..

..

DISNEYLAND PKR : ADAM KETUA AMK DAKWA RUGI TAK BELI RUMAH RM1JUTA DI AMPANG

on Tuesday, November 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly sudah memberi alasan mengapa dirinya kaya begitu cepat ketika berusia 28 tahun  dan anggap  bukan perkara pelik 

Dalam masa sama, Adam turut menjelaskan yang kekayaannya itu bukan suatu perkara pelik kerana rama lagi anak muda kaya sepertinya.

"Kenapa (umur) 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat Datuk.


Ia bercanggah dan membuktikan  kenyataan Presiden PKR adalah tidak benar  bahawa ramai anak muda sekarang  tidak mampu membeli rumah 






Malah  beliau juga  menjelaskan harga kediamannya itu hanya RM1 juta sahaja dan dianggap rugi jika tidak membeli di lokasi Ampang . 



"Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta.  Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.


"Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik tetapi (akhirnya) jadi viral dan fitnah pada saya," katanya.






Adakah Adam Rosly merupakan seorang anak muda (berusia 28 tahun) yang mempunyai keistimewaan yang hebat sehingga membolehkan dia memiliki kediaman mewah yang dikelilingi oleh rumah-rumah marhein?


Yang dipersoalkan, bagaimana seorang anak muda yang tinggal di kawasan setinggan di Lembah Jaya Ampang  , tiba-tiba sahaja dalam tempoh yang sangat singkat membolehkan dia memiliki rumah mewah berharga mahal? 

Bila jumpa rakyat berlakon depan  kononnya seorang pejuang rakyat marhaein  , tapi bila ditanya bagaimana kekayaan terus bersikap angkuh dan tak perlu dipersoalkan  . 









Sedangkan pada masa yang sama, ramai anak muda yang sangat marah apabila rata-rata rumah baru yang hendak dibeli adalah lebih RM400 ribu, tapi bagi Adam Rosly  rumah  RM1 juta rugi jika tak dibeli  ?

Kekayaan Adam  membuktikan  tuduhan Tun Mahathir bahawa negara  ditadbir BN nak BANGKRAP adalah bohong kerana Adam Rosly membuktikan ramai anak muda sudah kaya raya di bawah kerajaan BN . 


Ini  PKR baru memerintah negeri Selangor , Ketua AMK sudah memiliki rumah Disneyland , bagaimana agaknya bila memerintah Putrajaya ??







Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.