..

..
Archive for January 2016

default

SERANGAN FITNAH AGENSI KERAJAAN & TH STRATEGI LICIK BAGI RAKYAT MARAH KERAJAAN BN

on Saturday, January 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





 Rakyat khususnya umat Islam diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan gaya licik dan permainan pihak-pihak tertentu yang akan terus berusaha untuk memburukkan kerajaan menerusi pelbagai strategi termasuk menimbulkan kesangsian terhadap agensi kerajaan khususnya Tabung Haji serta pelbagai institusi berkaitan Islam, Melayu atau Bumiputra.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan tersebut hanyalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta kemarahan di kalangan umat Islam terhadap urus tadbir Tabung Haji yang merupakan institusi kewangan umat Islam terbesar di negara ini.
Menurut beliau fitnah-fitnah sebelum ini yang menjadi viral di laman-laman sosial sehingga menimbulkan suasana yang tidak menentu di kalangan rakyat seperti penghapusan penerima biasiswa JPA, kakitangan awam yang berstatus kontrak akan ditamatkan dan pelbagai lagi adalah deretan berita palsu yang pada akhirnya ternyata langsung tidak benar.
Beliau seterusnya percaya tujuan sebenar ialah bagi menimbulkan kemarahan kepada Kerajaan BN yang memerintah pada hari ini.
“Justeru tidak pelik dengan apa yang menimpa Tabung Haji kali ini. Malah ini kali kedua Tabung Haji diserang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sedangkan maklumat yang disebarkan mengenai institusi tersebut bukan sahaja tidak tepat malah jauh terpesong.
“Rasanya kalau bercakap soal dividen tidak pernah berlaku Tabung Haji tidak mampu untuk memberikan dividen kepada pendepositnya. Apatah lagi jika bercakap soal subsidi yang diberikan kepada jemaah haji yang pertama kali menunaikan haji saban tahun. Malah mengikut rekod Tabung Haji punyai keupayaan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana diamanahkan.
“Sepatutnya apa jua info atau berita yang disebarkan perlulah diteliti kesahihannya dan bukannya terus melatah,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Tabung Haji menjadi sasaran pelbagai spekulasi dalam laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM).
Namun Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilapor berkata serangan yang dibuat terhadap Tabung Haji adalah disebabkan pemimpin pembangkang tidak berkeupayaan untuk menyerang dirinya secara individu.
Serentak itu, beliau juga memberi jaminan akan memberikan dividen kepada semua pendepositnya mereka sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada awal Februari depan.
Shamsul yang juga Ahli MT UMNO dann Ahli Parlimen Lenggong seterusnya mengingatkan bahawa  pihak tertentu termasuk pembangkang tidak akan berputus asa untuk terus melakukan gerak kerja sedemikian rupa dalam usaha mendapat keuntungan politik.
Semua ini tegas beliau dilakukan dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat pada kerajaan BN.
“Tidak terkecuali PTPTN sendiri turut menjadi mangsa keadaan sedangkan kita berusaha sebaik mungkin dalam membantu menyediakan pinjaman kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian.
“Macam-macam ditohmah kepada kita…namun berkat kesabaran dan berkat usaha yang bersungguh-sungguh dalam membantu pelajar kita ketepikan segala tohmahan yang dilemparkan. Cumanya seperti yang dikatakan tadi tapislah segala maklumat yang timbul agar ianya tidak menyulitkan lagi keadaan. Dan paling penting rujuk dan dapatlah berita dari sumber yang sahih dan benar,“ katanya.-MediaUMNO

default

TS ANUAR MUSA DILANTIK KETUA PENERANGAN , ROMBAKAN MT UMNO PERSEDIAAN PRU14

on Friday, January 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tan Sri Annuar Musa hari ini dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru bagi menggantikan Datuk Ahmad Maslan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan sebagai pengerusi biro IT UMNO Malaysia di dalam penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi UMNO. 


Pengumuman tersebut di buat oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bertempat di Auditorium Tingkat Empat Menara Dato Onn di sini hari ini.

 Selain daripada itu, Datuk Azeez Rahim pula dilantikan sebagai Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Malaysia. Manakala pengerusi Biro Ekonomi yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kini diterajui oleh Datuk Johari Abdul Ghani. Tan Sri Anuar MusaDatuk Seri Reezal Marican pula dilantik sebagai pengerusi Biro Hal Ehwal Pelajar Luar Negara dan Datuk Razali Ibrahim pula dilantik menjadi Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Datuk Shamsul Anuar Nasara pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia bagi menggantikan tempat Datuk Azeez Rahim.

 Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui lobi Menara Dato Onn menyifatkan pelantikan itu sebagai sesuatu yang tidak diduga, memandangkan beliau tidak dimaklumkan dengan lebih awal berhubung pelantikan tersebut.

