..

..

MENGAPA MAHATHIR HANYA SUCIKAN DAP DEPAN ORANG MELAYU TAPI BUKAN ANWAR ?

on Monday, December 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Hari ini di Persidangan Tahunan DAP 2016 , Mahathir membuat lagi drama menarik sokongan Cina dengan  membuat pengumuman mengaku  bahawa dirinya SILAP PANDANGAN terhadap DAP . 

Ini ibarat Mahathir sedang mencuci NAJIS DAP selama ini yang  selama ini digelar RASIS , CHAUVINIS dan Anti Melayu . 

Nampaknya doa Arwah Ustaz Fadzil Noor kepada Mahathir 
sudah dapat kita lihat iaitu kerosakan yang pernah dilakukannya dulu . 



Maka bersorak la CINA DAP dengan pengakuan politik bangsat yang kini  diamalkan Mahathir dan pernah juga dilakukan Anwar Ibrahim ketika berkempen PRU13  . 


SHAH ALAM, 4 DIS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.
Kenyataan itu dibuatnya dalam sidang media di Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung di sini.
Beliau yang menganggap kehadiran pertamanya di persidangan itu sebagai satu ‘pengalaman baru’, berkata DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.
“Kemalaysiaan DAP jauh lebih kuat dari parti MCA.
“Saya dapat lihat, di antara ahli-ahli DAP yang hadir hari ini, semua kaum ada. DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum.
“Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh kira-kira 3,000 hadirin.
Tun Dr. Mahathir turut memuji pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu parti DAP yang sekaligus mematahkan dakwaan beberapa pihak bahawa kononnya DAP memusuhi kaum Melayu serta bahasanya.
“Walaupun DAP dituduh ‘parti Cina’ tapi lagu parti DAP guna bahasa kebangsaan, lagu MCA tak guna bahasa kebangsaan.
“Malah, saya bangga dengar ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya.



DAP ternyata  lebih beruntung dari PKR apabila Mahathir menyatakan secara terbuka  pengakuan  membodek dan ampu seperti  ini biarpun telah  dikecam oleh perwakilan DAP  sebagai bapa ayam. 

Tetapi tidak kepada Anwar Ibrahim yang dipecat dan dipenjara semasa pemerintahannya . 

Mengapa Mahathir tidak membuat pengakuan mengakui kesilapan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana dia melakukan hari ini di hadapan perwakilan DAP ?

Apakah Mahathir merasakan DAP lebih penting untuk survival kepentinganya melawan UMNO berbanding PKR ?

Ini kerana beliau sudah merasakan   pasca PAU2016 telah menjadikan Najib semakin kuat dalam parti dan  kini mula menyerang DAP secara terbuka menjelang PRU14 .  Pilihan rakyat hanyalah  samada memilih BN keindukan UMNO atau Pakatan Harapan keindukan DAP .

Sesuatu perlu dilakukan mempertahankan DAP dan hari ini Mahathir telah menjadi benteng utama DAP berdepan  UMNO dan orang Melayu. 











One Response

  1. Anonymous says:

    Fadzil Noor da arwah tak lama lagi UMNO pon arwah!!!

    Kalau tak nak UMNO jafi atwah cepat arwahkan Najib Lanun Bugis dan satukan Melayu kembali.

    Negara lain sudah pon bertindak kaatas pesalah 1MDB. Njib ni lah perosak Agama Bangsa dan Negara

    Blogger Anjing ni berhentilah menyara keluarga dengan rezeki haram hasil dari dedak haram Najib kalau nak keluarga selamat dunia akhirat!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.