..

..

VIDEO PENIAGA MELAYU P.PINANG KENA SCREW DENGAN MELAYU

on Thursday, December 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penguatkuasaan zalim kerajaan DAP  dan tidak bertimbang rasa  terhadap peniaga MELAYU di P.Pinang adalah perkara biasa di sini sejak 2008 . 

Biarpun ramai netizen Melayu meluahkan kekecewaan dan mengkritik penguatkuasaan zalim ini  di media sosial   kerana memilih bulu . 

Ia seolah-olah  tidak didengari malah semakin banyak tindakan diambil terhadap peniaga dari golongan   rakyat miskin yang cuba mencari rezeki bagi menyara keluarga .

Terbaru insiden di Nibong Tebal di mana peniaga Melayu yang menjual buah - buahan mengamuk bila meja dan buahnya dirampas MPSP . 

Memang tindakan mengacu pisau adalah salah oleh peniaga terbabit  tetapi sewajarnya pihak penguatkuasa menggunakanlah pertimbangan dan   budi bicara  tanpa perlu merampas barang beliau yang hanya bernilai RM140 !! 

Sudahlah tempat berniaga tidak disediakan tetapi rampas pulak barang mereka .

Ternyata janji KERAJAAN DAP   untuk jadikan Pulau Pinang negeri USAHAWAN pada 2017  hanya sembang kedai kopi saja . 

Hakikatnya Melayu di P.Pinang sudah semakin sukar mencari rezeki di negeri ini . 

Terbukti kata-kata Hew memang benar bahawa  DAP gunakan  Melayu untuk  SCREW Melayu dan hari ini  sudah  disaksikan di P.Pinang  !!












Nibong Tebal: Berang kerana buah-buahan yang dijual dirampas penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dua peniaga di sini nekad mengacukan pisau ke arah anggota bertugas sebelum diberkas polis.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi hari ini, dua lelaki berusia 32 dan 28 tahun berkenaan menjual buah-buahan di kawasan berdekatan parkir motosikal di Pasar Awam Taman Berjaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, seramai 24 penguatkuasa MPSP sedang melakukan operasi di situ dan memberitahu mereka kawasan itu dilarang berniaga.

Beliau berkata, MPSP merampas meja, kerusi dan buah-buahan dianggarkan bernilai RM140 berkenaan.

Katanya, dua lelaki berkenaan meminta pegawai MPSP untuk mengeluarkan borang untuk menanda barang-barang yang dirampas namun pegawai pihak berkuasa tempatan itu tidak menghiraukannya dan terus menaikkan barang ke dalam lori.

"Apabila lori mula beredar dua lelaki itu marah dan naik ke lori MPSP dan cuba menurunkan barang mereka ke bawah.

"Dalam perbualan di antara kedua-dua lelaki itu dengan pihak MPSP, mereka memegang sebilah pisau dapur berukuran lebih kurang satu kaki sebelum dicekup pihak MPSP dan polis," katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.-Harian Metro


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.