..

..

KERAJAAN DAP BOHONG JANJI WARTA HUTAN SIMPAN , KINI LULUSKAN PROJEK MEGA PULAU JEREJAK

on Friday, November 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Projek mega bagi membina hotel mewah , kondo dan theme park di Pulau Jerejak nampaknya telah diluluskan oleh kerajaan DAP .
Ini kerana dua syarikat pemaju hartanah telah mendapat kelulusan kerajaan negeri bagi membangunkan 32.37 hektar tanah di pulau tersebut.
UDA Holding, dalam satu kenyataan pada 8 November, mengesahkan ia mengadakan usaha sama dengan Q Island Development mengenai projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Bagaimanapun, jumlah kos yang telibat belum diputuskan
Jelas kelulusan projek ini telah menjawab kepada persoalan dibangkitkan BN dulu mengapa tidak wartakan Pulau Jerejak sebagai zon hutan simpan seperti dijanjikan kerajaan DAP pada 2009 ? 
Kerajaan DAP jelas hanya wayang sahaja dan tidak mempedulikan akan kemusnahan alam sekitar di pulau berkenaan.  Mereka lebih utamakan projek mega hartanah yang kini menghantui rakyat negeri ini dan memberi kesan banjir yang lebih buruk . 




GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Jerejak secara besar-besaran pada masa depan.
Pengerusi Gerakan negeri Teng Chang Yeow berkata memandangkan Pulau Jerejak dikenali sebagai sebuah tempat ekopelancongan, pembangunan pada masa depan seperti projek hartanah kediaman akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan itu.
“Menurut laporan, sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan kawasan tebus guna baharu yang terletak berhadapan dengan Queesnbay Mall ke Pantai Jerejak,” katanya.
UDA Holding, dalam kenyataan pada 8 Nov, mengesahkan usaha sama dengan Q Island Development berkaitan projek itu yang dijangka siap dalam masa 10 tahun. Jumlah kosnya belum diputuskan.
Menurut UDA pelan pembangunan semula itu mendapat kelulusan kerajaan Pulau Pinang.
Empat hotel lima bintang, sebanyak 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5-km dilaporkan akan dibina bagi menggalakkan pelancongan di negeri ini.
“Pentadbiran negeri berulang kali menafikan di Dewan Undangan Negeri tentang wujudnya rancangan pembangunan di Pulau Jerejak kerana negeri ini berjanji tidak akan menjual kepentingan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Pulau Jerejak,” kata Chang Yeow.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Gerakan mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rancangan pembangunan Pulau Jerejak daripada UDA, yang mempunyai kepentingan terbesar di pulau itu.



Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.