 “Terus terang saya katakan pelantikan ini datang sebagai sesuatu yang tidak diduga kerana saya tidak dimaklumkan terlebih dulu dan ianya tidak dijangka sama sekali.

Bagaimanapun, saya menganggap pelantikan ini sebagai amanah yang diberikan oleh parti dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

 “Saya juga akan berjumpa dulu dengan mantan Ketua Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan begitu juga dengan barisan kepimpinan tertinggi UMNO selepas ini sebelum memulakan segala perancangan dan tugasan saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru,” jelas beliau.-MediaUMNO


default

Dana RM2.6b : Kenyataan Arab Saudi tangkis dakwaan terhadap PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





 Pengesahan tentang sumbangan Arab Saudi berhubung dana yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah cukup untuk menangkis dakwaan terhadap perdana menteri, menurut seorang penganalisis.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain, dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kenyataan sumber berpengaruh Arab Saudi yang mengesahkan mengenai sumbangan dana itu seharusnya menghentikan segala tuduhan tidak berasas oleh pelbagai pihak terhadap Najib sebelum ini.

Laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) memetik sumber yang tidak mahu dinamakan yang menyebut bahawa sumbangan wang itu dibuat atas arahan Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan wang peribadi dan dana negara.

Kenyataan itu antara lain mengesahkan bahawa dana berkenaan pernah dimasukkan ke dalam akaun Najib sebagai langkah membantu Najib memenangi pilihan raya umum 2013 kerana Arab Saudi bimbang dengan penularan pengaruh pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Mohd Izani berkata: "Kalau sumber kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa ada memberi dana kepada perdana menteri, maka jawapan yang telah diberi perdana menteri sebelum ini juga benar, bahawa beliau ada menerima dana dari Timur Tengah.

"Dari segi tujuannya, tidak perlu dipersoalkan lagi kerana apa yang jelas ia hanya dana dan tidak mempunyai syarat timbal balik. Ini tidak perlu diragui lagi. Ada pihak sengaja nak memburukkan imej perdana menteri dengan menuduh tanpa asas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Izani berkata bukan sesuatu yang pelik untuk sesebuah parti politik memperoleh dana asing.
"(Pemberian dana) ini juga mungkin berdasarkan hubungan baik yang dijalin Kuala Lumpur dan Riyadh," katanya.
Mengenai keputusan Najib memulangkan semula RM2.03 bilion kepada penyumbang berkenaan, Mohd Izani berkata ia terserah kepada Najib untuk berbuat demikian.

"Perdana menteri boleh untuk menerima dan menolak. Mungkin pemulangan itu, (sebab) perdana menteri merasakan tidak ada keperluan untuk menggunakannya lagi," katanya.

BBC dalam laporannya pada Rabu memetik sumber berpengaruh Arab Saudi sebagai berkata: "Tujuan sumbangan ini sangat mudah, membantu Najib memenangi pilihan raya, mendapatkan khidmat pasukan komunikasi strategik yang berpengalaman diperingkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah tertentu terutamanya di Sarawak, selain menaja program sosial melalui kempen parti".

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu sidang akhbar bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. - Bernama

default

PAS YAKIN TADBIR URUS TABUNG HAJI , DAP PULAK MEROYAN LEBIH JADI PENGHASUT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Agak menghairankan dalam isu Tabung Haji kali ini, DAP parti chauvinis kiasu Cina cuba menjadi penghasut kepada orang Melayu agar  membenci Tabung Haji . 

Ini kerana dalam kenyataa terbaru PAS , mereka yakin dengan tadbir urus Tabung Haji selepas berpuas hati dengan penjelasan Menteri dan pengurusan tertinggi tentang prestasi kewangan TH. 




Sebenarnya dalam isu Tabung Haji ini telah menjadi mangsa fitnah jahat oleh kononnya kerugian seperti didakwa DAP . 

Diharapkan pendeposit  tidak terpengaruh hasutan jahat DAP dan yakinlah Tabung Haji akan terus melaksanakan amanah mereka pikul . 




Tabung Haji Mangsa Strategi Fitnah Masa kini
Saya dihubungi banyak pihak mengenai penyebaran surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada menteri dan pengerusi Tabung Haji mengenai pendekatan Tabung Haji memberikan bonus dan dividen yang tinggi sepanjang 2012-14 hingga menyebabkan kejatuhan nilai rizab Tabung Haji.
Hanya bersandarkan surat ini, maka ramai telah menjatuhkan hukuman dan mencetuskan polemik fitnah seolah-olah kononnya Tabung Haji mengalami kerugian, dividen tidak mampu dibayar, pengurusan kewangan Tabung Haji lemah hinggalah kepada serangan-serangan peribadi bersifat ghibah dan fitnah terhadap beberapa individu pengurusan tertinggi Tabung Haji.
Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.
Bagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa poin dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat BNM yang difahami di luar konteks dan sewenang-wenangnya disebarkan:

(1) Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.

