..

..

RAJA HASUT PKR TERSUNGKUR JUGA KE PENJARA

on Monday, November 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Akhirnya sepandai-pandai tumpai melompat jatuh ke tanah juga..

Siakap senohong gelama ikan duri ,
Selalu banyak bohong , kena penjara macam Rafizi ,

Rafizi baru sahaja kalah saman fitnah NFC dan dikehendaki membayar saman sebanyak RM200 ribu dan terbaru  didapati bersalah jenayah oleh Mahkamah atas pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokuman audit tentang 1MDB dengan dikenakan penajara selama 18 bulan .

Ini bermakna Rafizi kemungkinan hilang jawatan Ahli Parlimen secara automatik . 

Raja Fitnah PKR nampak telah menerima hukuman di dunia lagi atas kerja jahatnya mengamalkan politik kebencian dengan menghasut rakyat .

Matlamat menghalalkan cara di akhir zaman ...





Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati penjelasan Mohd Rafizi, 39, dalam keterangannya gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Zulqarnain memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak hari ini. 

Dalam penghakiman, Zulqarnain berkata mahkamah mendapati tertuduh memiliki dan mendedahkan halaman 98 itu seperti yang dikemukakan dalam mahkamah sebelum ini. Oktober lalu, Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR memberi keterangan bertulis dari dalam kandang tertuduh. Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan


One Response

  1. Anonymous says:

    syukur... dia dah minta maaf kat pakcik makcik yg kuakan duit dari tabung haji tu?

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.