..

..

BIADAP TINDAKAN MAHATHIR PERSENDA NABI UNTUK POLITIK BAWA MALAPETAKA

on Thursday, December 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Matlamat menghalalkan cara .. itu lah Mahathir yang semakin menggila menghentam dan menjatuhkan Najib hinggakan sanggup menggunakan nama Nabi Muhammad SAW  untuk mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak  dan 1MDB . 

Jika dahulu semasa berkuasa,  Mahathir pernah mempersendakan hukum hudud dan memperlekeh janggut baginda, kini yang terbaharu, beliau sekali lagi mempersendakan nama Nabi Muhammad SAW de­ngan mengaitkannya dengan isu 1MDB apabila mengatakan bahawa baginda tidak menerima derma RM2.6 bilion. 

Jelas, demi dendam dan amarahnya setelah segala cara digunakan selama ini gagal menumbangkan kerajaan BN  yang sah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,  Mahathir sanggup mengheret dan menjaja nama Nabi SAW semata-mata untuk mempelekehkan dan menghina PM .

GPB bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO P.Pinang bahawa tindakan Mahathir bakal membawa malapetaka iaitu  keberanian DAP untuk memperkotak-katikan agama Islam .

Ini kerana sudah ada pemimpin Islam dalam pembangkang sudah berani perlekehkan agama Islam yang cukup  sensitif ini . 

Cukup-cukuplah membuat fitnah dan dosa wahai Mahathir ...




Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dan terkejut di atas sikap bekas pemimpin negara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara sambil lewa menggunakan serta mempersenda Nabi Muhammad S.A.W dalam Kovensyen Kebangsaaan Dap baru baru ini. Ketuanya Rafizal Abd Rahim berkata, perbuatan tersebut sangat tidak wajar dan tidak patut datang dari seorang bekas pemimpin terutama sekali dari orang Islam sendiri demi kelangsungan dan kepentingan politik serta agenda peribadi. 

Tindakan biadap ini tidak boleh diterima kerana agama Islam menuntut umatnya untuk menghormati dan menjunjung keperibadian pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan bukannya memperlekeh atau cuba menjadikan Baginda sebagai mainan politik. 

 “Sebagai umat Islam, analogi bandingan akan sifat, situasi, perbuatan dan keperibadian Rasulullah tidak sepatutnya dicampur-aduk dalam kancah politik dan perkara ini sangat ditegah dalam agama Islam. 

 “Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik dan dirasuk dengan dendam kesumat, beliau yang selama ini menjadi idola rakyat lupa akan batas agama,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini. 

 Tambah Rafizal, sikap Tun M ini secara tidak langsung akan mengundang ‘keberanian’ pembangkang khususnya Dap untuk memperkotak-katikkan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Seharusnya kata beliau lagi, selaku mantan perdana menteri, Tun Mahathir mendaulatkan agama Islam kerana dia juga merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. “Tun Mahathir sepatutnya sedar, perbandingan yang dibuat ini telah menganggu-gugat institusi agama Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan oleh itu, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menuntut Tun Dr Mahathir supaya meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang,” tegasnya. – MediaUMNO 


7 Responses

  1. Cik Minah says:

    Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang elok
    pergi mendalam ilmu agama dengan Haji Hadi.
    Korang tengok, mana ada Haji Hadi atau orang
    PAS sibuk pasal benda ni.
    Mereka tahu, yang bongok tak tahu pasal agama tu
    PEMBANTU ROSMAH, SI RIZAL.
    Dia yang beria-ia mengatakan Nabi takda rm2.6
    billion macam mana ALLAH nak pilih dia,
    sedangkan NAJIB ada rm2.6 billion sebab itu
    NAJIB jadi PILIHAN ALLAH.

    Bukan ke ini MENGHINA NABI dan ALLAH, seolah-olah
    ALLAH macam korang, penerima DEDAK.

  2. Anonymous says:

    Patutlah anak betina lebih seronok ke majlis2 LGBT dan majlis2 gereja.....rupa2nya si bapak ular semakin hari semakin nak mampus semakin sial.

  3. Anonymous says:

    ni kali kedua Tun M menghina Rasulullah SAW

  4. Anonymous says:

    Besi (Al-Ĥadīd):6 - Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

    Kerajaan (Al-Mulk):13 - Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

    Hari dinampakkan kesalahan-kesalahan (At-Taghābun):11 - Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

  5. Anonymous says:

    Bodoh punya UMNGOK...ko pertahankan islam ke ko pertahankan najib bangang?

  6. Anonymous says:

    najib persenda hukum Allah jugak...kenapa tak tegur? dia terang2 mengaku membohong.....tapi umno pertahankan...

    dia mengaku tidak ada duit dalm akaun, kemudian cakap duit tu org derma....sebagai pemimpin Islam......dia lupa apa hukum nya membohong......pemimpin Islam membohong! dan umno perthankan........bial bala muncul, salahkan org lain......salahkan dr m, salahkan dap.....tapi lihat diri sendiri dulu.....apa kesalahan yang dah dibuat? ini bukan isu 1 mdb, src ka.....ini isu dia membohong! 1 mdb, src, biar pihak yang terlibat menentukan, bukan umno, bukan rakyat....pi mahkamah!

    -anti jib-

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.