(2) Kena faham model perniagaan sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang-wang para pendeposit. Sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

(3) Kena faham beza struktur kunci kira-kira sebuah bank dengan kunci kira-kira Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira sebuah bank dengan komponen aset dan liabilitikunci kira-kira Tabung Haji.

(4) Memahami struktur kunci kira-kira Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan BNM.

(5) Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia BNM. Namun keprihatinan BNM ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku,waiyyazubillah. Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?

(6) Kena membaca dokumen kewangan atau kunci kira-kira dan penyata untung rugi Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

(7) Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.

Semua garis panduan di atas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikit pun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan junjungan Nabi Muhammad SAW.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.


default

SPRM AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGAWAI BERI KENYATAAN MEDIA TANPA IZIN

on Thursday, January 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Lanjutan daripada laporan media hari ini, saya ingin menyatakan sekali lagi yang SPRM tidak akan, sama sekali, mempertikai atau mempersoal keputusan Peguam Negara terhadap kes Perdana Menteri.

Sebagaimana dinyatakan semalam, rujukan kami kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah langkah standard operasi sebagai sebahagian daripada proses memuktamadkan sesuatu kes.

Bagi memberi perincian lebih jelas, kuasa Peguam Negara terhadap semua prosiding jenayah diberikan kepada beliau sebagaimana diperuntukkan oleh Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dipertikai atau dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa.

Dan lanjutan daripada laporan media mendakwa terdapat pegawai SPRM yang mengeluarkan kenyataan media tanpa izin serta membuat pelbagai andaian, saya ingin jelaskan, jika ini benar, perbuatan itu tidak akan ditoleransi dan tindakan akan diambil.

Saya telah mengarahkan satu laporan polis dibuat mengenainya agar satu siasatan secara bebas boleh dilakukan.

Pegawai SPRM mestilah mendukung tata etika paling tinggi dan akan dipertanggungjawabkan akan sumpah jawatan yang dipegang mereka.

Melihat ke hadapan, tiada kenyataan oleh mana-mana individu akan mewakili agensi ini sebagai kenyataan rasmi kecuali ia dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM selepas menerima kelulusan saya.

TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
KETUA PESURUHJAYA SPRM 
PUTRAJAYA
28 JANUARI 2016

default

TAK DIPERSOAL LAGI KEPUTUSAN SIASATAN PEGUAM NEGARA ISU SRC INTERNATIONAL & DANA RM2.6B @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





 Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada mana-mana individu sepatutnya mempersoalkan kecekapan dan kebebasan institusi negara ini atau proses perundangannya dalam isu SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penyiasatan yang merintis kepada penemuan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung isu berkenaan dibuat dengan teliti dan menyeluruh merangkumi pemeriksaan terhadap setiap butiran dan bukti.

“Sebagaimana yang dijelaskan, tiada apa-apa syarat dikenakan terhadap sumbangan berkenaan yang dibuat secara peribadi kepada Perdana Menteri atas kepercayaan kepadanya dan kepe­mimpinannya dalam isu-isu utama.

“Saya sendiri mengetahuinya kerana telah bertemu penyumbang. Perdana Menteri sendiri yang memilih untuk menggunakan sumbangan itu untuk faedah parti dan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyata­an di sini malam ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, ahli-ahli politik sememangnya perlu bersedia diserang oleh pihak lawan yang cuba memusnahkan reputasi melalui tuduhan palsu dengan tujuan menjadi pengganti.

Bagaimanapun tegasnya, adalah menjadi kesalahan untuk me­rosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk tujuan politik peri­badi kerana kepentingan negara mesti diutamakan.

“Kita telah menghabiskan banyak masa akibat isu ini, saya meminta semua pihak supaya terus ke hadapan. Kita perlu bersatu sekarang dan mara ke hadapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Beliau merupakan orang yang tepat untuk membawa kita semua mengharungi badai ekonomi glo­bal dan ancaman keselamatan yang dihadapi,” katanya

default

PENJELASAN ISU SURAT YANG KONONNYA DARI ZETI KEPADA TABUNG HAJI

on Tuesday, January 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :

1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.

Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut - iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.

4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak  termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.

Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa  mereka telah membuat pulangan sebanyak 200%  ke atas pelaburan hartanah di UK.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada  1700 mata - ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion - yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion - atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.

Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.

Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka  sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.

Diterjemah oleh : JASA

default

PM TELITI SUARA UMNO KEDAH SEBELUM BUAT KEPUTUSAN GANTI MB

on Saturday, January 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.




Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

“Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin UMNO negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi,’’ kata satu sumber yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh lebih 50 orang pemimpin UMNO Kedah. Antara yang hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Dr. Jamil Khir Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Selain itu beberapa Exco Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Exco tersebut ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Menurut sumber itu, kesemua pemimpin UMNO yang hadir sepakat meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,’’ katanya.
Ditanya mengenai calon Menteri Besar bagi menggantikan Mukhriz, sumber itu berkata, setakat ini Ahmad Bashah merupakan calon utama dan pengumuman mengenai­nya akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.
“Ada pihak memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit,’’ kata sumber tersebut.
Sementara itu di ALOR SETAR, sokongan terhadap Mukhriz dilihat semakin berkurangan apabila beberapa perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan beliau semakin pudar.
Dalam masa sama, satu sumber memberitahu, Mukhriz juga menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan ADUN-ADUN jika beliau berhasrat membawa perkara itu ke dalam sidang DUN.
“Tetapi majoriti pemimpin UMNO Kedah mengharapkan tidak sampai pada tahap itu sebaliknya mereka menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Tambahan pula kecuali beberapa orang wakil rakyat, pemimpin UMNO lain kesemuanya sudah menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa mereka akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menggantikan Mukhriz,’’ katanya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/hampir-pasti-ganti-mb-kedah-1.182475#sthash.AdqsTxz0.dpuf

default

WEE KA SIONG NAFI DAKWAAN DIRINYA SEBUT KERAJAAN AKAN HAPUS BIASISWA JPA

on Friday, January 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden MCA menyelar tindakan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah tersebut menerusi media sosial seperti WhatsApp dan laman blog.

“Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.-UO

default

KU NAN JAWAB MENGAPA TINDAKAN DISIPLIN TIDAK PERLU KEPADA 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Seperti dijangka tiada tindakan disiplin terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO yang mendesak Presiden melakukan perubahan pimpinan di negeri Kedah . Harus diingatkan jawatan MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah lantikan Presiden bukan jawatan yang dipilih ahli dan rakyat.  Mereka mendesak Presiden melakukan perubahan kepimpinan .

Jadi jika ada macai pro Tun dan Zahid Mat Arif yang  marah mengapa tindakan disiplin tidak diambil terhadap Ketua Bahagian ...baca dulu peraturan perlembagaan parti . 




Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

Beliau berkata Ibu Pejabat UMNO telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.

"Mereka berharap agar Presiden UMNO dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.

default

UMNO KEDAH MENGADAP PM ESOK PETANG , MUHKRIZ DAKWA 90 % RAKYAT KEDAH DIBELAKANGNYA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Esok petang UMNO Kedah telah sahkan akan mengadap PM mengenai kemelut politik negeri . Tapi Muhkriz masih lagi tidak berbuat apa-apa dan hanya berkata  rakyat 90 %  masih lagi mahukan beliau kekal MB .

Sepatutnya beliau perlu berlajar krisis MB di Selangor bagaimana TS Khalid Ibrahim dijatuhkan selepas hilang sokongan Adun dan parti .  Khalid pun cakap rakyat Selangor bersamanya tapi  jawatan MB adalah lantikan oleh parti bukan rakyat .

Apapun kita tunggu cerita esok ...





Barisan kepemimpinan UMNO Kedah dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur petang esok, dipercayai berkaitan kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini. 

Selain barisan Ketua UMNO Bahagian, turut diarah hadir ialah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) dan EXCO Kedah dalam perjumpaan yang dijangka diadakan jam 4 petang esok. Sumber dalaman parti ketika dihubungi berkata, hanya 14 Ketua UMNO Bahagian sahaja menerima jemputan berkenaan, manakala nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dikecualikan. 

"Sehingga kini, tiada maklumat rasmi diterima mengenai motif semua ADUN, EXCO dan Ketua UMNO bahagian itu dipanggil, namun kita percaya ia ada kaitan dengan sidang media diadakan di Hotel Grand Alora, yang mendesak Mukhriz berundur," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanipah, ketika dihubungi BH, mengesahkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur esok, namun tidak mengulas lanjut.

default

PKR KALAH KES SAMAN RM2.6B ,DIARAH BAYAR KOS RM15 RIBU KEPADA NAJIB, KU NAN

on Thursday, January 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain, hari ini berjaya membatalkan kes saman PKR terhadap mereka berhubung dakwaan, perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Perdana Menteri.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehubungan itu memohon kos sebanyak RM50,000.

Selain Najib dan Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Develoment Bhd. (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.

Pihak plaintif terdiri daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli jawatankuasa PAN, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, Najib telah menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri selain bertindak secara korup dan menyalahi serta melanggar undang-undang.

Peguam Tommy Thomas mewakili pihak plaintif mencadangkan kos tidak melebihi RM10,000 bagi setiap plaintif.

