..

..

HINA SULTAN JOHOR : SETIAUSAHA TKM P.PINANG DISIASAT POLIS AKTA HASUTAN

on Tuesday, November 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Syabas pihak POLIS bertindak tegas dan telah   memulakan siasatan terhadap Satees Muniady , pemimpin DAP berjawatan  Ahli Majlis MPSP  yang menghina titah Sultan Johor yang tidak membenarkan   demontrasi BERSIH di Johor .

Kalau di Thailand bertindak seperti ini  , sudah lama pemimpin DAP ini merengkok dalam penjara.

Jangan biarkan ada puak-puak penghasut dari parti DAP menghasut rakyat menghina institusi Raja demi menghalalkan agenda menjatuhkan kerajaan melalui himpunan haram BERSIH 5.  

Walaupun posting ini sudah dipadam , tindakan tegas perlu diambil agar tiada  lagi penghinaan berulang  di post di dalam media sosial terhadap titah institusi Raja . 

Kita masih menunggu apa kata tindakan terhadap Satees oleh kerajaan DAP ?? 

Masih lagi mahu menyimpan seorang Ahli Majlis yang bersikap BIADAP & KURANG AJAR ?? 






Setiausaha DAP bahagian Batu Kawan, Satees Muniandy dilaporkan telah tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi kenyataan berkenaan status yang disifatkan menghina Institusi DiRaja Johor melalui akaun Facebooknya beberapa hari lalu.

Bercakap kepada pemberita di hadapan IPD Bukit Aman, beliau berkata bahawa pihak polis telah menghubunginya sebelum ini dan memintanya memberi kenyataan pada petang ini

Beliau tiba di ibu pejabat Persekutuan kira-kira 2.40 petang sambil diiringi oleh peguam Paramjit Singh dan Gunamalar.

Apabila ditanya mengenai kandungan posting yang menjadi kontroversi berkenaan, Satees enggan mendedahkan sebarang komen kepada media.

Satees hanya menyatakan bahawa pihak polis akan menyiasat beliau di bawah Seksyen 4(1) Akta hasutan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan komunikasi.

Pihak polis juga akan menyiasat mengapa beliau memadamkan status serta kandungan tersebut jika ia benar-benar tidak menimbulkan apa-apa masalah.


Sebelum ini, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral oleh Pemuda MIC pada hari Ahad lalu. 3 lagi laporan Polis kemudiannya menyusul dibuat oleh beberapa NGO.

Dalam posting Facebook beliau sebelum ini, Satees telah "memberitahu" Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa daripada mengambil bahagian dalam demonstrasi di Johor.

Satees kemudiannya bertindak memadamkan status berkenaan setelah ianya mendapat reaksi negatif dari rakyat seluruh negara. -UTARANEWS-


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

  2. Anonymous says:

    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

  3. Anonymous says:

    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.