..

..

MB DEDAH PENIPUAN MAHATHIR 700 RIBU WARGA ASING DIBERI IC MENGUNDI JOHOR

on Thursday, December 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai tidak berasas, tidak bertanggung jawab dan berniat jahat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi.

 Hal tersebut merujuk kepada entri terbaharu Dr Mahathir dalam blog beliau, chedet.cc bertarikh 6 Disember 2016 selain dalam satu siri ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini

“Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan melulu Tun Mahathir bukan sahaja tidak logik dan berasas, malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dan mana-mana sumber yang sahih,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

 Beliau menjelaskan bahawa kedudukan semasa pemilikan hartanah oleh kepentingan asing di Johor bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor.

 “Sekiranya kita mengambil kira empat orang bagi setiap unit hartanah, berdasarkan anggaran Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

 “Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti didakwa Tun Mahathir.”

 Ujarnya, ia jelas tidak konsisten dengan angka yang digunakan Tun Mahathir dalam entri terbaharunya yang menganggarkan Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. 

“Percanggahan angka tersebut dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Tun Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat jahat untuk mengelirukan rakyat.

 “Tun Mahathir yang pernah menjadi seorang Perdana Menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.

 “Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti kerajaan dalam pelbagai aspek.”

 Terang beliau lagi, Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing, malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di negara ini begitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.

 “Tun Mahathir perlu bersikap objektif dengan hakikat bahawa membuka peluang untuk pemilikan hartanah oleh warga asing di negara kita sama sekali berbeza dengan memberi kerakyatan Malaysia kepada mereka.

 “Jika sekalipun Tun mempunyai bukti sahih daripada sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan Malaysia dalam masa terdekat, beliau boleh sahaja merujuk perkara tersebut kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Ini kerana Muhyiddin masih lagi seorang Ahli Parlimen dan boleh membawa usul tergempar mengenai perkara itu di parlimen,” bidasnya lagi. – MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Dulu cerita 40 k Bangla. La ni 700 k Cina. Lepas ni apa pulak....wa ka ka....kosong kosong....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.