..

..

HINA SULTAN JOHOR : MIC DESAK GUAN ENG & RAMASAMY PECAT SATESS MUNIANDY

on Sunday, November 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




6/11/2016 - Beberapa jam yang lepas, rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan satu kenyataan di akaun Facebook seorang individu yang telah memberi amaran kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ekoran kenyataan baginda yang tidak membenarkan sebarang demonstrasi dilakukan di negeri Johor.

Selepas disiasat akaun tersebut, saya amat terkejut apabila akaun tersebut milik seorang lelaki yang bernama Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang,Profesor P.Ramasamy. 

Malah, Satees Muniandy juga merupakan seorang Ahli Majlis di Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) yang dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Sebagai seorang pemimpin masyarakat India di Pulau Pinang, saya malu dengan tindakan biadap dan kurang ajar Satees Muniandy yang tidak menghormati institusi Raja - Raja Melayu di negara ini dan sanggup memberi amaran kepada DYMM Tuanku Sultan Johor. 

Saya mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya memecat Satees Muniandy dari jawatan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP kerana dengan terang beliau telah menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam rukun negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja & Negara.

Jika Lim Guan Eng tidak mengambil apa- apa tindakan,ianya akan memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kenyataan Satees Muniandy ini merupakan satu kenyataan yang mendapat persetujuan DAP & kerajaan negeri.

Kepada Profesor P. Ramasamy, mengapa anda diam seribu bahasa didalam isu Satees Muniandy ini. 

Adakah anda juga bersetuju dengan kenyataan biadap dan kurang ajar yang dikeluarkan oleh sebab itu tiada sebarang tindakan diambil terhadap Setiausaha Peribadi anda? 

Kenyataan Media
J. Dhinagaran
Malaysian Indian Congress (MIC)
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.