..

..

KOS PROJEK PTMP KERAJAAN DAP NAIK KE RM46 BILLION @dzainalabidin

on Saturday, December 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kos projek PTMP hendak dilaksanakan kerajaan DAP menggunakan wang rakyat kini sudah nampak pelik.
Dulu kos dianggarkan bernilai RM27 bilion kini sudah menjadi RM46 bilion !! Peningkatan RM19 billion !!
Lebih mengejutkan , GAMUDA iaitu pemegang syer dalam Konsortium SRS yang melaksanakan projek ini pun terkejut dan tidak tahu berkenaan kenaikan kos projek ini .
Jika Rafizi dulu boleh main petik angka memfitnah kos projek MRT kononnya hingga  RM100 billion , harap Rafizi juga dapat menyiasat angka putar belit kos  skandal projek kerajaan DAP ini !
Harus diingatkan projek ini ditanggung sepenuhnya duit kerajaan negeri yang kemungkinan  terpaksa berhutang berbilion ringgit dengan bank. 
Ternyata disebalik mereka menyerang isu 1MDB , sebenarnya skandal projek terowong dasar dan PTMP ini lebih  mencurigakan dari segi angka kos yang berbelit belit. 


Sekali lagi kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat cuba putar-belit berkaitan kos projek yang dijalankan.
Jika sebelum ini kos projek terowong dasar laut, kini kos unjuran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pula dipertikaikan apabila kos yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM27 bilion, tiba-tiba meningkat kepada RM46 bilion.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendesak kerajaan negeri pimpinan Dap untuk memperjelaskan bagaimana kos tersebut boleh meningkat malah lebih mengelirukan apabila Pengarah Urusan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling mengeluarkan kenyataan (Gamuda adalah pemegang berkepentingan di dalam Konsortium SRS yang menjadi Project Delivery Partner untuk PTMP) tidak tahu menahu tentang kenaikan tersebut.
“Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan mengapa ada peningkatan sebanyak RM19 bilion daripada anggaran awal kos projek ini.
“Malah Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Julai lalu ada mengeluarkan kenyataan berkemungkinan kerajaan negeri akan mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai sebahagian kos pembinaan PTMP.
“Jika ini berlaku maka ia akan memberi kesan serius kepada kewangan kerajaan negeri dan akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang terpaksa menanggung hutang yang besar,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal, selain daripada kos projek yang mengelirukan, kerajaan negeri juga perlu memperjelaskan bagaimana kontrak pembinaan boleh dianuegerahkan kepada kontraktor bertanggungjawab sebelum kajian kebolehlaksanaan dibuat.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang turut membidas rancangan kerajaan negeri untuk membina tiga pulau di selatan Pulau Pinang.
Jelasnya, jika projek ini terlaksana maka Pulau Pinang akan menyaingi kepadatan penduduk Hong Kong, 17,000 orang berbanding 2,600 orang bagi setiap kilometer persegi pada masa ini.
“Sekarang inipun kita sudah mengalami masalah kepadatan dan jika projek ini jadi maka adakah kita bersedia dengan kepadatan yang meningkat sebanyak tujuh kali ganda.
“Kerajaan Pulau Pinang seharusnya berfikir jauh dan jangan hanya memikirkan keuntungan sehingga rakyat akan hidup makin terhimpit.
“Sampai bila kerajaan negeri mahu mementingkan diri sendiri. Saya berharap kerajaan negeri akan menjawab segala isu yang dibangkitkan ini,” tegasnya. – MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Blogger pukimak dia!!!

    Pemakan dedak Lanun Bugis bangsat penyamun berbillion dolar !!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.