikir, tengok apa yang mereka buat? Apa jasa mereka kepada negara, tidak ada, menyusahkan adalah,” katanya yang ditemui dalam Majlis Konvensyen Mahasiswa Permata di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.
Ibrahim mengulas kenyataan Mohamad dalam beberapa siri ceramahnya yang menuduh orang Melayu terutama golo­ngan menengah sebagai bodoh, bahalol dan bangang kerana tidak memberi sokongan kepada pembangkang sehingga gagal mengambil alih pemerintahan negara.
Tambah Ibrahim, sebagai individu yang pernah menerajui Universiti Teknologi Mara (UiTM), dapat dilihat dengan jelas betapa orang Melayu mempunyai tahap kecerdikan setanding berbanding bangsa lain.
Ditanya pendapatnya mengenai Mohamad yang turut menyokong demonstrasi selain proses pilihan raya untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan, bekas Naib Canselor UiTM itu menegaskan, rakyat di negara ini tidak perlu berbuat demikian.
“Ini kerana proses memilih kerajaan itu boleh dilakukan oleh rakyat mengikut saluran undang-undang yang sah melalui proses pilihan raya yang biasanya diadakan setiap lima tahun sekali.
“Mengapa perlu demonstrasi dalam suasana kacau-bilau untuk jatuhkan kerajaan, kita ada proses demokrasi, nak jatuh kerajaan bukan dengan cara itu tetapi melalui pilihan raya,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/melayu-lebih-cerdik-pilih-pemimpin-1.193501#sthash.ssLHl5pA.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.