..

..

SOLIDARITI UMNO TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dzainalabidin

on Sunday, December 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kenyataan Rasmi Perdana Menteri

10‎hb Disember, 2016

‎1. Pembangkang nampak jelas mencemburui solidariti jitu yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Maka tidak hairanlah mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan meretakkan hubungan baik saya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka menganggap perwatakan beliau sama seperti bekas ahli parti yang mengutamakan agenda pribadi berbanding kepentingan parti dan negara.
2. Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang.
3. ‎Pembangkang kini sangat terdesak dan dalam keadaan kucar-kacir sehingga memaksa mereka untuk bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.
4. ‎Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh kita. Mereka iri hati akan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Dato' Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia‎


One Response

  1. Anonymous says:

    Bukan taktik kotor pembangkang tapi perbuatan kotor Najib Lanun Bugis dan Anjing2 UMNO yang menjejas parti itu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.