..

..

ZAHID HAMIDI JADI MANGSA FITNAH SURAT PALSU MINTA PM LETAK JAWATAN

on Saturday, December 10, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Surat yang tersebar melalui laman media sosial mengenai tekanan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri meletak jawatan adalah tidak benar.
Kandungan surat tersebut mengatakan skandal yang dipalitkan terhadap Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak telah melemahkan kerajaan seterusnya meminta supaya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya mendesak supaya beliau meletak jawatan.
Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen.
Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dengan surat yang diedarkan yang turut melampirkan senarai kabinet bayangan kerajaan baru yang akan dibentuk.
Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan  berita atau maklumat yang tidak sahih sumbernya.
Ini merupakan satu lagi serangan oleh pembangkang yang cuba memecahbelahkan hubungan antara Timbalang Perdana Menteri dan Perdana Menteri. 




One Response

  1. Anonymous says:

    1. Surat ini bukan palsu. Memang diolah sebegitu rupa supaya mesej ini sampai kepada najib. Tanya pakar psikologi......

    2. Dalangnya adalah mereka yang tak tahan dengan "the heat" yang created by najib himself. Tak berani bersuara dalam PAU, terpaksa guna mode ini.

    3. Tanya mana SB officers on the ground on kegelisahan rakyat. Sebab itu isu DAP, anti islam, mahathir bersekongkol dengan DAP, Soro's funds, konspirasi ini dan itu dihebah setiap jam, minit dan saat.

    KERESAHAN UMNO DAN AHLI UMNO TERLALU KETARA....

    NASIHAT SAYA....JADILAH ORANG DEWASA, JADILAH MUSLIM YANG TAKUTKAN ALLAH. INGAT HARAM MEMAKAN HARTA RAKYAT. BETHENTILAH BERSUBAHAT DENGAN KEMUNGKARAN.

    Wallahuaklam

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.