..

..

GUAN ENG JANJI LAGI PERDANA MENTERI MELAYU TAPI BUKAN MUHYIDDIN ?

on Monday, December 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




INILAH perangai Lim Guan Eng bila di hadapan orang Cina cakap lain. Bercakap dengan orang Melayu pula lain nadanya.

Dengan rakan-rakan baharunya yang hendak dijadikan sekutu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak tahulah apa agaknya Guan Eng canang-canangkan semasa di Konvensyen Pakatan Pembangkang di Shah Alam hari ini.

 Barangkali ada yang `dibisikkan’ dengan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan PPBM tarik brek tangan belum memutuskan untuk menjadi ahli keempat pakatan harapan, selepas Parti Amanah (selain PKR dan DAP).

 Padahal di konvensyen pakatan itulah platformnya untuk PPBM mengisytiharkan komitmen penuh untuk bersama pakatan harapan diketuai DAP itu dengan menjadi sekutu baharu.

Di situ ada kelibat Tun Dr. Mahathir Mohamad, pengkritik tegar Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi tidak berlaku pun sebarang perjanjian ditandatangani PPBM masuk pakatan, mengapa ?

     Bagaimanapun, hari ini dalam Persidangan Tahunan DAP 2016 di Shah Alam, Guan Eng secara tidak sedar telah membuka rahsia punca yang dilihat kemungkinan sebab PPBM belum bercadang menyertai pakatan harapan.

 Jawatan Perdana Menteri? Pendirian DAP untuk terus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri andai pakatan pembangkang berkuasa kelak, mungkin menjadikan Muhyiddin kecil hati.

 Tetapi skop lebih besar lagi untuk dilihat dengan `perakuan’ Guan Eng dalam persidangan tahunan DAP itu hari ini untuk katanya `sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM’, agak klise.

 Boleh diterima pakaikah kata-kata `si manis mulut’ Guan Eng? Cuba lihat nasib yang diterima orang Melayu di Pulau Pinang?

 Apa sudah jadi dengan nasib kira-kira 500 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringghi yang masih terkontang kanting mungkin kehilangan tempat berteduh selepas kampung mereka yang sudah didiami sejak 50 tahun lalu bakal dirobohkan. Kebanyakan mereka adalah orang Melayu daripada 64 buah keluarga yang tinggal di 35 buah rumah di kampung berkenaan.

 Nasib penduduk Kampung Mutiara itu sebenarnya tidak ada beza dengan nasib penduduk di kira-kira 25 buah kampung Melayu yang lenyap atau bakal lenyap di sejak beberapa tahun lalu. Semuanya gara-gara terpaksa memberi laluan kepada projek komersial selepas tuan tanah menjual tanah mereka kepada pihak pemaju meskipun menyedari tanah tersebut didiami puluhan keluarga sejak ratusan tahun lamanya.

 Kesemua kampung itu berusia ratusan tahun dan masih mengekalkan ciri-ciri warisan tempatan di celah-celah kepesatan serta kepadatan pembanguan komersial di negeri ini sekali gus layak dilindungi sebagai tapak warisan.

 Namun kerana desakan pembangunan, kampung itu termasuk penduduknya berterusan diancam sikap rakus pemaju dan sikap lepas tangan kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Guan Eng dalam membela serta mempertahankan nasib mereka. Dan contoh `paling kelas’ adalah bagaimana DAP membuang Pas, sebuah parti Islam dan Melayu daripada pakatan.

 Ibarat `habis manis sepah dibuang' atau `lembu punya susu, sapi dapat nama', jasa dan sumbangan Pas memenangkan DAP di Pulau Pinang boleh pula dilupakan begitu sahaja.

 Lihatlah bagaimana wakil-wakil Pas dipecat dan dinyah sebegitu sahaja dari pentadbiran negeri Pulau Pinang. Tidak ada langsung simpati atau belas ihsan daripada ketua menterinya si Guan Eng. Bukan itu sahaja.

Sebelum itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina, dicerca dan diletakkan di tapak kaki Guan Eng sahaja, hanya kerana Guan Eng begitu menginginkan undi orang Cina. Butakah orang Melayu sehinggakan perlu kita mengiakan sokongan Gua Eng kepada orang Melayu untuk menjadi Perdana Menteri?

 Mengapa DAP perlukan Anwar pula untuk diangkat sebagai Perdana Menteri? Bukankah dia ada dalam penjara sekarang dan terikat dengan prosedur perundangan? Mengapa tidak pilih Muhyiddin sahaja? Sudah-sudahlah Guan Eng tipu orang Melayu. - KLXPRESS


One Response

  1. Anonymous says:

    reverse psychology buat kaum bukan bumiputra supaya sentiasa ingat mereka itu hanya rakyat kelas ke2. Tujuan besar adalah utuk mengutip momentum daripada perasaan marah dan rasa terhina sikit demi sedikit akan bertukar menjadi tenaga.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.