..

..

NETIZEN GESA TINDAKAN TERHADAP ANGGOTA POLIS MENGHINA PM & TPM DI MEDIA SOSIAL

on Thursday, December 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR – Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa mengunakan laman media sosial untuk mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Anggota polis yang dikenali sebagai Nik Azmi Nik Mustapha itu turut dilaporkan mengunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menzahirkan rasa tidak puas hatinya.



“Takkanlah Yang DiPertuan Agung Sultan Muhammad -V boleh tersalah buka pintu kot? Agong pun menyampah tengok wajah PM & timbalan PM.

“.. pas tu Umno rp yg ‘angguk2 pokko najib’ masih berangan nak tawan kerusi Parlimen RP pada PRU ni?? Ibarat seperti buat LAWAK ANTARABANGSA,” tulisnya memetik kenyataan tersebut.

Terdahulu Sultan Muhammad V hadir ke istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Bagaimanapun tinjauan SuaraTV di laman Facebook Nik Azmi mendapati status tersebut telah dipadamkan dipercayai bagi mengelakkan sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap dirinya.

Sementara itu rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak PDRM segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang.

“Orang Kelate ni, TS Khalid Abu Bakar tengok anak buah you ni,” ujar Yuseri Yusoff.

“Sengaja cari penyakit…… bila kena tindakan disiplin kang cakap ni semua salah najib,” tulis Oan Skema pula.


“Kena tindakan tatatertip pdn muka kau jibaok..lans koperal je pum..baling paling dok balai tunggu org repot…poodah.. kalu CID ka .SB ka..UTK org respek gak.ni takat officer yg selalu mintak duit kopi poodah,” kata Mohd Nasir Bin Manas. – SuaraTV


2 Responses

  1. Anonymous says:

    perbuatan ni bkn baru malah naik letih dgr komen diorg ni dlm grup wasap..

  2. Anonymous says:

    Dasar hipokrik.
    Memuji org lain islamik sayangnya diri sendiri mcm taik.
    Dasar pembangkang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.