1MDB dan SPR masing-masing memohon RM50,000.

Peguam-peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Azizan Md. Arshad mewakili SPR memohon kos RM30,000.

Mohd. Zaki sehubungan itu menetapkan kos sebanyak RM15,000 kepada setiap defendan pertama dan kedua manakala SPR dan 1MDB mendapat RM10,000. -UTUSAN ONLINE

default

KES BALING BUKU SJKC PAI CHEE , KPM JAMIN AMIK TINDAKAN TEGAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kes seorang guru Melayu dibaling dengan buku dan alatan tulis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor minggu lalu.


Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, siasatan sedang dilakukan dengan memanggil pihak-pihak terlibat dengan segera.

Namun, saya menasihatkan kepada semua pihak agar bersabar dan jangan menimbulkan sebarang spekulasi termasuk isu perkauman agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Para ibu bapa dan orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang tidak kepuasan hati terhadap pengurusan sekolah serta guru di laman sosial dan mereka hendaklah menggunakan saluran betul untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Cek Peruntukan Tabung Penyelenggaraan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2015 di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung dakwaan seorang guru Melayu dibaling dengan buku dan alatan tulis oleh bapa anak muridnya di SJKC Pai Chee di Mersing, Johor pada minggu lalu.

Guru terbabit, Salina Daud, 49, turut mendakwa, susulan kejadian itu, dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Sementara itu, Sin Woon memberitahu, kegagalan sekolah bantuan kerajaan yang menerima peruntukan penyelenggaraan untuk menghantar laporan pelaksanaan projek kepada pihak kementerian boleh menyebabkan mereka tidak akan menerima lagi bantuan itu untuk tahun seterusnya.

Katanya, bagi mengelakkan perkara tersebut, setiap sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan projek dengan lebih kerap bagi memudahkan pihak kementerian melakukan pemantauan.

“Sebenarnya langkah ini bertujuan mengetahui adakah peruntukan itu telah digunakan untuk tujuan penyelenggaraan atau sebaliknya.

“Saya berharap pihak lembaga pengelola sekolah dapat menggunakan sebaik-baiknya peruntukan ini bagi menaik taraf dan menyelenggara kemudahan infrastruktur agar dapat mewujudkan ruang pembelajaran yang selamat serta selesa kepada para pelajar,” ujarnya.


default

PAN AKAN TANDING KAWASAN KERUSI PAS DI PRU14

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PAN terus memercikkan minyak ke dalam api permusuhannya dengan Pas apabila menegaskan parti berkenaan akan bertanding menentang parti yang dituduhnya sebagai konco kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Meskipun Presiden PAN, Mohamad Sabu, tidak menamakan secara spesifik parti yang disifatkannya sebagai konco itu tetapi dipercayai kenyataan tersebut merujuk kepada Pas, selari dengan percakaran terbuka secara berterusan antara kedua-dua pihak.
“Pakatan pembangkang tidak akan bertanding sesama sendiri. Kami akan bertanding menentang BN dan konconya,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang akhbar di Wisma PAN di sini hari ini.
Pas dan PAN saling berbalas kenyataan dengan masing-masing bertindak mengecam antara satu sama lain sejak kumpulan pro Anwarinas yang kalah dalam pemilihan Pas diketuai Mat Sabu bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baharu.
Ditanya apakah konco dimaksudkan itu merujuk bekas partinya, Mat Sabu yang diangkat sebagai Presiden kepada parti serpihan Pas itu selepas berlaku perbalahan dalaman sekadar menjawab, sesiapa sahaja mahu menjadi konco kepada BN akan ditentang.
Bagaimanapun beliau mengakui, buat masa ini, belum ada sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara parti-parti dalam pakatan pembangkang dan keputusan akhir mengenai perkara tersebut hanya akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad, turut tidak ketinggalan menghentam Pas dalam isu kecaman parti tersebut ke atas PKR kerana menyertai program PAN di Kelantan dengan menyifatkan Pas tidak berupaya untuk bersikap terbuka.
“Bagi kita tiada masalah, PKR nak buat ceramah dengan Pas, PAN tidak pernah pun nak bising. Soal Pas buat bising apabila PKR buat ceramah dengan PAN itu masalah Pas, bukan masalah PAN kerana kita bersikap terbuka,” kata Khalid yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Utusan

default

SALAHKAH PROF AGUS BERHUJAH SOKONG TPPA ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menjelang bantahan kumpulan pembangkang aliran kiri khususnya PAS terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang dijadualkan di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Ahli akademik merangkap idealog pembangkang bagi membantah TPPA Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengeluarkan kenyataan yang sudah pasti 'menyengat' kumpulan tersebut.

Prof Agus Yusuff menulis beliau kini menyokong TPPA.

