..

..

PEJABAT KM KAUT PERUNTUKKAN TERBESAR BAJET DEDAH TEMBELANG HIPOKRIT PEMBANGKANG @dzainalabidin

on Friday, November 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini lah sikap HIPOKRASI  pembangkang di Malaysia diketuai  DAP .. 

bila Pejabat Ketua Menteri telah menambah peruntukan (RM707.61 juta) sebanyak 4 kali ganda berbanding pada 2016 (hanya RM161.59 juta)  ,  terus membisu dan buat bodoh pendokong2  anti pembaziran dan rasuah seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua . 

Tapi bila Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri , merekalah  meroyan  mempertikaikan peruntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri naik 2 kali ganda walhal dibawahnya ada 61 agensi !

Inilah wajah temberang parti PEMBANGKANG yang rakyat harus tahu .

Malah jawapan dan alasan mengapa bajet tambahan kepada Pejabat KM   oleh Ketua Menteri korup dituduh rasuah ini cukup mengelirukan , putar belit  dan menimbulkan keraguan . 


Tambahan Bajet Pejabat KM : Guan Eng Jangan Cuba Perbodohkan Rakyat





Mengelirukan dan penuh persoalan! Itulah yang disimpulkan oleh Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid terhadap alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng berkaitan isu peningkatan lima kali ganda peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berbanding hanya RM161.59 pada 2016.
Jelasnya, alasan yang diberikan oleh Guan Eng kononnya peningkatan mendadak tersebut adalah kerana RM609 juta akan dipinjamkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta pula akan dipinjamkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanyalah satu alasan mengelirukan dan seakan ada sesuatu yang disembunyikan.
“Soalnya sekarang mengapa ia dimasukkan di bawah peruntukan pejabat ketua menteri kerana sebelum ini ia di bawah peruntukan pembangunan.
“Satu lagi yang dipertikaikan, jika pinjam mesti kena bayar balik dan bagaimana cara untuk membayar itu… nanti pada penghujungnya jika ada lebihan wang dan Guan Eng akan cakap lebihan ini adalah kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri tapi sebenarnya dia hanya putar belitkan angka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Jahara, Guan Eng seakan mahu memperbodohkan rakyat dengan bermain angka dan ini sememangnya sudah menjadi cara Dap yang sering mengelirukan rakyat dengan ‘permainan angka’ seperti salah kira undi pemilihan CEC.
Seperkara lagi ulasnya, mampukah Guan Eng bersikap jujur dalam pengendalian bajet tersebut kerana ketelusannya sendiri sedang dipertikaikan apabila sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah. – MediaUMNO

Bajet Pejabat KM P.Pinang Naik Lima Kali Ganda. Kenaikaan Kadar Sukar Diterima Akal

PULAU PINANG, 16 Nov – Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan Bajet 2017  yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang tidak munasabah apabila terdapatnya peningkatan secara mendadak bagi peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

Menurut beliau, peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu merupakan jumlah tertinggi di dalam keseluruhan bajet tersebut dan ianya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan rakyat, kenapa pejabat Ketua Menteri memerlukan peruntukan sebegitu besar yang meningkat lima kali ganda daripada peruntukan bajet pada tahun 2016 yang lalu.

“Kita merasa sedikit pelik dan ajaib apabila melihatkan pejabat Ketua Menteri sendiri menerima bajet yang begitu besar sebanyak RM 707.61 juta, yang mana peruntukannya meningkat secara mendadak lima kali ganda berbanding tahun lalu.

“Bajet yang begitu besar yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri ini saya lihat tidak munasabah dan  dibimbangi ianya boleh menjurus kepada salah guna kuasa memandangkan kelulusan untuk bajet tersebut di atas kuasa ketua Menteri itu sendiri.

“Peruntukan tambahan kepada pejabat Ketua Menteri yang melonjak begitu tinggi sebanyak RM 546.02 juta berbanding RM161.59  lebih sebelum ini memperlihatkan seolah-olah wujudnya agenda atau perancangan tertentu oleh kerajaan negeri, atau Ketua Menteri itu sendiri yang tidak diperjelaskan kepada rakyat di dalam pembentangan bajet tersebut.

“Kenaikan peruntukan pejabat Ketua Menteri secara mendadak dan terlalu banyak itu juga merupakan satu  petunjuk kepada kelemahan pengurusan perancangan kewangan kerajaan negeri sehingga terpaksa membuat tambahan peruntukan yang terlalu tidak munasabah,”.

Tambah beliau lagi, pembangkang sebelum ini telah mempertikaikan sedikit kenaikan dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri di dalam Bajet 2017, namun kerajaan Dap Pulau Pinang sendiri telah memberikan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri melalui bajet 2017.

“Sikap pembangkang ini boleh kita umpamakan seperti pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka sebelum ini mempertikaikan sedikit kenaikan peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam bajet 2017 baru-baru ini, namun penambahan peruntukan yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri terlalu mendadak kenaikannya berbanding peruntukan tahun lalu.

“Penambahan peruntukan terhadap Pejabat Ketua Menteri yang naik mendadak berkali ganda itu dilihat tidak munasabah serta tidak berada pada kadar yang boleh diterima akal. Bahkan pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan negeri yang merupakan bajet defisit selama tujuh tahun berturut-turut itu turut menggambarkan kegagalan kerajaan Dap dalam mengurus tadbir ekonomi negeri dengan lebih baik,” tegasnya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.