..

..

PKR GELABAH BILA PAS TANDING PERMATANG PAUH ?

on Monday, December 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menjelang PRU14 , seperti dijangka yang akan merebut kawasan Dun dan Parlimen untuk bertanding adalah parti pembangkang  . Ini sudah diramal awal  oleh Tun Mahathir yang mahu parti pembangkang bertanding 1 lawan 1 dengan BN . 

Kawasan paling awal direbut adalah Parlimen Permatang Pauh di mana PAS sudah melaungkan akan bertanding di situ di mana sekarang  ke semua DUN dan Parlimen dimenangi PKR 

"Kami juga berhak meletak calon ketiga DUN dan parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi,” Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Ini ekoran bagi menidakkan amaran PAN yang mahu bertanding di DUN Permatang Pasir iaitu kubu kuat PAS yang dimenangi  YB Datuk Salleh Man .

Berita ini jelas tidak menggembirakan PKR selaku penyandang di situ kerana mereka menang di Parlimen dan 2 DUN di situ kerana kekuatan sokongan akar umbi dari penyokong PAS. 


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Ia kerana katanya, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.
“Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.
“Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Permatang Pauh fixed deposit pembangkang 

Mengapa PAS ingin buat come back mahu bertanding kerusi Parlimen dan DUN di Permatang Pauh ? Ini kerana peluang terbaik untuk mereka untuk membuktikan bahawa PAS adalah faktor utama kemenangan PKR di Parlimen itu sejak tahun 1999.

Malah Permatang Pauh boleh dikatakan letaklah siapa calon luar payung terjun  atau muda setahun jagung dari pembangkang  bertanding  pasti akan menang sepertimana berlaku kepada Dr Afif Bahardin dan Dr Norlela. 

PAN pulak hanya  mengintai kerusi Dun Permatang Pasir disebabkan itu kerusi tradisi PAS . Ibarat di mana ada PAS di situ ada PAN . 






Peluang UMNO 

Jika perkembangan perebutan ini berterusan hingga PRU14 , UMNO  bakal menjadi underdog untuk membuat kejutan memenangi DUN  semula  dalam Parlimen Pmtg Pauh jika kena pendekatan dan strategi yang giat dilakukan  oleh pasukan transformasi Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said .

UMNO Bahagian Pmtg Pauh walaupun  tewas di pilihanraya kecil lalu , mereka tidak berputus asa tetapi terus  berkhidmat dan menjaga  kebajikan rakyat termasuk sumbangan kepada kariah masjid  . 

Kesimpulannya , antara semua parti yang akan bertanding di Permatang Pauh  takut dengan berkenaan isu ini adalah PKR .  UMNO sudah biasa kalah dalam  berapa kali pilihanraya tetapi PKR cukup gelabah dan itu sebabnya  anak Presiden PKR awal-awal lagi memberi amaran kepada PAS jangan sentuh Permatang Pauh . 



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.