..

..

KENAPA CALON PM ADALAH WAN AZIZAH BUKAN AZMIN ATAU MUHYIDDIN ? @ dzainalabidin @RRafizal

on Tuesday, December 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Game politic pembangkang semakin cacar marba & bertelagah  menjelang PRU14 yang dijangkan diadakan tahun depan .

Masalah utama sedang menghantui Pakatan Harapan kononnya mahu menggantikan BN ialah 

- Calon PM 

- Pembahagian kerusi bertanding PRU14


Pakatan Harapan akan mengumumkan calon PM tidak lama tetapi peliknya Kit Siang sudah awal-awal lagi mengumumkan calon PM interim iaitu Wan Azizah manakala Muhyiddin sebagai TPM .

PM sementara ? 

Ingat memerintah negara ini macam  jual kacang kuda ka ? 

Agak malas dan segan konon nak jaga cucu serah jawatan PM  bagi kepada suami seperti dulu ketika PRK Pmtg Pauh dengan letak jawatan sebagai ahli parlimen .


Seperti kata  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang  mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.
“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Lihatlah politik  pembangkang menggunakan kecerdikan Rafizi . 

Demi rakus mahu laksanakan agenda mereka , rakyat bakal diheret untuk satu lagi Langkah Kajang dengan  mengadakan satu lagi Pilihanraya kecil selepas PRU14 bagi menabalkan Anwar sebagai PM . 



 Hairannya ,  kenapa Kit Siang tak mencadangkan Muhyiddin atau Azmin terus sebagai calon PM ?  Adakah DAP tidak mempercayai Azmin & parti PPBM ?? 

Muhyiddin adalah ex TPM negara manakala Azmin adalah MB Selangor , pengalaman mereka mentadbir kerajaan sudah ada berbanding Wan Azizah yang mana Langkah Kajang pun gagal menempatkan beliau di kerusi MB .


Jadi ,   rakyat negara ini  janganlah memperjudikan nasib dengan memberikan undi kepada sebuah gabungan parti yang tidak stabil dan bila-bila masa saja boleh berpecah belah. 

Bagaimana kita mahu memberikan kuasa kepada satu gabungan parti yang tidak stabil untuk mentadbir negara untuk masa depan anak cucu kita  ?



2 Responses

  1. Anonymous says:

    semua tu hanya untuk pulih semangat penyokong-penyokong mereka bahawa anwar boleh dijadikan PM sebaik sahaja menang PRU, padahal proses untuk membebaskan anwar peliwat cukup lama untuk diambil, belum lagi dengan kekangan peliwat tu dilarang menjadi calon pilihanraya selama 5 tahun selepas dibebaskan. Yang masih mengharap dan sanggup kene tipu dengan cadangan rapiji masih ramai, tak sedar ditipu secara halus dengan 'Langkah Kencing' rapiji pemfitnah tu...

  2. Anonymous says:

    Sebagai manusia biasa kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan, melainkan Allah swt saja yang tahu semua.Kita cuma dapat bersandarkan bukti2 dan rekod2 lampau yang telah sedia ada.Kalau buruk rekod lampau(60 th), maka kemungkinan semakin buruklah prestasinya dimasa hadapan.Tentang pengalaman mentadbir negara, sekarang ini nampaknya seimbang diantara parti pemerintah dan parti pembangkang.Apa tidaknya dgn mantan pm dan 2 org bekas tpm dibarisan pembangkang.Kelebihan pembangkang ialah mereka belum pernah memerintah , jadi belum ada rekod.Jadi sama2 pikirlah . . .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.