Sebelum ini golongan kiri di Malaysia yang membantah TPPA sering menggunakan hujah Prof Agus untuk menyokong argumen mereka mengenai TPPA.

Ia berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Prof Agus pada 2012, di mana Profesor Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu membentangkan hujah-hujahnya mengapa ia merasakan TPPA merugikan Malaysia.

Namun ketika itu draf penjanjian antara 12 negara awal belum dimuktamadkan... di mana hanya pada 5 Oktober 2015 ianya ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin negara yang terlibat.

Sejak isi kandungan TPPA dibentangkan pada umum, Prof Agus telah menyemak semula dan mendapati perjanjian tersebut memberi lebih peluang kepada Malaysia.

Beliau sudah bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) untuk mendapat kepastian kepada beberapa persoalan dan akhirnya, ahli akademik itu terpaksa bersikap objektif iaitu bersetuju dengan TPPA.

Beliau menulis di facebooknya pertemuan dengan Tok Pa...  "Tentang TPPA, kata Tok Pa, kita adalah negara berdagang. Suka tidak suka kita mesti menyahut cabaran globalisasi dan menerima liberalisasi perdagangan.

Seterusnya Tok Pa bertanya pendapat saya tentang TPPA? Saya tidak menjawabnya langsung, tetapi menimbulkan beberapa keraguan saya tentang TPPA.

Antaranya ialah tentang harga barangan, peluang pekerjaan, Investor State Dispute Settlement (ISDS), hak bumiputera, hak negeri dan lainnya. Beliau memberi jawapan yang mantap kepada setiap yang saya timbulkan," tulis Prof Agus.

Pada Rabu media tempatan menyiarkan tulisan Prof Agus menbentangkan hujah mengapa beliau menyokong TPPA dengan tajuk Agus: Salahkah saya menyokong TPP?

Berikut kami siarkan sepenuhnya tulisan Prof Agus Yusoff

Agus: Salahkah saya menyokong TPP?

Pada 5 Oktober 2015, rundingan TPP dimuktamadkan di Atlanta AS. Pada 5 November 2015, teks TPP didedahkan kepada umum. Dan pada 3 Disember 2015, kajian kes manfaat TPP didedahkan kepada umum.

Teks lengkap TPP mengandungi 6350 halaman dan 4 annexes. Sejak pendedahan lengkap dokumen TPP, masih ramai rakyat yang sangsi dengan TPP ini, masih ramai yang tidak bersetuju dan membantahnya.

Alasan mereka ialah:

i. TPP sama macam GST yang akhirnya mungkin baik untuk pendapatan negara, tetapi membebankan rakyat.

ii. Kos perubatan naik kesan kawalan terhadap paten dan akses kepada ubatan generik.

iii. Hasil eksport berkurangan kerana cukai eksport dimansuh.

iv. Syarikat kewangan asing bakal menguasai pasaran kewangan negara kerana mempunyai modal yang lebih besar.

v. Tenaga buruh dibanjiri oleh kepakaran luar dan tidak ada pemindahan teknologi

vi. Syarikat Bumiputera tidak mendapat apa-apa lagi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat luar.

vii. Harta intelek dan akta hakcipta yang terlalu lama menghalang kreativiti dan inovasi rakyat.

viii. Undang-undang tempatan bakal runtuh apabila syarikat asing bebas memilih untuk dibicarakan di tribunal antarabangsa, bukan dengan undang-undang tempatan.

ix. Harga kereta, harga rumah dan kos barangan akan meningkat.

Saya juga dahulunya mempunyai sangkaan yang sedemikian. Bagaimana sekarang setelah meneliti dokumen TPP?

Bagaimana dengan kos ubat selepas TPP? Hal ini dinyatakan dalam Bab 18 Intellectual Property Rights.

Hasil semakan mendapati TPP memastikan akses perkhidmatan kesihatan dan ubatan pada harga berpatutan diteruskan.

Undang-undang negara memperuntukkan paten selama 20 tahun.

Penyertaan TPP tidak mengubah tempoh dan ciri-iri utama dasar perlindungan paten sedia ada. Ini bermakna ubat generik sedia ada juga boleh diteruskan.

Artikel 18.6(1a): Understandings Regarding Certain Public Health Measures menyatakan setiap negara yang menandatangani perjanjian ini mempunyai hak untuk menjaga dan melindungi kesihatan rakyatnya.

“(a) The obligations of this Chapter do not and should not prevent a Party from taking measures to protect public health. Accordingly, while reiterating their commitment to this Chapter, the Parties affirm that this Chapter can and should be interpreted and implemented in a manner supportive of each Party’s right to protect public health and, in particular, to promote access to medicines for all. Each Party has the right to determine what constitutes a national emergency or other circumstances of extreme urgency, it being understood that public health crises, including those relating to HIV/AIDS, tuberculosis, malaria and other epidemics, can represent a national emergency or other circumstances of extreme urgency.”

