..

..

SKANDAL KEKAYAAN KETUA AMK AMPANG , RAFIZI & ZURAIDA BERTELAGAH

on Thursday, November 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Skandal kekayaan Adam Rosly terus panas dalam PKR .  Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mencadangkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ini bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki Adam.

"Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.

"Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh parlimen kena ikut saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam isytihar harta lebih mudah dan jika dia telus dan tiada apa yang disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti," katanya kepada media, di lobi Parlimen.




Bagaimanapun PKR mula bercanggah pendapat apabila Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membela anak ikannya Adam dengan berkata gesaan Rafizi itu disifatkan sebagai tidak logik

“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang. yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.

“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” 


Mengapa Zuraida perlu takut ?? Ini digesa sendiri  oleh SUA PKR Rafizi Ramli bukannya Datuk Jamal .  

Apakah Zuraida takut pekung skandal kereta mewahnya terdedah bila  orang kuatnya  Adam juga memiliki banyak kenderaan mewah ?






Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.