..

..

GUAN ENG JANJI HAPUS TOL & GST LEPAS PRU14 , LAGI TAWARAN BODOHKAN RAKYAT

on Wednesday, December 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








Di dalam ucapan Persidangan DAP , sekali lagi Lim Guan Eng dan DAP  menjanjikan tawaran baru untuk menipu rakyat Malaysia . 

Apa yang ditawarkan DAP ? 

- HAPUS GST 

- HAPUS KADAR TOL PLUS 


" Kita hadir dengan Tawaran Baru, lembaran baru yang menghapuskan skandal rasuah seperti 1MDB, menghapuskan GST dan kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan demi meningkatkan taraf hidup rakyat "  




Tawaran ini sudah pasti sangat menarik kepada rakyat yang tidak arif soal ekonomi dan kewangan kerajaan.

Berjanji memang mudah tapi menunaikannya belum tentu.

Sejak kejatuhan harga minyak yang bermula pada hujung 2014, hasil petroleum kerajaan menurun sejumlah RM20 billion tahun lepas .

Malah kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan  untuk melaksanakannya GST sebanyak 5 % bermula 1 Januari 2017. 

Langkah melaksanakan GST ini bagi mengimbangi kesan harga minyak mentah yang menurun di pasaran global sejak beberapa bulan lepas..Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global telah mengakibatkan Arab Saudi hilang punca pendapatan untuk perbelanjaan negara tersebut. Defisit bajet Arab Saudi pula melonjak kepada USD98 bilion pada 2015 berikutan penyusutan drastik harga minyak mentah dunia.

Jadi , di negara kita pulak hasil pendapatan negara dari kutipan cukai GST diperkenalkan telah menampung RM20 billion  hasil petroleum kerajaan yang hilangi itu.  
Ini yang Guan Eng tidak sebut dalam ucapannya bagi menunjukkan GST ini tidak memberi manfaat kepada rakyat . 
Apakah pulak rancangan DAP untuk menampung kekurangan hasil kerajaan yang berpunca daripada kejatuhan harga minyak ?

TOL 
Selain itu , janji hapus tol PLUS kononnya membebankan rakyat sebenarnya hanya janji lapok pada 2008.
Janji Dap pada 2008 mahu menghapuskan tol Sg Nyior pun belum dilaksanakan malah meningkat lagi kadar dikenakan  !  Sudah 2 kali PRU rakyat P.Pinang ditipu oleh DAP .
Sebenarnya isu tol ini adalah legasi tinggalan Tun Mahathir yang membuat perjanjian kenaikan kadar  tol 10 % selama 3 tahun . 
Malah sejak konsesi tol PLUS kini menjadi milik kerajaan menerusi UEM- KWSP di zaman pemerintahan Najib  , kadar tol ini telah disemak bagi mengurangkan beban rakyat. 


With the revision, the toll you pay for travelling from Jalan Duta to Ipoh South 23 years later in the year 2038 would be RM39,15 instead of RM83.17 as per Tun M's agreement - up from RM26.50 now.In fact, an increase of 5% every 3 years is just 1.7% per year increase - much lower than inflation. Future generations of Malaysians should be giving thanks to Najib. klik di sini 

Lihat sendiri perjanjian ditandatangani Mahathir dahulu dengan konsesi PLUS   dan sudah tentu akan membebankan rakyat hari ini dan generasi  akan datang  . 



DAP sekarang  sudah tentu tidak akan menyalahkan Tun Mahathir kerana kini sekutu kuatnya 

Malah jangan harap la DAP   memberi kredit kepada kerajaan sekarang yang berusaha menurunkan kadar kenaikan tol dan juga telah membekukan kenaikan tol lebuhraya utara selatan sejak 2005.

Akhir sekali kita nak tanya juga kalau janji Guan Eng mahu hapus tol ini , dari mana wang diperoleh  untuk membayar hutang  RM30.6  billion yang diterbitkan melalui sukuk bagi menghapus kadar tol PLUS ?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.