..

..

TOL : GUAN ENG DIMALUKAN PASAL NAK CILOK KREDIT KERAJAAN HENTI KENAIKAN

on Sunday, November 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




YAB Lim Guan Eng mengambil kredit yang tidak berkenaan dengan beliau
1. Saya merujuk kepada kenyataan YAB Lim Guan Eng semalam di mana beliau telah cuba untuk mengambil kredit di atas keputusan kerajaan kita untuk menghentikan kenaikan tol bagi tahun ini dan tahun depan.
2. YAB Lim berkata bahawa keputusan kami untuk menghentikan kenaikan tol di 4 lebuh raya yang berhak untuk berbuat demikian adalah disebabkan oleh tekanan awam kerana pampasan kepada syarikat-syarikat tol itu tidak dinyatakan dalam bajet.
3. Jika YAB Lim tidak beredar lebih awal dan jika pembangkang tidak mewujudkan kekecohan dan berjalan keluar di pertengahannya untuk mengangkat pelekat-pelekat semasa ucapan bajet 2017 YAB Perdana Menteri, mereka akan sedar tentang isi ke-115 yang menyatakan bahawa RM10 bilion diperuntukkan untuk membantu meringankan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia di mana subsidi untuk bayaran tol telah dinyatakan dengan jelas.
4. YAB Lim dan pembangkang dinasihatkan untuk terus duduk dan memahami ucapan bajet sepenuhnya pada masa akan datang agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang YAB Lim buat yang hanya akan memalukan diri mereka sendiri.
5. Pada mulanya YAB Lim mengatakan bahawa 14.55 juta ahli KWSP di seluruh Malaysia adalah kroni. Sekarang beliau mahu mereka untuk mengorbankan simpanan mereka dan dividen akan datang supaya pengguna jalan raya pantai barat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan.
6. Saya tidak pasti mengapa YAB Lim berfikir bahawa beliau sedang bercakap bagi pihak kesemua 14.55 juta pemegang KWSP dan bahawa pemegang KWSP ini akan bersedia untuk melepaskan berpuluh-puluh bilion Ringgit simpanan persaraan semasa mereka dan puluhan bilion lagi dividen akan datang hanya untuk memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Saya akan berfikir bahawa YAB Lim hanya mementingkan diri sendiri apabila beliau mencadangkan bahawa pemegang KWSP di Sabah, Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia yang tidak menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan perlu mengorbankan diri mereka.
7. YAB Lim bebas untuk memulakan petisyen daripada semua pemegang KWSP untuk menyokong dakwaannya bahawa semua ahli KWSP akan bersedia untuk mengorbankan simpanan mereka dalam usaha untuk menjadikan Lebuhraya Utara-Selatan bebas tol. Saya mencadangkan agar YAB Lim mula melakukan petisyennya di Sabah dan Sarawak dahulu.
8. Bagi sejarah “kotor” Lebuhraya Utara-Selatan yang dikatakan oleh YAB Lim, saya sendiri menyedari akan sejarah itu. Konsesi tol lebuh raya ini dan lain-lain dahulunya telah distrukturkan semasa pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya yang kini bersama dengan pembangkang. Jika YAB Lim ingin mengetahui dengan lebih lanjut, saya mencadangkan bahawa beliau menyemak dengan Perdana Menteri yang lalu ini.
9. Kerajaan semasa kita bersungguh-sungguh mahu membetulkan masalah legasi masa lalu. Pengambilalihan PLUS Highways Berhad pada tahun 2011 adalah salah satu contoh di mana harga tol di Lebuhraya Utara-Selatan telah tidak meningkat sejak tahun 2005 dan faedah kesemua tol-tol yang dikumpul sekarang ini disalurkan kepada semua rakyat Malaysia dan pemegang KWSP dan bukannya untuk kepentingan peribadi seperti pada masa lalu .
10. Kerajaan kita terus melakukan yang terbaik untuk membetulkan isu-isu leagsi lain termasuklah penyusunan semula perjanjian Independent Power Producer (IPP) legasi pada tahun 2012 supaya menjadi lebih adil kepada semua.
11. Saya terus berharap agar YAB Lim dan pembangkang mengiktiraf usaha kami untuk membetulkan masalah-masalah legasi untuk manfaat semua rakyat Malaysia dan mengelak daripada mempolitikkan isu-isu berdasarkan maklumat yang tidak lengkap atau kekurangan pemahaman.
DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kerja Raya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.