Bagaimana dengan kemudahan pelajar untuk salin foto buku? Artikel 18.66 TPP tidak menghalang hal ini selagi mana tujuan salin foto tersebut adalah untuk tujuan mengajar, penyelidikan dan belajar.

“Each Party shall endeavour to achieve an appropriate balance in its copyright and related rights system, among other things by means of limitations or exceptions that are consistent with Article 18.65 (Limitations and Exceptions), including those for the digital environment, giving due consideration to legitimate purposes such as, but not limited to: criticism; comment; news reporting; teaching, scholarship, research, and other similar purposes; and facilitating access to published works for persons who are blind, visually impaired or otherwise print disabled.”

Bagaimana dengan hak Bumiputera selepas TPP?

TPP memberikan pengecualian khas kepada Malaysia dalam hal ini di bawah Bab 15, Annex 15A Schedule of Malaysia. Annex ini memperuntukkan klausa khas untuk kita mengekalkan hak Bumiputera dan rakyat tempatan.

Jika ada syarikat luar yang mahu masuk bersaing, klausa ini membenarkan syarikat luar hanya boleh masuk bersaing dalam perolehan yang melebihi dari SDR1.5 juta. SDR ialah Special Drawing Rights atau RM5 bagi 1 SDR.

Bagaimana dengan peluang pekerjaan dan tenaga buruh rakyat tempatan? Ini diperuntukkan di Bab 19 TPPA. Bab ini menghormati hak-hak buruh dengan melarang buruh paksa dan buruh di bawah umur. Bab ini melindungi kesatuan kerja untuk mempertahankan hak-hak buruh.

Soal peluang pekerjaan, saya melihat TPP menyediakan persaingan, tetapi ini tidaklah sampai ke tahap menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan. Hanya sahaja untuk kita mendapat jawatan yang baik, kita perlu kompetitif dan berdaya saing.

Apakah TPP menjejaskan kedaulatan negara? TPP tidak melibatkan pindaan perlembagaan. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perjalanan TPPA, terdapat Exit Clause dalam Bab 30 Final Provisions seperti berikut:

Article 30.6: Withdrawal

1. Any Party may withdraw from this Agreement by providing written notice of withdrawal to the Depositary. A withdrawing Party shall simultaneously notify the other Parties of its withdrawal through the contact points.

2. A withdrawal shall take effect six months after a Party provides written notice to the Depositary under paragraph 1, unless the Parties agree on a different period. If a Party withdraws, this Agreement shall remain in force for the remaining Parties.

Apakah harga kereta akan turun atau naik? Harga kereta bergantung kepada pasaran semasa. TPPA tidak menentukan dan memaksa harga kereta naaik atau turun. Ini boleh dilihat dalam Bab 2 National Treatment and Market Forces for Goods.

Bagaimana dengan hak negeri dan tanah yang menjadi bidang kuasa kerajaan negeri? Kuasa negeri kekal dan tidak terancam dengan perjanjian ini. Ini boleh dirujuk di Annex II Schedule of Malaysia: Non-Conforming Measures.

Bagaimana dengan ISDS? Tidakkah apabila berlaku pertikaian antara pelabur dengan negara, maka negara boleh disaman? Hal ini dinyatakan dalam Bab 9 Investment.

Realitinya memang boleh disaman. Tetapi soal ini bukan perkara baru. Sebelum ini kita telah terlibat dalam 74 FTA dan telah melalui proses saman menyaman ini.

Ini kerana semua negara yang terlibat dalam FTA akan tertakluk kepada Investment Guarantee Agreements dan Bilateral Investment Treaties.

Malaysia pernah menyaman dan disaman dalam kes MTD vs. Chile’s Government (keputusan Tribunal pada 21 Mei 2004), Telekom vs. Ghana Government (keputusan tribunal pada 18 Oktober 2004), dan Malaysian Historical Salvors vs. Malaysia Government (keputusan tribunal pada 21 Mei 2007).

Cara perbicaraannya adalah melalui International Center for Settlement of Investment Disputes.

Bagaimana dengan kedudukan Petronas dan Khazanah? Mengapa perlu kita meletakkan syarikat besar negara dalam bahaya untuk ditelan oleh gergasi besar?

Saya telah membaca peruntukan hal ini dalam Bab 17 TPP State-Owned Enterprises and Designated Monopolies.

Hasil semakan mendapati terdapat persaingan, tetapi bukanlah ke tahap yang membolehkan kita ditelan. Ia bergantung kepada cara pengurusan syarikat kita

Jadi, jika kita mahu mendapat keuntungan daripada TPP ini, kitalah yang perlu mengurus syarikat milik kita dengan baik, bukannya salah TPP.

