..

..

BUKIT BENDERA BANJIR , INI SEMUA SALAH PEMBANGUNAN TAK TERKAWAL P.PINANG

on Thursday, November 10, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bagaimana stesen kereta api di atas Bukit Bendera itu sendiri boleh banjir? Adakah ini juga salah sebab projek tebatan banjir di Sg Pinang ?
Begitu hebat sekali kuasa Tokong sehinggakan perkara yang hampir mustahil boleh menjadi tidak mustahil.
Ini semua berpunca daripada   “pembangunan yang tidak terkawal” di negeri ini.
Banjir di George Town, Batu Maung dan Mak Mandin bukan lagi kerana hujan yang lebih berat.
Salah satu sebab utama adalah kerana pembangunan di lereng bukit yang menghapuskan semua pokok, sekali gus memusnahkan zon penampan semulajadi yang digunakan untuk menghalang air daripada mengalir turun dari bukit dengan deras ke kawasan-kawasan yang rendah

Selain itu , menurut Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin  berkata Kerajaan Negeri DAP perlu memberi jaminan akan memastikan 3 perkara dibawah DIKAWAL jika hendak memastikan peruntukan Kerajaan Persekutuan BN yang disalurkan EFEKTIF. 
1)KAWALAN TERHADAP Peningkatan densiti pembinaan(jumlah unit yang boleh dibina bagi setiap ekar pembangunan)..biasanya 30 unit seekar tetapi boleh meningkat sehingga 156 unit seekar dengan pembayaran premium tambahan kepada kerajaan negeri
2)KAWALAN TERHADAP Projek Tambakan Laut yang mengakibatkan aliran keluar air hujan kilat terhalang apabila hanya rekabentuk takungan dan aliran air keluar hanya mengambilkira pembangunan baru diatas luas tambakan sahaja tanpa mengambilkira aliran keluar asal.
3)KAWALAN TERHADAP Pembotakan bukit tidak terkawal mengakibatkan aliran air bukit luar biasa dari kawasan bukit yang tiada tebatan semulajadi dengan pokok dan tumbuhan apabila "natural water catchment system" dirosakkan apabila bukit ditarah tanpa kawalan.




GEORGE TOWN: The Penang government is wrong in asserting that it is the Federal Government’s responsibility to take care of flood mitigation in the state.
Penang BN Chairman Teng Chang Yeow said this was a joint responsibility, shared by the state and federal governments.
Teng also slammed Penang government leaders for not understanding the Federal Constitution, where matters such as public works and riverine work were clearly under the concurrent list (shared list) of responsibilities.
“If it was the Federal Government’s responsibility for flood mitigation, then I am sure state Flood Mitigation Committee Chairman Chow Kon Yeow would just be ‘goyang kaki’ (free), doing nothing.
“It is disappointing that despite having a state Flood Mitigation Committee, state government leaders are not able the grasp the principle of separation of powers, as enshrined in the Federal Constitution,” Teng said at a press conference here.
Yesterday, the Penang government claimed that funding for flood mitigation projects was the responsibility of the Federal Government.
A look at the Federal Constitution however showed that drainage and irrigation matters were listed under concurrent legislation, which meant that both state and federal authorities were jointly responsible.




PUTRAJAYA - Pembangunan pesat yang tidak terkawal merupakan antara punca banjir kilat di Pulau Pinang baru-baru ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pelaksanaan projek-projek tidak terkawal menyebabkan terkumpulnya kelodak dalam sistem perparitan sedia ada dan juga sungai.

"Pihak kerajaan negeri perlu memastikan program pembangunan dilaksanakan secara lestari dengan mengambil kira kebajikan rakyat dan bukannya menuding jari kepada kerajaan persekutuan apabila berlaku banjir kilat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan sambutan Hari Inovasi kementerian di Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Wan Junaidi menegaskan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir tidak menjamin kejadian banjir tidak berulang sekiranya pembangunan yang pesat di kawasan tadahan lembangan sungai tidak dikawal di peringkat punca.

Dalam tempoh sebulan, Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh sebanyak lima kali dan terbaru pada Isnin lepas di mana jalan utama menghubungkan pusat bandar dan Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah dan jalan raya runtuh di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang.

Wan Junaidi berkata berdasarkan kajian hidraulik juga didapati saiz saluran Sungai Pinang sedia ada tidak dapat menampung aliran puncak ketika hujan lebat di kawasan tadahan.

Beliau berkata ia perlu dinaik taraf dengan mendalam, melebar dan menstabilkan tebing supaya dapat menampung aliran sekurang-kurangnya pada tahap tempoh purata 100 tahun.

"Impak banjir di kawasan lembangan Sungai Pinang akan menjadi lebih buruk sekiranya sistem saliran di sungai utama yang dinaik taraf tanpa mengambil kira penaiktarafan saluran Sungai Pinang," katanya.

Wan Junaidi berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan pusat meluluskan RM150 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang dan siling pelan pelaksanaan kedua tahun 2017 adalah sebanyak RM1 juta.

"Kerja-kerja awalan akan dilaksanakan pada tahun depan," katanya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.