..

..

BERSIH 5 TAJAAN SOROS HAMBAR DOMINASI CINA BERTERUSAN

on Sunday, November 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Perhimpunan haram Bersih yang pada asalnya diadakan bagi menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil kini ternyata hanya menjadi platform kepada pakatan pembangkang untuk melunaskan agenda politik mereka.

 Berikutan itu perhimpunan ter­sebut yang diadakan di sini hari ini dianggap hambar dan ha­nya menjadi medan kepada ribuan kaum Cina yang dipercayai penyokong DAP menguasainya untuk membangkitkan isu-isu yang sama sekali tiada kaitan dengan pilihan raya.

 Penunjuk perasaan berkenaan yang mula berkumpul sejak pukul 8 pagi di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berhampiran Dataran Merdeka sebelum sebahagiannya bergerak ke KLCC melaungkan pelbagai slogan anti kerajaan termasuklah membawa sepanduk menghina pemimpin negara.

 Keengganan Pas untuk bersekongkol dan menyo­kong Bersih memungkinkan jumlah orang Me­layu yang menghadiri perhimpunan berkenaan terus merudum dan ia juga memberi tamparan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN – dua buah parti yang diharapkan oleh DAP dan PKR untuk menarik sokongan kaum tersebut menyokong pembangkang.

 Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja pulang dari menghadiri persidangan antarabangsa di Sudan turut menyertai perhimpunan dan menyampaikan ucapan di hadapan KLCC namun ia tetap tidak mampu menarik orang Melayu menghadiri­nya.

Begitu juga dengan kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Razak. Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pre­siden PAN, Mohamad Sabu; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin; bekas Pengerusi Bersih, S. Ambiga dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain.

 Berdasarkan pemerhatian wartawan Ming­guan Malaysia, isu-isu yang dibangkitkan le­bih berkisar kepada perkara yang dipejuangkan oleh pembangkang termasuklah 1MDB, pembalakan di Kelantan, tuntutan untuk rakyat Sabah dan Sarawak serta beberapa isu lain yang tiada kaitan dengan pilihan raya.

 Ia membuktikan Bersih yang Pengerusinya, Maria Chin Abdullah mengakui pernah menerima dana daripada organisasi dikuasai ahli perniagaan, George Soros bukan sahaja sudah menyimpang jauh daripada matlamat asal penubuhannya malah kini menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

 Justeru ia mewujudkan persoalan, apakah gerakan yang dilakukan melalui perhimpunan haram tersebut semata-mata berkaitan pilihan raya atau bermotifkan politik sehingga wujudnya pandangan adakah perhimpunan berkenaan satu gerakan bagi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan?

 Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya memastikan perhimpunan tersebut tidak mencetuskan kekacauan biarpun di beberapa lokasi berlaku provokasi antara penyokong baju kuning dan baju merah.

 Penangkapan beberapa individu termasuk darpada Gerakan Baju Merah ketika perhimpunan berlangsung kerana cuba mela­kukan provokasi telah membuk­tikan pasukan keselamatan ter­sebut menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

 Penyokong Bersih dan Baju Merah bersurai secara aman kira-kira pukul 5 petang dan sekaligus membolehkan pihak polis membuka hadangan ke Dataran Merdeka yang dipasang sejak semalam. - See more at:


One Response

  1. Anonymous says:

    dedak sekilo

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.