..

..

PRU14 : Pertarungan Tiga Gabungan Parti Terbesar

on Thursday, December 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tiga parti dan gabungan terbesar dalam negara bakal bertarung dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang yang desas-desusnya akan diadakan pada tahun 2017.

Sebelum ini, pilihan raya di negara ini ditandingi oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, bagaimanapun BN kekal menerajui Parlimen apabila menang PRU ke-13 lalu.

Kini, PRU ke-14 nanti bakal ditandingi oleh 3 gabungan parti iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, PAN dan PPBM. PPBM baru menyertai kerjasama PH semalam selepas memeterai perjanjian bersama di Petaling Jaya.

Kemudian, gabungan ketiga ialah Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang terdiri daripada dua parti iaitu PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).


Barisan Nasional (BN) yang terus mempertahankan Kerajaan Persekutuan terdiri dari tiga parti komponen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC bersama dengan 12 parti komponen lain diramal akan menang bergaya akibat perpecahan teruk parti pembangkang ini. 

Keputusan yang sama BN nikmati dalam PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar bakal BN raih dalam PRU14. Negeri Selangor dijangka dirampas kembali oleh BN dalam PRU14 nanti.

Berkenaan PH, PPBM iaitu sebuah parti baru yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di saat akhir membuat keputusan menyertai pakatan itu biarpun sebelum ini mereka ada ura-ura mahu bekerjasama dengan PAS dalam Gagasan.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang mahu bekerjasama dengan DAP sebaliknya Presiden parti PPBM,  Muhyiddin lebih cenderung dengan PAS. 

Baru baru ini dalam konvensyen PAN pada 11 Disember 2016 di Shah Alam, Mahathir menyifatkan PAS sebagai parti yang celaru.

Bagi Dr Mahathir semua itu tidak akan ada masalah kerana bagi dirinya hanya kuasa yang beliau mahukan dan bukannya memperjuangkan nasib rakyat.

Pada PRU nanti, hasrat pembangkang untuk cuba mempertahankan kerusi satu lawan satu dengan BN nampaknya kini akan gagal kerana paling tidak semua kerusi akan memperlihatkan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru. 

Kemungkinan besar juga akan ada pertandingan empat penjuru di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kerana banyak pihak begitu dengki dan iri hati dengan Dr Mahathir serta DAP yang mahu memecahbelahkan undi BN.

Dalam hal ini, pihak-pihak ini kemungkinan akan bertanding di atas tiket Bebas dan memecahkan undi kepada pembangkang.

Gabungan yang paling rugi adalah Pakatan Harapan. DAP tidak akan patuh dengan perjanjian yang telah ditulis. DAP akan langgar perjanjian kerana DAP rasa mereka kuat dan abang besar dalam pembangkang. 

Sudah pun terjadi di PRN Sarawak yang lepas. Ya, memang DAP abang besar sekarang dalam pembangkang. Sebab itulah Mahathir asyik mengemis dab berkepit dengan Kit Siang dalam apa jua majlis


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.