..

..

ZUNAR KARTUNIS FITNAH JIJIK DITAHAN POLIS SELEPAS LAPORAN POLIS DIBUAT PEMUDA UMNO

on Sunday, November 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi.

Mior Faridalathrash berkata, kartunis berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang.

Menurutnya, Zunar akan ditahan 24 jam untuk siasatan namun jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh itu, polis akan memohon reman ke atasnya mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
"Penahanan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

"Siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, Zunar dilihat ditemani peguamnya, RSN Rayer hadir di IPDTL kira-kira jam 6 petang selepas diarahkan menyerah diri kepada polis.

Sementara itu, polis merampas kesemua lukisan karya Zunar yang dipamerkan di aras 2, Komtar.

Semalam, pameran lukisan Zunar yang diadakan secara terbuka di aras 2, Komtar di sini terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan antara sekumpulan pemuda dan penganjurnya kira-kira jam 3 petang.

Susulan daripada itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim membuat laporan polis berhubung pameran itu kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara



Komen GPB



Jika beginilah cara kepimpinan Dap menghasut rakyat negeri ini dengan  menghina pemimpin lain dengan fitnah keji untuk mengekalkan kuasa di P.Pinang dan menjatuhkan kerajaan BN , mereka sepatutnya cermin diri dulu siapa yang sekarang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah .
Syabas POLIS bertindakan merampas lukisan Zunar dan menahan reman beliau yang cuba mempamerkan lukisan berbaur hasutan dan fitnah ! 


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.