..

..

ISU ROHINGYA : MAHATHIR MUDAH LUPA SAMPAI TAK DAPAT BEZA BERDEMO & HIMPUNAN SOLIDARITI

on Monday, December 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Semalam dengan bangganya  di tempat DAP , Mahathir    mempertikaikan tindakan Datuk Najib menghadiri perhimpunan soladariti utk Rohingya di Stadium Titiwangsa. Katanya untuk apa PM berdemo ?





Begitu seronoklah macai-macainya berkokok dan menyahut kata-kata pemimpin agong mereka   di  wall FB hari ini memperlekehkan  dan ketawakan  PM Malaysia .

Sebenarnya mereka  yang ketawakan dengan pemimpinya itulah orang yang bangang.

Itu bukan demo. Itu bukan melalak tepi jalan dan buat huru hara seperti Maria Chin dan puak BERSIH buat . 

Ini adalah   sebuah perhimpunan untuk  menyatakan sokongan dan solidariti  simpati kepada umat Islam Rohignya yang tertindas. Malah YADIM sendiri mewakili pelbagai NGO menyampaikan memorandum kepada Kerajaan Malaysia diwakili PM bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Myanmar . 

Kita harap juga macai-macai Mahathir agar flashback pada tahun 2003 di mana  PM Malaysia ketika itu   pernah menghadiri satu perhimpunan Aman Malaysia  di Stadium Bukit Jalil. bagi membantah penindasan ke atas Palestin dan juga serangan ke atas Iraq. 

Himpunan itu juga menjemput artis seolah-olah macam konsert tetapi waktu itu kata Mahathir ini cara membantah secara aman terhadap isu Palestin dan Iraq  . 

Jadi , apa masalahnya Najib turun himpunan solidariti isu Rohingya ini ??  





4 Responses

  1. Cik Minah says:

    Tun Dr. Mahathir dan barisan kabinet semasa beliau menjadi Perdana Menteri menyertai Perhimpunan Aman Malaysia bukanlah kerana disebabkan konflik tertentu, kerana di zaman Tun Dr. Mahathir, sebarang konflik melibatkan isu kemanusiaan, kerajaan di zaman itu akan mengambil tindakan diplomatik yang tegas untuk menyelesaikan konflik tersebut seperti konflik di Bosnia, konflik di Palestin, konflik di Iraq, kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir menulis surat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu untuk menyatakan Malaysia tidak bersetuju dengan konflik itu dan mencadangkan perdamaian kepada pihak-pihak yang bertelagah.

    Malahan Malaysia juga menggunakan saluran diplomatik antarabangsa seperti ASEAN, OIC, PBB untuk menangani sebarang konflik yang berlaku.

    Misalnya dalam isu konflik di Selatan Filipina dan Selatan Thailand, kerajaan Malaysia di zaman Tun Dr. Mahathir tak pernah la berdemontrasi di kedutaan Filipina dan kedutaan Thailand untuk menyatakan rasa tidak puas hati, tetapi kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri mengemukakan bantahan, memanggil sidang tergempar badan-badan antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian.

    Misalnya dalam isu masalah di Selatan Thailand dan Selatan Filipina, kerajaan Malaysia menjadi orang tengah antara pihak-pihak yang berkonflik tersebut melalui samada ASEAN atau OIC. Kesannya, pihak-pihak yang bertelagah mengendurkan ketegangan dan berundi di meja rundingan.

    Begitu juga dalam isu pencerobohan di Iraq oleh Amerika dan Britain, Tun Dr. Mahathir menggunakan ruang diplomatik dengan berucap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru supaya negara-negara lain tidak menyertai kempen ketenteraan yang didalangi oleh Amerika dan Britain yang menceroboh Iraq, kesannya banyak negara menentang pencerobohan tersebut dan Amerika dan Britain akhirnya mengundurkan sedikit demi sedikit tentera mereka dari Iraq selepas mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.

    Jadi saya berharap agar blogger Cucu Tok Selampit tak payah la memutar belitkan perbuatan Najib yang merapu itu jika dibandingkan dengan cara diplomatik yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau jadi Perdana Menteri.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

  2. Anonymous says:

    masalahnya ....umno berdemo untuk memperbodohkan orang2 melayu....dan pas pula memperbodohkan orang2 melayu islam...kaki dedak

  3. Anonymous says:

    Generasi Pejuang Bangsa LanChiao!!!

    Generasi Pejuang Dedak tu adalah!!!

  4. Anonymous says:

    Bagitau Najib Lanun Bugis settle kes 1MDB!!!

    Jangan nak sebok perjuagkan hal orang lain semata2 nak dipolitikkan!!!

    Tak semua rakyat bodoh macam Anjing2 UMNO/Najib!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.