Bagaimana dengan IKS? Tidakkah jika apabila barang Amerika dan negara lain boleh masuk, ia boleh melingkupkan IKS kita?

Peruntukan tentang IKS ini dimasukkan dalam Bab 24 on Small and Medium- Sized Enterprises. Dalam bab ini, ada dua komponen utama yang menunjukkan kelebihan kepada IKS ini.

Pertama, boleh meningkatkan jaringan perniagaan IKS dengan negara luar. Kedua, membolehkan IKS mendapatkan maklumat yang banyak tentang peluang perniagaan IKS di negara luar.

Soal IKS kita terhapus banyak bergantung kepada daya saing IKS kita. Tidak ada klausa yang saya nampak ada ancaman kepada IKS kita melainkan terdapat cabaran kepada IKS kita.

Bagaimana dengan duit pencen? Tidakkah nanti boleh dikebas oleh negara TPP? TPP tidak melibatkan dana awam dan kita berkecuali dalam hal ini.

Penjelasan saya di atas adalah berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang ada.

Sama ada kesannya baik kepada rakyat dan negara atau sebaliknya, nasihat saya kepada kawan-kawan baca dan telitilah maklumat asli yang ada dihttp://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa. Selepas itu buatlah penilaian.

Meneliti dokumen ini, ada dua kenyataan yang perlu saya buat.

Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan TPP negara yang telah merundingi hal ini dengan baik.

Saya yakin ini bukan tugas yang mudah memandangkan selepas tulisan pertama saya pada tahun 2013, telah banyak perkara yang diperbaiki dalam TPP ini.

Ini termasuklah addendum khusus tentang Bumiputera, tanah Melayu, Petronas dan lainnya.

Kedua, setelah meneliti dokumen TPP, saya menyokongnya.

Saya menyokongnya kerana kita tidak boleh mengelak dari hidup dalam dunia globalisasi dan bertindak selari dengan perkembangan semasa. Jika kita tidak menandatangani TPPA, maka kita keluar dari menjadi negara dagang. Mahukah kita?

Selain itu, saya dapati beberapa kelebihan baru TPP ini.

i. Kita mempunyai empat kawan baru FTA iaitu Amerika, Peru, Mexico dan Kanada.

ii. Kita adalah antara negara pengasas TPP membolehkan kita mendapat layanan dan pengecualian dalam sektor-sektor sensitif.

iii. Kita akan menjadi negara yang membina daya saing, membina tadbir urus yang baik to comply dengan standards antarabangsa, dan mempunayi barang-barang yang lebih berkualiti.

iv. Kita akan mempunyai barang yang berkualiti dengan import duti yang dimansuhkan dan harga barang yang kompetitif.

Saya menolak hujah jika kita menandatangani TPP, kita menggadaikan kedaulatan negara.

Untuk menjawab hujah ini, saya petik apa yang Tok Pa kata kepada saya. Selain Malaysia ada 11 lagi negara yang menandatangani TPP.

Apakah semua negara tersebut sanggup menjual kedaulatan mereka? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Tok Pa.

Biarpun berkata begitu, saya juga mempunyai kerisauan tentang TPP.

i. Bimbang tentang keupayaan pelaksanaannya.

ii. Mampukah kita untuk bersaing?

iii. Mampukah kita untuk meningkatkan kualiti barangan dan menjaga alam sekitar supaya dapat mengikuti syarat TPPA ini?

iv. Terdapat 26 akta yang perlu dipinda to comply dengan TPP.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan perlu jujur memberi maklumat tentang kekurangan TPP ini.

Maklumat tentang kekurangan ini, jika ada, jangan disembunyikan.

Dalam hal ini, saya suka memetik nasihat George Santayana dalam The Life of Reason (1905) supaya kita belajar dari sejarah. Katanya: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”

Apa maksudnya? Belajarlah dari pengalaman penerangan GST. Dalam kes GST dahulu, kerajaan menyatakan GST menurunkan harga barang, tetapi realitiya apabila dilaksanakan tidak ada satu harga barangpun yang turun.

Jangan ulangi kesilapan ini. Bagitahu betul-betul untung ruginya TPP ini kepada rakyat dan negara.

Jika rakyat tanya, apakah TPP boleh menurunkan harga kereta dan menjamin kos ubatan tidak naik, maka jawablah dengan memberikan senario yang benar dan betul. Jangan over commit menyatakan tidak naik jika hakikatnya harga ubat dan kereta ditentukan oleh kausa pasaran.

InsyaALLAH, memulakan sesuatu dengan langkah yang betul akan membuah hasil yang baik.

Di akhir analisisnya, saya dapati TPP bukanlah ancaman untuk negara, tetapi cabaran untuk negara. Dengan hujah ini, saya menyokong TPP. Salahkan saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.