..

..

MUHYIDDIN INGATKAN PAKATAN HARAPAN BERI KERUSI KEPADA PPBM DI PRU14

on Thursday, December 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berharap ketika-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi pada PRU nanti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Masing-masing menandatangani enam dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.

Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.

“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk mengadakan perbincangan pokok.

“Apa yang kita persetujui dalam perjanjian itu adalah kebolehmenangan dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap di mana semua pihak akan berpuas hati,” kata Muhyiddin lagi. – Sinar


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.