..

..

P.PINANG BAKAL DILANDA BENCANA AKIBAT TAMBAK LAUT PROJEK MEWAH

on Wednesday, December 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kegiatan dan rancangan menambak secara berluasa, lebih 2,600 hektar laut untuk pelbagai projek mewah di Pulau Pinang kini, ibarat bom jangka kepada alam sekitar, yang akan menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat dalam jangka panjang.

Masyarakat nelayan menjadi kelompok awal, menanggung kesan tambakan itu dengan hasil tangkapan tidak menentu, Tambakan laut bukan saja mendedahkan Pulau ini kepada bencana seperti banjir lumpur dan tsunami malah juga penyakit kronik lain seperti kanser dan sakit mental.

BINA KEDIAMAN MEWAH

Sebahagian besar rancangan tambakan laut di Pulau ini dibuat semata-mata mahu menjayakan projek mega, menggunakan konsep Pembangunan bercampur seperti Pembinaan Kediaman Mewah, Pusat Komersial dan Hotel.


Pensyarah Biologi Marin di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat UniversiTI Sains Malaysia (USM), Prof Dr Zulfigar Yasin, menyifatkan keadaan alam sekitar di Pulau Pinang seperti bom jangka yang bakal meletup bila-bila masa.

“Ramai tidak tahu, tambak laut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi ekosistem manusia secara keseluruhannya. Apabila kemerosotan alam sekitar berlaku secara tidak langsung ia membuka ruang kepada penyakit lain.


“Tambakan laut boleh menyebabkan air kumbahan tidak diuruskan dengan baik, pertukaran aliran air, malah makanan laut mengandungi logam berat. Semua ini mendedahkan manusia kepada pelbagai penyakit kronik”


HASIL LAUT BERKURANGAN

“Kesan Tambakan ini mungkin tidak Nampak dalam tempoh singkat, tetapi indeks yang jelas adalah harga ikan. Sebelum ini, rakyat biasa makan ikan dan jika anda kaya baru makan ayam.
Hari ini keadaan itu sudah berlaku sebaliknya. Semua hasil laut tempatan semakin kurang dan menjadi mahal”

Selama ini perairan Pulau Pinang mempunyai beting tengah yang menjadi ekologi kepada rumpai laut, Selain habitat kepada kuda laut, penyu dan lumba-lumba

Malangnya tambakan mengancam ekosistem hingga menyebabkan aktiviti pantai menjadi tidak lestari terutamanya kepada hidupan laut.

“Tidak ramai tahu Pulau Pinang mempunyai rumpai air yang cantik sehingga menjadi habitat kepada pelbagai hidupan laut di beting tengah”.

“Namun, saya difahamkan beting tengah itu akan ‘disentuh’ bagi memberi laluan kepada projek kereta kabel sepanjang tiga kilometer (km) menghubungkan pulau ini dengan tanah besar’


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.