..

..

BUKIT BOTAK , LAUT TAMBAK , PROJEK PEMBINAAN LULUS ..INILAH KESANNYA UBAH DAP

on Monday, November 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



BANJIR LAGI DI P.PINANG ...Itulah nasib rakyat P.Pinang di bawah kerajaan DAP . Kalau di Selangor masalah kurang air di P.Pinang berlaku lebihan air . Kebetulan hari ini ialah hari pertama peperiksaan SPM dan kesian kepada pelajar terpaksa naik bot ke sekolah .

Hujan sikit dah banjir, kerap sangat Penang kena banjir.

 Agak hairan kenapa mudah banjir, sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang menyatakan telah membelanjakan RM242.95 juta pd tahun 2010 utk mitigasi di kawasan Sg Jelutong, Kg Dodol, Kg Masjid, Sg Pinang, Kg Rawa dan Dhoby Ghaut, tp kawasan2 tu yg sekarang sedang banjir?

Kerajaan negeri dakwa lagi telah membelanjakan RM9.95juta dlm tahun 2011, RM16juta tahun 2013, RM18juta oleh MPSP pd tahun 2014, RM23.9juta tahun 2015 dan RM38juta utk tahun 2016. Jumlah keseluruhan adalah RM348.8 juta dari tahun 2010-2016.

Persoalan, kenapa masih banjir juga...adakah projek2 yg dikatakan dilaksanakan  ini hanya atas kertas atau dilaksanakan dengan tidak betul??

 Dengan begitu banyak perbelanjaan dibuat, tetapi masalah tidak selesai. Kini kerajaan negeri DAP Penang menagih lagi peruntukkan RM805juta dari kerajaan Persekutuan, kononnya masalah banjir akan selesai.

Sebenarnya masalah utama yang kerajaan DAP GAGAL selesaikan ialah  larian air yg semakin cepat & laju dari tanah tinggi akibat dari kerakusan pemaju projek perumahan mewah di lereng bukit diberi kebenaran oleh kerajaan DAP Penang.

 Bila tiada kawasan tadahan di atas  bukit maka kawasan rendah akan segera banjir..




PUNCA BANJIR DI P.PINANG  

1)Peningkatan densiti pembinaan(jumlah unit yang boleh dibina bagi setiap ekar pembangunan)..biasanya 30 unit seekar tetapi boleh meningkat sehingga 156 unit seekar dengan pembayaran premium tambahan kepada kerajaan negeri

2)Projek Tambakan Laut yang tidak terkawal mengakibatkan aliran keluar air hujan kilat terhalang apabila hanya rekabentuk takungan dan aliran air keluar hanya mengambilkira pembangunan baru diatas luas tambakan sahaja tanpa mengambilkira aliran keluar asal.

3)Pembotakan bukit tidak terkawal mengakibatkan aliran air bukit luar biasa dari kawasan bukit yang tiada tebatan semulajadi dengan pokok dan tumbuhan apabila "natural water catchment system" dirosakkan apabila bukit ditarah tanpa kawalan.







Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.