..

..

PEGUAM NEGARA JAWAB ISU PENAHANAN MARIA CHIN DI BAWAH SOSMA

on Sunday, November 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA
(ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4​
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PENAHANAN PUAN MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 [AKTA 747]

Jabatan Peguam Negara amat prihatin terhadap pandangan dan persepsi masyarakat berhubung penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan undang-undang negara sentiasa dihormati dan dikuatkuasakan sewajarnya.
Berhubung isu penahanan Puan Maria Chin Abdullah, perlulah difahami bahawa Akta 747 adalah merupakan suatu undang-undang prosedur yang mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas berhubung penangkapan, penahanan dan penyiasatan berkaitan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Akta 747 mentakrifkan “kesalahan keselamatan” sebagai bukan sahaja terhad kepada kesalahan berhubung dengan keganasan tetapi turut meliputi antara lain, kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Justeru, penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah seksyen 4 Akta 747 yang bertujuan untuk membantu siasatan pihak Polis Diraja Malaysia kerana dia disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, adalah teratur dari segi undang-undang.
Oleh yang demikian, Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kelak.

TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI
PEGUAM NEGARA MALAYSIA
25 November 2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.