..

..

3 SOALAN KETUA BAHAGIAN BAGAN KEPADA PANELIS FORUM TAJAAN PKR @dzainalabidin @RRafizal

on Saturday, December 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Begitu terdesak sungguh YB Afif Baharidin &  PKR cuba mengelirukan orang Melayu di Seberang Jaya hingga terpaksa letak tajuk UMNO hilang kuasa. 

Alahai Afif , tak perlu nak bincang dan berforum kerana rakyat negeri ini terutama orang Melayu sudah rasa kesannya sejak 8 tahun DAP berkuasa di P.Pinang. 
Orang Melayu nak berniaga pun susah  hinggakan baru-baru ini seorang peniaga  buah -buahan ditahan POLIS disebabkan  tindakan zalim PBT  merampas buah-buahannya .
Itu belum lagi isu perumahan hinggakan orang Melayu nak membeli rumah di negeri ini pun sudah tidak mampu.

Apa Adun dan pemimpin PKR buat selama ini bagi  membela nasib orang Melayu ??  Orang Melayu PKR berniaga burger di Bayan Baru pun kena angkut stall burger oleh PBT . 

3 soalan oleh Ketua UMNO Bahagian Bagan Dato Ir Shaik Hussein Mydin kepada panelis Forum ini jika mereka sembang PKR boleh jaga kuasa orang Melayu . 


Soalan bocor yg perlu dijawab oleh panelis;

1)Mampukah PKR dan Lain2 parti kembalikan peruntukan tanah wakaf bagi surau dan masjid bagi pembangunan baru di Penang..semua tapak surau dan masjid telah digazetkan sebagai tapak rumah ibadat dan tidak perlu diwakafkan seperti zaman BN?

2) Mampukah PKR dan lain2 memastikan kuota bumiputra bagi tanah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak kurang 70%..projek jkp jelutong disyaratkan 70% bukan Melayu?

3) Mampukah PKR dan lain2 pastikan rumah kos rendah yang diperuntukan oleh pemaju dimiliki 70% oleh bumiputra..kerajaan negeri syaratkan 50/50 sekarang...sedangkan peratus yang miskin di pulau pinang lebih ramai Melayu..malahan ada hanya 1 dari keseluruhan peruntukkan rumah mampu milik diperuntukkan kepada melayu di penang?
Jawab dulu yang tiga diatas...nanti kita bagi lagi lepas PKR dan rakan2 mampu jawab !!!



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.