..

..

NELAYAN BANTAH PROJEK PULAU BUATAN , TAK TERIMA DUIT PAMPASAN KERAJAAN DAP @dzainalabidin @RRafizal

on Sunday, December 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BAYAN LEPAS - Lebih 200 nelayan membantah projek tambak laut di selatan Pulau Pinang (PSR) kerana dibimbangi akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, projek yang dilaksanakan bagi membina tiga buah pulau buatan itu dilihat memberi kesan negatif kepada golongan nelayan di kawasan sekitar.

Menurutnya, projek itu juga akan merugikan nelayan dalam jangka masa panjang kerana ia akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

“Kawasan projek ini nak dilaksanakan adalah kawasan popular untuk menangkap ikan. Ia hanya melibatkan nelayan-nelayan kecil yang tidak meraih keuntungan yang banyak dalam tangkapan ikan. Jika kawasan ini diganggu, di mana kami mahu cari rezeki? Kita tidak hanya melihat pada waktu ini, tetapi memikirkan kesan jangka masa panjang.

“Kami nelayan pantai, bawa bot kecil, tidak boleh pergi jauh kerana ancaman ribut dan tsunami. Kami mungkin bukan dari golongan profesional seperti juru perunding, pakar ataupun jurunilai tetapi kehidupan kami, hanya dengan laut,” katanya kepada media semalam.




Terdahulu, Nazri dan rakan-rakannya menghadiri sesi dialog berhubung PSR bersama barisan Exco, ketua perunding dan pakar di sebuah hotel di Teluk Kumbar di sini.
Selepas selesai sesi dialog itu, beliau dan rakan-rakannya membuat bantahan aman di hadapan hotel berkenaan.

Nazri berkata, pampasan tidak pernah menjadi keutamaan kepada mereka sebaliknya mahu projek itu dibatalkan.

“Kami bantah sebab mereka seolah-olah menimbus periuk nasi kami. Jangan bandingkan Pulau Pinang dengan Johor. Bagi kerajaan negeri, mereka merasakan tiga buah pulau ini kecil, tidak seperti di Johor. Harus diingat, kawasan laut di Pulau Pinang ini kecil, pulau sebesar itu sudah cukup besar untuk negeri ini.

“Bayangkan nelayan pantai seperti kami perlu keluar lebih jauh untuk menangkap ikan setelah terbinanya pulau-pulau ini. Kos petrol akan meningkat. Secara kesimpulannya, projek ini akan memberi kerugian dan tidak ada langsung kelebihan kepada kami,” katanya.
Beliau turut meminta agar kesemua nelayan sepakat tidak menerima pampasan sekiranya ditawarkan kerajaan negeri kepada mereka.

“Saya nak nasihatkan kesemua nelayan di Gertak Sanggul, Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Tempoyak agar tidak menerima pampasan yang digula-gulakan kerajaan negeri. Pampasan itu dilihat seperti racun kepada nelayan. Jangan seronok sangat apabila dijanjikan pampasan wang atau rumah.

“Ini kerana, pampasan yang mereka tawarkan itu tidak setimpal dengan kerugian kekal yang kita perlu tanggung selepas ini. Wang pampasan hanya boleh bantu dalam masa tiga hingga empat bulan sahaja. Selepas itu, di mana kita nak cari rezeki? Oleh itu, kami tidak mahu sebarang pilihan, kami hanya mahu projek ini dibatalkan,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.